.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, June 10, 2009

~Fotografi

langkah demi langkah. satu persatu perancangan diatur. dah 2 minggu saya teragak-agak nak klik id ym sahabat saya, afsal. rakan yang saya kenali di krimnetwork sdn bhd. tapi saya tangguhkan dulu hasrat. bimbang terlalu awal. atau dikatakan gelojoh.

tapi semalam, afsal dulu yang ym saya. eh, macam tau-tau je ye? :P
jadi, tanpa berlengah saya ajukan soalan pada dia, "kalau nak tempah sekarang, boleh ke?" tanya malu-malu. haisyh, malu la sangat.

bila afsal bagi lampu hijau, saya ym pula suami dia, palie. dari perbincangan kami, dia bersetuju untuk 'simpankan' tarikh tu untuk saya. alhamdulillah. berterusan ke perbincangan harga, palie kata, berdasarkan apa yang saya nak, harganya mencecah ke rm1200. erkk..? mahal rm300 dari apa yang saya jangkakan. tapi atas dasar kawan-kawan, jadi palie kata, kira rm900 je la. kus semangat. sempat kejap jantung saya ni bagai nak luruh sebelum ni.

akhirnya....
.
.
.
saya dah tempah jurugambar untuk majlis disember nanti.
ada banyak faktor saya pilih palie sebagai jurugambar majlis saya nanti.
satunya, saya dah kenal isteri dia, afsal. dengan palie pun saya dah berkawan sebelum dia kahwin dengan afsal, tapi tak la kenal sangat pun. jadi saya rasa lagi mudah nak bekerjasama semasa sesi bergambar nanti. kita lagi mudah nak usulkan pendapat kita. apa gaya yang kita inginkan dan sebagainya.

kedua, harga yang ditawarkan berada dalam lingkungan belanjawan saya. dengan harga rm900, saya minta dia untuk jadi jurugambar untuk majlis akad nikah & hari kenduri. maknanya, untuk 2 hari. akad nikah mungkin di jalankan sehari sebelum kenduri. yang paling saya suka, pakej yang palie berikan ni, percuma untuk sesi outdoor. agak-agak kalau saya cari jurugambar lain, saya dapat tak harga yang sama?

ketiga, saya suka dengan persembahan dia. gaya dia capture gambar. saya ni memang agak 'buta seni'. tak pandai nak komen itu ini. tapi yang penting, saya suka =)
my dear mom dah pesan, tak payah ambil yang mahal-mahal. cukup sekadar dapat mengabdikan kenangan di hari bahagia. itu sahaja. jadi saya kira, ini pilihan yang terbaik.

pada sesiapa yang ingin melihat hasil kerja saudara palie ni, boleh ke web ini :

6 comments:

  1. iza, bila saat bahagia tu ye..
    untung ada kawan fotografer, dapat diskaun lagi..

    ReplyDelete
  2. sue,
    insyaAllah..disember nati..hope takde aral pape la.. ;) dah smpai masa, aku jemput ek..
    alhamdulillah..org kata, rezeki nak kawen ni selalu ada..sambil tlong member wat bisnes..

    ReplyDelete
  3. faiz,
    baju nikah dah ada..tp untuk persalinan blm survey lagi..
    silap2 nanti hari nikah sama dgn hari walimah..pakai la baju yg ada tu dr pagi smpai petang.. :D jimat belanja..

    ReplyDelete
  4. erk... thanx a lot sbb sudi tempah servis fotografi saya yg x seberapa ni.. terima kasih gak sbb wat promosi percuma utk saya...

    ReplyDelete
  5. palie..
    at my pleasure.. =)
    hehe..iza just tulis je palie..mana tau, kot2 pasni ada member2 iza yg bminat gak nak guna servis palie..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..