.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, May 27, 2010

~SMS and calling2

tak dinafikan, pasangan bercinta memang takkan berenggang dari handphone masing? setuju? nak kemana-mana pun, mesti nak bawak handphone. kadang-kadang ke bilik air pun bawa handphone jugak haa..sape la yang buat keje tak senonoh tu yek.. :p

masa zaman belum kahwin dulu, saya pun macam tu. kalau lupa bawa
handphone ke mana-mana, mesti rasa tak kena je. mula la cari alternatif nak bagitahu si dia yang saya tertinggal handphone. cuma kalau kat rumah, terpaksa cover sikit depan ma ngan ayah. nanti tak pasal-pasal kena sebijik. selalu sangat terkena dengan ma kalau duk taip2 sms masa tengah masak,
"haa, masak dengan
handphone tu sekali. masukkan dalam periuk. cepat sikit siap."
Oppss, cepat-cepat campak
handphone kat tempat lain sambil sengih-sengih.

masa tengok tv pun, tangan sorok bawah bantal. main taip je tanpa tengok skrin. jari jemari pun dah hafal kedudukan huruf pada keypad.
peratus kemungkinan untuk silap taip memang agak rendah.

tengah malam, bergayut guna super saver. tapi takdelah selalu pun. lagipun tak sedap jugak orang dengar, sebab keadaan sunyi sepi. cakap pun benda-benda biasa, kegiatan harian, itu ini. kadang-kadang imbas kenangan lama. tapi selalu jugak ter'eksiden' tertidur masa tengah dalam talian. esoknya ada la yang lancar perang.. :p

sekarang..
bila dah kahwin nak masuk 6 bulan pun rupanya kegiatan sms dan calling2 ni tak berakhir. kat pejabat, sms tetap berjalan macam biasa. pantang ada masa terluang. cuma kalau bz sangat, harap maklumlah kan.

kadang-kadang buat super saver bila saya balik ke terengganu atau ke rumah mentua tanpa hubby. terimbas kembali pengalaman masa bujang. tapi bila lepas kahwin ni, selamba sikit nak bergayut depan orang lain. nama pun hubby sendiri kan?

kenapa tiba-tiba saya tulis entri ni? kisahnya, ada opismate hubby tengok hubby ni asyik je duk taip sms. so dia cakap hubby saya ni mesti sms dengan makwe. sebab sambil sms, sambil sengih-sengih. rancak macam orang bercinta.
bila hubby cakap sms dengan wife, dia macam hairan; dah kahwin, dah jumpa tiap-tiap hari kat rumah pun, takkan rancak lagi bersms?

hmm..tu la nikmatnya berumah tangga. sambil mencari redha Allah, kita kena sentiasa berusaha untuk kekalkan kemesraan yang ada. sesekali sebutkan "i love u" pada suami atau isteri. nyatakan yang kita sangat menghargai dia di dalam hidup kita. jangan lupakan pelukan untuk mereka pada setiap hari.


saya --> hakikat yang bercinta selepas kahwin lebih membahagiakn ni memang tak dapat disangkal. semoga kasih sayang kami kekal dunia akhirat, ameen..

Thursday, May 6, 2010

~haipp...!

haipp..haipp..!
ada jugak ni nanti yang kena cubit ngan tangan sendiri. dulu cakap nak aktif blogging. sekarang tengok! isk..isk..malu ngan diri sendir

banyak dah cerita tertangguh. kisah pemeriksaan kehamilan, pengalaman dalam tempoh trimester pertama & macam2 lagi. kelmarin family in law datang rumah. adik ipar bongsu (adik) yang belajar kat unimas balik bercuti. kecoh sikit rumah tu. selama ni, saya tengok muka hubby, hubby tengok muka saya. kami tengok tv, tv tengok kami.

malam kelmarin, ikutkan keinginan adik nak tengok wayang. habis semua dengan ibu ayah sekali diangkut tengok citer iron man 2. so far, ok la. saya bagi 3 bintang kot. aksi yang menghiburkan. saya ni bukan kaki wayang, jadi taktau nak ulas macam mana. 15 minit pertama, saya terlelap. kalau hari-hari biasa, masa tu saya tengah baring-baring berehat depan tv.

sejak mengandung, badan memang cepat penat. saya memang sntiasa cuba untuk meminimakan pergerakan. kalau cakap pasal bab masak, baru weekend lepas saya mula masuk dapur. dua minggu sebelum tu, saya amik 'MC' dari dapur. hubby yang amik alih masak. saya tolong sediakan bahan, tapi tu pun kalau saya larat lawan mood penat saya tu. dekat seminggu lebih juga la saya tak sentuh nasi. nak hilangkan lapar, saya makan mee goreng atau roti.

hubby jangan cakap la, dah jadi macam ayah datuk mak nenek. membebel sebab saya taknak makan. selera memang totally takde. bila terbayang ayam masak merah ke, tomyam ke, serta merta rasa kembang tekak.

ikutkan checkup 3 minggu lepas, semuanya rendah. hb cuma bacaan 11. tekanan darah 80/60. berat pun cuma 42.3kg. alahai. tapi alhmdulillah, tiada mabuk-mabuk atau alahan teruk. hidung je sensitif sikit. saya tak harap apa-apa, asalkan saya & baby sihat dalam tempoh 9 bulan ni. dan baby dpat membesar dengan sempurna dalam rahim saya. tu doa saya tiap hari.


saya --> tadi duk lompat-lompat blog. sekali ternampak gambar nasi ambeng. yummy! terliurnya saya. terus text hubby, tanya kat KL ada jual nasi ambeng tak? hubby balas, bagitau yang mak mentua janji nak buatkan hari ahad nanti. yey..sayang ibu tau! untung kawen ngan orang jawa ni, hehe.