.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, June 30, 2010

~"baby ok la ummi..cuba jgn risau sangat.."

"ye la sayang ummi. ummi dah tak risau sangat dah. "
=)

rentetan dari kisah ini, semalam hubby ajak saya ke klinik tanglin untuk buat pemeriksaan lagi sekali. dia cakap, biar nurse tu compare keadaan badan saya sekarang dengan rekod kesihatan sebelum saya jatuh tempoh hari.

saya pegi dalam pukul 11 pagi. masa tu ada 7 orang tengah tunggu giliran. tapi bila saya cakap saya pernah jatuh sebelum ni, terus nama saya dipanggil untuk pemeriksaan atas nama kecemasan. terkebil-kebil orang lain sebab tengok saya tak payah nak menunggu lama-lama. nurse dah membebel-bebel sebab saya tunggu 4 hari baru nak pergi klinik.

doktor takde. EL sebab maid dia lari & takde orang jaga anak dia. pulak dah. macam-macam hal.
tapi ada super senior nurse dipanggil untuk buat pemeriksaan kat saya & boleh amik alih skop kerja doktor. ok la tu.

hb ok, dengan bacaan 11.2.
bp ok 110/70.
berat dah naik sikit 44.4kg.
urine test pun ok.

kemudian masa scan pun ok. baby gerak-gerak macam biasa even saya ngadu sebelum ni yang movement baby kurang aktif dari biasa.

cuma bila check jantung baby, nurse kata macam tinggi sangat bacaan dia. minggu lepas, 150. tapi ni 178. kebetulan, doktor yang EL tadi datang klinik jap. so nurse tu cakap-cakap jap ngan doktor. 15 minit lepas tu, nurse datang kat saya bagitau yang doktor suruh refer ke HKL.

isk, maunya tak terkejut! tadi kata ok, ni tetiba pulak nak kena refer ke sana?

"boleh pegi HKL ngan husband kan? kalau takleh, kita boleh arrangekan ambulans."
eh..tak payah! tak payah! no need la ambulans-ambulans ni. bukan takleh jalan pun. kalau nak suruh lari 100m pun boleh lagi rasanya. berlagak je lebih.

balik opis jap.

tapi otak ligat berfikir. nak pegi HKL ke taknak ni? atau nak pegi pusrawi je, jumpa ngan gynae? bukan apa. saya cukup takut gi HKL sebenarnya. bimbang keadaan saya tak seberapa, tapi keadaan akan jadi lebih worse lepas wat apa-apa pemeriksaan kat sana.
*sekadar pendapat peribadi saya.


nak taknak, terpaksa telefon my dear mom mintak pendapat. sebelum ni ma taktau pun anak dia ni terjun dari komuter. huhu. suprisely, my mom cakap benda yang sama macam saya fikir tadi.
my sis pun terfikir perkara yang sama.
my sis-in-law pulak kata, tak kira la nak pegi mana-mana pun, tapi wajib wat pemeriksaan tu. bimbang kalau jadi something kat baby.

bincang pulak ngan hubby. sok sek, sok sek.. hubby ajak ke HKL jugak. tapi sebelum wat pemeriksaan, tanya dulu apa prosedur yang mungkin dilakukan. kalau HKL cuma buat pemeriksaan luaran je, just proceed je dengan checkup tu. if HKL nak buat internal checking, kami nak cabut je dari situ :p baik punya plan, hehe.

di HKL, kami ke unit PAC di bangunan hospital bersalin. buat pemeriksaan lagi sekali even dah mention, dalam buku merah dah ada semua maklumat yang dia nak. kemudian, naik ke tingkat 1 untuk buat imbasan.

mula-mula doktor asyraff yang handle kes saya. scan.
kemudian datang pula seorang doktor perempuan yang freehair, scan jugak.
lastly, doktor salleha. scan lagi sekali.
*Doktor yang freehair tu suggest untuk admitt saya ke wad untuk satu malam bagi pemeriksaan lanjutan, tapi nasib baik doktor salleha kata tak payah. fuh, lega.

keputusannya..
alhamdulillah baby ok =)
perkembangan baby normal, air ketuban normal, movement baby ok.
untuk pertama kalinya saya dapat tengok keseluruhan badan baby. tulang belakang, kepala, mulut, mata, hidung, kaki, tangan. Ya Allah, kagumnya dengan Kebesaran-Mu.
dan yang paling penting, baby dah tunjuk siapa diri dia. masa scan 2 minggu lepas, hubby je yang nampak tang tu.

cuma..
uri terkebawah sikit. tapi doktor kata normal. tiada apa yang nak dirisaukan. jaga badan, jaga makan, insyaAllah takkan memudaratkan.

pasal bacaan heart beat baby yang tinggi tadi, doktor kata normal jugak. due tu usia kandungan baby. overall, everything is ok :D
baby terkejut je sebelum ni. thats why dia tak aktif sangat. alhamdulillah, syukur nikmat. lega hati saya. terasa macam ada batu besar terangkat dari kepala saya.

saya pun lega bila tengok hubby dah hilang kelatnya di muka.


saya --> seronok sangat masa kat tempat scan tu sebab berhampiran dengan wad ibu bersalin. masing-masing memboyot tengah tunggu masa nak bersalin. hubby pulak sengih je dengar baby nangis. siap cakap, "dengar baby nangis, macam jadi terapi telinga pulak".

Friday, June 25, 2010

~Bagaikan mimpi ngeri

bagai mimpi ngeri. itu sahaja yang terdetik dalam hati saya saat melalui hari semalam.

seperti biasa, saya balik dari kerja dengan menaiki komuter stesen kuala lumpur. kalau bernasib baik, sempat la saya naik shuttle ke klang pukul 5.50 petang. takpun train biasa ke pelabuhan klang pukul 6.01 petang. tapi semalam, ada masalah bekalan kuasa di laluan segambut-kuala lumpur. jadi semua perjalanan train agak tergendala dari biasa.

nasib kurang baik. train ke pelabuhan klang hanya sampai pukul 7.15 malam. nak taknak, saya redah jugak. penumpang dah bersesak-sesak sebab sepatutnya dari tempoh pukul 6.00 petang, dah ada 3 train ke pelabuhan klang. ini cuma satu. so, penumpang dah jadi 3 kali ganda dari biasa.

saya pilih untuk masuk coach wanita. kalau bersesak-sesak pun, takdelah nak segan sangat. selepas melepasi stesen angkasapuri, saya perasan, pergerakan train agak perlahan. dalam hati, jangan la train stuck macam hari tu (pernah train stuck hampir 10 minit tanpa aircond, lampu dan bersesak-sesak. pintu pulak takleh bukak, huhu).

kemudian, saya terasa macam train senget ke sebelah kiri (saya berada di sebelah kanan train.
berdiri betul-betul bersebelahan pintu). tapi saya fikir normal la kot senget tu. kejap lagi stabil la balik. tapi keadaan tetap sama. kemudian terfikir,
"aku ni tengah pening ke? train ni gerak ke tak sebenarnya? "
saya cuba pandang ke luar pintu dari celahan orang ramai. baru terasa yang train tu sebenarnya bergerak tapi perlahan. cukup perlahan.

kemudian, aircond terpadam. diikuti dengan letupan agak kuat dan lampu di dalam train turut terpadam. di luar train, kelihatan percikan api dari bahagian bawah rel train. ditambah lagi dengan asap dan bau hangit. suasana jadi gamat. masing-masing panik dengan situasi tak dijangka ni.

train tiba-tiba senget hampir 45 darjah dari kedudukan asal. saat tu, hanya istighfar bermain-main di bibir saya. tangan saya asyik mengusap perut dengan harapan baby is ok. penumpang lain dah menjerit-jerit ketakutan. seorang penumpang menjerit meminta semua orang duduk (untuk elakkan train dari terbalik dengan lebih teruk).

dalam kepala saya asyik terfikir, macam mana kalau train ni MELETUP? apa akan jadi? ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini. apa-apa kemungkinan boleh berlaku. Nauzubillahi min zalik.

seorang dua penumpang yang lain cuba memecahkan pintu. bila pintu berjaya dipecahkan, saya masih dalam keadaan duduk di lantai. tak mampu nak bangun. kaki lemah. tambahan pula terhalangan dengan penumpang-penumpang lain yang berpusu-pusu keluar. bila saya berjaya mengengsotkan badan ke pintu,
"Ya Allah, tingginya jarak dari pintu nak turun ke landasan!"
nak taknak, kena melompat. dalam hati saya cuma ada baby, baby dan baby. baby ok ke kalau saya lompat? dia takkan cedera ke?

tapi keadaan mendesak. kalau tak turun segera, mungkin saya akan terjatuh hasil tolakan orang lain. dengan lafaz "Bismillahi tawakkaltu 'alallah", saya kuatkan hati melompat. memang tersungkur atas susunan batu-batu kerikil di landasan. luka-luka kecil sikit di bahagian tapak tangan. cuma, tak sempat saya bangun nak ke tepi landasan, penumpang di belakang dah hempapkan diri dia di belakang badan saya.

"Ya Allah, anak aku..!"

mata saya dah berderai-derai bimbangkan dia di dalam perut. bimbang terjadi sesuatu.

di tepi jalan, dua tiga orang menjerit meminta sesiapa yang berada di atas landasan segera beredar.
"bangun cepat! takut nanti train ke sentul nak lalu atas landasan tu!"
sape tak cuak kan? masing-masing dalam keadaan panik. lama saya terduduk di atas rumput di tepi landasan. kiri kanan saya, masing-masing sedang melayan tangis ketakutan.
beberapa orang penunggang motor berhenti bila lihat keadaan di luar kawalan tu. so, diaorang tolong 'bukakan' jalan untuk memberi laluan pada kami untuk naik ke birai jalan. main redah je lalang-lalang tinggi yang ada. janji dapat jauhkan diri dari train tu.

segera saya telefon suami. dan sepanjang perjalanan ke rumah, saya berhujankan air mata. tiada langsung gerakan di dalam perut. bimbang di hati, lebih dari segalanya. sampai dirumah, saya berbuka puasa dengan air masak kemudian berbaring. badan masih lagi meggeletar, terbayang-bayang bunyi letupan di dalam train tadi.

hubby gosok perut saya. dipanggil-panggil baby namun tiada sebarang tindakbalas. saya tepuk perut saya sambil memanggil. risau jangan cakap la. hampir 15 minit saya pujuk baby, kemudian, alhamdulillah.. perut saya mula bergelombang ke kiri dan ke kanan.sesekali, dia mengeras. syukur Ya Rahman, syukur Ya Rahim. gerakan si kecil buat saya tersenyum kepuasan.

andaian saya, mungkin baby terkejut tadi. menyebabkan tiada gerakan untuk sementara.

malamnya, menurut hubby, tidur saya bagai terganggu. nafas mendesah. asyik berpusing ke sana sini. memang pun, tidur saya di sulami mimpi suasana di dalam train tadi. saya bagai tiada arah dituju untuk menyelamatkan diri. gambaran train tu menghantui saya.

sungguh saya trauma..!





saya --> hari ni baby gerak macam biasa. tiada kata mampu saya ucapkan, syukur alhmdulillah..

Monday, June 21, 2010

~Pada wajahmu


pada wajahmu..
ada sinar cahaya, ada rona.

pada matamu..
ada keredupan, ada ketenangan.

pada raut rupamu
ada cita, ada cinta.


SELAMAT HARI BAPA untuk ayah tersayang.
gelak tawamu membuah ceria di hati ini.
semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah naungan rahmat-NYA.
love u so much, ayah!


saya --> nak call ayah, wish selamat hari bapa tapi segan yang amat. huhu. ayah memang tak banyak cakap ngan anak-anak, tapi kasih sayang dia sentiasa melimpah ruah.

Tuesday, June 15, 2010

~Monthly checkup

pagi tadi wat checkup kat klinik komuniti tanglin. kira-kira dalam 19++ minggu hamil. dekat je dengan ofis. hubby nak jugak wat checkup kat klinik kerajaan sebab dia tak puas hati wat checkup kat klinik swasta bulan lepas. maybe kami tersilap pilih klinik kot jadi, ikutkan je la kan cakap hubby :) janji dia temankan, hehe.

semalam dah buat appointment, pihak klinik minta datang pukul 10 pagi. senang kata mereka, tak payah nak menunggu lama-lama. ok la. masa kami sampai kat klinik tu, patient pun tak ramai. dalam 2 jam je, semua dah selesai.

so far, semua ok. alhamdulillah. tekanan darah ok even sedikit rendah. berat badan pun dah naik sikit. rahim pun ok. urine pun takde masalah. paling mengujakan bila dengar degupan jantung baby, dup, dup, dup. mulut ni asyik je nak tersengih. 150 bpm. aktif jugak baby ummi ni ye.

tapi satu je yang tak best, hemoglobin (hb) turun lagi. huhu. dulu 11.4 tapi tadi dah jadi 10.5 je. tak pasal-pasal kena makan ubat tambah darah (ferrous fumarate) tu double dari sebelum ni. muka hubby pun masam-masam kelat masa saya bagitau pasal hb tu kat dia.

"lepas ni kena makan kerang banyak-banyak. dengan bayam. ish, nak suruh makan pun susah. ingat sikit pasal baby kat dalam tu. jangan nak ikutkan rasa tekak je."

angguk je la kan. nanti dibantah-bantah, ada lagi yang masam muka. dah la sekarang ni tengah dalam keadaan yang agak genting.

minggu depan, 23 jun, ada appointment lagi untuk scan baby. plus dengan kena amik darah & minum air gula. ingatkan bila takde masalah pasal berat badan naik berlebihan dan sejarah keluarga yang takde kencing manis, boleh la terlepas minum air gula. rupanya tak. nurse tu dah gelak-gelak bila saya buat muka.

"sekarang ni dah kuatkuasa.. mana-mana ibu mengandung yang berumur 25 tahun keatas, wajib minum air gula. takpe puan, demi anak puan jugak. kita nak pastikan semua ok." owh, macam tu. tapi tak pernah dengar pulak sebelum ni.

tak apalah. demi baby, ummi sanggup buat apa saje.

bermula hari ni jugak, hubby pastikan saya ambil madu setiap pagi. MIL yang belikan madu tu. sayanglah kat ibu :)

my dear mom pula, baru je kirimkan setabung kurma untuk anak manja dia ni. sayang sangat-sangat kat ma :)


saya --> nurse pesan, ibu hamil tak boleh tension-tension. huhu, camner la nak elakkan tension ni yek?

Monday, June 14, 2010

~Jujur cerita hatiku

jujur. saat ini saya ingin benar jujur pada diri sendiri. jujur menerima segala ketentuan yang telah dikurniakan pada saya walau kadang kala tersulam kepahitan di dalamnya.

saya tidak ingin mengharungi ketentuan ini dengan muka yang berpura-pura penuh dengan senyuman. iya, tidak akan ada senyuman dalam masa terdekat ini. err, mungkin sebulan, mungkin 2-3 bulan.

time flies.
tapi.. saya masih tidak bergerak. membatu. tiada satu pun perasaan yang sedang menyelubungi diri saya sekarang.

kosong.

terus begitu atau bergerak ikut arus?
saya tak tahu.

hati saya pedih. bagai nilai harga diri diinjak-injak ke tanah berlumpur.
saya akan ingat semua ni sampai bila-bila. akan ingat!
saya serik diperlakukan umpama kucing kurap yang meminta belas seketul tulang. hilang sudah sebuah kehormatan yang saya unjurkan selama ini pada insan yang seorang itu. tapi tak mengapa, cukup la saya mengambil langkah mengunci mulut. walau dianggap sebagai 'kalah' pada matanya.

bebaslah wahai manusia untuk kau muntahkan segala kata. satu hari nanti, mungkin kau juga akan merasakan semua ini.. mungkin dalam bentuk yang lain.
bukan!! saya bukan mendoakan tapi, "what goes around, comes around".
saya tidak melemparkan sepenuh kesalahan padanya, cuma kesal bagai dia punya cop mohor untuk 'bermulut bagai mata pedang'.

buatlah.
buatlah apa sahaja asal kau temui 'kepuasan' yang ingin kau kecapi.

***

hubby..
terima kasih atas bahu abang yang diberikan sepenuh kuasa pada iza untuk dijadikan tempat melepas hujan air mata;
ribaan untuk iza sembamkan segala kesedihan;
tangan untuk gosokan kasih di ubun-ubun iza.
terima kasih atas kekuatan yang abang tunjukkan walau iza tahu, semua ini sebenarnya lebih menyakitkan pada abang.

baby..
"maafkan ummi, sayang. ummi nak sangat jadi kuat supaya baby pun kuat di dalam perut ummi ni. baby pun pandai ye nak pujuk-pujuk ummi.. asyik je duk gerak-gerak untuk 'kejutkan' ummi dari terus melayan rasa. insyaAllah, moga rasa ini tidak lama. ummi & dan ayah sayang baby sangat-sangat."


walau apa pun berlaku, saya masih ingat DIA..
cukup ingat.
andai semua ini bagai satu lorong untuk saya & hubbby temui setitik kebahagiaan, saya redha. ku pohon segala kekuatan dari-Mu Ya Rahim.

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: " Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Surah Al-Israa' : ayat 53


saya -->
* entri meroyan dari seorang ummi-to-be. jika ada pembaca sedang mencari bahan ilmiah atau sebarang unsur positif di blog ini, maaf.. anda tersilap tempat.
** rindu my dear mom sangat-sangat. hmm, kalau la dapat dilepaskan semua ni pada ma... :(
*** juga rindu pada MIL. lembutnya suara ibu, menakungkan lebih banyak air di kolam mata ini.

Thursday, June 3, 2010

~Perubahan demi perubahan

nama pun tengah hamil, jadi akan banyak cerita berkisar kehamilan. harap sesiapa yang singgah sini jangan la jemu ye.. :)

masa trimester pertama dulu, dah banyak juga perubahan yang perlu saya adapt. paling ketara, kuat mengantuk dan kerap di datangi 'nature call'. jangan tanya pasal mabuk dan muntah dengan saya sebab saya tak lalui semua tu, sekadar 2-3 kali je. tu pun setakat mabuk yang simple2.

sekarang, aktiviti mengantuk tu dah boleh kawal sikit demi sikit. malam-malam saya pastikan tidur dengan lebih awal. kalau tak , badan jadi sangat penat kalau terpaksa tahan kantuk kat opis. ye la, tido pun sekadar letak kepala atas meja selamba je kan..huhu, memang tak puas kalau kat opis. tambah pula dengan pakej badan jadi berangin & kebas di bahagian leher. silap-silap tersalah urat.

tapi yang nature call tu, makin bertambah-tambah sekarang ni. even kurang minum air, tetap juga saya banyak ulang alik ke toilet. lebih kurang sejam sekali. kadang-kadang rasa macam nak angkut je toilet masuk ke opis, hehe. nasib baik la dekat je toilet tu. cuma ada masanya saya malas nak gi toilet, so saya tahan. natijahnya, bila ke toilet selepas tu, saya didatangi sakit yang boleh tahan jugak sakitnya pada bahagian buah pinggang sebelah kiri err..rasanya ye la kot buah pinggang. disebabkan ni, saya jadi kurang gemar nak melalui perjalanan yang jauh. leceh kalau asyik nak kena berhenti untuk cari toilet. menyusahkan orang dan melambatkan. lain la kalau saya sendiri yang drive.

esok nak balik kemaman. sepupu kahwin sambil-sambil nak lepas rindu dendam ngan parent, nenek & anak-anak buah. yeay! tapi hubby tak balik :( kena keje. so, saya tumpang balik ngan family abang je. taktau la camner nak lalui perjalanan esok. malam pulak tu. sejuk-sejuk, lagi la cepat je dapat nature call tu.
kena puasa minum air nih.. :p


saya --> nanti dah bersalin, mesti rindu kan nak lalui semua ni?

~Tak mudah

sukar rasanya untuk menyimpan rahsia dari orang-orang tersayang yang saban hari mengambil berat tentang kita..

tapi untuk bercerita yang benar, ia akan menyakitkan..samada dia atau diri kita sendiri..

untuk terus merahsiakan, menimbulkan pula tanda tanya pada mereka.. atau mungkin juga menimbulkan syak; pasti ada yang 'busuk' disebaliknya..

lantas, apa pilihan yang ada??


saya --> pening.

Wednesday, June 2, 2010

~Demi Allah


sesungguhnya,
demi Allah Yang Maha Berkuasa..
bangsamu adalah bangsa paling rendah martabatnya di serata alam.

sejauh mana bangsamu menindas umat Islam,
sedalam itulah kau mengakui penghinaan ke atas diri sendiri.

maka,
jahanamlah engkau wahai israel laknatulLah.

Ya Rahman.. Ya Rahim,
lindungi saudara seIslamku di bumi gaza,
juga naungi para aktivis yang sedang berjuang di sana,
kuatkanlah hati & semangat mereka,
jika sampai seru malaikat izrail pada mereka, kembalikanlah mereka pada-Mu dalam kesyahidan.

ameen Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Lebih Mengerti segalanya.

Tuesday, June 1, 2010

~Muhasabah di pagi hari


jangan asyik fikir apa masalah yang kita tengah hadapi tapi fikirkan macam mana kita nak selesaikan masalah tu..

DAN

jangan berkira tentang berapa banyak keje yang kita dah buat, sebaliknya fikirkan berapa banyak keje kita yang dah siap..