.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, May 26, 2009

~Angan-angan lagi..*rumah idaman*

bila baca blog dayu yang bertajuk ini, ini, dan ini;
blog hanie yang bertajuk ini;
blog anil yang bertajuk ini;
blog yani yang bertajuk ini;
blog yana yang bertajuk ini;
banyak lagi blog lain yang dah tak ingat baca kat mana;

terasa nak tiru menulis juga pasal rumah idaman selepas kahwin. perancangan harus ada kan? so nanti takde la saat-saat akhir baru nak berfikir pasal rumah impian. sekurang-kurangnya dah boleh berfikir, kawasan yang sesuai untuk dicari rumah untuk disewa. mestilah berdasarkan pada beberapa faktor. bukan boleh main redah je. asal ada rumah kosong, terus nak sewa. nanti dah duduk, baru la terasa kurang itu ini, 'sesak' sana sini.

soal pertama, mestilah berkaitan dengan sewa. kena bergantung pada kemampuan masing-masing. tapi sekarang ni rasanya dalam range rm500-rm550, biasa la kot kat area KL ni. pasal kelengkapan rumah, boleh la difikirkan sedikit demi sedikit. yang penting, saya mahu dapur sekurang-kurangnya ada dapur masak & peti ais. wajib. ok, termasuk tong gas sekali.

kedua, keluasan rumah. duduk berdua, tak payah nak sewa yang luas-luas rasanya. tapi nak kena juga consider kalau-kalau parent datang menjenguk. sekurang-kurangnya ada satu lagi bilik untuk tetamu tidur. dan mesti difikirkan juga dengan 'orang ketiga' yang mungkin hadir antara suami isteri.

ketiga, jarak dari tempat keje. tak payah la pilih yang jauh-jauh dari tempat kerja dua-dua pihak. kalau boleh, pilih yang berhampiran tempat kerja dan adil bagi suami isteri. jadi, dapat jimat minyak kereta & tol. kalau kena naik lrt atau komuter sekalipun, tambang takde la berlipat-lipat kali ganda. masa pun singkat. sempat la balik rumah, masak dengan santai. tak terkejar-kejar nak masak. yang penting, dapat jimat sejimat-jimatnya.

keempat, boleh tak kalau takmau duduk dengan mentua? sekali sekala jumpa, baru la dapat manja lebih-lebih sikit kan? hehe. ok, tak payah nak berangan sebab family dua-dua pihak jauh dari KL. satu di selangor. satu di terengganu. tapi ni silap-silap, tiap-tiap minggu bakal balik rumah mentua. takpe, saya suka :)

kelima, apa lagi yek? nanti nak difikirkan dulu. ada idea baru, entri akan diupdate kembali.

saya --> gedik berangan pegi balik kerja dihantar dan dijemput suami :p itulah, dari kecil sampai ke besar dimanjakan ayah & abang..dihantar kalau nak kemana-mana. sekali, lepas kahwin, nak kena berebut-rebut naik lrt & komuter bagai. barulah nak terhegeh-hegeh. errkk, my dear hamba Allah nak buat camtu ke kat bakal zaujah dia ni ye? nak kena tanya lepas ni.

Friday, May 22, 2009

~Insiden hari jumaat

**harus diingat, blog ini adalah blog catatan peribadi.
blog yang tiada pengkhususan. entri caca marba.
dan segala bingkisan yang terdapat di sini tentang berkisar kehidupan seharian penulis.**


terasa hari ni nak duduk je kat ofis masa waktu rehat. nak jenguk blog kawan-kawan. sambil-sambil cari idea pasal persiapan yang satu apa pun belum buat ni *aduhai, cuaknya*. tekak pula dari pagi tadi terasa nak makan kek. sesekali terbayang burger mcD *tahan, tahan..masih cuba boikot*.

pukul 1.00 tengahari, hayun kaki ke central market. sasaran --> secret recipe! tak kira, nak juga makan chocolate indulgence cake hari ni. hujung-hujung bulan ni pun, nak juga diikut selera tekak ni. kali terakhir makan, 3 bulan lepas kot. lagipun dulu-dulu my dear mom & dad, ada pesan "makan jangan ditahan-tahan. orang lain makan itu ini, kita jangan nak telan air liur je. tapi jangan la melebih-lebih dan membazir." haa, pesanan yang macam ni cepat pula diingat-ingat ye :)

pukul 1.25 tengahari, saya telefon my dear mom. cepat-cepat dijawab salam, terus je diterjah dengan soalan dari ma, "tiket bas dah beli?"

alamak! lupa sangat-sangat. aduh, macam mana ni? dah la 12-14 jun tu dah masuk penghujung cuti sekolah. mesti susah nak dapat tiket bas dalam waktu kritikal macam tu.

pukul 1.30 tengahari, redah ke sogo medan mara. tawakkal habis ni. hope sempat masuk opis tepat kul 2.30 petang.

"akak, nak tiket KL-kuala terengganu 12 jun, 10 malam untuk seorang. pastu nak tiket dari kuala terengganu-KL 13 jun, 10 pagi. untuk 2 orang ek kak," laju je saya cakap. yakin seyakin-yakinnya.

dapat tiket, saya periksa dulu. alamak, silap tarikh!! bukan 13 jun, tapi nak yang 14 jun. dengan muka kesian, saya cakap kat akak kaunter tu, dengan muka kesian.

"akak, saya tersilap la tadi. nak tiket 14hb. bukan 13hb. boleh tukar tak?"

"mana boleh dik. dah print, takleh nak delete dah dalam sistem ni."

pung-pang-pung-pang berbalas kata, akhirnya akak tu suruh saya bayar dulu tiket yang tersilap print tu. muka dia dah masam. tak pandang pun muka saya. suara pun dah meninggi. dia angkat telefon pun dengan cara keras. saya pun dah mula buat muka sedih. takkan saya nak ambil 3 tiket, tapi kena bayar untuk 5 tiket?? satu tiket harga rm38.70. tapi ye la, silap saya. tapi tak patut la dia layan pelanggan camni. cakap la lembut-lembut. huhu.

saya tekan-tekan telefon. call my dear mom. kalau saya tetap ambil tiket 13hb, maknanya saya sampai kuala terengganu pukul 5 pagi dan pukul 10 pagi saya terus naik bas kembali ke KL. huwaa..sedihnya. tak sempat la nak manja-manja.

"ma, kalau kakma lari je dari kaunter ni, boleh tak? tiket tadi tak bayar lagi," bisik perlahan di telefon.

"ish, tak baik buat orang macam tu."

"tapi dia tengah gayut telefon tu, ok je kalau nak lari."

"dia tak nampak ke kalau kakma lari? tanya la dulu orang kaunter tu, kalau bayar lebih dalam rm5-10, boleh tak? dari rugi dekat rm80 tu. jangan lari macam tu je."

setelah berlaku sebabak drama air mata melalui perbualan telefon tu, saya pun dengan pasrahnya pergi ke kaunter m***liner tu.

"akak, kalau saya bayar lebih sebagai denda, tak boleh ye? nak kena ambil jugak ke tiket yang tersilap print tu?"

"takpelah dik. bayar je la tiket yang 14hb tu je."

saya balik ke ofis dengan girang. sempat saya salami akak kaunter tu. berbakul-bakul maaf & ucapan terima kasih saya ucapkan pada dia. kalau saya dapat masuk kat kaunter tu, maunya saya peluk-peluk dah dia. kerana jasa dia, saya dapat luangkan 24 jam masa berkualiti di baiti jannati saya. terima kasih kak!


saya --> pada 'orang tu', lain kali ye saya belanja makan kat secret recipi. tau, dah lama mengidam kan? tapi belum ada masa sesuai lagi. sabar tau..!
saya lagi --> bila masanya pula saya ni dah berubah jadi anak manja ni? sikit-sikit nak 'tumpah'. sikit-sikit nak 'banjir'. haisyh..!

Thursday, May 21, 2009

~Pengapit..bukan sebarang pengapit

kaki seseorang yang bakal menjadi pengapit sedang menggayakan kasut pengantin.

kadang kala, pengapit juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam sesuatu majlis perkahwinan. err, apsal rasa macam tengah tulis rencana je nih?? haisyh..

ok. sebenarnya nak bercerita sikit pasal pengapit pengantin ni. tolong jangan amik remeh je benda ni. terutama pada pengapit tu sendiri. kalau si bakal pengantin tu dah bagitahu awal-awal yang awak tu bakal jadi pengapit, maka bersedia la dari awal. tanya kat si bakal pengantin, "jadi pengapit untuk majlis bila ni? masa nikah, masa bersanding atau masa majlis bertandang? atau untuk tiga-tiga majlis?"
penting tu. sebab kadang-kadang, sebab pengapit buat hal, majlis boleh jadi a little bit mess.

warna baju
buat pengesahan awal-awal dengan bakal pengantin, apa warna tema majlis. takkan tema warna biru, pengapit nak pakai baju merah. haa, tak pasal-pasal dapat berbakul-bakul kutukan. kalau kena jadi pengapit untuk 3 majlis, maka sediakanlah 3 pasang baju. kalau tak ikut tema sangat pun, takpe. tapi jangan la kontra sangat dengan baju pengantin. pelik jadinya nanti. ala, baju lama pun takpe. janji, jangan terlalu jauh dari tema! tolong ye.
**kalau majlis akad nikah & bersanding pada hari yang sama, rasanya baju pengapit ikutlah tema bersanding :)

payung
dah namanya jadi pengapit, memanglah kena pegang payung masa nak bawa pengantin ke pelamin. pegang payung tu tolong elok-elok sikit ye. payung tu untuk memayungi pengantin, bukan nak payung pengapit. jadi sengetkanlah payung tu ke atas kepala pengantin. ini tak, syok sendiri pegi payung diri sendiri. hai, kalau camtu, baik pengantin pegang payung sendiri.

kena tahu guide pengantin
yang ni bukan apa. kadang-kadang pengantin ni panik. bila si isteri sambut suami dia, dia taktau nak duduk sebelah mana. sebelah kiri atau kanan suami? jadi, masa ni la pengapit ambil peranan. tapi biasanya pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki. kan? hehe, saya bukan tahu sangat pun. betul-betulkan sikit kedudukan pengantin. suruh pengantin lelaki paut tangan isteri dia. baru lah jalan perlahan-lahan ke pelamin. kalau sambil jalan sambil ada orang alunkan selawat pun ok. tak payah nak tabur-tabur beras kunyit, membazir je. kalau nak ada tabur-tabur juga, amik la bunga rampai. buat syarat.

pegang kipas
nak pegang kipas pun, kena ada seni-seninya. ececeh, ye ye je kan? disebabkan pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki, bermakna pengapit pengantin perempuan kena la pegang kipas guna tangan kiri. kalau guna tangan kanan, nampak macam kurang sopan. tak balance. memang nampak tak cantik terutama dalam gambar. nak kipas pun, berpada-pada. jangan la kipas kuat-kuat sangat. gelisah je mak andam kat tepi tu, bimbang mekap pengantin rosak.

pandang kamera
wahai pengapit-pengapit semua, pandang la sikit kat kamera. muka kena manis. senyum. senyum. senyum. sambil-sambil lap peluh & kipaskan pengantin, pengapit kena la juga pandang ke arah tetamu. buat muka mesra alam sikit. muka pengapit pun selalunya memang akan termasuk dalam gambar.

menepati waktu
pastikan pengapit menepati masa. jangan sampai pengantin menunggu kita. comfirm dengan pengantin, pukul berapa acar bermula.
jangan sampai pengantin telefon dan cakap, "semua orang dah ada ni. tunggu ko sorang je belum datang. ko sampai je sini, rombongan bertolak la ke rumah lelaki."

apa tugas masa jadi pengapit /
tugas-tugas khas / runner
penat jugak jadi pengapit ni sebenarnya. tapi penat sikit takpe, janji kita puas hati sebab dapat bersama meraikan hari bahagia orang yang kita sayang kan. apa tugas pengapit? lap peluh tu sudah pasti. selalunya pengantin yang nervous, kadar perpeluhan mereka semakin meningkat. apatah lagi sekarang ni memang musim panas. tapi pastikan mekap tak hilang. nanti ada yang kena jeling-jeling manja dengan mak andam.
untuk acara merenjis (kalau ada), jadi pengapit kena sediakan tisu banyak-banyak. dibuatnya tetamu merenjis banyak-banyak, habis tangan pengantin tu lencun. hehe.
sambil-sambil itu, betulkan sedikit kedudukan baju pengantin. terutama persalinan pengantin perempuan. biasa la, persalinan pengantin ni lain dari yang lain. ada yang kain meleret sampai ke bawah. jadi pengapit, sila jalankan peranan anda. dekat makan beradap pun, pengapit harus jalankan tugas sebagai waiter @ waitress. bukakan plastik-plastik yang digunakan untuk menutup lauk-lauk yang ada. tolong tuangkan air, ambil nasi. kecuali...kalau pengantin perempuan sendiri memang nak layan suami dia. jadi pengapit, tolong la bagi servis kat tetamu yang semeja dengan pengantin tu.
owh, pastikan kasut pengantin berada di tempat sepatutnya.

pastikan semua alatan berkaitan dalam keadaan baik
tugas pengapit kadang-kadang melibatkan benda yang agak remeh temeh. contohnya payung. sebelum pengantin sampai, test payung, ok ke tak. kadang-kadang ada kes payung tak boleh dibukak sebab ada manik-manik yang terbelit satu sama lain. kalau pengantin dah sampai, tapi tang-tang-tu-jugak baru nak buka payung, jenuh la jadinya. malu satu hal. jadi, jangan la malukan diri sendiri. pengantin takpe, dia memang dah tengah menahan nervous masa tu.
pastikan kedudukan pelamin dalam keadaan yang ok. maksud saya, wat rehearsal olok-olok. hehe, macam beria-ia sangat bunyinya. tapi sebenarnya penting. pastikan ruang untuk pengapit berdiri tu, tak dihalang dengan benda lain. contohnya bunga pahar. mak andam ni kekadang tak alert jugak (err..tak semua la). dia main susun je, asal nampak cantik kat mata dia. kalau tak nanti, masa nak bawa pengantin ke pelamin, tetiba baru nak alihkan bunga pahar tu ke tepi.

saya --> menulis berdasarkan pengalaman sendiri, ditambah dengan pengalaman seorang lagi rakan. menjadi pengapit semasa majlis chenta hati saya, penat pun rasa berbaloi.

Wednesday, May 20, 2009

~Syhh..jangan bising-bising

lagi 15 minit sebelum lafaz ijab & kabul berlangsung. si pengantin perempuan kelam kabut di dalam bilik.
"cuba cari kat dalam bilik sana. takpun dalam laci tu. ada kat situ je semalam."
si pencari pun belek sana, belek sini. tapi tak jumpa.
sedang mencari, datanglah si sahabat nak meraikan hari bahagia si pengantin perempuan.
"cari apa tu?"
"cincin."
"cincin? cincin apa?" sambil bertanya kehairanan.
"cincin tunang aku," mata si pengantin perempuan memandang tepat ke arah sahabat. buntang mata si sahabat mendengar. ish, nanti masa nak sarung cincin nikah, haruslah pengantin perempuan pakai cincin tunang kan?

masa makin suntuk.

dari luar, si pengantin perempuan dipanggil supaya duduk berhampiran bakal suami yang sedang dibacakan khutbah nikah. apa lagi, makin menggelabah la dibuatnya.
"dah..dah. tak payah cari la," kata si sahabat.
"pakai cincin tunang aku je la."
"mana cincin merisik?" sambung si sahabat.
"ada sekali dengan cincin tunang."
"lor..sama jugak?"
si pengantin perempuan cuma tersenyum. disambut cincin-cincin dari si sahabat dan disarungkan ke jari jemari kirinya.

semasa acara membatalkan air sembahyang, sedaya upaya disorok tangan kirinya. bimbang si suami & ibu mentua perasan cincin yang dipakai adalah milik orang lain. selesai majlis, cepat-cepat dicabut cincin-cincin dari jari jemari kirinya.

"ada orang perasan tak?" tanya si sahabat.
"hehe, tak kot," berderai ketawa dua insan. tak sangka, jadi perkara-perkara macam ni di saat-saat begini. sampai bila-bila pun kisah ini akan jadi bahan bualan. tengoklah nanti.
"kus semangat." si sahabat yang menggelabah bukan-bukan dari tadi. si pengantin perempuan rileks je.
"syhh..jangan sampai ada orang lain tau pasal hal ni. rahsia tau..!"


saya --> bakal-bakal pengantin semua, jangan biarkan adegan ni terjadi dalam majlis anda :)

Tuesday, May 19, 2009

~Produktif yang makin menurun

bulan ni agak kurang produktif menulis di sini. banyak perkara yang nak diceritakan sebenarnya. tapi mungkin kerana kurang pandai mencuri ruang masa yang ada. cerita berkaitan majlis perkahwinan chenta hati saya juga masih belum ter'update'. terlalu banyak momen yang boleh diabadikan dalam tempoh 3 hari bersejarah itu. sebelum saya punya masa yang betu-betul berkualiti untuk update entri baru, biar gambar di bawah ni bercerita dahulu.


majlis akad nikah 15 mei 2009




majlis walimah 16 mei 2009




majlis sambut menantu (bertandang) 17 mei 2009


tiba-tiba ada baby yang jadi subjek utama. sebenarnya ain sofia anak kepada sahabat baik kami. pengantin lelaki beria-ia nak ain sofia datang sekali semasa majlis bertandang.ke hulur ke hilir didukung ain sofia. si baby pula, sedap je terlentok duduk atas kedua-dua pengantin.

Monday, May 18, 2009

~Rindu

aduh. rindunya pada blog catatan hati ini. 3 hari bercuti di halaman istimewa di terengganu, buat saya lupa seketika pada luahan di sini. segala rasa rindu & gundah terlerai melihat senyuman bonda yang cukup manis. riang menyambut ketibaan anak serba kekurangan ini.

3 hari juga cukup manis untuk dikenang. lantaran chenta hati saya telah selamat bergelar isteri kepada cintanya. penantian yang sekian lama telah berakhir di hujung lafaz ijab & kabul. alhamdulillah. segala-galanya lancar.
- 15 mei 2009 - jumaat yang meriah di warnai dengan majlis akad nikah.
- 16 mei 2009 - sabtu yang penuh sederhana dengan majlis walimah.
- 17 mei 2009 - ahad penuh gemilang disambut sebagai menantu.

badan masih penat dengan semalaman berada di dalam perut bas. entri akan diupdate seketika nanti.

saya --> masih tersenyum berkongsi bahagia dengan chenta hati.

Wednesday, May 13, 2009

~Jangan malukan diri sendiri...

5 minggu kebelakangan ni, si cilik athirah makin rajin mengaji. dulu, cukup liat kalau diajak mengaji. macam-macam alasannya. mengantuk lah, penat lah, nak buat kerja sekolah lah, nak tengok tv lah. nak mengaji dengan ibu lah sebab dia tau, ibu dia sibuk melayan si kecil amirul. macam-macam. tapi kalau diajak baca buku anakku sayang, buku ejaan, buku cerita fairy tales atau majalah princess, cepat je dia menyahut.

hai, tak boleh jadi ni. saya yang naik geram. mengaji taknak, baca buku lain, nak pulak.
kemudian, saya bertukar jadi makcik yang berperaturan. nak baca buku cerita, boleh. tapi kena mengaji dulu. kalau taknak mengaji, tak boleh baca buku cerita.

athirah jadi memberontak. tak puas hati. kenapa kena mengaji? kenapa tak boleh baca buku cerita je? panjang lebar saya bercerita pada dia. mengaji berkaitan dunia akhirat, tapi baca buku cerita cuma di dunia je. tapi apalah sangat yang boleh difahami kanak-kanak 6 tahun ini kan?
"kak thirah nak masuk syurga tak?"
"nak."
"kalau nak masuk syurga, kak thirah kena mengaji. biar Allah sayang."
"kalau kak thirah baca buku anakku sayang, Allah tak sayang ke?" tanya athirah.
"sayang, tapi sayang sikit sangat-sangat. Allah sayang sikit, ibu
sikit, abah sikit, chik sikit, mak (bibik) pun sikit."
muka dia dah nak merah. kemudian menangis.
"kak thirah nak semua orang sayang kak thirah banyak-banyak," katanya. sayu.
"kalau nak semua orang sayang kak thirah, jadi kak thirah kena..........."
"mengaji!" sahutnya.
dan akhirnya, 'ugutan' saya berhasil. alhamdulillah.

kalau dulu, saya yang kena tanya dia, "nak mengaji ke tak?" tapi sekarang dia pula yang cepat-cepat tanya saya, "boleh mengaji sekarang?" hai, sukanya hati saya. cepat-cepat dia capai qiraati 2, rehal & tudung ekin dia.

tapi dah mengaji, saya pula yang 'terkena'. dalam kelas pra-sekolah, dia dah belajar serba sedikit tentang hukum-hukum tajwid ni. mungkin sebab sekolah swasta, jadi silibusnya lain dari pra-sekolah yang lain.

"chik, alif madah tu yang macam mana?"
"hamzah wasal tu yang macam mana?"
"bila kak thirah nak baca alif madah ni?"
"alif madah tu yang macam mana kak thirah?" soal saya.
"urmm..kak thirah lupa la. tapi ustazah kak thirah penah sebut."
alamak, saya betul-betul lupa apa itu alif madah & hamzah wasal. sungguh. kalau dia tanya pasal ikhfa' hakiki ke, izdhar halqi ke, mad wajib ke, boleh la saya jawab. tapi kalau dah nama-nama hukum macam tu, saya memang surrender. kadang-kadang kita tahu hukum bacaannya macam mana, berapa harkat bacaannya tapi tak tahu nama istilahnya. betul kan?

jadi selepas ni, saya kena study balik semua istilah hukum-hukum tajwid & syarat-syarat bacaannya. nanti tak ada la saya tercengang kalau athirah tanya apa-apa lagi selepas ni.alahai, baru terasa ceteknya vocabulary tajwid saya. dah kena 'sergah' dengan athirah, baru terhegeh-hegeh nak study. jangan la malukan diri sendiri..huhu.

saya --> dah dapat revise balik apa itu alif madah & hamzah wasal. nanti dengan senang hati saya nak bagitahu athirah :)

Tuesday, May 12, 2009

~Mama..happy mother's day =)


Ma,
entah ini kali ke berapa kami anak-anak ma sambut hari ibu. tak silap, kami adik beradik mula memahami erti hari ibu bermula tahun 1999. tika itu, saya & my dear sis di bumi KL. berjalan-jalan menghabiskan masa cuti. kami berjalan-jalan di klcc. semasa melewati satu kedai, kami terpandang sederet hadiah-hadiah pilihan sempena hari ibu. kami beli 3 hadiah yang sama untuk 3 ibu. my dear mom, my dear sis & my sis-in-law. seronok bila lihat anak-anak buah yang teruja nak bagi hadiah kat mak masing-masing. dan pastinya untuk kali pertama, kelihatan ma agak terkejut dengan hadiah itu. walaupun ia hanyalah sebuah frame gambar berharga rm4.90.

selepas itu, hampir saban tahun, hari ibu takkan kami lupakan. dan pastinya dititipkan dengan hadiah-hadiah yang sememangnya tak seberapa. yang seharusnya tak mampu untuk menandingi kasih ma pada kami adik beradik.

ma idola kami. dia wanita hebat & bersemangat kental. senyuman ma sentiasa dapat menjadi penawar berharga tatkala kami memerlukan. semacam ma tidak mengenal erti penat. bagai dirinya punya tenaga super duper extra. berkejar ke sana sini. tapi tak pernah merungut apa-apa. kini, dalam usia 64 tahun, ma masih sama macam dulu. sakit-sakit orang veteran, macam biasa la. pasti ada tapi seboleh-bolehnya dia akan cuba rahsiakan dari pengetahuan anak-anak.

dari kecil hingga besar, kami jarang makan di kedai. boleh dikira dengan jari. sesempit mana pun masa yang ma ada, seboleh-bolehnya dia cuba juga memasak untuk keluarga. kata ma, "ma puas tengok suami & anak-anak makan hasil ma masak." semua ibu macam tu kan?
kami pula, memang apa yang ma masak, selalu je sedap rasa di tekak. walaupun hanya goreng telur mata! hebat kan air tangan seorang ibu?

naluri ma memang sangat-sangat tepat pada masa-masa tertentu. semasa di kuittho a.k.a uthm dulu, saat-saat saya kesempitan wang, mesti dapat dihidu ma.
"duit ada tak lagi?"
"ada."
"berapa?"
"ada la sikit."
"dalam tangan ada berapa ringgit?"
"ada rm10. tapi dalam bank ada lagi."
"dalam bank ada berapa?"
"err..ada rm20." adoi, kantoi :p
hasil dari itu, semasa di umt, saya bersiap sedia dari awal. saya janji untuk tak menyusahkan ma atau ayah. saya kawal perbelanjaan. saya puas hati sebab walau terpaksa mengawal perbelanjaan, saya tak pernah minta duit belanja tambahan walau sesen pun. hanya bergantung kepada pinjaman ptptn semata-mata. dari 6 semester, hanya di semester pertama sahaja saya meminta duit dari ma & ayah. itupun sebab pinjaman belum masuk. tapi dah nama pun ma & ayah kan, dihulurkan juga sekeping dua not berwarna merah. hingga hari ini saya masih menyimpan not tersebut. (haisyh, ni dah kuar topik ni)

ma sentiasa tahu bila ada anak-anak yang cemburu satu sama lain. terutama saya la. selalu je cemburu yang bukan-bukan dengan my dear sis. seboleh mungkin ma akan cuba hilangkan cemburu saya tu. jahat kan saya? tapi ma tak pernah merungut. itu satu lagi kelebihan ma.
ma juga sentiasa dapat mengesan jika saya sedang 'berperang' dengan sebarang masalah. sensor perasaan ma selalunya tepat. tulus soalannya pada saya, "ada apa-apa nak bercerita dekat ma?"
belum sempat bercerita, air mata terlebih dahulu berderai. ish, apa la..

ma garang. tegas dalam mendidik anak-anak jika nak dibandingkan dengan ayah. malahan bukan dengan kami anak-anaknya sahaja, tapi turut kepada anak-anak saudara. tapi garang ma lah yang buat anak-anaknya 'hidup'. segarang-garang ma, ma tak pernah halang minat anak-anak. buat la apa sahaja keputusan, asalkan jangan memakan diri.

ma juga tabah. terutama dalam menjaga anak bongsunya yang serba kekurangan. gelaran o.k.u yang adik sandang, bukan satu bebanan pada ma. malahan, ma jadikan adik sebagai satu kekuatan dalam hidup ma.

bila balik rumah semasa cuti semester, mesti ma sibuk tanya, "nak makan apa?"
anak dia ni apa lagi, sibuk la request itu ini. mee kari, mee rebus, mee goreng basah, ayam masak merah, nasi beriani, nasi dagang. makan sampai bertambah-tambah dua tiga kali. kemudian, mesti ayah bercerita, "ma ni kadang-kadang, sekali sehari pun tak makan nasi. tapi anak-anak ada kat rumah, sampai berpinggan-pinggan nasinya."

bercerita pasal seorang ibu, memang takkan habis 30 hari 30 malam pun. itu ini, begitu begini. sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. saya kena berhenti menulis. mata dah mula berkaca. hampir 2 bulan tak jumpa ma. tak terhitung rasa rindu dengan redup mata tua itu. biarpun setiap malam tidur saya pasti berdodoi dengan suara ma di hujung talian, tapi manakan sama dengan bertentang mata. tunggu, jumaat nanti kita jumpa ye :)

ma,
selamat hari ibu. ma wanita terhebat dalam hidup anak-anak. luv u so much.

saya -->
* memang entri ni agak terlewat. but, better late than never rite?
** semua ibu adalah juara bagi anak masing-masing. jadi tak salah kan saya memuji ma saya? :)

~Mungkinkah tabah..

ada sesuatu yang menjalar di dalam hati tatkala membaca patah-patah perkataan yang dititipkan adinda saya ini. sesuatu yang sukar untuk diungkapkan. antara kebenaran dan hakikat di sebalik ayat tersebut.

- mengapa aku diuji?
- mengapa aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?
- mengapa ujian seberat ini?
- aku rasa kecewa!
- bagaimana harus aku hadapinya?
- apa yang aku dapat dari dugaan ini?
- kepada siapa aku berharap?
- aku tak dapat bertahan lagi!!

setiap kali berhadapan dengan sesuatu yang menggoncang kekuatan diri, saya sentiasa mengharap sentiasa ada embun-embun suci yang menitis di dalam hati. dengan harapan, ia mampu menyejukkan dan meleraikan semua rasa pahit itu.

saya cuba mencipta kelembutan di dasar hati agar bila saya terjatuh, saya tidak terlalu merasa peritnya. semoga kelembutan itu mampu meresap segala rasa sakit yang menghimpit. saya sentiasa berharap agar empangan hati tidak pecah dan mengalirkan sisa-sisanya kepada orang lain. cukup! cukup saya sahaja yang merasa ketidakselesaannya. atau sekurang-kurangnya, coretan di sini mampu buat saya melepaskan rasa.

saya akui, saya bukan penasihat yang bagus. contoh; setiap kali si A bercerita pada saya tentang sakitnya hati dia pada si B (luahan pastinya tanpa pengetahuan si B), lebih banyak situasi di mana saya pasti akan memihak kepada si B. tak ke saya menambahkan lagi sakit hati si A? saya memang begitu. selalunya saya meminta si A meletakkan dirinya di tempat si B. si A harus berfikir sebagai si B.
kenapa si B berkelakuan begitu? kenapa si B tegar menyakiti si A? kenapa si B tidak menjaga hati si A?
mungkin si B ada masalah lain yang membelenggu dirinya. mungkin si B tidak sengaja. mungkin juga si B sedang menghadapi konflik tanpa disedari. sebab saya yakin, tidak ramai manusia yang sanggup menyakiti hati orang sekelilingnya. menyakiti orang lain bermakna kita juga sedang menyakiti hati sendiri.

tapi saya yakin, i'm a good listener. saya boleh mendengar masalah yang sama dari orang sama (atau mungkin orang berlainan) berulang-ulang kali tanpa jemu. kalau dikira, boleh mencecah berpuluh-puluh kali. ceritalah sayang! saya akan dengar. saya akan senyum sehabis daya saya.

semua orang takkan terlepas dari masalah. bagai makanan harian. hakikatnya, definisi tabah tu sebenarnya terlalu luas. ada orang yang keras hati. memendam segalanya berseorangan. ada sebahagian yang melepaskannya pada mutiara jernih di kelopak mata. ada yang melampiaskan segalanya pada coretan bisu. ada pula yang suka bercerita. lihat, banyak caranya bukan? pastinya, kita harus kembali pada hakikat ketuhanan. Dia yang memahami segala-galanya.

kepada dayah,
zahirnya, dayah mungkin lihat akak sebagai tabah. akak cuba melihat diri sebagai orang lain yang mungkin hidupnya jauh lebih daif dari akak. seteruk-teruk akak berhadapan dengan masalah, akak yakin masih ada yang lebih menderita. dan yakin, akak tabah kerana ada orang-orang di sekeliling akak yang tak pernah jemu menyokong akak. yang penting, jangan lari dari masalah.

saya* --> saat-saat begini, diam dan bersendiri untuk seketika adalah ubat terbaik. biasanya orang sekeliling akan tahu, diam saya tanda saya sedang 'merehatkan diri'.
saya
** --> jangan biarkan melankoli berterusan.

Wednesday, May 6, 2009

~Moga ada rezeki

dia sedang berusaha. mendapatkan pekerjaan baru. mungkin yang lebih baik dari yang sedia ada. yang lebih terjamin. untuk dia dan masa depan. serta insan-insan terdekat dengannya.

minggu lepas, dia melangkah lagi ke satu sesi temuduga. ntah lulus entah tidak . dia masih menanti jawapan. dan dia terus berusaha. berharap. moga ada rezeki yang tersimpan buatnya.

memang menyakitkan, jika diberitakan cerita dukacita. sudah tentu tidak menggembirakan. tapi dia tetap tabah. tabah sangat. dia cuma diam. raut wajahnya bagai terlukis, dia menyimpan rasa. tidak terluah. sukar untuk dimengertikan.

moga kali ini dia berjaya. ameen. moga ada titis-titis bahagia buat dia. saya ingin sekali dia peroleh pelangi yang diimpi. pesan saya padanya, rajin-rajinkanlah menghadap Yang Maha Kuasa. jangan henti-henti memohon pada-NYA. Dia Maha Pengasih & Maha Penyayang pada hamba-hamba yang tidak henti mengingati-NYA. sentiasa basahkan diri dengan wudhuk. titipkan bibir dengan zikir yang tak terhenti. janji tuhan, setiap hamba telah ditentukan rezeki masing-masing. terpulang pada usaha & kehendak si hamba.

Tuhan,
makbulkanlah doanya,

perkenankanlah niat sucinya,

bukakanlah peluangnya bagi mengecap nikmat rezeki-Mu,
kupohon.. permudahkanlah segala urusannya,
hanya pada-MU kami berharap,
ameen.
"kalau kita tahu kekuatan sebuah doa, kita takkan pernah berhenti memohon dari-Nya"


saya --> berdoa tiada henti

Tuesday, May 5, 2009

~Award lagi


award istimewa dari pakcik dot. terima kasih banyak-banyak la pakcik.

p/s: pakcik, apsal cantik sangat award ni? buat sendiri ek? buatkan saya satu, boleh..?hehe


saya --> sedang bahagia

Sunday, May 3, 2009

~Terima kasih Kak Chik

selembut angin di tepian sawah,
bagai mekarnya kuntuman bunga,
indah sungguh nilai ukhwah,
moga ikatan hingga ke akhirnya.
pada sesiapa yag mengikuti catatan blog ni, tentu ingat lagi entri mengenai saya yang menjadi pengunjung ke-9999 di blog Kak Chik. boleh rujuk entri itu di SINI. Alhamdulillah, semalam saya selamat menerima satu bungkusan istimewa dari Kak Chik. tersenyum simpul pakcik posmen tu masa nak hulurkan bungkusan pada saya. katanya sesat. sempat pusing 3-4 kali sebelum jumpa rumah yang sepatutnya. saya cuma tersenyum je. sempat di buat bergurau dek pakcik posmen tu, "nasib baik senyum. ilang penat cari rumah."
hehehe..pakcik, pakcik. macam ni le kerjanya posmen. selagi tak jumpa rumah yang dicari, selagi tu la kena berpusing-pusing.


dah dapat bungkusan, apa lagi, mestilah excited kan? apalah agaknya kandungannya kan? dari luaran, memang nampak seperti buku. sama seperti yang diisytiharkan kandungannya di slip poslaju. tapi kalau buku semata-mata, macam tebal sangat. jeng..jeng..jeng..

dengan rasa teruja, saya buka perlahan-lahan. tu dia, novel dari karnadya. hasil bingkisan mimie afinie bertajuk "Kalau Sudah Jodoh". cantik ilustrasi depan novel ni. vespa merah dengan gitar kapok. ada kaitan dengan kisah di dalamnya. hai, dah ada depan mata, memang takleh nak tangguh-tangguh dah. malam tu juga saya berjaya khatamkan isi kandungannya. ada elemen air mata & sebahagiannya dipenuhi elemen komedi. dan pastinya, ada sesuatu di dalam buku ini yang boleh diambil iktibar. tentang kepercayaan, tentang hati, sikap cemburu & sikap kita dalam menjaga hati pasangan.
tapi.. selain novel indah ni, masih ada lagi satu kotak tau :) apa dia ye?
.

.

.


tara.....!
dompet goosi..! mata saya ni tak berkelip tengok dompet goosi ni. cantik bersulamkan warna ungu muda & putih. tak sangka dapat hadiah yang sebegini dari Kak Chik. memang sangat-sangat tak sangka. istimewa. sayang rasanya kalau nak digunakan.

saya capai telefon lalu menekan sat persatu nombor telefon seperti yang tertulis di slip poslaju. lantas ucapan terima kasih ditutur riang kepada si pemberi hadiah. alahai, lembut je suara Kak Chik ni. tak jemu di dengar pun rasanya. hehe. teringin nak bertemu mata dengan tuannya. moga masanya kan tiba suatu hari nanti, Kak Chik kan?


saya --> dalam proses nak baca kali kedua novel Kalau Ada Jodoh ni :)