.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, August 20, 2009

~Demam sana sini

sabtu lepas saya demam. pukul 3 pagi, badan dah menggigil-gigil kesejukan. tengaharinya, demam kebah. ada orang kata, saya demam rindu =)

tengahari semalam, mula lagi rasa seram sejuk. ingatkan aircond kuat sangat. tapi saya tengok orang lain, rileks je. kemudian, bila lama-lama mengadap laptop, rasa macam badan ringan. melayang-layang je lagaknya macam mukhsin yang melayang keatas masa duduk sebelah orked tu. kepala main pusing-pusing, macam kipas.

balik dari kerja, saya dah tak ingat apa. dalam kepala, cuma nak solat dan berkelubung dalam selimut je. nak mandi pun dah takde hati. sejuk!
makan, jauh sekali. memang awal-awal dah tolak tepi.

tapi usai solat maghrib, tangan kecil athirah, lembut mengetuk pintu bilik saya. daun pintu dikuak, mata saya menangkap senyuman manis dari bibirnya. kepalanya sudah kemas bertudung.
"chik, nak mengaji."

"malam ni tak payah mengaji boleh tak?"
tapi kata-kata tu cuma tersekat di dalam hati. tak sampai hati nak dilafazkan.
sudahnya, bukan athirah je yang mengaji dengan saya, tapi angah & najihah sekali. peliknya, masa mengaji tu, tak ada pula sakit kepala *itulah kelebihan membaca al-Quran*.

9.00 malam, saya dah selamat beradu di bilik. tutup kipas dan berselimut tebal. selama ni, selimut tu cuma dianak tirikan. kesian dia. dah macam ni, baru terhegeh-hegeh nak guna ye?

as usual, bila dah demam agak panas, saya ni mula la mimpi yang bukan-bukan. ada batu nak hempap la. dikejar cahaya merah la. minum air masak terasa bercampur pasir. macam-macam.

cuma semalam, tambah lagi satu ujian..kekejangan kaki. orang terengganu panggil "setok 'kkarung". aduih. dekat 15 minit baru ok. automatik mata berair. bukan nangis. bukan. ada hati nak nafi lagi ni. tapi entah. agaknya dah bercampur baur demam dan sakit kekejangan, bagi kesan pada mata kot. itu yang berair, hehe.

tiba subuh, suhu dah menurun sikit. apa-apa hal pun, saya kena juga ke pejabat hari ni. kerja banyak lagi belum siap, huhu. check telefon, ada dua sms. 1 dari my dear hamba Allah dan 1 dari my dear mom. rupa-rupanya saya ada terhantar sms kosong pada dua-dua orang kesayangan saya ni. masing-masing macam pelik je kot. ampun ye, sms dihantar di bawah paras sedar =)

sekarang ni dah dekat pukul 1 tengahari. saya masih dalam mood demam. sejuk, macam duduk dalam peti ais je rasanya.

dayah pun demam ye? makan ubat tau dik..


saya --> risau, H1N1 makin mengganas. tapi saya ni tak insaf-insaf juga. mask cuma simpan dalam hbeg.

3 comments:

  1. Salam kak iza cyg...(^_^)v
    ermm..dayah demam gak..
    dah 2,3 ari..isk3..kat tmpat keje ni ada sorg 'pembawa'..dah berjangkit..doktor kata virus yg kuat..tp bukan h1n1..rasa panas2 sejuk..takotnya..

    yg kesiannya, kak lela..dia tgh pregnant..skrg ni dia MC dlm 3 o 4 ari..dia paling teruk demamnya..badan bisa2 katanya..

    mask diwajibkan pakai kat cni..coz dah 4 org jangkit termasuk dyh yg demam..huhu..antibodi xkuat..

    semua ni ujian drp DIA..mesti ada hikmah disebaliknya kan kak..semoga semua rakyat Malaysia kembali bebas drp h1n1..insyaALLAH...amiiin...

    ~panas2 sejuk,sakit pale,hanyut badan,mulut penuh ulser...(-_-)..saat2 mcm ni mula la rasa nak balik kg...

    ~semoga akak pon cepat semboh..jgn lupe mkn obat..huhu..payah mkn pon kena mkn..dek krn musim yg sangat bahaya ni..

    wit love~
    @};---

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan.. Semoga cepat sembuh ye Iza..

    ReplyDelete
  3. sakit itu penghapus dosa.. supaya kita juga turut bersedia menginsafi diri.. :-) <-- ayat2 semangat jek tuh.. aritu i sakit perut pun, mcm nak pengsan dah.. kui3x

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..