.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, August 21, 2009

~Selamat menyambut bulan ramadhan

seingat saya, saya mula berpuasa pada tahun 1988. ketika berumur 5 tahun. maklumlah, ketika itu saya memasuki taski. berjubah hijau & bertudung hijau lembut. adik beradik yang lain semuanya masuk taska/tadika. tapi saya sedikit berbeza. entah apa mimpinya, saya pun tak tahu. bila ingat kembali kenangan berjubah hijau, saya tersenyum sendiri.

mungkin juga aura dari taski, buat saya bersemangat berpuasa kali pertama. cerita ma, saya berpuasa penuh tahun itu! kalah sejarah adik beradik yang lain. tapi sepanjang hari melepek. lembik. mulut asyik bertanya, lambat lagi ke nak azan?

tapi, ketika bersekolah darjah satu, saya sorok-sorok bawa bekal air dalam beg sekolah. terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak berpuasa. cemburu sebenarnya. hanya minum, tanpa makan. sangka saya, saya masih lagi 'berpuasa'. dangkalnya pemikiran kanak-kanak berumur 7 tahun ketika itu.

tengahari, balik dari sekolah, saya selalu singgah di kedai mak ngah. beli ais dengan harga 10 sen. dapat la seplastik ais yang kini berharga 30 sen. balik rumah, saya mandi bersama ais tersebut. wah, nikmat!

waktu petang, terasa dahaga, saya sorok-sorok minum air teh yang disejukkan di peti ais. cukup seteguk dan saya akan pastikan orang takkan perasan air tu sudah berkurangan. tapi sebenarnya, ma tahu =P waktu berbuka, saya la yang paling sibuk, walhal semua orang tahu saya ponteng puasa. alih-alih je dengar suara ma berkata,
"orang tak puasa, duduk diam-diam. jangan kacau."

tapi alhamdulillah, sejak umur 9 tahun, ma lebih tegas. saya wajib berpuasa kecuali demam. upahnya, duit raya & baju raya. kadang-kadang, boleh pula terlupa yang saya sedang berpuasa. terutama waktu disuruh menyuap bubur untuk ayu, adik saya. sambil suap dekat ayu, sambil suap dalam mulut sendiri. Opps, tak sengaja, tak apa kan?

itu kenangan zaman kanak-kanak. bila dah dewasa, walaupun 'bercuti', kami anak-anak perempuan diajar untuk tidak makan pada waktu siang. kalau nak minum, biar betul-betul tersorok dari pandangan sesiapa pun. makan, memang jauh sekali. kami diwajibkan bersahur seperti biasa dan berbuka seperti biasa. tapi kadang-kadang terlepas juga sahurnya. bangun pagi, tadah telinga je la jawabnya. hehe. waktu berbuka, mesti dengan air panas. kalau teringin nak minum ais sekalipun, hanya selepas itu.

betul, ramadhan benar-benar mendisiplinkan saya. disiplin berbuka dengan minuman panas masih menjadi amalan, cuma kalau bersahur, agak kantoi sedikit. jarang sangat makan, sekadar dengan seteguk dua air sahaja.


insyaAllah, ini adalah ramadhan terakhir saya dengan title single. tahun depan, jika dianugerahkan nikmat umur yang panjang, saya akan meniti ramadhan dengan gelaran isteri. bak kata my dear hamba Allah, ramadhan akan datang, mungkin kami akan sambut bertiga even masih dalam perut lagi masa tu. amiin. mudah-mudahan tercapai impian kami. segalanya mungkin. maaf la kalau nampak macam lebih-lebih pulak, huhu.



saya --> semoga ramadhan kali ini dapat dilalui dengan lebih baik. insyaAllah.

6 comments:

  1. salam buat adik hariza...
    herm,menarik citer pose zaman kecik2 dulu ek..mulut kate pose tapi duk minum air sorok2 yer...:)biasalah tu,kanak2 lah katekan..

    tahun ni single tapi not available..tahun depan totally not available lah ni yer...insya-Allah,jika diizinkan...adik akak ni sambut Ramadhan ber3 lah walaupun si dia ada dlm perut ibu nya...

    akak ada award nak kasi..g amik kat blog akak tau..

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan za...
    tahun depan lebih meriah dengan anugerah kn..insyaallah:-)

    ReplyDelete
  3. Salam kak..
    semoga impian akak dan hamba ALLAH..tercapai dan kekal hingga ke SYurga...amiiin...@};---

    ReplyDelete
  4. kak hadina,
    insyaAllah kak..mudah2an termakbul impian..

    terima kasih..nnti iza gi amik ek..tp mybe lewat sikit post entri..sbb skrg tgh kursus.. :)

    ReplyDelete
  5. aziyan,
    salam ramadhan yan..
    insyaAllah..moga Allah makbulkan impian kami..
    ko pun dah tak lama lagi kan.. :)
    impian kita sama..cuma masa yang berbeza..

    ReplyDelete
  6. salam dayah,
    amiin..
    syukran ya ukhti.. ;)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..