.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, July 24, 2009

~Kisah hari jumaat lagi..

semalam, awal-awal lagi along dah pesan minta belikan binding set di pasaraya mydin sinar kota. dia tahu, waktu rehat pada hari jumaat saya panjang. siap pesan, beli yang ada banyak warna kertasnya. nak buat buku skrap katanya. berbezanya budak-budak sekarang ni. darjah enam pun dah kena buat buku skrap bagai. saya dulu, buat atas kertas lukisan aje. kenal binding set pun, bila dah masuk tingkatan 1.

sampai di pintu pasaraya mydin, tangan saya ditarik kakak penjual krim denpo snow. krim tu di buat berasaskan sengkuang. akak tu dah promosi itu ini, saya beli je la. dua keping not merah bertukar tangan. selagi tak dibeli, selagi tu tangan saya dipegangnya. lagipun saya memang dah lama pakai krim tu. selain lembabkan kulit muka, krim tu tak berminyak. alhamdulillah, serasi dengan kulit saya selain boleh kurangkan jeragat dan pengelupasan. *eh, dah jadi iklan pulak ni*

saya teruskan pencarian ke dalam perut pasaraya mydin. selepas sesi belek-belek binding set, saya naik ke tingkat atas. teringat bedak kompak dah habis dekat seminggu. lip balm pun dah lama tak pakai. selalunya bila nak masuk ke ruang kosmetik, tak ada barang lain dari luar dibenarkan masuk. mesti ditinggalkan di atas rak yang disediakan. saya tunjukkan makcik pengawal di pintu masuk ruang kosmetik itu dengan plastik berisi krim saya tadi. dia angguk tanda faham. tak dibenarkan bawa masuk. ok takpelah, dengan harapan dia 'jaga' la krim saya tu.

selesai bayar bedak dan lipbalm, saya ke rak untuk ambil binding set yang belum dibayar dengan krim saya tadi. mata saya melilau dan tersentap!! plastik krim tu dah hilang! binding set masih di situ. saya terkocoh-kocoh menuju ke makcik pengawal.
jawapan dia, "eh, tadi ada lagi."
tiada apa yang saya boleh buat selain cakap, "dah hilang dah makcik."
muka dia cuma terkulat-kulat. muka saya pula agaknya dah tiada apa riak.

10 minit saya berteleku berhampiran eskalator. tanpa perasaan. memerhatikan tangan setiap orang yang menuruni eskalator. dengan harapan, saya ternampak plastik krim saya dipegang salah seorang dari mereka. waktu tu terasa semacam dalam televisyen. ada dua lembaga, satu merah bertanduk dan satu putih ada cahaya bulat di atas kepalanya. saling bertingkah satu sama lain.

si merah : ko jangan halalkan apa yang orang tu dah ambil.
si putih : mungkin dia tersilap ambil.
si merah : tak mungkin pencuri tu silap ambil! ko doakan biar muka pencuri yang pakai krim tu, makin rosak muka dia.
si putih : apa salahnya awak halalkan sahaja. cuma rm20 je. anggap sedekah.
si merah : ko kan tengah berjimat sekarang ni. rm20 tu cukup bernilai untuk ko.
si putih : halalkan aje la. tak rugi pun kalau ikhlaskan hati.
si merah : sepatutnya ko fight dengan makcik pengawal tu tadi. ko patut bawa masuk plastik krim tu. kalau tak, takkan jadi macam ni tadi.
si putih : dia hanya jalankan tugas. jangan salahkan dia. silap awak sebab tak tutup betul-betul plastik tu dengan binding set tadi. mungkin juga orang tu teringin nak pakai krim tu, tapi dia tak mampu nak beli. sekurang-kurangnya awak masih mampu.
si merah : huh..!

jam menunjukkan 2 petang. saya akhirnya melangkah pulang ke pejabat. di penghujung fikiran, saya rasa baik saya halalkan sahaja krim itu. selebihnya saya serahkan kesalahan orang tu pada Al-'Afuw (Yang Maha Pengampun).

jika saya ikutkan kata-kata si merah, mungkin sampai bila pun saya masih teringatkan krim tersebut. hanya sekadar krim, takkan saya hendak bawa bertarung hingga akhirat nanti?

saya tersenyum. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. ini hanyalah sekecil-kecil dugaan untuk saya yang sedang berjimat-habis-habisan. dan ini mungkin juga salah satu cara Allah membersihkan hutang-hutang saya dengan orang lain yang tidak berbayar pada masa-masa lepas. siapa tahu perancangan Allah kan?

***
owh, malam ni saya bakal pulang ke terengganu. mujur bukan tiket bas yang hilang.
masih cuba bersikap positif biarpun masih bersarang sedikit ralat.
***


saya --> saya insan serba lemah. kadang-kadang emosi melampaui ihsan. maafkanlah khilaf saya.

6 comments:

  1. hehehehe... belajar2 le memaafkan insan lain..pasal lepas ni ucapan "Ayang dah maafkan abang" ,mesti selalu ada....

    ReplyDelete
  2. zara,
    kamu tak pernah salah apa2 padaku sayang.. =)

    ReplyDelete
  3. KSPulau,
    hehe..tu yang risau tu abah..
    insyaAllah..i'll try my best..
    tq atas ingatan..

    ReplyDelete
  4. halo.. tuan punya blog :).suka cara penulisan kamu.. salam ziarah :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Kalau kelapangan, jemputlah tuan blog ke blog saya. Boleh tukar-tukar pendapat dan link Insya'Allah.

    http://www.faridrashidi.com

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..