.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, July 10, 2009

~Cungap

sungguh!
rindu nak menulis. tangan macam 'menggatal' sangat nak menaip di blog.
tapi..
98% tumpuan diberikan pada kerja. sehinggalah 31 julai nanti. dateline untuk semua task cuma tinggal lagi 3 hari minggu. tercungap-cungap rasanya nak melalui tempoh ini. terasa seperti nak berumah tangga je dekat pejabat ni. hmm, kalau la boleh.

kenyataan sekarang, sangat-sangat la tertekan.
lebih tertekan dari saat-saat menyiapkan final year project.
kalau boleh dielakkan untuk lakukan perkara lain, makan pun taknak rasanya. kronik betul.

kesian kat my dear hamba Allah kesayangan tu. banyak terabai. sms dia bagai layan tak layan je oleh saya. sabar je la ye.


*****
banyak urusan persiapan majlis perkahwinan terhenti setakat ni. terpaksa di tolak ke tepi.
  • bunga pahar baru siap dalam 40 batang kuntum.
  • bunga dulang, baru buatkan bunganya sahaja daripada stokin. belum lagi di kahwinkan dengan segala riben, daun dan sebagainya.
  • bakul hantaran dari kertas surat khabar? baru siap 3. itupun belum varnish.
  • tag terima kasih dah ada beberapa draf hasil idea sendiri. print sendiri je nanti. tapi kertasnya belum beli. masih mencari kedai yang jual kertas dengan harga yang sedikit menjimatkan.
  • hanya survey di internet. banyak pilihan dan belum ditentukan yang terbaik. yang penting, harga mesti minimum dan memuaskan hati kami. teringin nak DIY, tapi harus bergantung pada keadaan. bimbang merancang, tapi tak mampu nak laksanakan.

    hujung minggu ini cadangnya nak ke nilai 3. my dear mom nak bagi 'sedekah' kat tokei kedai langsir. sambil mengintai-ngintai door gift yang berkenan di hati. tapi.... mungkin saya tak dapat ikut sekali. paksa rela, terpaksa pergi kursus.


  • saya --> adoi.. banyak lagi belum settle ni. kerja? kahwin?
    saya2 --> isk..isk..gaya tulisan pun dah berserabut.

    7 comments:

    1. wah!

      anda mahu melangsungkan pernikahan?

      jemputlah saya..=)

      ReplyDelete
    2. iza refer kt mane nk buat bakul dr paper lame tuh...sy nk blajr jgk lah...

      ReplyDelete
    3. zara,
      iye sayang..insyaAllah, akan dijemput.. =)
      tapi mestilah datang tau..

      ReplyDelete
    4. asleenda,
      sy refer kat blog nano..
      http://anyambakul.blogspot.com
      tapi skrg ni dia privatekan blog dia..sbb dulu byk 'langau' kacau..
      nanti ye, iza copy paste cara2 nak buat bakul tu then masukkn dalam micrst word, iza bg kat asleenda.. :)

      ReplyDelete
    5. nti kawin jgn lupe jemput ain & junior2 akak yer...hehe~

      ReplyDelete
    6. ain,
      insyaAllah..akak jemput nnti..hehe..

      nasib baik la ada blog, boleh jugak berkongsi2 cerita..
      klu tak, mmg terus putus hubungan akak rasa..

      ReplyDelete

    terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..