.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, May 12, 2009

~Mungkinkah tabah..

ada sesuatu yang menjalar di dalam hati tatkala membaca patah-patah perkataan yang dititipkan adinda saya ini. sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. antara kebenaran dan hakikat di sebalik ayat tersebut.

- mengapa aku diuji?
- mengapa aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?
- mengapa ujian seberat ini?
- aku rasa kecewa!
- bagaimana harus aku hadapinya?
- apa yang aku dapat dari dugaan ini?
- kepada siapa aku berharap?
- aku tak dapat bertahan lagi!!

setiap kali berhadapan dengan sesuatu yang menggoncang kekuatan diri, saya sentiasa mengharap sentiasa ada embun-embun suci yang menitis di dalam hati. dengan harapan, ia mampu menyejukkan dan meleraikan semua rasa pahit itu.

saya cuba mencipta kelembutan di dasar hati agar bila saya terjatuh, saya tidak terlalu merasa peritnya. semoga kelembutan itu mampu meresap segala rasa sakit yang menghimpit. saya sentiasa berharap agar empangan hati tidak pecah dan mengalirkan sisa-sisanya kepada orang lain. cukup! cukup saya sahaja yang merasa ketidakselesaannya. atau sekurang-kurangnya, coretan di sini mampu buat saya melepaskan rasa.

saya akui, saya bukan penasihat yang bagus. contoh; setiap kali si A bercerita pada saya tentang sakitnya hati dia pada si B (luahan pastinya tanpa pengetahuan si B), lebih banyak situasi di mana saya pasti akan memihak kepada si B. tak ke saya menambahkan lagi sakit hati si A? saya memang begitu. selalunya saya meminta si A meletakkan dirinya di tempat si B. si A harus berfikir sebagai si B.
kenapa si B berkelakuan begitu? kenapa si B tegar menyakiti si A? kenapa si B tidak menjaga hati si A?
mungkin si B ada masalah lain yang membelenggu dirinya. mungkin si B tidak sengaja. mungkin juga si B sedang menghadapi konflik tanpa disedari. sebab saya yakin, tidak ramai manusia yang sanggup menyakiti hati orang sekelilingnya. menyakiti orang lain bermakna kita juga sedang menyakiti hati sendiri.

tapi saya yakin, i'm a good listener. saya boleh mendengar masalah yang sama dari orang sama (atau mungkin orang berlainan) berulang-ulang kali tanpa jemu. kalau dikira, boleh mencecah berpuluh-puluh kali. ceritalah sayang! saya akan dengar. saya akan senyum sehabis daya saya.

semua orang takkan terlepas dari masalah. bagai makanan harian. hakikatnya, definisi tabah tu sebenarnya terlalu luas. ada orang yang keras hati. memendam segalanya berseorangan. ada sebahagian yang melepaskannya pada mutiara jernih di kelopak mata. ada yang melampiaskan segalanya pada coretan bisu. ada pula yang suka bercerita. lihat, banyak caranya bukan? pastinya, kita harus kembali pada hakikat ketuhanan. Dia yang memahami segala-galanya.

kepada dayah,
zahirnya, dayah mungkin lihat akak sebagai tabah. akak cuba melihat diri sebagai orang lain yang mungkin hidupnya jauh lebih daif dari akak. seteruk-teruk akak berhadapan dengan masalah, akak yakin masih ada yang lebih menderita. dan yakin, akak tabah kerana ada orang-orang di sekeliling akak yang tak pernah jemu menyokong akak. yang penting, jangan lari dari masalah.

saya* --> saat-saat begini, diam dan bersendiri untuk seketika adalah ubat terbaik. biasanya orang sekeliling akan tahu, diam saya tanda saya sedang 'merehatkan diri'.
saya
** --> jangan biarkan melankoli berterusan.

6 comments:

  1. akaak...
    terima kasih kak..
    terima kasih banyak2....

    ReplyDelete
  2. Salam...

    terusik membaca coretan kamu..apapun saya masih mampu berbangga kerana kamu mampu jadikan orang lain kuat walaupun sebenarnya hanya kita yang tahu diri kita..kekuatan kita..

    tabahlah kawan..

    ReplyDelete
  3. iza..dont be supprise what ever comes into ur life.. remember nothing good comes before painful..akak yakin iza leh buat semua tu..cuma kadang2 jgn terlalu memegang orang lain sehinggakan diri sendiri terlepas..mohon nafas dan sejahtera dari Dia..Dia tahu apa yang iza mampu dan tak mampu..moga menjadi insan yang lebih tabah dan kuat utk semua nya..akak hanya memandang dari jauh..melihat,memburu dan mentafsir..hanya bisikan jauh yg akak dapat berikan..ketabahan mu menjadi pembangkit semangat dalam mu..

    ReplyDelete
  4. dayah,
    sama-sama dayah..
    akak cuma sntiasa berusaha utk jadi yg terbaik..dan dalam masa yang sama, akak taknak menyusahkan org lain..itu..
    maaf la..akak lama diamkan diri..
    tp akak sntiasa igt kat adik2 akak..takkan sekali kali lupa..

    ReplyDelete
  5. salam srisufi,
    terima kasih..
    berusaha untuk terus tabah.. :)

    ReplyDelete
  6. kak izra,
    insyaAllah kak..iza ingat pesan akak..
    terima kasih sgt2 atas sokongan akak selama ni..iza cuba belaja dr nasihat2 akak..dan iza cuba untuk jadikan 'ketabahan', sbg satu kekuatan utk iza hadapi semua perkara..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..