.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, June 30, 2009

~Entry pukal Jun 2009

*~wahid~*
17 jun 2009.. my dear parent selamat bertolak ke tanah suci mekah, mengerjakan umrah. alhamdulillah, walaupun tak tercapai hasrat untuk berkunjung dalam bulan ramadhan, tapi syukur masih diberi peluang. saya tak sempat pun menjengah ma & ayah di KLIA. lagipun dah balik terengganu hujung minggu sebelumnya. tiada aral, pukul 2 petang hari ini mereka tiba di malaysia. yey! suka..suka.


*~ithnani~*
18 jun 2009.. menerjah awan dengan belon air asia, kuala lumpur-terengganu. kali ketiga kedua mencuba nasib meloloskan diri ke dalam sektor awam. my dear mom kata, takpelah, jadikan pergi temuduga tu sebagai hobi. dapat, satu bonus. tak dapat, anggap bukan rezeki. apapun, saya tetap berharap.
~erk..orang tu terkejut ek?sowii, dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. tapi sekarang, dah tak rahsia dah :) kan?



*~thalatha~*
20 & 21 jun 2009..mengikuti kursus pra-perkahwinan di masjid negara. berdua lebih baik bersama my dear hamba Allah.
dari 5 bintang, saya bagi 4 bintang pada keseluruhan kursus. kebanyakan ceramah disampaikan melalui medium pengalaman yang dilalui penceramah. menghiburkan & penuh ilmiah walaupun pada bahagian tertentu, mata macam nak terkatup. untuk mengubati kantuk, sempat je tangan ber'sms' dengan my dear hamba Allah. nakal.
- cerita keseluruhan akan ditulis dalam entri khas kursus pra-perkahwinan.


*~arba'a~*
22 jun 2009..selamat hari lahir yang pertama buat anakanda adik noor khadijah di melbourne, australia. keletah khadijah, cukup melekat dalam hati. manis. mata membulat. sesekali senyum, nampak macam nakal sangat. hakikatnya, saya belum pernah pun berjumpa khadijah ni. cuma selalu sangat dengar cerita dari ummi dia. sampai macam dah kenal sangat-sangat dengan dia. selalunya, saya lihat gambar-gambar khadijah bersama ummi dan ayahnya di sini --> http://www.flickr.com/photos/deenganu/

*~khamsa~*
kemelut "maaf" yang saya hadapi dulu sudah berakhir. alhamdulillah, dah selesai. saya dah pun lafazkan maaf saya pada dia. dia kata dia tak kisah apa-apa pun. lagipun, dia tak sedar yang saya buat salah. dan dia tak hadapi apa-apa masalah pun. so, nothing to apologise. huhu, murninya hati dia. tahu apa saya rasa? gembira!! sangat-sangat gembira. rasa macam dah terlepas beban dari atas bahu. thanx dear. dan terima kasih yang tak terhingga pada kawan-kawan yang bagi respon pada entri saya yang INI.



*~sittah~*
kerja-kerja di pejabat dah semakin bertambah. makin memeningkan. faryza pula hanya menunggu masa untuk melahirkan anak. lepas ni, tinggal saya sorang-sorang. nasib baik dah ada konsultan dari SAP dah masuk. hope semuanya berjalan lancar. bila fikir pasal kerja, mesti kepala rasa berat je. huhu.
hanya doa ini yang sering terlafaz di bibir saya sewaktu buntu.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
*~thaba'a~*
last but not least, "happy father's day" to the apple of my eyes. tak terungkap kata-kata untuk ayah. cuma, terima kasih yang tidak terhingga. sempat saya titipkan sms untuk ayah yang jauh di sana.
ayah balik nanti, saya nak peluk dan cium pipi dia. walaupun saya tau, ayah malu diperlakukan begitu :D selama ni ayah cuma selesa disalami dan dicium tangannya. tak kira, nak cium jugak. ada berani
ketahuilah ayah, ayah lelaki yang terbaik dalam hidup kakma. i love u.

saya --> akhirnya, emel pukal jugak yang jadi pilihan. isk, isk, isk.

Wednesday, June 24, 2009

~Kuntuman maaf dariku

It’s sad, so sad
It’s a sad sad situation
And it’s gettin’ more and more absurd
It’s sad, so sad
Why can’t we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

entah bagaimana harus dimulakan. saya hanya ingin memohon maaf atas khilaf saya pada dia. tapi mulut terkunci. tiada kekuatan untuk saya lafazkan. tolong..! buntu. sukarnya dirasakan. tiada ketenangan selagi belum di luahkan maaf ini.

arghh!!

saya --> berharap peluang masih terbuka.

~Rindu bukan boleh dibuat-buat

terlalu banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. tak mampu nak dilukiskan di atas kanvas. jua tak mampu diluahkan melalui bicara.

hanya yang terbayang-bayang di mata, wajah-wajah kedut yang penuh kasih sayang itu. rindu ingin mendengar rimbunan nasihat dari mulut mereka. rindu dengan omelan yang tak henti-henti buat si gadis naif ini.

saya --> sudah 7 hari mereka berdua berada di bumi haram. kubermohon agar Allah lindungi mereka. moga mereka bahagia mencium harumnya rumah Allah. ameen.

~Menjengah Rejab

sabda Nabi Muhammad SAW :
Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan umatku
selamat melipat gandakan amalan wajib & sunat serta mengutip nikmat-nikmat dan ganjaran yang telah dijanjikan dalam bulan Allah ini.


saya --> rasa 'kurang segar' hari ini. mungkin bahu kiri sedikit berat menanggung dosa yang makin menggunung. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini meleraikan 'rasa' ini.

Friday, June 12, 2009

~Selamat menempuh alam baru

cahaya indah datang bertandang
terang kemilau tanpa silau
senantiasa memukau
memahat di dalam hati
memancar kebahagiaan

malam ini dia bakal diikat dengan tali pertunangan. bersama lelaki yang telah berjanji menjadi imamnya. berjanji membimbing hidup mereka berdua bila tiba saatnya.

"awok eh..kekgi saya bertunang, awok balik aa," pesan dia berkali-kali.

janji telah dibuat, namun terpaksa saya mungkiri. insyaAllah, tiada aral dia bakal bertunang malam ini. usai sahaja umat islam menunaikan solat isyak. manakala saya pula, hanya akan menaiki bas jam 10 malam ke kuala terengganu. saya hanya mampu 'menghadiri' majlis pertunangannya di dalam bas.

"i'm so sorry my dear."

semasa majlis pertunangan saya dahulu, dia antara orang yang banyak bekerja. menguruskan itu ini. kami banyak merancang agar majlis walimah kami tidak bertindih atau pada tarikh-tarikh yang hampir dekat. dan tentunya mastermind kepada tarikh-tarikh walimah kami adalah nenek tersayang. nenek yang mengaturkan supaya majlis-majlis kami berjalan dengan baik. biar semua saudara mara dapat hadir.

nyaris-nyaris majlis saya nak dipercepatkan ke bulan syawal gara-gara nenek meminta majlis walimah afifah diadakan pada bulan 12. kus semangat. tak sabar-sabar nenek nak tengok cucu-cucu dia naik pelamin. tapi semua tu tak jadi sebab cucu-cucu nenek ni belum bersedia. sabar ek nenek.. :)


saya --> afifah antara sepupu yang paling rapat kerana jarak usia yang hanya berbeza setahun. welcome to the club my dear..!
saya2 --> ohhoO..kurang mood nak update blog hari ni. lebih kepada mood nak balik kampung :D

Thursday, June 11, 2009

~Tag by ninie & dayah

saya dapat tag dari ninie. dan tag yang sama juga dari dayah. adik-adik saya ni memang tak senang tau tengok saya duk diam je. hehe. thanx, ingat kat akak korang ni.

kekasih saya adalah :
Kekasih --> Dia Yang Maha Pengasih
kekasih --> my dear hamba Allah :)

saya sedang mendengar :
suara opismate sedang berbual-bual.

mungkin saya patut :
berusaha lebih gigih untuk buat persediaan menghadapi temuduga minggu depan.

saya baru sudah :
minum nesvita 3 in 1 original (ninie, ni ha rahsia diet akak)

beza rakan, kawan dan sahabat:
..INGATAN..sejauh mana kita ada di dalam ingatan mereka.

saya tidak faham :
kenapa hati sukar untuk dimengerti

saya perlu mencari :
formula untuk jauhkan sikap negatif yang kadang-kadang suka bertandang dalam diri.

ayat terakhir di katakan kepada saya :
"aku ada good news" --> ayat ucu pada saya.

makna hidup :
kita hanya khalifah persinggahan di bumi Allah.

cinta itu :
anugerah indah yang dikurniakan kepada makhluk-Nya. bersyukurlah, masih lagi bernafas untuk mencicip manisnya cinta.

saya paling suka :
bila dapat peluk cium my dear mom.

saya akan cuba :
takmau sakitkan hati sesiapa lagi (owh..andai saya mampu!)

mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan Lah di akhir ayat mereka :
untuk 'menekankan' ayat supaya maksud lebih mudah difahami.
"yang ituLAH."
"sayaLAH orangnya."
"geramLAH..!"

telefon bimbit saya :
nokia 1200. telefon paling 'cokia' dari banyak-banyak telefon kat kedai.

katil saya :
dekat kampung. yang di KL, pinjam yang anak buah punya.

soalan bagi saya yang tidak perlu ditanya :
soalan yang tak logik dek akal.

teknologi adalah :
..memudahkan..

bagaimana saya masak makanan yg saya pandai masak :
pastikan ada bahan-bahan, ada dapur, ada gas, ada peralatan masak & ada orang yang nak makan makanan itu.

semalam :
saya 'gayut' dengan my dear mom dekat 1 jam.

hari ini :
work maniac..!

malam ini saya akan :
'sepatutnya' baca surah yaasin.
dan basuh baju. ohho, bibik takde ni, pandai-pandai la uruskan sendiri.

esok pula saya akan :
balik kampung..! ohoho balik kampung..!

saya betul-betul inginkan :
kebahagiaan dalam hidup..dunia & akhirat.

badminton atau futsal :
badminton. rindu nak main badminton kat dewan kat UMT..~ bebas beraksi.

karaoke :
baik saya tidur.

makanan jepun adalah :
makanan yang perlu dimakan dengan chopstik. tapi saya tak pandai guna chopstik.

bilik yang terang atau gelap :
malap :D

ayat terakhir yang nak anda cakap pada seseorang :
i miss u (aduih..masalah jiwa raga ni)

kereta :
err..kereta sorong pun tak ada. uhuk!

saya nak tag :
orang yang merajuk ngan saya..kak izra cayang.. :)
nak tag juga cik cahaya.

~Tag dari cik cahaya

buat pertama kalinya, dapat tag dari cik cahaya. mula-mula rasa macam taknak mengaku ada blog :P tapi tag ni senang je. jadi jawab je la.

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..jgn tipu2 ek..

2) Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
  • gambar daun maple tu as like as a harmony's symbolic. kebiasaannya, dalam apa-apa filem, daun maple ni menandakan suasana yang tenang, penuh kasih sayang. betul tak?
  • latar belakang dia putih, jadi tak nampak berserabut sangat bila dah bercampur aduk dengan ikon di desktop. kalau berserabut, mesti beri kesan pada mood kerja.
  • saya februarian. memang sukakan sesuatu yang abstrak. kadang-kadang sampai sukar nak diterjemahkan apa yang difikirkan.

    3) Tag 10 orang
    aisey..ni yang susah nak buat. urmm, ok..mangsa seterusnya ialah :
  • niniefarine (klu ninie hantar balik tag ni kat akak, akak denda ninie :D)
  • dayah cyg
  • mama ara (kak tikah)
  • suhaila
  • pu3
  • julie
  • nissaq
  • adah (macam dah lama je kan adah tak kena tag, hehe)
  • pakcik dot (klu belum penah buat la pakcik ek)
  • sape-sape yang rasa rajin nak buat..sila-silakan :)

    saya --> wallpaper selalu je bertukar. ikut mood semasa.
  • Wednesday, June 10, 2009

    ~Fotografi

    langkah demi langkah. satu persatu perancangan diatur. dah 2 minggu saya teragak-agak nak klik id ym sahabat saya, afsal. rakan yang saya kenali di krimnetwork sdn bhd. tapi saya tangguhkan dulu hasrat. bimbang terlalu awal. atau dikatakan gelojoh.

    tapi semalam, afsal dulu yang ym saya. eh, macam tau-tau je ye? :P
    jadi, tanpa berlengah saya ajukan soalan pada dia, "kalau nak tempah sekarang, boleh ke?" tanya malu-malu. haisyh, malu la sangat.

    bila afsal bagi lampu hijau, saya ym pula suami dia, palie. dari perbincangan kami, dia bersetuju untuk 'simpankan' tarikh tu untuk saya. alhamdulillah. berterusan ke perbincangan harga, palie kata, berdasarkan apa yang saya nak, harganya mencecah ke rm1200. erkk..? mahal rm300 dari apa yang saya jangkakan. tapi atas dasar kawan-kawan, jadi palie kata, kira rm900 je la. kus semangat. sempat kejap jantung saya ni bagai nak luruh sebelum ni.

    akhirnya....
    .
    .
    .
    saya dah tempah jurugambar untuk majlis disember nanti.
    ada banyak faktor saya pilih palie sebagai jurugambar majlis saya nanti.
    satunya, saya dah kenal isteri dia, afsal. dengan palie pun saya dah berkawan sebelum dia kahwin dengan afsal, tapi tak la kenal sangat pun. jadi saya rasa lagi mudah nak bekerjasama semasa sesi bergambar nanti. kita lagi mudah nak usulkan pendapat kita. apa gaya yang kita inginkan dan sebagainya.

    kedua, harga yang ditawarkan berada dalam lingkungan belanjawan saya. dengan harga rm900, saya minta dia untuk jadi jurugambar untuk majlis akad nikah & hari kenduri. maknanya, untuk 2 hari. akad nikah mungkin di jalankan sehari sebelum kenduri. yang paling saya suka, pakej yang palie berikan ni, percuma untuk sesi outdoor. agak-agak kalau saya cari jurugambar lain, saya dapat tak harga yang sama?

    ketiga, saya suka dengan persembahan dia. gaya dia capture gambar. saya ni memang agak 'buta seni'. tak pandai nak komen itu ini. tapi yang penting, saya suka =)
    my dear mom dah pesan, tak payah ambil yang mahal-mahal. cukup sekadar dapat mengabdikan kenangan di hari bahagia. itu sahaja. jadi saya kira, ini pilihan yang terbaik.

    pada sesiapa yang ingin melihat hasil kerja saudara palie ni, boleh ke web ini :

    ~Apa yang dicari?


    wahid.
    tarikh luput "cuti" telah sampai. sudah
    expired. seminggu tanpa entri baru, sebenarnya banyak yang terpendam. kini, saya ingin kembali menulis. mencoret kata. melepas rasa. berkongsi cerita.

    ithnani.
    maaf jika ada komen-komen pada entri-entri lepas yang dibiarkan sepi tanpa balasan. hakikatnya, saya cukup hargai komen-komen yang ditinggalkan. sebentar lagi saya akan luangkan masa untuk membalas. harap dimaafkan khilaf saya.

    thalatha.
    selamat pengantin baru kepada blogger-blogger yang berkenaan. bermula dari dhila, zila, nano, aziyana, dayu, honey, musliha. saya juga menerima banyak jemputan dari rakan-rakan.
    akma (uthm) di muar. yani (uthm) di batu pahat. dayah (umt) di raub. huda (umt) di besut.
    semoga kalian semua beroleh barakah dari ikatan murni ini. berjalan beriringan menempuh hidup baru. bahagia menjalani kehidupan di dunia & berkekalan hingga akhirat sana.


    saya --> seolah bermula hidup baru

    Tuesday, June 2, 2009

    ~"Bercuti"


    lama saya tidak menitipkan bingkisan di sini.
    sengaja, saya "bercuti" dari melepaskan segala rasa di sini.
    mencari ruang demi ruang bagi menstabilkan kembali segala gelojak gejolak di hati.

    maaf jika selama ini terdapat tulisan yang ada membuat hati terasa. saya cuma menulis mengikut pemerhatian & pengalaman. juga dari perasaan hati.

    kiranya, saya perlukan sedikit rehat.
    mahu melepaskan lelah yang terpendam di dasar hati selama ini.
    mahu bersendirian mencari erti jati diri.
    bermuhasabah barang seketika.

    andai segalanya kembali kepada neutral, saya pasti kembali.
    meneruskan perjuangan kecil di sini.
    salam ukhwah fillah.


    saya --> moga "ketakutan" itu hanya dalam khayalan.