.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, June 30, 2009

~Entry pukal Jun 2009

*~wahid~*
17 jun 2009.. my dear parent selamat bertolak ke tanah suci mekah, mengerjakan umrah. alhamdulillah, walaupun tak tercapai hasrat untuk berkunjung dalam bulan ramadhan, tapi syukur masih diberi peluang. saya tak sempat pun menjengah ma & ayah di KLIA. lagipun dah balik terengganu hujung minggu sebelumnya. tiada aral, pukul 2 petang hari ini mereka tiba di malaysia. yey! suka..suka.


*~ithnani~*
18 jun 2009.. menerjah awan dengan belon air asia, kuala lumpur-terengganu. kali ketiga kedua mencuba nasib meloloskan diri ke dalam sektor awam. my dear mom kata, takpelah, jadikan pergi temuduga tu sebagai hobi. dapat, satu bonus. tak dapat, anggap bukan rezeki. apapun, saya tetap berharap.
~erk..orang tu terkejut ek?sowii, dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. tapi sekarang, dah tak rahsia dah :) kan?



*~thalatha~*
20 & 21 jun 2009..mengikuti kursus pra-perkahwinan di masjid negara. berdua lebih baik bersama my dear hamba Allah.
dari 5 bintang, saya bagi 4 bintang pada keseluruhan kursus. kebanyakan ceramah disampaikan melalui medium pengalaman yang dilalui penceramah. menghiburkan & penuh ilmiah walaupun pada bahagian tertentu, mata macam nak terkatup. untuk mengubati kantuk, sempat je tangan ber'sms' dengan my dear hamba Allah. nakal.
- cerita keseluruhan akan ditulis dalam entri khas kursus pra-perkahwinan.


*~arba'a~*
22 jun 2009..selamat hari lahir yang pertama buat anakanda adik noor khadijah di melbourne, australia. keletah khadijah, cukup melekat dalam hati. manis. mata membulat. sesekali senyum, nampak macam nakal sangat. hakikatnya, saya belum pernah pun berjumpa khadijah ni. cuma selalu sangat dengar cerita dari ummi dia. sampai macam dah kenal sangat-sangat dengan dia. selalunya, saya lihat gambar-gambar khadijah bersama ummi dan ayahnya di sini --> http://www.flickr.com/photos/deenganu/

*~khamsa~*
kemelut "maaf" yang saya hadapi dulu sudah berakhir. alhamdulillah, dah selesai. saya dah pun lafazkan maaf saya pada dia. dia kata dia tak kisah apa-apa pun. lagipun, dia tak sedar yang saya buat salah. dan dia tak hadapi apa-apa masalah pun. so, nothing to apologise. huhu, murninya hati dia. tahu apa saya rasa? gembira!! sangat-sangat gembira. rasa macam dah terlepas beban dari atas bahu. thanx dear. dan terima kasih yang tak terhingga pada kawan-kawan yang bagi respon pada entri saya yang INI.



*~sittah~*
kerja-kerja di pejabat dah semakin bertambah. makin memeningkan. faryza pula hanya menunggu masa untuk melahirkan anak. lepas ni, tinggal saya sorang-sorang. nasib baik dah ada konsultan dari SAP dah masuk. hope semuanya berjalan lancar. bila fikir pasal kerja, mesti kepala rasa berat je. huhu.
hanya doa ini yang sering terlafaz di bibir saya sewaktu buntu.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
*~thaba'a~*
last but not least, "happy father's day" to the apple of my eyes. tak terungkap kata-kata untuk ayah. cuma, terima kasih yang tidak terhingga. sempat saya titipkan sms untuk ayah yang jauh di sana.
ayah balik nanti, saya nak peluk dan cium pipi dia. walaupun saya tau, ayah malu diperlakukan begitu :D selama ni ayah cuma selesa disalami dan dicium tangannya. tak kira, nak cium jugak. ada berani
ketahuilah ayah, ayah lelaki yang terbaik dalam hidup kakma. i love u.

saya --> akhirnya, emel pukal jugak yang jadi pilihan. isk, isk, isk.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..