.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, June 12, 2009

~Selamat menempuh alam baru

cahaya indah datang bertandang
terang kemilau tanpa silau
senantiasa memukau
memahat di dalam hati
memancar kebahagiaan

malam ini dia bakal diikat dengan tali pertunangan. bersama lelaki yang telah berjanji menjadi imamnya. berjanji membimbing hidup mereka berdua bila tiba saatnya.

"awok eh..kekgi saya bertunang, awok balik aa," pesan dia berkali-kali.

janji telah dibuat, namun terpaksa saya mungkiri. insyaAllah, tiada aral dia bakal bertunang malam ini. usai sahaja umat islam menunaikan solat isyak. manakala saya pula, hanya akan menaiki bas jam 10 malam ke kuala terengganu. saya hanya mampu 'menghadiri' majlis pertunangannya di dalam bas.

"i'm so sorry my dear."

semasa majlis pertunangan saya dahulu, dia antara orang yang banyak bekerja. menguruskan itu ini. kami banyak merancang agar majlis walimah kami tidak bertindih atau pada tarikh-tarikh yang hampir dekat. dan tentunya mastermind kepada tarikh-tarikh walimah kami adalah nenek tersayang. nenek yang mengaturkan supaya majlis-majlis kami berjalan dengan baik. biar semua saudara mara dapat hadir.

nyaris-nyaris majlis saya nak dipercepatkan ke bulan syawal gara-gara nenek meminta majlis walimah afifah diadakan pada bulan 12. kus semangat. tak sabar-sabar nenek nak tengok cucu-cucu dia naik pelamin. tapi semua tu tak jadi sebab cucu-cucu nenek ni belum bersedia. sabar ek nenek.. :)


saya --> afifah antara sepupu yang paling rapat kerana jarak usia yang hanya berbeza setahun. welcome to the club my dear..!
saya2 --> ohhoO..kurang mood nak update blog hari ni. lebih kepada mood nak balik kampung :D

3 comments:

  1. Salam iza, musim cuti ni bukan saja ramai yang melangsungkan pernikahan malah ramai juga yang mengikat tali pertunangan. Mungkin cuti sekolah sekali lagi yang bertunang ni akan berkahwin la pulak. Kakchik pun tak sabar nak tunggu majlis iza, hehehe.

    ReplyDelete
  2. iza,
    moga selamat sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  3. hariza.. terima kasih sudi komen di blog sy.moga awk selamat smpi kg ok..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..