.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, April 28, 2009

~Pernah tak..??

semalam saya demam lagi. selepas sembuh dari demam dua minggu lepas. ntah apa nak jadi. lepas je mandi masa balik dari kerja, tiba-tiba badan menggeletar. kesejukan. tapi bila rasa kat badan, panas.

lepas makan, terus masuk bilik. berkelubung dalam selimut. sebab memang kesejukan sangat-sangat. bila kena libasan angin kipas, meremang bulu roma. kalau digosok-gosok lengan dengan tapak tangan, rasa macam perit. pedih.

sempat ber'sms' dengan my dear Hamba Allah, tapi still tak cerita apa-apa kat dia. kemudian tertidur.

kemudian, tak tahu la samada mimpi atau sedar atau mungkin separa sedar, saya macam di awang-awangan. terasa macam haus sangat-sangat. bila minum air, tekak rasa tak sedap. terasa macam air tu ada debu hampas daun pandan [kenapa mesti daun pandan ek? kenapa bukan daun lain. ish..ish..]. pahit. kemudian terasa macam almari dalam bilik tu bergoyang-goyang. sikit je lagi nak terbalik ke atas saya. saya istighfar banyak-banyak. mata terpejam, saya terasa macam katil pula yang bergoyang. badan macam terhayun ke kiri kanan.

tak cukup dengan itu, ternampak-nampak di siling bilik, ada batu besar bergolek-golek dari penjuru ke penjuru bilik. dan nak hempap saya yang masa tu macam kecil sangat-sangat saiznya jika nak dibandingkan dengan batu tersebut. dan ada bunga-bunga yang berwarna kelabu (macam gamabr di atas). memang imaginasi yang tak mampu nak diungkapkan.

kemuncaknya, saya bermimpi yang bukan-bukan. tapi macam nyata. macam bukan mimpi. ish, macam mana ye nak cerita. urmm... mimpi saya kena susun blok mainan (macam permainan UNO tu). tapi sampai ke sudah, susunan saya tu tak menepati kehendak (err..tapi tak tahu la kehendak siapa). ada je yang salah. pusing sana, pusing sini, memang tetap tak betul susunannya. mimpi menyusun blok mainan ni bersambung-sambung. sebab saya banyak kali terjaga dari tidur. bila sambung tidur, mimpi tu pun bersambung sama. mimpi ni berlanjutan ke waktu subuh. akhirnya blok tu dapat disusun dengan betul. tapi itupun, dalam kepala saya, susunan tu sebenarnya belum sempurna. dia nampak sempurna sebab saya gunakan tipu muslihat.

paginya, panas badan hilang. tapi badan saya tersangat-sangat la penat. dan masih lagi rasa kesejukan. mulut masih terasa pahit. ikutkan hati memang taknak pergi kerja.

huwaaa..tak tahu nak cerita macam mana. entah berapa kali saya bacakan ayatul kursi di dalam hati. istighfar berulang-ulang kali. dalam keadaan yang 'darurat' ini , hanya itu sahaja mampu saya lakukan. kenapa saya alami semua ni. wallahu a'lam, saya tiada jawapan.

pernah tak sesiapa yang rasa macam ni? benarlah syaitan laknatulLah memang tersangat suka mengganggu anak-anak adam. na'uzubillahi min zaalik.

saya --> bukan nak membuka pekung di dada, cuma nak tau kalau-kalau ada orang lain yang pernah rasa apa yang saya dah alami ni. kenapa ek?

6 comments:

  1. Hariza.. akmar.. nak pangil pe ek? iza leh? hhehe.. sue kalau demam panas time kecik2 dulu salu macam tu, rs kadang2 badan berbelit2, yang paling sue ingat ialah bila kak long sue tengah jahit beg untuk projek ekonomi rumah tangga dia, sue rasa bunyi mesin jahit tu macam jahat sgt, sue jerit suruh kakak sue berhenti menjahit.. rasa mcm tali mesin jahit tu datang belit2 sue n bawak pusing sama2.. waa ngeri, tapi sekarang da xder dah.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. sue..
    a'ah..panggil je iza..senang..
    hehe, ada gak yang rasa camni..igtkan iza je..kdg2 taktau kan nak citer camner..and rasa cam tak selesa sgt2..

    iza pun dah lama tak rasa camni..sama la, masa kecik dulu selalu kena..tp ni tetiba kena lagi..aduii..takmo dah rasa camni..tak best..

    ReplyDelete
  3. iza, yana pun kalu dmam rase gtu..rase ader bende yg besar bergolek2 mcm nk kejar2..huhu mmg rase takut..tiap kali dmm rase gtu dr kecik smpai besar

    ReplyDelete
  4. yana,
    tu la..tp bila benda tu cam bergolek2 nak kejar kita, kita takleh nak lari pun kan..
    ish..ish..ish..

    ReplyDelete
  5. adah tak pahamlah iza.. tido tak bace doa ek?

    ReplyDelete
  6. adah,
    mesti adah tak penah alami benda ni kot.. :)
    masa tido, iza baca je doa..
    tp mybe sebab badan panas,otak jadi macam penat..tu yg imaginasi jd terfikir yg bukan2..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..