.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, April 15, 2009

~Athirah..si cilik sayang

tiada apa yang istimewa sepanjang minggu ini. segalanya berlaku seperti luar biasa. pergi kerja, balik kerja. keluar pukul 7 pagi, balik pukul 6.30 petang. almost 12 hours at office. mengadap laptop. meneliti tiap baris koding. edit sana, edit sini. kemudian larikan run program tu. ada error. edit lagi, tambah itu ini. copy & paste. buang mana-mana yang tidak diperlukan.

balik rumah, malam adalah masa untuk melayan budak-budak. along, angah & najihah dengan kerja sekolahnya. menunduk di meja. khusyuk menyiapkan kerja masing-masing. tapi athirah ~si cilik berumur 6 tahun tu, selalu inginkan perhatian lebih. harus melayan dia mengaji Al-Quran, ajar dia membaca buku Bacalah Anakku dan uji kecekapan dia mengeja beberapa perkataan mudah. peringatan! harus dengan kelembutan & kasih sayang. kalau saya ternaik suara sedikit aje, mulalah dia nak tumpahkan air mata. masa tu, saya pula yang rasa bersalah. dan bertambah lagi satu kerja ~kena pujuk dia.

Opss, sebelum ajar si cilik ini membaca, saya yang harus buat ulangkaji dulu. sebab dia membaca, bukan dengan menyebut 'nama huruf' tetapi dengan 'bunyi huruf'. huruf vokal akan disebut seperti biasa. tapi huruf konsonan juga diberi bunyi. B disebut "beh". C disebut "ceh". D disebut "deh". begitulah juga dengan huruf-huruf seterusnya. aisey, taktau macam mana nak eja sebutannya.

satu ketika, athirah ada ujian ejaan perkataan bahasa melayu & bahasa inggeris di kelas. 4 hari sebelum ujian, gurunya telah memberi 10 perkataan bagi setiap bahasa untuk di ulangkaji. berulang-ulang kali saya sebut perkataan, dia menulis. saya sebut, dia tulis. syukur, dia punya sifat tak kenal erti jemu.
ujian ejaannya selesai, malamnya athirah beritahu saya,
"tadi cikgu bagitau nak bagi hadiah dekat kak thirah. sebab semua ejaan kak thirah betul."

"cikgu dah periksa semua ke ejaan kak thirah tu? memang semua betul?" soal saya.

"tak. cikgu belum check lagi. tapi kak thirah rasa semua betul," dia jawab dengan penuh konfiden tapi malu-malu. hehe, tergelak saya dibuatnya. tingginya harapan dia nak dapat hadiah.
sayang si athirahsatu permintaan athirah yang buat saya serba salah.
dia minta saya berumah tangga bila umur dia 9 tahun.
"nanti chik kawen masa umur kak thirah 9 tahun ek"
sebab katanya, kalau saya kahwin, takde orang nak melayan dia macam sekarang. hampir setiap malam dia akan sebut perkara yang sama. permintaan jujur dari seorang kanak-kanak. sedih pula rasanya. masa saya bertunang dulu pun, dia semacam menjauhkan diri dari saya. muka sugul. sebab dia tahu, bila saya kahwin, bermakna saya akan keluar dari rumah itu. saya cuma mampu senyum & diam. dalam hati, saya menangis. sungguh.



saya --> alahai athirah. berat hati saya nak 'mengingkari' pemintaannya.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..