.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, July 31, 2009

~Musim luruh & si tiang seri

* musim luruh & si tiang seri tiada apa-apa perhubungan. hanya sebagai metafora kehidupan *

musim luruh di hati kembali lagi.

sehelai demi sehelai daun mula berguguran. daun terus kekuningan. tiada lagi hijau menaung. kesegaran yang selalunya bermain pada pandangan mata juga menghilang. yang tinggal hanya dahan-dahan kekeringan.

tapi alhamdulillah, masih mampu bertahan. sekurang-kurangnya belum lagi mencapai tahap kemarau, kan?

zara ~
memang padang bola tampak kosong jika dibandingkan dengan taman bunga. tapi padang bola masih lagi menghijau jika dibandingkan si dahan kesunyian tanpa daunnya =)


~ *********************** ~
tiang seri yang gagah berdiri hampir rebah. rebah dengan kehendak dunia. apatah lagi si tiang kecil yang hanya memegang watak tiang sampingan. hanya sekerdil-kerdil tiang. boleh jadi terus patah menghempap bumi. rumah yang dalam pembikinan, mungkin hanya akan tersadai. terbengkalai. si tiang kecil ingin sekali menolong, memberi sokongan & kekuatan kepada si tiang seri. tapi ntah, mampu atau tidak. segalanya tidak pasti.

tiang seri hampir kehilangan semangat. buntu.

si tiang kecil? terdiam. ligat mencari jalan. jangan biar roboh.


~ *********************** ~
ke kiri rasa perit,
ke kanan rasa sakit,
ke belakang mungkin terjatuh,
ke depan mungkin tersungkur.

satu demi satu persoalan di asak. dan satu demi satu kenyataan pahit terbentang di depan mata. sehinggakan tiada ruang untuk diri berdiri. lemah selemah lemahnya. lutut terasa longgar untuk terus melangkah. jasad bagai terlayang-layang di bawa arus angin.

titik.


..si tiang kecil perlukan ketenangan..
..moga ketemu penyelesaian..
..dan bahagia menjejak nur yang dicari..


saya --> kepada "silent follower" yang tak jemu-jemu mengirimkan sms kepada saya, terima kasih tak terhingga atas keprihatinan adik. maaf kerana sering membiarkan sesetengah sms adik tergantung tanpa balasan. harap memahami situasi.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..