.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, July 31, 2009

~Kenapa chik?

watak 1 : athirah (si cilik 6 tahun)
watak 2 : chik (si makcik)
lokasi : depan televisyen
waktu : 8.30 - 10.30 malam

melayan keletah athirah memang memerlukan sedikit kesabaran. bila otak dia ligat berfikir, mulutnya akan memuntahkan segala jenis soalan. kenapa, kenapa, dan kenapa? dia cuma akan berhenti bertanya bila dia benar-benar merasa puas.

semalam, kedua-dua abangnya demam dan dibawa ke klinik. dek kerana kebosanan menunggu, bermacam-macam soalan perlu saya jawab.

"chik, kenapa lama sangat abah ibu bawak along angah pegi klinik?"

"sebab patient ramai kot."

"kenapa ramai patient?"

"sebab sekarang musim demam." (ini kalau sebut pasal h1n1, mesti lagi banyak soalan)

"kenapa sekarang musim demam?"

"sebab ada virus bahaya sedang tersebar sekarang."

"kenapa ada virus bahaya?"

"virus bahaya tu datang dari khinzir. sebab tu ibu suruh kak thirah pakai mask bila pegi sekolah."

"kenapa kena pakai mask?"

"sebab kalau pakai topeng, susah la nak dapat jangkitan virus tu."

"tapi kak thirah tak suka la pakai topeng tu."

"kenapa tak suka?"

"sebab tutup mulut. susah nak bercakap."

"kenapa susah nak cakap?" (saya dah merampas hak bertanya dari dia)

"sebab dia tutup mulut la. ala, kenapa chik banyak tanya sangat ni?"

"Oooo, kak thirah tanya macam-macam, chik jawab tak?"

- tersengih -
"jawab. tapi chik, nape lama sangat diaorang pegi klinik ni?"

"tadikan chik dah jawab, patient ramai."

"chik nampak ke?"

"tak. tapi chik agak je la. biasanya kan kejap je ibu abah pegi klinik. "

- saya ngantuk -
"chik penah pegi klinik?"

"jarang"

"kenapa jarang?"

"sebab chik jarang sakit." (padahal tak suka makan ubat)

"bila kali terakhir chik pegi klinik?"

"lupa la kak thirah."

-mata saya makin ngantuk-
"kenapa chik lupa?"

"sebab chik tak ingat."

"kenapa chik tak ingat?"

"sebab chik lupa."

"kenapa chik lupa?"

- dah mamai -
"sebab chik tak ingat."

"kenapa chik tak ingat dan lupa?"

- hah??! -
"kak thirah..!"

"hehe. ok..ok..chik ngantuk ek?"

- saya dah tertidur. soalan seterusnya, bibik yang jadi mangsa. aduhai. -


saya --> kalau boleh, saya nak jawab setiap soalan dengan jawapan yang berilmiah. supaya secara tak langsung dapat bagi info pada athirah. tapi, adui..saya gagal la semalam.

~Musim luruh & si tiang seri

* musim luruh & si tiang seri tiada apa-apa perhubungan. hanya sebagai metafora kehidupan *

musim luruh di hati kembali lagi.

sehelai demi sehelai daun mula berguguran. daun terus kekuningan. tiada lagi hijau menaung. kesegaran yang selalunya bermain pada pandangan mata juga menghilang. yang tinggal hanya dahan-dahan kekeringan.

tapi alhamdulillah, masih mampu bertahan. sekurang-kurangnya belum lagi mencapai tahap kemarau, kan?

zara ~
memang padang bola tampak kosong jika dibandingkan dengan taman bunga. tapi padang bola masih lagi menghijau jika dibandingkan si dahan kesunyian tanpa daunnya =)


~ *********************** ~
tiang seri yang gagah berdiri hampir rebah. rebah dengan kehendak dunia. apatah lagi si tiang kecil yang hanya memegang watak tiang sampingan. hanya sekerdil-kerdil tiang. boleh jadi terus patah menghempap bumi. rumah yang dalam pembikinan, mungkin hanya akan tersadai. terbengkalai. si tiang kecil ingin sekali menolong, memberi sokongan & kekuatan kepada si tiang seri. tapi ntah, mampu atau tidak. segalanya tidak pasti.

tiang seri hampir kehilangan semangat. buntu.

si tiang kecil? terdiam. ligat mencari jalan. jangan biar roboh.


~ *********************** ~
ke kiri rasa perit,
ke kanan rasa sakit,
ke belakang mungkin terjatuh,
ke depan mungkin tersungkur.

satu demi satu persoalan di asak. dan satu demi satu kenyataan pahit terbentang di depan mata. sehinggakan tiada ruang untuk diri berdiri. lemah selemah lemahnya. lutut terasa longgar untuk terus melangkah. jasad bagai terlayang-layang di bawa arus angin.

titik.


..si tiang kecil perlukan ketenangan..
..moga ketemu penyelesaian..
..dan bahagia menjejak nur yang dicari..


saya --> kepada "silent follower" yang tak jemu-jemu mengirimkan sms kepada saya, terima kasih tak terhingga atas keprihatinan adik. maaf kerana sering membiarkan sesetengah sms adik tergantung tanpa balasan. harap memahami situasi.

Thursday, July 30, 2009

~Ke atas..ke bawah..

selalu sangat kita dengar, hidup ibarat roda. kekadang di atas. kekadang di bawah. tapi kadang-kadang di kanan atau kiri. bergantung pada keadaan.

adakala kita disukai. adakalanya kita dibenci.
adakalanya kita neutral. duduk di pertengahan.

bila kita melaksanakan sesuatu, pasti ada positif negatifnya. bagi individu yang melihat dari sudut positif, maka dia akan menerima dengan baik pelaksanaan itu. jika berlaku kesalahan, kritikan akan diberi dengan cara yang membina.
berlainan pula pendapat dari individu yang memandang dari sudut negatif. pasti akan terdengar suara-suara pahit berbau sumbang. dan dengan segala hormatnya akan menyakitkan telinga yang mendengar.

hakikat yang kita tak mampu memuaskan hati semua orang, harus ditelan lembut. bersuara, bermaksud kita sebenarnya mengundang padah. hasrat hati cuma ingin memberi penjelasan, tapi pihak lain memandang ia sebagai 'membalas'. dan itu mencari gaduh namanya.
jika kita hanya berdiam, lain pula penerimaannya. kita makin dihentam. dan terus-terusan dianggap sebagai pihak yang bersalah. tapi biarlah. kata orang, diam itu bukti keamanan. moga diam mampu ubati segala kekusutan.


ok.


saya diam la kalau camtu.
tapi kalau asyik diam, dengar je orang cakap..lama-lama saya jadi macam ni.

pancit!


saya --> sayakah yang terlalu skeptikal?

Wednesday, July 29, 2009

~2010 public holidays

sila klik gambar untuk imej lebih besar

berikut merupakan kalendar bagi cuti umum persekutuan dan negeri bagi tahun 2010.
tahun 2009, banyak cuti umum jatuh pada hari jumaat dan ahad. buat ramai orang tersenyum dapat memanjangkan cuti hujung minggu. tapi berbeza dengan tahun ini, banyak cuti jatuh pada hari sabtu.

apapun, semoga dengan terpaparnya kalendar ini, boleh membantu ramai orang untuk menyusun perancangan pada tahun hadapan. khasnya kepada bakal pengantin yang masih mencari tarikh untuk hari bahagia.


saya --> hari lahir saya yang akan datang jatuh pada hari jumaat bersamaan maulidur rasul =)
saya 2 --> to my dear hamba Allah..jom pegi honeymoon nak masa tu? hehehe..

Friday, July 24, 2009

~Kisah hari jumaat lagi..

semalam, awal-awal lagi along dah pesan minta belikan binding set di pasaraya mydin sinar kota. dia tahu, waktu rehat pada hari jumaat saya panjang. siap pesan, beli yang ada banyak warna kertasnya. nak buat buku skrap katanya. berbezanya budak-budak sekarang ni. darjah enam pun dah kena buat buku skrap bagai. saya dulu, buat atas kertas lukisan aje. kenal binding set pun, bila dah masuk tingkatan 1.

sampai di pintu pasaraya mydin, tangan saya ditarik kakak penjual krim denpo snow. krim tu di buat berasaskan sengkuang. akak tu dah promosi itu ini, saya beli je la. dua keping not merah bertukar tangan. selagi tak dibeli, selagi tu tangan saya dipegangnya. lagipun saya memang dah lama pakai krim tu. selain lembabkan kulit muka, krim tu tak berminyak. alhamdulillah, serasi dengan kulit saya selain boleh kurangkan jeragat dan pengelupasan. *eh, dah jadi iklan pulak ni*

saya teruskan pencarian ke dalam perut pasaraya mydin. selepas sesi belek-belek binding set, saya naik ke tingkat atas. teringat bedak kompak dah habis dekat seminggu. lip balm pun dah lama tak pakai. selalunya bila nak masuk ke ruang kosmetik, tak ada barang lain dari luar dibenarkan masuk. mesti ditinggalkan di atas rak yang disediakan. saya tunjukkan makcik pengawal di pintu masuk ruang kosmetik itu dengan plastik berisi krim saya tadi. dia angguk tanda faham. tak dibenarkan bawa masuk. ok takpelah, dengan harapan dia 'jaga' la krim saya tu.

selesai bayar bedak dan lipbalm, saya ke rak untuk ambil binding set yang belum dibayar dengan krim saya tadi. mata saya melilau dan tersentap!! plastik krim tu dah hilang! binding set masih di situ. saya terkocoh-kocoh menuju ke makcik pengawal.
jawapan dia, "eh, tadi ada lagi."
tiada apa yang saya boleh buat selain cakap, "dah hilang dah makcik."
muka dia cuma terkulat-kulat. muka saya pula agaknya dah tiada apa riak.

10 minit saya berteleku berhampiran eskalator. tanpa perasaan. memerhatikan tangan setiap orang yang menuruni eskalator. dengan harapan, saya ternampak plastik krim saya dipegang salah seorang dari mereka. waktu tu terasa semacam dalam televisyen. ada dua lembaga, satu merah bertanduk dan satu putih ada cahaya bulat di atas kepalanya. saling bertingkah satu sama lain.

si merah : ko jangan halalkan apa yang orang tu dah ambil.
si putih : mungkin dia tersilap ambil.
si merah : tak mungkin pencuri tu silap ambil! ko doakan biar muka pencuri yang pakai krim tu, makin rosak muka dia.
si putih : apa salahnya awak halalkan sahaja. cuma rm20 je. anggap sedekah.
si merah : ko kan tengah berjimat sekarang ni. rm20 tu cukup bernilai untuk ko.
si putih : halalkan aje la. tak rugi pun kalau ikhlaskan hati.
si merah : sepatutnya ko fight dengan makcik pengawal tu tadi. ko patut bawa masuk plastik krim tu. kalau tak, takkan jadi macam ni tadi.
si putih : dia hanya jalankan tugas. jangan salahkan dia. silap awak sebab tak tutup betul-betul plastik tu dengan binding set tadi. mungkin juga orang tu teringin nak pakai krim tu, tapi dia tak mampu nak beli. sekurang-kurangnya awak masih mampu.
si merah : huh..!

jam menunjukkan 2 petang. saya akhirnya melangkah pulang ke pejabat. di penghujung fikiran, saya rasa baik saya halalkan sahaja krim itu. selebihnya saya serahkan kesalahan orang tu pada Al-'Afuw (Yang Maha Pengampun).

jika saya ikutkan kata-kata si merah, mungkin sampai bila pun saya masih teringatkan krim tersebut. hanya sekadar krim, takkan saya hendak bawa bertarung hingga akhirat nanti?

saya tersenyum. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. ini hanyalah sekecil-kecil dugaan untuk saya yang sedang berjimat-habis-habisan. dan ini mungkin juga salah satu cara Allah membersihkan hutang-hutang saya dengan orang lain yang tidak berbayar pada masa-masa lepas. siapa tahu perancangan Allah kan?

***
owh, malam ni saya bakal pulang ke terengganu. mujur bukan tiket bas yang hilang.
masih cuba bersikap positif biarpun masih bersarang sedikit ralat.
***


saya --> saya insan serba lemah. kadang-kadang emosi melampaui ihsan. maafkanlah khilaf saya.

Thursday, July 23, 2009

~Untuk dia yang disayangi

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
S*****ku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

S*****ku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


selamat hari ulang tahun ke-27 buat insan istimewa yang saya sayangi.

semoga diberi nikmat umur yang panjang, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dengan redha-NYA.

didoakan agar Allah bukakan pintu keberkatan, pintu kerahmatan, pintu hidayah, pintu kebaikan buatmu.

semoga kematangan mengiringi pertambahan usiamu serta disinari cahaya kebahagiaan di dunia & di akhirat.

semoga dirimu bakal menjadi 'imam' yang mampu mendidik bakal bahtera yang akan dibina nanti, tabah mengharungi dugaan dan ujian dari Yang Maha Agung, tenang merempuh badai, dan semoga senyumanmu terus mekar di bibir.

saya akan selalu ada di sisimu, insyaAllah.



saya --> banyaknya 'semoga', tapi itulah harapan saya.

Wednesday, July 22, 2009

~Saya diam bila...


saya diam bila saya..
SEDANG MARAH.

saya diam bila saya..
TENGAH SEDIH.

saya diam bila saya..
DALAM KETAKUTAN.

saya diam bila saya..
TERASA HATI.

saya diam bila saya..
MERAJUK.

saya diam bila saya..
SEDANG MEMBACA.

saya diam bila saya..
SEDANG FOKUS.

saya diam bila saya..
RASA GEMURUH.

saya diam bila saya..
SEGAN.


bila masanya saya 'BISING' ye? hmm..


anda bagaimana?


saya --> hakikatnya, saya memang seorang pendiam tapi dikatakan kuat membebel. macam mana tu?

Thursday, July 16, 2009

~Tiba-tiba rasa macam nak risau

al-kisah.

jumaat lepas, ma dan ayah sampai dari terengganu. saya macam biasa, cukup berbunga-bunga rasanya hati. dah seminggu lebih mereka pulang dari tanah mekah, tapi saya baru berpeluang jumpa kedua-dua permata hati saya ini.

sabtu, keluarga bakal mentua saya bertandang ke rumah bagi menetapkan tarikh nikah saya & my dear hamba Allah secara rasminya *alhamdulillah*. semasa bersalaman dan berpelukan dengan bakal adik ipar, spontan mulut dia berbunyi,
"eh, apsal rasa macam makin kurus ni?"
kemudian bila bersalaman dengan bakal mak mentua pun, sama juga responnya.
alamak!

5-6 jam sebelum keluarga bakal mentua datang ke rumah, saya baru je menjalankan operasi timbang berat badan. beramai-ramai dengan anak-anak buah. berat saya 43.5kg. isk, turun 0.5kg dalam tempoh 2 minggu. anak-anak buah pun lagi berat dari makcik dia ni. tak pasal-pasal saya jadi bahan gelak. tapi masa tu rasanya masih lagi rasa senang hati.

tapi bila bakal adik ipar & mak mentua dah tegur macam tu, tiba-tiba rasa macam kurang selesa. dalam hati asyik mengulang ayat sama,
"kurus sangat ke aku?"
my dear hamba Allah pun selalu tegur. tapi bila masa ntah dia menilik yang saya ni kurus. kitaorang ni nak jumpa sebulan sekali pun payah, hehe. kalau diikutkan dengan ketinggian lebih kurang 160cm, BMI saya memang termasuk dalam kategori underweight. cuma selama ni, saya memang tak ambil port sangat. kurus pun kurus la. tapi bila dah ramai menegur, rasanya perlulah dilakukan sesuatu.


sebelum ni, pernah saya menulis mengenai pengalaman saya sebagai si kurus di dalam entri ~Alahai si kurus. bila telinga terlalu diasak pertanyaan mengenai kurus, jawapan yang sedikit menyelamatkan adalah kadar metabolisme saya yang agak tinggi. dan yang pastinya saya sihat walau sedikit bermasalah dengan tekanan darah yang agak rendah. selebihnya, alhamdulillah.


menyingkap mengenai selera makan, saya memang kuat selera. sewaktu zaman berlarian-berkejaran-dalam-bilik-kuliah di UMT dulu, saya selalunya jadi tong sampah penyimpan makanan. kalau makan di kedai dengan adik-adik kosmate, saya akan habiskan mana-mana makanan yang mereka tak mampu habiskan. dari duduk di rumah sewa sampailah berpindah masuk ke hostel, itulah kerja sambilan saya. selalunya bila nak bertukar pinggan kosong saya dengan pinggan mereka yang masih ada makanan, mata kami melilau melihat keliling. kot-kot ada orang perasan. malu la saya kalau orang tahu saya kuat makan kan? dan malu lah mereka kalau orang tahu mereka makan tak habis :p
kadang-kadang sempat saya tapau lagi sebungkus laksa penang @ mee goreng mamak. bekalan untuk makan di tengah malam.

di rumah pula, my dear bro panggil saya alam flora @ majlis perbandaran. semua saya sapu.
tak ada pula rasa macam sebu perut. lidah saya menerima semua jenis rasa makanan. ayam, daging, ikan laut, ikan sungai, sayur mayur, ulam ulaman, rempah ratus. saya tak tolak. tiada istilah pilih kasih. pendek kata, jarang sangat la ada makanan yang terbuang macam tu aje.

bak kata pensyarah fakulti sains makanan, saya ni pembazir. sebab makan banyak-banyak, akhirnya hanya diproses untuk jadikan bahan perkumuhan sahaja. badan tetap kurus.

saya perasan, badan saya memang sukar untuk naik berat. tapi cukup senang untuk hilang berat. setakat 0.5kg, boleh hilang dalam tempoh seminggu. paling maksimum, hanya mencecah 47kg. tapi hanya mampu bertahan dalam sebulan. apapun, usaha saya sekarang ni, hanya untuk mengekalkan berat sedia ada. by hook or by crook. jangan nanti ada pengantin keding duk tersengih-sengih atas pelamin. isk, for sure tak cantik punya.


tapi sekarang..


selera makan saya dah makin berkurang. seingat saya, keadaan ni berlaku dalam 4-5 bulan terakhir ini. saya tak tahu di mana silapnya. hanya cukup dengan sepinggan nasi terutama makan malam. lebih dari sepinggan, perut mula sebu. makanan macam ditolak-tolak untuk terkeluar semula. perut saya dah tak macam dulu. ada waktu-waktunya, sampai 2 hari tak menyentuh nasi. hanya air. perut rasa lapar, tapi selera seolah terkubur.


lihat. saya sudah terasa seperti hampir 'kehilangan' satu nikmat dunia.


i need to do something. help..!


saya --> afidah,
we're in the same boat. masalah situasi kita sama la.
saya2 --> ni la masalah kalau jarang update blog. sekali menulis, tu dia..panjang berjela. melalut jadinya. isk,isk, isk.

Wednesday, July 15, 2009

~Happy happy besday..!

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan adikku ninie cyg..
Allah selamatkan kamu..

ninie,
semoga ninie bahagia dan temui apa yang ninie cari selama ini.
every cloud has a silver lining. takkan semua perkara yang kita impi, akan datang sekelip mata.
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditenangkan hati dalam apa jua perkara.

akak sentiasa terbuka untuk jadi pendengar ninie yang setia.
cayang kamu.


saya --> juga selamat hari lahir buat en. rabie yang ke-xx. semoga Allah merahmati encik.

Friday, July 10, 2009

~Cungap

sungguh!
rindu nak menulis. tangan macam 'menggatal' sangat nak menaip di blog.
tapi..
98% tumpuan diberikan pada kerja. sehinggalah 31 julai nanti. dateline untuk semua task cuma tinggal lagi 3 hari minggu. tercungap-cungap rasanya nak melalui tempoh ini. terasa seperti nak berumah tangga je dekat pejabat ni. hmm, kalau la boleh.

kenyataan sekarang, sangat-sangat la tertekan.
lebih tertekan dari saat-saat menyiapkan final year project.
kalau boleh dielakkan untuk lakukan perkara lain, makan pun taknak rasanya. kronik betul.

kesian kat my dear hamba Allah kesayangan tu. banyak terabai. sms dia bagai layan tak layan je oleh saya. sabar je la ye.


*****
banyak urusan persiapan majlis perkahwinan terhenti setakat ni. terpaksa di tolak ke tepi.
  • bunga pahar baru siap dalam 40 batang kuntum.
  • bunga dulang, baru buatkan bunganya sahaja daripada stokin. belum lagi di kahwinkan dengan segala riben, daun dan sebagainya.
  • bakul hantaran dari kertas surat khabar? baru siap 3. itupun belum varnish.
  • tag terima kasih dah ada beberapa draf hasil idea sendiri. print sendiri je nanti. tapi kertasnya belum beli. masih mencari kedai yang jual kertas dengan harga yang sedikit menjimatkan.
  • hanya survey di internet. banyak pilihan dan belum ditentukan yang terbaik. yang penting, harga mesti minimum dan memuaskan hati kami. teringin nak DIY, tapi harus bergantung pada keadaan. bimbang merancang, tapi tak mampu nak laksanakan.

    hujung minggu ini cadangnya nak ke nilai 3. my dear mom nak bagi 'sedekah' kat tokei kedai langsir. sambil mengintai-ngintai door gift yang berkenan di hati. tapi.... mungkin saya tak dapat ikut sekali. paksa rela, terpaksa pergi kursus.


  • saya --> adoi.. banyak lagi belum settle ni. kerja? kahwin?
    saya2 --> isk..isk..gaya tulisan pun dah berserabut.

    Friday, July 3, 2009

    ~OPTIMIS

    akhir-akhir ini, agak berserabut dengan kerja-kerja di pejabat. gara-gara timeline yang beranjak sedikit dari jadual asal. 'workstation' saya pun dah naik semak dengan timbunan functional spec. kertas sana sini. baru kemas sekejap, dah berserabut lagi dalam tempoh 2-3 jam lepas tu. tapi kalau langsung tak mengemas, alamatnya ada la functional spec yang lesap entah kemana-mana. tambah-tambah, my abaper mate dah mula bercuti melahirkan anak bermula hari ini.

    terasa kepala pun makin memberat. tapi itu la. silap sendiri juga. awal-awal takmau serius buat kerja. dah sampai masa, baru la terkedek-kedek nak buat itu ini. makin banyak buat kerja, terasa macam semakin banyak yang belum disiapkan.

    apapun, saya harus optimis. semoga semua kerja-kerja saya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. iye, semuanya harus diselesaikan sebelum akhir bulan ini. kalau tak, habis la saya. tak pasal-pasal naik nama,
    "cik hariza salah satu penyebab projek xxxxxx lari dari milestone. salahkan dia..!"
    bukan ke ngeri tu?


    saya --> selalu mimpi mengadap laptop. paling menakutkan bila mimpi buat kerja sambil bos tunggu kat tepi. huhu.

    Thursday, July 2, 2009

    ~Sebuah cerita..tulus..

    *ini cerita yang diadaptasikan dari kisah benar teman lama saya*
    syukur kepada Allah, akhirnya aku selamat bertunang dengan lelaki yang sudi menerima aku seadanya. belumpun sebulan tempoh pertunangan kami, namun telah kurasa manisnya perhubungan. perkenalan di alam kampus sejak sekian lama akhirnya diikat dengan sebuah janji. aku sendiri tidak pernah menduga semua ini.

    di awal perkenalan, hanya hubungan kawan yang terjalin. namun, tiba-tiba kasih bertaut. dari hanya bertukar idea mengenai pelajaran, kemudian kami bertukar cerita mengenai diri masing-masing. perasaan sayu bertunas dalam hati bila mengetahui dia telah kehilangan kedua ibu bapa yang tercinta. pun begitu, dia tampak tabah dengan situasi itu. mujur juga dia masih punya abang dan kakak yang penyayang.

    sepanjang perhubungan, ranjau duri kami harungi bersama. tawa, ria, bermasam muka, bertikam lidah, semua itu asam garam kehidupan. perhubungan kami tetap utuh. apa yang penting, komunikasi harus jelas. sikap keanak-anakkannya sering buat aku tertarik. sesekali sikap matangnya muncul, aku jadi terpaku. terlalu banyak perkara yang istimewa padaku tentang dia.

    bukan harta yang jadi ukuran. bukan juga paras rupa jadi sempadan. hidup kami penuh kesederhanaan. kami tak punya apa. hanya motor lama peninggalan arwah ayah yang jadi kebanggaan dia. begitu juga aku. bilangan adik beradik yang ramai, buat aku lebih berdikari. atas persetujuan bersama, aku & dia mengambil keputusan untuk memohon posting mengajar di negeri kelahiran dia. di negeri yang penuh dengan adat perpatih. ini salah satu dari perancangan jangka panjang jika kami ditakdirkan hidup bersama suatu hari nanti.

    sampai ke suatu titik perhubungan, kami bercadang untuk bertunang. itupun atas permintaan keluarga kami. permintaanku mudah, hanya hantarkan rombongan meminang beserta sebentuk cincin ke negeri serambi mekah ini. cukup. tak perlu diiringi dengan pelbagai barangan berdulang-dulang. cincin yang kupinta juga kami beli dengan duit hasil simpanan sendiri. hanya dengan serendah-rendah harga namun tinggi nilainya pada perhubungan kami.

    tiba harinya, aku cuma berpakaian seadanya. tiada baju 'meriah' seperti orang lain. hanya berbaju kurung. tiada persediaan rapi yang perlu di siapkan. persis hari raya, aku & keluarga menanti kehadiran tetamu tiba dari jauh. namun debarannya tetap kurasa. alhamdulillah, keluargaku cukup bersetuju dengan kesederhaan yang ku inginkan ini.

    kehadiran dia dan keluarga diiringi 3 dulang hantaran. terkejut aku dibuatnya. bila ditanya, semua ini atas permintaan pakciknya. katanya, tak manis bertandang ke rumah orang tanpa buah tangan. ku terima dengan hati terbuka; sepasang kain, kek dan sebakul buah-buahan. keluargaku cuba melayan seadanya. perbincangan demi perbincangan di lontarkan. sambil saling bertaaruf antara 2 keluarga. lega hati aku apabila perbincangan diselangi dengan tawa mesra. biarpun ada sedikit perbezaan loghat.

    akhirnya tersarung jua cincin di jari manisku. jika tiada aral, tanggal disember 2009 bakal menjadi detik manis kami. 1 Muharam menjadi pilihan. namun sebelum itu, pelbagai perkara harus diuruskan. paling utama, membeli kereta bagi memudahkan urusan persiapan kami kelak. aku harap persediaan nanti tak akan menyusahkan orang lain. biar kami berdua sahaja yang berhempas pulas untuk semua perkara.

    hantaran? mungkin aku hanya menetapkan mas kahwin dengan persetujuan ayahku sebagai wali. tanpa perlu wang hantaran. tapi akan diiringi dengan beberapa dulang hantaran semasa majlis akad nikah nanti. mungkin 5 dulang berbalas tujuh. atau juga mungkin hanya dengan 3 dulang berbalas 5. sekurang-kurangnya ada sedikit kenangan untuk kami kelak.

    cerita pertunangan ini hanya di sampaikan pada kawan-kawan terdekat. bukan malu dengan majlis pertunangan yang cukup ringkas ini, tapi hanya ingin bersederhana. aku maklum, majlis pertunangan kami seperti majlis merisik orang lain. malah mungkin majlis merisik jauh lebih hebat dari ini. tapi bukan kehebatan yang dicari. cukup sekadar memenuhi landasan ajaran Islam.

    apapun, doakan kebahagiaan kami ye?
    :-)

    saya --> cerita di atas adalah cerita benar yang diolah sesuka hati oleh saya tanpa mengubah fakta asal dari seorang sahabat lama. saya sangat-sangat kagum dengan pasangan ini yang sangat-sangat bersederhana dan sangat berkompromi di antara satu sama lain. saya juga dibenarkan melihat gambar sekitar majlis pertunangan pasangan ni. namun di blog ini, mereka minta agar dirahsiakan siapa mereka.

    ~Sudah pulang

    fuh..fuh..fuh..
    sapu habuk jap. dah bersawang blog ni.
    lama sangat tuan blog dia duk bertapa.
    **********************************************


    alhamdulillah, my dear mom & dad dah selamat pulang dari bumi mekah semalam. tiba di KLIA tepat jam 2.30 petang. sampai-sampai je, terus di'sms' semua anak-anak & menantu-menantu.
    "ma & ayah dah sampai klia.pukul 6 check in balik trganu."
    masing-masing bila dah dapat sms, terus nak telefon. takde nak sms-sms bagai. sudahnya, talian sibuk sebab semua orang dail nombor telefon yang sama secara serentak. yang menjawab panggilan, bukannya suara kesayangan, tapi cik operator maxis.

    my dear bro & wife bertolak ke klia dalam pukul 3 petang. sepatutnya, saya menumpang sekali. tapi saya? akhirnya tersadai di pejabat. bos izinkan ambil time off, tapi bermula 3.30 petang. pukul 2.00 petang, saya sms my dear bro,
    "dpt kluar paling awal pkul 3.30. klu rasa lambat sgt, just go ahead first. kakma tak gi la kot kat airport."
    walhal dalam hati, nak sangat bagitahu,
    "tak boleh ke tunggu? bertolak gi airport kul 3.30?" tapi tak terberitahu. sebab dalam hati dah bertekad, jangan sekali-kali menyusahkan orang disebabkan diri kita.
    .
    .
    .
    bermula la episod sebak-yang-tak-dapat-ditahan-tahan.
    tak boleh ada yang menegur, mula la rasa macam nak nangis. sedaya upaya cuba menyekat dari tangis memecah. sendu hanya terlekat di tekak. perit. bukan apa, terkenang yang semua adik beradik dpt jumpa ma & ayah. fresh balik dari mekah. tapi saya terkecuali.

    my dear sis-in-law telefon saya bila dia dah sampai di klia. tapi perbualannya hanya dijawab iye, ok, ermm dan ermm dan ermm oleh saya. takleh nak bersuara!

    dalam lrt, my dear mom sekali lagi call. tanya dah balik ke belum? dah ada kat mana? dan bagitahu yang my dear bro baru je bertolak balik dari klia. lidah saya cuma terkelu. hanya telinga yang terpasang mendengar suara yang saya rindui.
    please, please my eyes! please don't embarrass me in this train!

    sampai rumah, masuk bilik dan... terus bagi peluang kat mata lepaskan segala-galanya. isk, isk, isk. apa la nak jadi ni? ntah dari mana saya dapat sindrom sedih-melampau-lampau ni. sebelum ni takde pun. boleh je rileks-rileks. apapun, alhamdulillah ma & ayah selamat pegi dan kembali. semoga Allah swt menerima segala amalan & ibadah mereka berdua. cuma kaki ma je, bengkak sikit. hope tak berpanjangan sakitnya.


    saya --> i need a cure. takmau dah bagi mata buat persembahan air terjun yang mencurah-curah.