.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, May 12, 2009

~Mama..happy mother's day =)


Ma,
entah ini kali ke berapa kami anak-anak ma sambut hari ibu. tak silap, kami adik beradik mula memahami erti hari ibu bermula tahun 1999. tika itu, saya & my dear sis di bumi KL. berjalan-jalan menghabiskan masa cuti. kami berjalan-jalan di klcc. semasa melewati satu kedai, kami terpandang sederet hadiah-hadiah pilihan sempena hari ibu. kami beli 3 hadiah yang sama untuk 3 ibu. my dear mom, my dear sis & my sis-in-law. seronok bila lihat anak-anak buah yang teruja nak bagi hadiah kat mak masing-masing. dan pastinya untuk kali pertama, kelihatan ma agak terkejut dengan hadiah itu. walaupun ia hanyalah sebuah frame gambar berharga rm4.90.

selepas itu, hampir saban tahun, hari ibu takkan kami lupakan. dan pastinya dititipkan dengan hadiah-hadiah yang sememangnya tak seberapa. yang seharusnya tak mampu untuk menandingi kasih ma pada kami adik beradik.

ma idola kami. dia wanita hebat & bersemangat kental. senyuman ma sentiasa dapat menjadi penawar berharga tatkala kami memerlukan. semacam ma tidak mengenal erti penat. bagai dirinya punya tenaga super duper extra. berkejar ke sana sini. tapi tak pernah merungut apa-apa. kini, dalam usia 64 tahun, ma masih sama macam dulu. sakit-sakit orang veteran, macam biasa la. pasti ada tapi seboleh-bolehnya dia akan cuba rahsiakan dari pengetahuan anak-anak.

dari kecil hingga besar, kami jarang makan di kedai. boleh dikira dengan jari. sesempit mana pun masa yang ma ada, seboleh-bolehnya dia cuba juga memasak untuk keluarga. kata ma, "ma puas tengok suami & anak-anak makan hasil ma masak." semua ibu macam tu kan?
kami pula, memang apa yang ma masak, selalu je sedap rasa di tekak. walaupun hanya goreng telur mata! hebat kan air tangan seorang ibu?

naluri ma memang sangat-sangat tepat pada masa-masa tertentu. semasa di kuittho a.k.a uthm dulu, saat-saat saya kesempitan wang, mesti dapat dihidu ma.
"duit ada tak lagi?"
"ada."
"berapa?"
"ada la sikit."
"dalam tangan ada berapa ringgit?"
"ada rm10. tapi dalam bank ada lagi."
"dalam bank ada berapa?"
"err..ada rm20." adoi, kantoi :p
hasil dari itu, semasa di umt, saya bersiap sedia dari awal. saya janji untuk tak menyusahkan ma atau ayah. saya kawal perbelanjaan. saya puas hati sebab walau terpaksa mengawal perbelanjaan, saya tak pernah minta duit belanja tambahan walau sesen pun. hanya bergantung kepada pinjaman ptptn semata-mata. dari 6 semester, hanya di semester pertama sahaja saya meminta duit dari ma & ayah. itupun sebab pinjaman belum masuk. tapi dah nama pun ma & ayah kan, dihulurkan juga sekeping dua not berwarna merah. hingga hari ini saya masih menyimpan not tersebut. (haisyh, ni dah kuar topik ni)

ma sentiasa tahu bila ada anak-anak yang cemburu satu sama lain. terutama saya la. selalu je cemburu yang bukan-bukan dengan my dear sis. seboleh mungkin ma akan cuba hilangkan cemburu saya tu. jahat kan saya? tapi ma tak pernah merungut. itu satu lagi kelebihan ma.
ma juga sentiasa dapat mengesan jika saya sedang 'berperang' dengan sebarang masalah. sensor perasaan ma selalunya tepat. tulus soalannya pada saya, "ada apa-apa nak bercerita dekat ma?"
belum sempat bercerita, air mata terlebih dahulu berderai. ish, apa la..

ma garang. tegas dalam mendidik anak-anak jika nak dibandingkan dengan ayah. malahan bukan dengan kami anak-anaknya sahaja, tapi turut kepada anak-anak saudara. tapi garang ma lah yang buat anak-anaknya 'hidup'. segarang-garang ma, ma tak pernah halang minat anak-anak. buat la apa sahaja keputusan, asalkan jangan memakan diri.

ma juga tabah. terutama dalam menjaga anak bongsunya yang serba kekurangan. gelaran o.k.u yang adik sandang, bukan satu bebanan pada ma. malahan, ma jadikan adik sebagai satu kekuatan dalam hidup ma.

bila balik rumah semasa cuti semester, mesti ma sibuk tanya, "nak makan apa?"
anak dia ni apa lagi, sibuk la request itu ini. mee kari, mee rebus, mee goreng basah, ayam masak merah, nasi beriani, nasi dagang. makan sampai bertambah-tambah dua tiga kali. kemudian, mesti ayah bercerita, "ma ni kadang-kadang, sekali sehari pun tak makan nasi. tapi anak-anak ada kat rumah, sampai berpinggan-pinggan nasinya."

bercerita pasal seorang ibu, memang takkan habis 30 hari 30 malam pun. itu ini, begitu begini. sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. saya kena berhenti menulis. mata dah mula berkaca. hampir 2 bulan tak jumpa ma. tak terhitung rasa rindu dengan redup mata tua itu. biarpun setiap malam tidur saya pasti berdodoi dengan suara ma di hujung talian, tapi manakan sama dengan bertentang mata. tunggu, jumaat nanti kita jumpa ye :)

ma,
selamat hari ibu. ma wanita terhebat dalam hidup anak-anak. luv u so much.

saya -->
* memang entri ni agak terlewat. but, better late than never rite?
** semua ibu adalah juara bagi anak masing-masing. jadi tak salah kan saya memuji ma saya? :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..