.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, May 26, 2009

~Angan-angan lagi..*rumah idaman*

bila baca blog dayu yang bertajuk ini, ini, dan ini;
blog hanie yang bertajuk ini;
blog anil yang bertajuk ini;
blog yani yang bertajuk ini;
blog yana yang bertajuk ini;
banyak lagi blog lain yang dah tak ingat baca kat mana;

terasa nak tiru menulis juga pasal rumah idaman selepas kahwin. perancangan harus ada kan? so nanti takde la saat-saat akhir baru nak berfikir pasal rumah impian. sekurang-kurangnya dah boleh berfikir, kawasan yang sesuai untuk dicari rumah untuk disewa. mestilah berdasarkan pada beberapa faktor. bukan boleh main redah je. asal ada rumah kosong, terus nak sewa. nanti dah duduk, baru la terasa kurang itu ini, 'sesak' sana sini.

soal pertama, mestilah berkaitan dengan sewa. kena bergantung pada kemampuan masing-masing. tapi sekarang ni rasanya dalam range rm500-rm550, biasa la kot kat area KL ni. pasal kelengkapan rumah, boleh la difikirkan sedikit demi sedikit. yang penting, saya mahu dapur sekurang-kurangnya ada dapur masak & peti ais. wajib. ok, termasuk tong gas sekali.

kedua, keluasan rumah. duduk berdua, tak payah nak sewa yang luas-luas rasanya. tapi nak kena juga consider kalau-kalau parent datang menjenguk. sekurang-kurangnya ada satu lagi bilik untuk tetamu tidur. dan mesti difikirkan juga dengan 'orang ketiga' yang mungkin hadir antara suami isteri.

ketiga, jarak dari tempat keje. tak payah la pilih yang jauh-jauh dari tempat kerja dua-dua pihak. kalau boleh, pilih yang berhampiran tempat kerja dan adil bagi suami isteri. jadi, dapat jimat minyak kereta & tol. kalau kena naik lrt atau komuter sekalipun, tambang takde la berlipat-lipat kali ganda. masa pun singkat. sempat la balik rumah, masak dengan santai. tak terkejar-kejar nak masak. yang penting, dapat jimat sejimat-jimatnya.

keempat, boleh tak kalau takmau duduk dengan mentua? sekali sekala jumpa, baru la dapat manja lebih-lebih sikit kan? hehe. ok, tak payah nak berangan sebab family dua-dua pihak jauh dari KL. satu di selangor. satu di terengganu. tapi ni silap-silap, tiap-tiap minggu bakal balik rumah mentua. takpe, saya suka :)

kelima, apa lagi yek? nanti nak difikirkan dulu. ada idea baru, entri akan diupdate kembali.

saya --> gedik berangan pegi balik kerja dihantar dan dijemput suami :p itulah, dari kecil sampai ke besar dimanjakan ayah & abang..dihantar kalau nak kemana-mana. sekali, lepas kahwin, nak kena berebut-rebut naik lrt & komuter bagai. barulah nak terhegeh-hegeh. errkk, my dear hamba Allah nak buat camtu ke kat bakal zaujah dia ni ye? nak kena tanya lepas ni.

17 comments:

  1. Salam..
    hehehe..cam best jer berangan..(^^,)v
    semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..insyaALLAH..amiiin...

    ReplyDelete
  2. ewah bgus la dh merancang umah..survey2 dlu maner yg ptt..erm lebih baik elakkan dr dok ngn mertua..kater org dekat bau busuk, jauh bau wangi *bukan nk menghasut ni*

    ReplyDelete
  3. salam. kak tikah best ...sbb dapat suami kerja satu tempat yakni poliPD. so kami duk rumah warden coz suami (abg apiz) jd warden kt sini. jadi kos sgt rendah. rumah yang ada 4 bilik just tolak elaun rumah, just bayar bil elektrik n bil air. kos minyak kete lg save...kdg2 gi opis jln kak jer.hehehe :-) keselamatan ank2 pun insyaalah terjaga.
    tp yang tak best nye...tak merasai komuniti kt luar.

    ReplyDelete
  4. ttg rumah mertua, akak ada pglmn duk dekat dgn mertua. sejam jer dr tempat akak tgl skrg.
    bagus nyer:
    1)blh mkn masakan ibu mertua selalu
    2)ibu mertua blh dtg jenguk
    3)kalu kita berkursus, mak mertua blh tlg jg anak
    4)kalu kita skt, mak mertua blg tlg jaga
    5) kalu kita gaduh dgn suami, mak mertua blh jg

    tak best nyer:
    1) kdg2 tiba2 jer mak mertua nk dtg..kezutan...
    2)kalu jarang blk rs bersalah..

    tp byk baik nyer....hehehehe...apa2 pun bergantung kpd mcm mana kita jg hubungan dgn mertua.kalu blh jgn duk serumah dgn mertua!!! byk hati kena jg.

    ReplyDelete
  5. dayah dear,
    thanx..perancangan tu penting..klu saat2 akhir baru nak fkr, takut ada salah fhm pulak..at least, fkr awal2, boleh selesaikan if ada percanggahan pendapat kan? hehe..
    ameen.

    ReplyDelete
  6. yana,
    itulah..klu boleh nak elakkan..
    nak duduk berdua je..biar ada privacy..baru la ada peluang nak kenal suami dgn lebih dekat & rapat..klu ada org lain, bermakna sebahagian dr masa kita nk kena layan diaorg pulak..
    :)
    tp alhamdulillah, mmg takkan duduk dgn mentua pun..

    ReplyDelete
  7. kak tikah..
    tu dia..pengalaman org dah kahwin..
    tips berguna ni..
    iza kena remind sokmo nih.. :)

    bestnya..akak+family byk boleh jimat..thanx kak, for the sharing..

    ReplyDelete
  8. Salam ..

    hehehe...byk pengalaman sri kutip nih...

    best2

    ReplyDelete
  9. wahh..suka akak..adik akak mkin matang..insyaAllah bersedia utk 'bersatu'

    ReplyDelete
  10. ingt pesan akak, walau apa2 pun kiter kena jaga hati mertua sbb suami akan respek kiter lebih jika kiter pandai jg hati mak dier. lagi satu, kalu ckp kiter suami jarang dengar, tp jika kiter minta mak dier nasihat, dier senang dengar. nk buat hal pun takut sbb nanti kiter repot.hehehe...ada org back up kiter.

    ReplyDelete
  11. dlm Islam sendiri pun kiter tidak digalakkan tinggal bersama mertua yang ada sekali ipar duai sbb tak nak terlalu tekan kiter dr segi terpaksa jaga aurat dalam rumah. kalu ziarah pun, jika ada ipar duai, tidak berapa digalakkan bermalam sbb hormati kebebasan isteri di rumah.

    ReplyDelete
  12. Hm....selamat berumah tangga. Disember eh? Saya pun akan menyambut menantu Disember ini. Menantu perempuan :)

    ReplyDelete
  13. sy pon x merase org hantar pegi balik keje..huhuh..

    ReplyDelete
  14. kak mar..aku suker artikel ini...sbb kt kan saling berkait...huhhuhu....tpi apapun..ko dah kmgkinan besar duk sndirikan..tggal le aku ni yg kemgkinan besar bakal duk uma mertua..huhuhu...nk xnk redha ajelah...tpi apapun...semoga rumah dan tangga yg bakal dibina..harmoni n bahagia hgga akhir hayat...insyaAllah...

    ReplyDelete
  15. tu lah
    merancang kehidupan lepas kawin lagi rumit sebenarnya
    dan lagi byk pakai duit

    pilih lah elok2
    pikirkan segala faktor

    *hhehehe, pegi keje berhantar dan berjemput mmg seronok. kena goda sampai dia setuju tu

    ReplyDelete
  16. srisufi,
    hehe..kutip..kutip..
    ni cuma bingkisan saya..klu baca blog bakal pengantin lain, lagi detail mereka kupas isu ni.


    kak izra,
    alhamdulillah kak..makin singkat masa yg tinggal, makin byk bnda kami dah bincang..


    kak tikah,
    insyaAllah kak tikah..iza pegang nasihat akak..bakal suami iza cuma ada dua adik perempuan..dua2 blm kawin lagi..setakat ni mmg takde masalah lagi la.. =)

    ReplyDelete
  17. kak long,
    insyaAllah..klu takde musyaqqoh apa2, bln disember langsungnya..Ooo,sama lak ye..hehe..slmt menyambut menantu, kaklong.. :)


    kak arnirina,
    sy pun blm tentu lagi ni kak..silap2, sy pun kena bersesak2 naik lrt lps kawen nnti..nak drive sdiri, bakal hubby takut sy tak larat nak harung traffic jam..


    ucu,
    perjalanan jauh lagi..benda ni mmg kena bincang elok2..takleh nak beremosi bagai..slow talk..
    yg penting, aku rasa kena ada plan B..
    insyaAllah..moga smua ok.. =)


    dayu,
    iza tgh cuba nak "menggoda" lagi ni..hehehe..mintak2 la godaan menjadi..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..