.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, May 20, 2009

~Syhh..jangan bising-bising

lagi 15 minit sebelum lafaz ijab & kabul berlangsung. si pengantin perempuan kelam kabut di dalam bilik.
"cuba cari kat dalam bilik sana. takpun dalam laci tu. ada kat situ je semalam."
si pencari pun belek sana, belek sini. tapi tak jumpa.
sedang mencari, datanglah si sahabat nak meraikan hari bahagia si pengantin perempuan.
"cari apa tu?"
"cincin."
"cincin? cincin apa?" sambil bertanya kehairanan.
"cincin tunang aku," mata si pengantin perempuan memandang tepat ke arah sahabat. buntang mata si sahabat mendengar. ish, nanti masa nak sarung cincin nikah, haruslah pengantin perempuan pakai cincin tunang kan?

masa makin suntuk.

dari luar, si pengantin perempuan dipanggil supaya duduk berhampiran bakal suami yang sedang dibacakan khutbah nikah. apa lagi, makin menggelabah la dibuatnya.
"dah..dah. tak payah cari la," kata si sahabat.
"pakai cincin tunang aku je la."
"mana cincin merisik?" sambung si sahabat.
"ada sekali dengan cincin tunang."
"lor..sama jugak?"
si pengantin perempuan cuma tersenyum. disambut cincin-cincin dari si sahabat dan disarungkan ke jari jemari kirinya.

semasa acara membatalkan air sembahyang, sedaya upaya disorok tangan kirinya. bimbang si suami & ibu mentua perasan cincin yang dipakai adalah milik orang lain. selesai majlis, cepat-cepat dicabut cincin-cincin dari jari jemari kirinya.

"ada orang perasan tak?" tanya si sahabat.
"hehe, tak kot," berderai ketawa dua insan. tak sangka, jadi perkara-perkara macam ni di saat-saat begini. sampai bila-bila pun kisah ini akan jadi bahan bualan. tengoklah nanti.
"kus semangat." si sahabat yang menggelabah bukan-bukan dari tadi. si pengantin perempuan rileks je.
"syhh..jangan sampai ada orang lain tau pasal hal ni. rahsia tau..!"


saya --> bakal-bakal pengantin semua, jangan biarkan adegan ni terjadi dalam majlis anda :)

10 comments:

  1. hahhaaaaa.. leh lak cam tue jadinyer.. mane la diletaknyer cicncin tue hahaaa

    ReplyDelete
  2. ada je are_udear..
    dalam laci meja solek tu je..tapi sbb dah menggelabah, dpn mata pun tak nampak.. :P

    ReplyDelete
  3. tips ni..tips!!
    thanks ye...
    *mana cincin risik ko dayu??*

    harus terus kena sarung je lepas ni
    kang, tak pasal2 gelabah ayan kang pagi tu...

    ReplyDelete
  4. dayu,
    cepat..cepat..baik sarung sekarang..
    yg penting, hati mak mentua kena dijaga..tak pakai cincin2 tu, kang tak pasal2 kena menjawab.. :p

    ReplyDelete
  5. ade org2 tua ckplah
    cincin tunang kite
    tak elok bg org lain pakai
    takut jadi yg tak elok katanye

    tapi pd sy.. kalau cincin tunang org tu hilang time kite pakai
    tak ke naya..
    tu jeklah buruk yg sy nampak
    :)

    ReplyDelete
  6. yani,
    a'ah..en tunang iza pun selalu sgt pesan..jgn bagi org lain pakai cincin tunang kita..even org lain nak try pakai kejap je pun, dia tak bg..dan jgn cuba2 nak pakai cincin tunang org lain..

    sgt kuat pantang larang dia..isk,isk..

    ReplyDelete
  7. sonok juge pakai cincin owg ye..hak3..

    ReplyDelete
  8. za,ada blog upanya..hehe
    aku jumpa kat link mai ni..
    kelakar la kisah ni..hope xterjadi pada kita la ek..ko bile langsungnya ni? aku teringin gak nk turun terengganu ni..hehe:-)

    ReplyDelete
  9. zahirah,
    hehe..dalam majlis penting pulak tu..

    ReplyDelete
  10. yan,
    aku dah exchange link ngan blog ko..

    majlis aku insyaAllah akhir thn nnti..kalau takde aral la..ko dtg nnti ek.. :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..