.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, August 28, 2009

~Berakhir sudah..

seminggu berkampung di kompleks antarabangsa, jalan sultan ismail. dan seminggu yang agak meletihkan. tapi menyenangkan! hari ni, hari akhir training.

dah setahun lebih saya tinggalkan bilik kuliah. bila dah masuk training, kembali menjadi pendengar, sambil tengok nota, sambil menyalin maklumat dan sambil tekan-tekan kekunci komputer..saya cukup excited. hehe, tak payah fikir pasal kerja yang berserabut kat pejabat tu, dan saya kembali merasai suasana seorang pelajar. itu yang seronok sebenarnya.

tapi bila mata asyik nak buat silap mata sebab selalu je tertutup tanpa sedar, aduih, sabar je la banyak-banyak. mengantuk, jangan cakap. pagi-pagi mata dah buat onar.

rutin harian turut bertukar minggu ni. pagi-pagi masih lagi ke pejabat dengan my dear bro. sampai di pejabat, terus berkejar ke lrt pasar seni. menuju ke kl sentral. dari kl sentral, jalan kaki ke kl monorail. ada pulak orang buat renovation kat tengah-tengah tu. so, nak ke kl monorail, kena jalan kaki agak jauh. bersebelahan dengan poslaju. kemudian, naik monorail ke stesen raja chulan. nasib baik la kompleks antarabangsa tak jauh sangat dari stesen raja chulan tu. 5 minit jalan kaki, dah sampai.
masa balik, naik monorail semula ke kl sentral. kemudian tunggu bas, balik ke kota damansara. fuh, memang agak penat. tambah-tambah sekarang ni bulan puasa. hujan pulak tu. berebut-rebut naik train dan bas. ada sekali tu, dalam monorail, tangan tak dapat nak berpaut kat mana-mana pemegang pun. alih-alih monorail tu bergerak, pasrah je la. tersepit tengah-tengah orang ramai. depan belakang, kiri kanan. jadi imej pegun kejap. tu pun nasib baik ada ruang nak bernafas lagi. tapi maklum je la, udara tersangat la 'segar' bila dah bersesak-sesak macam tu. dalam pukul 7.30-8.00 malam, baru sampai rumah. fuh, lembik. nak berbuka pun dah takde mood. makan pun, sekadar buat syarat.

malam je, awal-awal dah collapse. apa punya anak dara la ni. berkali-kali juga my dear bro dah sound. tapi sis-in-law selalu backup, hehe. ye la, my dear bro tak pernah rasa berebut naik train, berebut naik bas ting-tong dalam hujan lebat, tak pernah merasa berdiri lebih dari sejam dalam bas yang asyik berhenti & suka sangat brek mengejut, berhimpit-himpit dengan segala mat bangla & indon.

apapun, syukur sebab sedang dalam keadaan 'mc' sekarang ni. jadi, kuranglah sikit rasa rugi dalam bulan puasa ni. tertidur awal pun, boleh lagi rasa senang hati.

malam ni balik kampung...!
perkara paling best untuk dilakukan =)
insyaAllah, sempat sahur kat rumah subuh nanti. untuk berbuka, dah janji dengan dear mom & sis, nak masak nasi ayam sama-sama. tak sabarnya...

saya --> hilang segala penat bila belek-belek tiket bas balik terengganu. hehe.

Thursday, August 27, 2009

~Selamat hari lahir dik..

" Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan dayah cayang,
Allah selamatkan kamu. "

buat adik yang akak sayangi,
wan nor hidayah bt wan ibrahim..

selamat menjejak ke angka 23. semoga kematangan diri meningkat seiring dengan pertambahan umur. semoga doa-doa dan impian dayah dimakbulkan Allah & dipermudahkan segala-galanya. mati idea dah akak, sebab tadi dah wish kat facebook. hehe.

dayah,
tiada lagi surprise birthday party dari kami. tiada lagi adegan sorok menyorok kek, takut yang dirancang dapat dihidu suprisenya.
tiada lagi usikan nakal dari kami untuk dayah. tak bagi dayah keluar dari bilik. siap bermangga dari luar bilik. beserta ugut-ugutan. tiada lagi 'tanduk-tanduk' yang menyorok kesemua baju-baju dayah. siap dengan rakaman aksi-aksi yang boleh buat kita tersenyum bila menontonnya semula kalau boleh akak nak bagi kat CH tengok rakaman tu bila tiba masanya. akak simpan lagi rakaman tu tau =)

sekarang,
yang ada, hanya ucapan tulus & ingatan yang tak pernah padam.

SELAMAT HARI LAHIR.


saya --> menggamit rindu

Tuesday, August 25, 2009

~Training SAP

saya kini berada dalam mood ber'training'.
dari 24-28 hb ogos di kompleks antarabangsa.

akhirnya, berpeluang juga saya masuk training abap workbench bc400 ni. dah berbulan-bulan tunggu. dan hanya ada 5 orang pelajar sahaja yang terlibat.

ya Allah,
terangkanlah hatiku dalam menimba ilmu pengetahuan,
ameen.


saya --> disebabkan training di kompleks antarabangsa, merasa juga la saya naik monorel. isk, isk, sebelum ni tak pernah berpeluang.

Sunday, August 23, 2009

~ ...


Love what u have,

and...

Live for it..!




saya --> hidup bagai aiskrim. nikmati sebelum ia cair.

Friday, August 21, 2009

~Selamat menyambut bulan ramadhan

seingat saya, saya mula berpuasa pada tahun 1988. ketika berumur 5 tahun. maklumlah, ketika itu saya memasuki taski. berjubah hijau & bertudung hijau lembut. adik beradik yang lain semuanya masuk taska/tadika. tapi saya sedikit berbeza. entah apa mimpinya, saya pun tak tahu. bila ingat kembali kenangan berjubah hijau, saya tersenyum sendiri.

mungkin juga aura dari taski, buat saya bersemangat berpuasa kali pertama. cerita ma, saya berpuasa penuh tahun itu! kalah sejarah adik beradik yang lain. tapi sepanjang hari melepek. lembik. mulut asyik bertanya, lambat lagi ke nak azan?

tapi, ketika bersekolah darjah satu, saya sorok-sorok bawa bekal air dalam beg sekolah. terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak berpuasa. cemburu sebenarnya. hanya minum, tanpa makan. sangka saya, saya masih lagi 'berpuasa'. dangkalnya pemikiran kanak-kanak berumur 7 tahun ketika itu.

tengahari, balik dari sekolah, saya selalu singgah di kedai mak ngah. beli ais dengan harga 10 sen. dapat la seplastik ais yang kini berharga 30 sen. balik rumah, saya mandi bersama ais tersebut. wah, nikmat!

waktu petang, terasa dahaga, saya sorok-sorok minum air teh yang disejukkan di peti ais. cukup seteguk dan saya akan pastikan orang takkan perasan air tu sudah berkurangan. tapi sebenarnya, ma tahu =P waktu berbuka, saya la yang paling sibuk, walhal semua orang tahu saya ponteng puasa. alih-alih je dengar suara ma berkata,
"orang tak puasa, duduk diam-diam. jangan kacau."

tapi alhamdulillah, sejak umur 9 tahun, ma lebih tegas. saya wajib berpuasa kecuali demam. upahnya, duit raya & baju raya. kadang-kadang, boleh pula terlupa yang saya sedang berpuasa. terutama waktu disuruh menyuap bubur untuk ayu, adik saya. sambil suap dekat ayu, sambil suap dalam mulut sendiri. Opps, tak sengaja, tak apa kan?

itu kenangan zaman kanak-kanak. bila dah dewasa, walaupun 'bercuti', kami anak-anak perempuan diajar untuk tidak makan pada waktu siang. kalau nak minum, biar betul-betul tersorok dari pandangan sesiapa pun. makan, memang jauh sekali. kami diwajibkan bersahur seperti biasa dan berbuka seperti biasa. tapi kadang-kadang terlepas juga sahurnya. bangun pagi, tadah telinga je la jawabnya. hehe. waktu berbuka, mesti dengan air panas. kalau teringin nak minum ais sekalipun, hanya selepas itu.

betul, ramadhan benar-benar mendisiplinkan saya. disiplin berbuka dengan minuman panas masih menjadi amalan, cuma kalau bersahur, agak kantoi sedikit. jarang sangat makan, sekadar dengan seteguk dua air sahaja.


insyaAllah, ini adalah ramadhan terakhir saya dengan title single. tahun depan, jika dianugerahkan nikmat umur yang panjang, saya akan meniti ramadhan dengan gelaran isteri. bak kata my dear hamba Allah, ramadhan akan datang, mungkin kami akan sambut bertiga even masih dalam perut lagi masa tu. amiin. mudah-mudahan tercapai impian kami. segalanya mungkin. maaf la kalau nampak macam lebih-lebih pulak, huhu.



saya --> semoga ramadhan kali ini dapat dilalui dengan lebih baik. insyaAllah.

Thursday, August 20, 2009

~Demam sana sini

sabtu lepas saya demam. pukul 3 pagi, badan dah menggigil-gigil kesejukan. tengaharinya, demam kebah. ada orang kata, saya demam rindu =)

tengahari semalam, mula lagi rasa seram sejuk. ingatkan aircond kuat sangat. tapi saya tengok orang lain, rileks je. kemudian, bila lama-lama mengadap laptop, rasa macam badan ringan. melayang-layang je lagaknya macam mukhsin yang melayang keatas masa duduk sebelah orked tu. kepala main pusing-pusing, macam kipas.

balik dari kerja, saya dah tak ingat apa. dalam kepala, cuma nak solat dan berkelubung dalam selimut je. nak mandi pun dah takde hati. sejuk!
makan, jauh sekali. memang awal-awal dah tolak tepi.

tapi usai solat maghrib, tangan kecil athirah, lembut mengetuk pintu bilik saya. daun pintu dikuak, mata saya menangkap senyuman manis dari bibirnya. kepalanya sudah kemas bertudung.
"chik, nak mengaji."

"malam ni tak payah mengaji boleh tak?"
tapi kata-kata tu cuma tersekat di dalam hati. tak sampai hati nak dilafazkan.
sudahnya, bukan athirah je yang mengaji dengan saya, tapi angah & najihah sekali. peliknya, masa mengaji tu, tak ada pula sakit kepala *itulah kelebihan membaca al-Quran*.

9.00 malam, saya dah selamat beradu di bilik. tutup kipas dan berselimut tebal. selama ni, selimut tu cuma dianak tirikan. kesian dia. dah macam ni, baru terhegeh-hegeh nak guna ye?

as usual, bila dah demam agak panas, saya ni mula la mimpi yang bukan-bukan. ada batu nak hempap la. dikejar cahaya merah la. minum air masak terasa bercampur pasir. macam-macam.

cuma semalam, tambah lagi satu ujian..kekejangan kaki. orang terengganu panggil "setok 'kkarung". aduih. dekat 15 minit baru ok. automatik mata berair. bukan nangis. bukan. ada hati nak nafi lagi ni. tapi entah. agaknya dah bercampur baur demam dan sakit kekejangan, bagi kesan pada mata kot. itu yang berair, hehe.

tiba subuh, suhu dah menurun sikit. apa-apa hal pun, saya kena juga ke pejabat hari ni. kerja banyak lagi belum siap, huhu. check telefon, ada dua sms. 1 dari my dear hamba Allah dan 1 dari my dear mom. rupa-rupanya saya ada terhantar sms kosong pada dua-dua orang kesayangan saya ni. masing-masing macam pelik je kot. ampun ye, sms dihantar di bawah paras sedar =)

sekarang ni dah dekat pukul 1 tengahari. saya masih dalam mood demam. sejuk, macam duduk dalam peti ais je rasanya.

dayah pun demam ye? makan ubat tau dik..


saya --> risau, H1N1 makin mengganas. tapi saya ni tak insaf-insaf juga. mask cuma simpan dalam hbeg.

Wednesday, August 19, 2009

~Akak..kenapa?

sms diterima.

"akak..knp blog mcm ilang smgt? akak ada prob ei?"

tu dia. tersentap, tak tersentap sangat la. sebab saya sedar keadaan ni. tapi saya tak sangka sampai ada yang perasan.

pada bakal-bakal pengantin yang change link dengan saya, saya minta maaf banyak-banyak. saya memang kurang berkongsi tentang persiapan majlis saya. tambah akhir-akhir ini, saya memang hilang perasaan dengan semua itu :P
boleh gitu yek?

pada followers blog ini, terima kasih banyak-banyak. saya akan cuba usahakan untuk menjadi follower blog anda semua.

saya selalu je blog hopping. sambil baca perkembangan rakan bloggers, pengalaman, sambil mencari motivasi diri, serta sambil mencari makanan rohani saya.
tapi..
cuma sekadar membaca. jarang memberi komen.


saya sebenarnya ada, tapi dalam tiada =)


saya --> memang tak ramai yang sedar tentang kewujudan blog saya ini. tapi entri ini saya tulis khas kepada followers, kepada bloggers yang change link, silent readers dan pengunjung yang datang. sebagai tanda penghargaan dari saya. jazaa kallahu khairan kathiraa.

~Lack of ideas

one of blogger's problem is..lack of ideas!

sesekali terasa ingin menulis mengenai peristiwa. apa yang berlaku hari itu? dengan siapa saya bercakap? dimana saya ketika itu? bila berlaku?
hakikatnya, baru saya sedar. kegiatan harian saya hampir sama sahaja setiap hari. terutama pada hari bekerja.

  • sekitar 5.45 pagi - 6.15 pagi
    bangun dari tido.
    khidmat kendiri.
    solat subuh.

  • 7.00 pagi
    turun bawah.
    kalau sempat, sarapan.
    layan athirah siapkan diri dengan uniform sekolahnya. perlu disikat rambutnya, di sapu krim pada muka. dibedak. dipakaikan losyen di tangan dan kaki. dan dipakaikan tudung. manjanya mengalahkan si kecil amirul.

  • sekitar 7.10 pagi - 7.20 pagi
    bertolak ke pejabat.
    sempat la termenung dalam kereta sekejap.
    berfikir tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan hari itu.

  • sekitar 7.50 pagi - 8.10 pagi
    sampai di pejabat.
    kalau tak puasa, buat nescafe panas secawan.
    buka SAP program, emel, blog. ada mood, buka fs dan fb sekali.

  • 8.30 pagi
    mula waktu pejabat. main-main dengan koding. ubah, tambah itu ini. ada error. kalau tak ada error, terus run. tapi data pula tak keluar. rasa macam program dah ok, bagi kat tester. bila dah test, banyak lagi salah sana sini. ubah lagi, dan lagi.
    *sampai sekarang saya masih tak percaya yang saya ni bekerja dengan koding. benda yang paling saya tak suka masa belajar dulu. tapi sekarang, inilah mata pencarian saya.*

  • 1.00 tengahari - 2.00 petang
    lunch hour.
    kadang-kadang saya makan, kadang-kadang tak makan pun. kalau makan, selalunya tapau. kebanyakan rakan pejabat, semuanya tapau. jarang makan kat kedai. dapat la jimat duit dari beli air. lagi satu, malas nak berebut meja makan sebenarnya.
    makan di pejabat sambil baca cerpen di penulisan2u. masa ni la baru sempat nak blog-hopping blog rakan-rakan. wajib baca entri yang ada, cuma kadang-kadang jarang bagi komen. takpun, merayau di fb (tapi tak pandai sangat guna fb. apa punya budak IT laa..)

  • sekitar 6.00 petang - 6.30 petang
    bertolak balik ke rumah. dengan membawa balik segala keletihan. selalu je tertidur dalam perjalanan, buat my dear bro selalu je jeles, hehe. dah nama pun bawa kereta kan?

  • 7.00 malam
    sampai di rumah.
    khidmat kendiri.
    solat + mengaji.

  • sekitar 7.50 malam - 8.05 malam
    ajar athirah membaca al-Quran.
    setiap hari, saya paling suka part ni.
    athirah dah makin rajin mengaji. kadang-kadang saya minta dia baca 5 kali sahaja, tapi selalunya dia akan tambah lagi bacaannya hingga dia betul-betul puas hati. dia akan pastikan tiada sebarang kesalahan pada bacaannya. bacaan pula, berlagu-lagu. my dear bro selalu je tersenyum kalau dengar anak dia tu mengaji. cuma kadang-kadang, kalau dah datang sindrom M athirah, dalam seminit, ada la 10-12 kali dia menguap. tanda la tu!

  • 8.30 malam
    makan malam. selesai makan, bantu bibik kemas dapur.
    *bibik ni baru 2 bulan bekerja di rumah tu. dia agak segan kalau saya pun sibuk basuh pinggan,lap meja, menyapu bagai. tengah-tengah saya membasuh, boleh aje bibik tarik tangan saya, basuhkan dan lapkan. kemudian ditolaknya saya masuk ke dalam rumah. isk, isk, isk.*

  • 9.00 malam
    tolong anak-anak buah buat kerja rumah. atau buat revision. tambah-tambah along bakal menghadapi upsr nanti.
    kadang-kadang dah jadi 'guru tuisyen' lagaknya saya ni. sains, bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris, islamic studies, arabic, computer & application, semua dibantainya mereka tanya saya. terpaksa la makcik diaorang ni belek-belek kamus, belek-belek buku rujukan, perah otak. nak tanya dengan ibu abah diaorang? jangan harap. kadang-kadang budak-budak ni tak percaya & tak faham dengan jawapan yang diberikan sebab dijawab dalam bahasa yang 'tinggi'.

    bahasa melayu,matematik dan computer & application, insyaAllah jarang bermasalah pada saya.

    sains, saya guna talian hayat dari my dear sis di terengganu. lancar je jawapan dia. nama pun pemeriksa kertas sains upsr.

    arabic, guna talian hayat dari my dear sis di muar. diploma kesusasteraan arab yang dia ada, selalunya dapat membantu walaupun kini bergelar guru bimbingan kaunseling.

    adakalanya, saya gunakan khidmat streamyx. mengorek maklumat dari seluruh pelosok internet.

    sambil-sambil di meja belajar, sambil-sambil mata saya jeling tengok tv. hehe, itu harus.

    sudahnya kalau tiada jawapan mampu saya bagi, malu-malu saya jawab,
    "chik tak tau la jawapan dia. tanya cikgu la esok ye."


  • sekitar 10 malam - 10.30 malam
    biasanya budak-budak semuanya dah masuk tidur. saya pun sama la. tengok tv sorang-sorang, mengantuk jadinya. kadang-kadang masa ni la saya ambil kesempatan baca mana-mana buku yang saya beli. tapi, selalunya saya kalah dengan mata sendiri!


  • maka berakhirlah hidup saya sehari-hari. rutin yang sama hampir setiap hari.
    hari minggu, jadual berubah sikit je. lokasi, selalunya hanya di rumah.

    adakalanya saya rasa macam takde life. hanya berputar pada paksi yang sama. nak keluar hujung minggu? hmm..memang jarang. kecuali hal-hal penting sahaja. sebab tu selalu je ada 'orang' makan hati dengan sikap saya.


    saya --> akhirnya, dapat satu entri. hehe.

    Tuesday, August 18, 2009

    ~Andai ku pejamkan mata

    Andai ku tahu..
    Kapan tiba ajalku..
    Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu..
    Aku takut akan semua dosa dosaku..
    Aku takut dosa yg terus membayangiku..
    Ampuni aku dari segala dosa dosaku..
    Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu.

    "Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali"
    terkenang beberapa pemergian tidak kembali yang sampai ke pengetahuan saya akhir-akhir ini. betapa singkatnya pertemuan manusia di dunia. macam mana agaknya kalau diri saya sendiri yang pergi tak kembali? sedikit sebanyak, pemergian mereka memercikkan sedikit ketakutan pada diri saya.
    dosa entah bergunung ganang. pahala entah cuma serata lantai. amalan? setitik cuma. terlalu jauh dari benchmark untuk melayakkan diri menjejak syurga firdausi.

    dosa dengan ma, dah minta ampun?
    dosa dengan ma, dah minta ampun?
    dosa dengan ma, dah minta ampun? (3 kali dengan ibu, keempat baru ayah)
    dosa dengan ayah?

    dengan kakak abang?
    dengan tunang?
    dengan kawan-kawan?
    masih adakah hutang yang belum terbayar?
    atau masih adakah janji yang belum tertunai?
    ada yang terumpat, ada yang terkasar kata, ada yang tersinggung perasaan. terampunkah semuanya?

    yang paling penting, dosa saya dengan Yang Maha Pencipta =(
    apa yang bakal saya lalui jika sudah sampai masanya untuk mata ini terpejam selama-lamanya? mungkin esok, mungkin lusa..

    ramadhan kareem bakal menjelma. 3 hari sahaja lagi.
    semoga ramadhan kali ini dapat dilalui dengan lebih baik berbanding sebelum ini. insyaAllah.




    ********
    hari ini saya baru tahu, untuk membeli ID developer bagi seorang abaper dari SAP, harganya mencecah rm26 ribu bagi satu ID. dan setiap tahun, ID developer tersebut perlu dibayar untuk tujuan maintainance & licence yang nilainya hampir 60% berdasarkan harga asal.

    untuk ID user, harganya cuma rm10 ribu sahaja.

    mahalnya..! =(

    di pos malaysia, hanya 2 orang abaper sahaja yang mempunyai ID developer. saya & faryza.

    aduh..tiba-tiba rasa tertekan. tambah pula bos dah buat ayat,
    "haa, keje baik-baik. banyak tau pos malaysia keluarkan belanja untuk awak. bukan senang-senang."


    ********

    saya --> entri caca marba. hai, apa nak jadi ni cik hariza?
    saya2 --> tak stabil. bagai di awang-awangan.

    Monday, August 17, 2009

    ~Dunia Sebelah Zara

    * entri ini berkaitan dengan entri zara yang INI *

    .
    .
    .



    saya cintakan Dunia Sebelah Zara kerana..

    klik untuk imej lebih besar


    Dear zara,
    hanya ini yang termampu..
    bukan hadiah yang dikejar, tapi cukup sekadar sebagai hadiah istimewa sempena kejayaanmu di kampus selatan.

    SELAMAT BERGRADUASI SAYANG..!



    saya --> terkenang hari konvokesyen sendiri -15 julai 2008-

    Thursday, August 13, 2009

    ~Takziah buat keluarga Nano

    pagi ini, saya sampai di pejabat pukul 7.40 pagi. agak awal dari biasa. pejabat masih lagi kosong.

    saya ambil peluang untuk menjelajah ke blog-blog kegemaran saya. sampai di blog DAYU, tertawa dibuatnya saya dengan kisah dayu di dalam lrt. macam-macam kan?

    di akhir entri, mata tertancap pada ayat dayu,
    "
    ayah nano meninggal petang semalam, sama-sama lah kita sedekah al-fatihah ye"
    Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.
    berkali-kali saya baca ayat tu. sebak rasanya. Allah lebih menyayangi Allahyarham. dalam keadaan nano yang berbadan dua, tiba-tiba kehilangan ayah tersayang.

    takziah buat keluarga nano. diharap tabah menerima ketentuan. semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


    saya --> al-Fatihah.

    Tuesday, August 11, 2009

    ~Ya Allah, sudilah pandang kami

    * sumber : emel *

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Dengan nama-Mu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hamba-Mu,
    Ingin aku berbicara dengan-Mu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada,
    Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini,
    Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
    Tanpa aku bicarakannya kepada-Mu,
    Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri,
    Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini,
    Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri.

    Ya Rabbi, sudilah pandang aku,
    Ya Rabbi, izinkan aku menghadap-Mu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

    Aku tahu..
    Aku sering menghadap-Mu dengan wajah yang kelam, tidak berseri,
    Aku sering berhadapan dengan-Mu tika jiwaku berkeluh kesah,
    Aku mencari-Mu hanya di waktu susah dan derita,
    Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakan-Mu,
    Aku lupa bahawa hidup ini hanya untuk-Mu,
    Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya.

    Namun,
    Di saat ini aku hadir untuk menghadap-Mu,
    Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya,
    Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu,
    Dan tertipu dengan dunia dan syaitan,
    Allah, pandanglah aku dengan kasih sayang-Mu,
    Pandanglah aku dengan keampunan-Mu,
    Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redha-Mu,
    Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu,
    Tapi, layakkah aku Ya Allah?

    Ya Rabbi,
    Seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
    Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu?
    Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
    Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
    Hitamkah wajahku bila berhadapan dengan-Mu?
    Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
    Berlarikah aku menuju-Mu kerana rindu untuk menemui-Mu?
    Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu dengan-Mu?
    Allah, aku bimbang..
    Aku gusar dan takut Ya Allah..
    Apabila memikirkan saat itu,
    Kerana banyaknya dosa aku terhadap-Mu.

    Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini,
    Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan,
    Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadap-Mu,
    Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja.

    Aku takut pada-Mu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadap-Mu?
    Aku sering berjanji di depan-Mu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untuk-Mu,
    Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa,
    Aku pernah menangis kerana-Mu kerana takutkan azab-Mu,
    Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentang-Mu,
    Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu,
    Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali pada-Mu,
    Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

    Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali pada-Mu,
    Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda,
    Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapan-Mu kelak?
    Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?

    Allah, aku mohon dengan sangat..
    Sucikanlah hati aku dengan maghfirah-Mu,
    Agar tersenyum aku pulang mengadap-Mu,
    Allah, terimalah taubatku,
    Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu dengan-Mu,
    Allah, pimpinlah aku dengan hidayah-Mu,
    Agar mudah jalanku ke Jannah-Mu...

    Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat dengan-Mu,
    Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapan-Mu kelak,
    Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini,
    Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang oleh-Mu,
    Amiin Ya Rabb..


    Aku mohon dengan sangat..
    Perkenankanlah, perkenankanlah, perkenankanlah.


    :: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::


    saya --> berkabus mata saat membaca bait-bait indah ini.

    Thursday, August 6, 2009

    ~Berehat sebentar


    daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.. Nabi S.A.W bersabda :
    " Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan keduckacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"

    - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    saya --> berehat sebentar & muhasabah diri.

    Tuesday, August 4, 2009

    ~Mari kawan-kawan..


    Rasulullah s.a.w. ketika mengutuskan Muaz dan Abu Musa ke Yemen, turut bersabda:
    Sesungguhnya agama Islam mudah….permudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan, sampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari.
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    bulan syaaban bergerak sehari demi sehari. ramadhan pula bakal menjelma, menemui kita dalam masa 17 hari akan datang. sekajap je bukan?

    mari kawan-kawan..
    kita baca Quran..

    sambil-sambil mengadap tugasan di pejabat, apa salahnya kita berjalan-jalan ke SINI. luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quranul Karim.

    siri al-Quran maya ini saya kira sangat membantu.
  • dilengkapi dengan 30 juzuk.
  • boleh diselak-selak.
  • punya kanta pembesar bagi sesiapa yang punya sedikit masalah penglihatan.
  • latar belakang web yang boleh diubah-ubah mengikut mood pembaca.
  • cepat untuk dimuat turun.
  • boleh bookmark di mukasurat sebagai penanda bacaan kita.






  • saya --> jika terlalu sibuk, sehelai sehari juga sudah memadai.

    Monday, August 3, 2009

    ~..... Slowly scroll downwards slowly and enjoy it!





























    HUMAN BEINGS ARE SUCH SMALL CREATURES, AREN'T THEY?

    SO DON'T BE TOO WORRIED ABOUT EVERYTHING, TREASURE EVERY MOMENT, DO WHAT YOU WISH TO DO.....

    BROADEN YOUR VIEW, BROADEN YOUR MIND, DON'T WORRY TOO MUCH ABOUT THINGS THAT ARE BOTHERING YOU, DO TREASURE YOUR LOVED ONES, LIVE SAFELY AND PEACEFULLY, ALWAYS BE HAPPY TO WELCOME THE COMING OF THE NEW DAY.......

    ENJOY THE SUNSHINE ...

    ALWAYS LOOK AT THE BRIGHTER SIDE OF THINGS.....



    saya --> berfikir jauh ke hadapan.