.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, April 29, 2009

~Angan-angan..moga jadi impian :)

ada seorang adik bertanya, "akak, nape tak wat citer pasal persiapan kahwin kat blog? kawan-kawan blogger akak, ramai je tulis pasal persiapan diaorang.."
aduhai adikku sayang. jadi silent reader ye selama ni? tak pernah pun bagi komen kat entri. eii, tarik telinga ni kang.. :p

sebenarnya, bukan taknak buat. tapi takde perkara pun nak diupdate. latest, hanya buat bakul dari kertas. niatnya nak buat macam nano, untuk letakkan hantaran nanti. uishh, boleh tahan jenuh jugak la duk gulung kertas surat khabar tu. so far, alhamdulillah dah dapat 2 biji bakul. 11 bakul lagi. moga saya mampu istiqamah dalam pembikinan bakul ni. biarpun bakul ni masih ada elemen senget-benget-sana-sini, tapi boleh la kot untuk permulaan. belum varnish lagi. gambar, takde :) sebab tuan blog masih lagi PJJ dengan kamera cabuk tersayang. takde maknanya nak jadi blogger tegar. asyik je pinjam gambar dari en. google.

next, dalam perancangan nak buat bunga dulang. orang lain dah dung-dang-dung-dang buat bunga dip, saya tetap jugak berminat dengan bunga stokin. berjalan-jalan cari idea, akhirnya mata saya memang cukup berminat dengan design di SINI.

tiga gubahan di atas ni cukup menarik perhatian saya. alamak, gambar atas ni siap ada tarikh, tahun 2007. err, belum expired date kan? hehe. tak kira la kalau ada orang nak kata gubahan ni dah out of date, saya tetap juga berminat :) boleh ye macam tu.

ni warna idaman saya. turqoise. tapi stokin yang dah beli sebelum ni warna biru muda. takpelah, boleh wat latihan dulu kot. nanti rasa dah yakin, boleh beli lain. alamak, budget lari lagi ni. warna ungu - inipun cantik. tapi nampak agak ringkas. dawai stokin tu pun nampak macam bukan dawai biasa. ish, dia pakai dawai apa ni ye?
design kat atas ni pun nampak menarik. dari apa yang saya perhatikan, pemilihan warna memang sangat-sangat penting. dan stigma bunga, kalau letak banyak-banyak, baru nampak menyerlah.

saya --> bila nak mula buat nih?? adui..

8 comments:

  1. waa..da nak kawen ke..? tahniah akak

    ReplyDelete
  2. lorr... iza dh nak kawen ker..?? xtau pon..

    ReplyDelete
  3. huhu..akak....sronok dgr wat persiapan kwin..kalu dekat leh gak tlg2 nengok kan..tlg komen ke..hikhikhik....

    ReplyDelete
  4. IZA,
    saya pun sukakan bunga stokin gak..
    xkira la dah out of date pun kann...

    ReplyDelete
  5. hariza..ieja pon wat bunga stokin utk tunang ni.. xkesah la..mg niat hati nak wat bunge dip, tp xreti..bunga stokin pon ok..

    ReplyDelete
  6. zahirah,
    thanx dik.. :)

    lemonade,
    hehe..
    ada ticker kat bawah sana.. lambat lagi.. sebab tu macam tak ribut sgt nak wat persediaan..

    ReplyDelete
  7. ninie,
    hahah..akak baru je nak 'meniarap' ni dlm wat persiapan..
    mcm takde perasaan lak.. :p

    p/s: u'll surprise with what u'll hear..dlm masa terdekat ni..tungguuuu..huhu, akak baru je tau..

    ReplyDelete
  8. lyd,
    hehe..
    kan..kan..?
    tak out of date pun kan?
    :p


    ieja,
    klu nak wat bunga dip, kena berguru dgn aziyana..takpun dgn honey..
    kalau dah belaja, mybe dtg minatnya kot..mesti pandai punya.. :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..