.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, April 15, 2010

~Kepingin.. (tapi kalau tak dapat pun tak mengapa)

teringin..
nak balik terengganu..
nak buat apa?

tetiba terbayang nasi putih panas, sepiring budu yang ada cili api & telur rebus ditambah dengan sedikit tempoyak (takmau bawang), ikan kembung panggang panas-panas, kacang panjang @ pucuk ubi celur di atas meja di dapur rumah ..
owhh, lagi sedap kalu ada ikan tenggiri singgang..
yummy..!
makan pulak dengan mama sayang..
heavennya..!

takpe..
berangan pun dah ok..
tapi kalau buat betul-betul, mesti syok kan?
=)


saya --> selera orang berbadan dua ni kadang-kadang sukar dijangka. walhal masih lagi diperingkat awal. sebab tu kalau tak dapat buat pun takpe, saya tak kisah. err, untuk setakat ini la.

~Blogging

dulu masa mula-mula menulis blog, masa tu niat saya cuma nak menyimpan segala kenangan hidup dalam bentuk tulisan. tak pernah pun terfikir yang tulisan saya akan dibaca orang lain. lama-kelamaan, bila dah mengumpul ramai rakan blog, keseronokkan lain muncul. bertukar-tukar idea, bertukar pendapat, semua itu memberi pengalaman yang cukup berharga.

tapi kadang-kadang tak semua yang kita buat, orang akan sokong. antara yang saya tak boleh lupakan bila ada rakan berkata,
"menulis blog ni macam buka pekung di dada sendiri. segala kisah & rahsia nak diceritakan pada orang. baik ke, buruk ke, semua orang akan tahu. tak malu ke?"

ye, saya memang ingat kata-kata dia. tapi bila saya fikirkan kembali kemanisan berblog ni, saya letak tepi kata-kata dia. tapi kadang-kadang main 'jeling-jeling' juga pada kata-kata dia, cuma sebagai peringatan diri. dari blog kawan-kawan la saya banyak belajar. sungguh! tulisan dari kawan-kawan la saya belajar menyelami kemanisan hidup sebab pengalaman masing-masing adalah berbeza.

5 bulan membiarkan blog berehat, saya terfikir sendiri. selama ni saya berblog, takkan langsung takde faedah? opss, tipu tu namanya. bila berblog-hopping, kita akan jumpa bermacam bentuk tulisan dan ragam. perkara yang tak pernah terfikir oleh kita, kita akan jumpa pada orang lain. bila baca pengalaman orang lain, mesti kita akan cakap,
"Oo, macam ni rupanya. baru tau. selama ni tak pernah tau pun."
betul tak?

kadang-kadang di dalam blog, ada yang menceritakan tentang kesilapan & penyesalan yang blogger tu dah lakukan. sebagai orang yang berakal & waras, kita sebagai pembaca, cuba ambil teladan dari entri tersebut. banyak sangat ilmu dunia akhirat yang kita boleh kutip. rasa macam dah buat rencana kebaikan blogging pulak rasanya. :P

lagi satu, niat saya dulu sebenarnya menjadikan blog sebagai wadah "orang tengah" antara saya & hubby (dulu tunang). hehe. sebab selalu je ada silap faham antara kami berdua. jadi, tulisan di blog selalunya membantu jernihkan keadaan. isk, jauh menyimpang niat tu kan? :P apapun, alhamdulillah kami dah selamat disatukan. sekarang? boleh pujuk face to face je kalau ada salah faham. tapi mungkin juga ada masa-masanya saya perlukan khidmat blog ni untuk memujuk dia, hehe. tak salah kan?


saya --> syoknya bila dah dapat menulis.. =) tapi masih belum jumpa rentak lagi.

Tuesday, April 13, 2010

~Percubaan untuk kembali =)

fuhhhh..fuhhhhhh..!!
punya berhabuk & bersawang, seminggu sapu pun belum tentu bersih ni.. :)

nampaknya, saya betul-betul diam.
5 bulan ber'hibernate', banyak sangat benda nak diceritakan. terlalu banyak. nanti la, saya qada' satu persatu. rindu nak menulis. rindu nak berkongsi cerita. rindu nak meluah rasa. tambah-tambah kini, saya & hubby dalam proses untuk menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga. alhamdulillah, tak terhitung nikmatnya perasaan kami saat ini.


saya --> sedang mencari mood menulis.