.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Sunday, May 3, 2009

~Terima kasih Kak Chik

selembut angin di tepian sawah,
bagai mekarnya kuntuman bunga,
indah sungguh nilai ukhwah,
moga ikatan hingga ke akhirnya.
pada sesiapa yag mengikuti catatan blog ni, tentu ingat lagi entri mengenai saya yang menjadi pengunjung ke-9999 di blog Kak Chik. boleh rujuk entri itu di SINI. Alhamdulillah, semalam saya selamat menerima satu bungkusan istimewa dari Kak Chik. tersenyum simpul pakcik posmen tu masa nak hulurkan bungkusan pada saya. katanya sesat. sempat pusing 3-4 kali sebelum jumpa rumah yang sepatutnya. saya cuma tersenyum je. sempat di buat bergurau dek pakcik posmen tu, "nasib baik senyum. ilang penat cari rumah."
hehehe..pakcik, pakcik. macam ni le kerjanya posmen. selagi tak jumpa rumah yang dicari, selagi tu la kena berpusing-pusing.


dah dapat bungkusan, apa lagi, mestilah excited kan? apalah agaknya kandungannya kan? dari luaran, memang nampak seperti buku. sama seperti yang diisytiharkan kandungannya di slip poslaju. tapi kalau buku semata-mata, macam tebal sangat. jeng..jeng..jeng..

dengan rasa teruja, saya buka perlahan-lahan. tu dia, novel dari karnadya. hasil bingkisan mimie afinie bertajuk "Kalau Sudah Jodoh". cantik ilustrasi depan novel ni. vespa merah dengan gitar kapok. ada kaitan dengan kisah di dalamnya. hai, dah ada depan mata, memang takleh nak tangguh-tangguh dah. malam tu juga saya berjaya khatamkan isi kandungannya. ada elemen air mata & sebahagiannya dipenuhi elemen komedi. dan pastinya, ada sesuatu di dalam buku ini yang boleh diambil iktibar. tentang kepercayaan, tentang hati, sikap cemburu & sikap kita dalam menjaga hati pasangan.
tapi.. selain novel indah ni, masih ada lagi satu kotak tau :) apa dia ye?
.

.

.


tara.....!
dompet goosi..! mata saya ni tak berkelip tengok dompet goosi ni. cantik bersulamkan warna ungu muda & putih. tak sangka dapat hadiah yang sebegini dari Kak Chik. memang sangat-sangat tak sangka. istimewa. sayang rasanya kalau nak digunakan.

saya capai telefon lalu menekan sat persatu nombor telefon seperti yang tertulis di slip poslaju. lantas ucapan terima kasih ditutur riang kepada si pemberi hadiah. alahai, lembut je suara Kak Chik ni. tak jemu di dengar pun rasanya. hehe. teringin nak bertemu mata dengan tuannya. moga masanya kan tiba suatu hari nanti, Kak Chik kan?


saya --> dalam proses nak baca kali kedua novel Kalau Ada Jodoh ni :)

14 comments:

  1. bestnyer dpt gift drpd teman alam maya...

    ReplyDelete
  2. Sememnagnya janji Tuhan tu benar..murah rezeki bg yg menyambung hubgna silaturrahim

    ReplyDelete
  3. kalau ade jodoh??
    insyaAllah..
    hehe bes ke novel tu?

    ReplyDelete
  4. lemonade,
    hehe..mana tau nnti2 iza lak bg adiah kat lemonade kan? :p


    yana,
    betul tu..
    kdg2 soal ukhwah ni sukar nak difahami..indah sgt..

    ReplyDelete
  5. na,
    memula baca 3 bab yang pertama, adui la..berendam air mata dibuatnya..sebab rini (watak utama) kena cerai ngan laki dia masa mak dia baru je meninggal beberapa jam...bukan takat kena cerai & mak dah takde, ditambah pulak dgn ayah dia yang dah tak ngaku si rini ni anak dia..sebab salah faham..

    tapi dah masuk bab2 seterusnya, lebih kepada komedi..ada la jugak sedihnya sikit2..

    kalau ada jodoh ni bkn sbb rini kawen semula dgn ex-laki dia tp dgn lelaki lain..lelaki yg tersangat2 la manjanya..silap sikit, lari merajuk ke rumah nenek dia..taktau la baper kali dia nak merajuk..pakaian & penampilan mcm mat rock, tapi minat dgn lagu2 60-an..hehe..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum iza.
    Alhamdulillah... gembira hati bila hadiah dah sampai ke tangan empunyanya. Kakchik dah agak tentu lambat sampai sebab banyak hari cuti. Amboi... begitu cepat dikhatam bukunya, semangat sungguh!
    Apa pun kakchik yang seharusnya berterima kasih sebab iza selalu singgah di blog kakchik dan layak mendapat penghargaan tu.

    p/s: Mula2 dengar suara iza kat telefon kakchik ingatkan fizah (sorang adik di kb) yang call sebab kakchik sdg tunggu panggilan dia masa tu. Perasan tak kakchik tanya, "fizah ke?" bunyi dekat2 macam iza kan. Tapi kakchik mmg happy dpt dgr suara iza, mcm dah kenal lama je. No tel pun kakchik dah save. Kalau kakchik gi KL lagi insya-Allah kakchik SMS.

    ReplyDelete
  7. salam,
    seronoknye dpt hadiah.. :)
    nanti boleh lah pinjam buku citer tu ek? hehehe

    ReplyDelete
  8. kakchik,
    alhamdulillah..hadiah kakchik smpai jugak..tapi tak sangka sekali dapat, sampai dpt dua barang..mmg suprise sgt2..

    iza pun berterima kasih jugak kat kakchik..sbb kakchik pun rajin je bertandang kat sini..

    hehe..iza perasan jugak kakchik mcm tanya camtu..tp mmg mati2 igt kakchik sebut nama iza..iza iyekan je la.. :p iza pun dah save dah no phone kakchik..mudah2an tercapai hajat nak jmpa pasni..

    ReplyDelete
  9. yani,
    alhamdulillah..rezeki tak ternilai rasanya..
    hehe..nak pinjam boleh je..tp kakchik punya buku laaagi byk dr iza..

    ReplyDelete
  10. chantekkknyerr vespa merah itteww..

    ReplyDelete
  11. Salam kenal knlan tn rumah.. cantik blog.. jom x change link..

    ReplyDelete
  12. en_me,
    klu baca novelnya, lagi terasa dengan kehadiran vespa merah tu..


    are_uDear,
    hai..salam kenal..
    jom tukar link.. :D

    ReplyDelete
  13. kalau ada Jodoh, tak kemana.
    nak mencari jugak la novel tu.
    macam pernah nampak kt Popular.
    heee.
    =)

    ReplyDelete
  14. Pu3,
    cari..jgn tak cari..
    best citer dia.. :D

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..