.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, July 2, 2009

~Sebuah cerita..tulus..

*ini cerita yang diadaptasikan dari kisah benar teman lama saya*
syukur kepada Allah, akhirnya aku selamat bertunang dengan lelaki yang sudi menerima aku seadanya. belumpun sebulan tempoh pertunangan kami, namun telah kurasa manisnya perhubungan. perkenalan di alam kampus sejak sekian lama akhirnya diikat dengan sebuah janji. aku sendiri tidak pernah menduga semua ini.

di awal perkenalan, hanya hubungan kawan yang terjalin. namun, tiba-tiba kasih bertaut. dari hanya bertukar idea mengenai pelajaran, kemudian kami bertukar cerita mengenai diri masing-masing. perasaan sayu bertunas dalam hati bila mengetahui dia telah kehilangan kedua ibu bapa yang tercinta. pun begitu, dia tampak tabah dengan situasi itu. mujur juga dia masih punya abang dan kakak yang penyayang.

sepanjang perhubungan, ranjau duri kami harungi bersama. tawa, ria, bermasam muka, bertikam lidah, semua itu asam garam kehidupan. perhubungan kami tetap utuh. apa yang penting, komunikasi harus jelas. sikap keanak-anakkannya sering buat aku tertarik. sesekali sikap matangnya muncul, aku jadi terpaku. terlalu banyak perkara yang istimewa padaku tentang dia.

bukan harta yang jadi ukuran. bukan juga paras rupa jadi sempadan. hidup kami penuh kesederhanaan. kami tak punya apa. hanya motor lama peninggalan arwah ayah yang jadi kebanggaan dia. begitu juga aku. bilangan adik beradik yang ramai, buat aku lebih berdikari. atas persetujuan bersama, aku & dia mengambil keputusan untuk memohon posting mengajar di negeri kelahiran dia. di negeri yang penuh dengan adat perpatih. ini salah satu dari perancangan jangka panjang jika kami ditakdirkan hidup bersama suatu hari nanti.

sampai ke suatu titik perhubungan, kami bercadang untuk bertunang. itupun atas permintaan keluarga kami. permintaanku mudah, hanya hantarkan rombongan meminang beserta sebentuk cincin ke negeri serambi mekah ini. cukup. tak perlu diiringi dengan pelbagai barangan berdulang-dulang. cincin yang kupinta juga kami beli dengan duit hasil simpanan sendiri. hanya dengan serendah-rendah harga namun tinggi nilainya pada perhubungan kami.

tiba harinya, aku cuma berpakaian seadanya. tiada baju 'meriah' seperti orang lain. hanya berbaju kurung. tiada persediaan rapi yang perlu di siapkan. persis hari raya, aku & keluarga menanti kehadiran tetamu tiba dari jauh. namun debarannya tetap kurasa. alhamdulillah, keluargaku cukup bersetuju dengan kesederhaan yang ku inginkan ini.

kehadiran dia dan keluarga diiringi 3 dulang hantaran. terkejut aku dibuatnya. bila ditanya, semua ini atas permintaan pakciknya. katanya, tak manis bertandang ke rumah orang tanpa buah tangan. ku terima dengan hati terbuka; sepasang kain, kek dan sebakul buah-buahan. keluargaku cuba melayan seadanya. perbincangan demi perbincangan di lontarkan. sambil saling bertaaruf antara 2 keluarga. lega hati aku apabila perbincangan diselangi dengan tawa mesra. biarpun ada sedikit perbezaan loghat.

akhirnya tersarung jua cincin di jari manisku. jika tiada aral, tanggal disember 2009 bakal menjadi detik manis kami. 1 Muharam menjadi pilihan. namun sebelum itu, pelbagai perkara harus diuruskan. paling utama, membeli kereta bagi memudahkan urusan persiapan kami kelak. aku harap persediaan nanti tak akan menyusahkan orang lain. biar kami berdua sahaja yang berhempas pulas untuk semua perkara.

hantaran? mungkin aku hanya menetapkan mas kahwin dengan persetujuan ayahku sebagai wali. tanpa perlu wang hantaran. tapi akan diiringi dengan beberapa dulang hantaran semasa majlis akad nikah nanti. mungkin 5 dulang berbalas tujuh. atau juga mungkin hanya dengan 3 dulang berbalas 5. sekurang-kurangnya ada sedikit kenangan untuk kami kelak.

cerita pertunangan ini hanya di sampaikan pada kawan-kawan terdekat. bukan malu dengan majlis pertunangan yang cukup ringkas ini, tapi hanya ingin bersederhana. aku maklum, majlis pertunangan kami seperti majlis merisik orang lain. malah mungkin majlis merisik jauh lebih hebat dari ini. tapi bukan kehebatan yang dicari. cukup sekadar memenuhi landasan ajaran Islam.

apapun, doakan kebahagiaan kami ye?
:-)

saya --> cerita di atas adalah cerita benar yang diolah sesuka hati oleh saya tanpa mengubah fakta asal dari seorang sahabat lama. saya sangat-sangat kagum dengan pasangan ini yang sangat-sangat bersederhana dan sangat berkompromi di antara satu sama lain. saya juga dibenarkan melihat gambar sekitar majlis pertunangan pasangan ni. namun di blog ini, mereka minta agar dirahsiakan siapa mereka.

9 comments:

  1. iza...selamat bertunang!sy amat kagum dengan sikap bersederhana anda...dan sy amat berharap sy juga dtiupkn semangat y sebegitu rupe...

    ReplyDelete
  2. farah..
    thats not me..
    hehe..
    itu mjlis pertunangan kwn iza.. =)
    tp serius..mmg susah nak jmpa org camni..iza pun tak sanggup rasanya..

    ReplyDelete
  3. Satu kisah yang menarik..erm kadang2 susah kita nk puaskn hati semua pihak.apatah lagi bila melibatkan dua belah pihak..apepun,moga perjalanan kita dimudahkan ye..:-)

    ReplyDelete
  4. ha ha ha..malunya!x terbace plak tlisan kaler merah tu..pape pon nice stori iza (cover malu ^_^)

    ReplyDelete
  5. erm..mmg best...mudah...betl kater yan..kadang susah2 nk puaskan hati kedu abelah pihak...:)moga2 semua urusan dipermudahkan..AMIN.

    ReplyDelete
  6. ada kawan sekelas kita cam tu gak iza,
    masa pregnant pun dia berdikari gak, kalau x silap dia present projek sarjana muda masa tengah sarat mengandung.. aku sangat kagum ngan dia dulu..
    skang pas belajar akhirnya dapat duduk bersama suami dan anak.. mudah2an hidup mereka sentiasa bahagia dan dilimpahi rezeki..

    ReplyDelete
  7. yan,
    eh..eh..cara bercakap cam ada pengalaman je..
    takpun tgh lalui.. :D
    anything my dear?


    farah,
    hehe..
    nothing to embarras..

    ReplyDelete
  8. ucu,
    semoga dipermudahkan semua urusan..
    takde bnda boleh buat dgn mudah..
    insyaAllah..hope semua ok..


    sue,
    kagum kan dgn ketabahan sesetengah org..tp aku taktau la, mmpu ke tak nak ikut..huhu..

    ReplyDelete
  9. perlukan khidmat jurugambar?
    kami mengalu-alukan anda untuk melayari web kami http://colourliciousphotography.blogspot.com untuk lebih lanjut.

    kami sedang mengadakan promotion dan kami juga menyediakan pakej ekonomi tetapi amat berkualiti.
    thanks.

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..