.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, April 29, 2009

~Angan-angan..moga jadi impian :)

ada seorang adik bertanya, "akak, nape tak wat citer pasal persiapan kahwin kat blog? kawan-kawan blogger akak, ramai je tulis pasal persiapan diaorang.."
aduhai adikku sayang. jadi silent reader ye selama ni? tak pernah pun bagi komen kat entri. eii, tarik telinga ni kang.. :p

sebenarnya, bukan taknak buat. tapi takde perkara pun nak diupdate. latest, hanya buat bakul dari kertas. niatnya nak buat macam nano, untuk letakkan hantaran nanti. uishh, boleh tahan jenuh jugak la duk gulung kertas surat khabar tu. so far, alhamdulillah dah dapat 2 biji bakul. 11 bakul lagi. moga saya mampu istiqamah dalam pembikinan bakul ni. biarpun bakul ni masih ada elemen senget-benget-sana-sini, tapi boleh la kot untuk permulaan. belum varnish lagi. gambar, takde :) sebab tuan blog masih lagi PJJ dengan kamera cabuk tersayang. takde maknanya nak jadi blogger tegar. asyik je pinjam gambar dari en. google.

next, dalam perancangan nak buat bunga dulang. orang lain dah dung-dang-dung-dang buat bunga dip, saya tetap jugak berminat dengan bunga stokin. berjalan-jalan cari idea, akhirnya mata saya memang cukup berminat dengan design di SINI.

tiga gubahan di atas ni cukup menarik perhatian saya. alamak, gambar atas ni siap ada tarikh, tahun 2007. err, belum expired date kan? hehe. tak kira la kalau ada orang nak kata gubahan ni dah out of date, saya tetap juga berminat :) boleh ye macam tu.

ni warna idaman saya. turqoise. tapi stokin yang dah beli sebelum ni warna biru muda. takpelah, boleh wat latihan dulu kot. nanti rasa dah yakin, boleh beli lain. alamak, budget lari lagi ni. warna ungu - inipun cantik. tapi nampak agak ringkas. dawai stokin tu pun nampak macam bukan dawai biasa. ish, dia pakai dawai apa ni ye?
design kat atas ni pun nampak menarik. dari apa yang saya perhatikan, pemilihan warna memang sangat-sangat penting. dan stigma bunga, kalau letak banyak-banyak, baru nampak menyerlah.

saya --> bila nak mula buat nih?? adui..

Tuesday, April 28, 2009

~Misi ke pesta buku..berjaya!

alhamdulillah, akhirnya rancangan nak ke pesta buku di pwtc berjaya juga. sebulan merancang hasil komplot dgn ucu. dan kami dapat juga berjumpa setelah hampir dua tahun tak bersua muka.

saya sampai di pwtc pukul 11 pagi. berseorangan. ucu & teman ke jalan TAR dulu, cari bunga telur. pwtc masa tu dah penuh sesak di dalamnya. gerai pertama yang saya kunjungi, pts publication. diskaun 20%, 25% dan 30%. tapi yang diskaun banyak-banyak tu untuk budak-budak sekolah aje la. saya ni memang dah takde rupa. hehe.

masa datang ke pesta buku ni, dalam kepala memang takde perancangan nak beli buku apa. itu yang melilau je. tengok mana yang best. dan akhirnya terpaut hati pada buku tulisan Dato` Dr Fadzilah Kamsah. lupa apa tajuknya. tapi berkaitan dengan kebahagiaan rumah tangga. sinopsis buku menyatakan buku tersebut sesuai untuk bakal-bakal pengantin, pengantin baru ataupun pasangan yang sudah lama berkahwin. saya dah baca hampir separuh. memang banyak membantu. buku ini lebih kepada komunikasi sesama pasangan. apa yang boleh diucapkan, apa yang tak sesuai diucapkan pada pasangan. iye, selama ni saya banyak gunakan komunikasi yang salah dengan my dear Hamba Allah. saya baru tersedar. tak tahu la my dear Hamba Allah tu dah kenyang banyak mana dah sebab asyik je nak makan hati dengan kerenah saya ni. saya beli 2 buah buku yang sama. satu untuk dibaca, dan satu lagi khas untuk kawan saya yang melangsungkan perkahwinan sebulan yang lepas.

sempat di gerai yang sama, saya belikan buku yang mengandungi doa-doa untuk dimurahkan rezeki. kecil molek je bukunya. sebesar tapak tangan. dan satu lagi buku bertajuk "hati bahagia". lupa penulisnya siapa.

selesai di pts publication, saya ke gerai alaf 21. haa, tu dia. bersesak-sesak pengunjung di situ. tak nampak buku. cuma nampak kepala orang je. dalam hati, kalau terlepas pandang, memang mudah je sesiapa nak bawa lari buku tanpa bayar. hehe, tapi takkan la kot kan?

di alaf 21, mula-mula sekali saya memang akan intai buku tulisan dr hm tuah terlebih dahulu. ada rupanya buku baru. "buat betul-betul". tak rugi baca buku tulisan dr hm tuah ni. memang banyak benda kita boleh dapat. harga pun ok, cuma RM10. sempat saya capai 3 novel. hehe, itupun lupa tajuk apa. sebab perhatian saya lebih kepada buku "buat betul-betul" tu. tapi serius, memang sangat rambang mata tengok buku-buku yang tersusun di situ. tak lupa, saya belikan buku "cara ikatan tudung" untuk my dear sis. dah lama sangat dia cari buku tu, cuma tak berkesempatan nak beli.

tak lupa, saya jumpa buku cara-cara membuat bunga dulang & bunga pahar dari stokin dan dip. saya belek-belek, cari idea. dah nampak kot nak wat bentuk macam mana. nanti misi nak melaksanakan akan dibuat secepat mungkin. pastu nampak buku-buku masakan. koleksi puding, koleksi masakan tauhu, koleksi masakan pantai timur & macam-macam lagi. wah, banyaknya. huhu, tapi belinya tidak. tetiba hari ni rasa macam menyesal pulak tak beli masa tengah ada promosi ni :( then my dear Hamba Allah sampai. terus je dia ajak pegi minum.

dan..yey, yey..! akhirnya saya dapat aiskrim saya. dekat 3 minggu saya kempunan. 10 minit duduk minum, ucu sampai dengan teman dia. huhu, ciknoor..saya tak keluar berdua je dengan dia. maka bermulalah sesi gosip menggosip bila dah jumpa dengan ucu ni. dah tak nampak dah sape yang ada masa tu. 2 tahun tak jumpa, kalau boleh macam-macam nak bercerita even dah tiap-tiap hari duk ym. selesai makan & solat di the mall, kami balik semula ke pwtc. mulakan misi ke dua. ish, memang banyak misi.

misi kedua, saya nak carikan buku-buku latihan untuk anak-anak buah. tapi buku latihan yang berpandukan silibus singapura. pusing punya pusing, tapi tak jumpa pun. huhu. penat ada la. alih-alih beli buku latihan biasa je. 4 buah buku latihan setiap seorang untuk along, angah & najihah. si cilik athirah, saya belikan buku asas bacaan beserta latihan. dan si kecil amirul saya belikan buku mewarna. tapi tiba-tiba teringat pula kat anak-anak buah di terengganu. lepas bayar buku athirah & amirul, saya capai lagi buku yang sama untuk anis & nadhiah. tapi kalau dah belikan buku untuk anis & nadhiah, saya kena la belikan buku juga untuk adinda saya. haisyhh, habis semua orang saya nak belikan buku. my dear Hamba Allah dah geleng-geleng kepala. nampak sangat kekalutan saya masa tu. nak wat cam mana, anak buah ada 9 orang. 10 termasuk adinda kesayangan saya. dan seboleh-bolehnya saya nak sangat berlaku adil.

menyinggah sekejap di al-hidayah publication. niatnya nak mencari Al-Quran terjemahan untuk dijadikan hantaran dari pihak saya kepada pihak my dear Hamba Allah. saya cukup berkenan dengan satu Al-Quran terjemahan tu. sebabnya disertakan sekali dengan tanda-tanda tajwid di setiap ayat. ada ditandakan mana idgham-nya, ikhfak-nya, dengung-nya dan segala-gala benda yang berkaitan. dijilid dengan kulit yang cantik sangat. warna maroon dan ada garisan emas di tepinya. harga pun dah tentu la, sangat-sangat la comel. tapi my dear Hamba Allah kata jangan beli dulu. katanya dia pernah jumpa terjemahan yang harga lagi ok dari tu. so, tak jadi la beli.

pusing-pusing lagi. nampak la buku "bercinta sampai ke syurga". susulan dari buku "aku terima nikahnya" tulisan ustaz hasrizal. tapi tak beli pun. nanti la. akan dibeli kemudian :)

sampai rumah pukul 6 petang.
penat~

saya --> ucu, tengkiu drop aku kat kota raya tu. sempat je ye kena sedas dua 'tembakan' masa dalam kereta tu. hehe. apapun, aku hepi sangat-sangat dapat jumpa ko & teman. termakbul sudah impian & angan-angan kita. walaupun bukan dalam bulan ramadhan~

~Pernah tak..??

semalam saya demam lagi. selepas sembuh dari demam dua minggu lepas. ntah apa nak jadi. lepas je mandi masa balik dari kerja, tiba-tiba badan menggeletar. kesejukan. tapi bila rasa kat badan, panas.

lepas makan, terus masuk bilik. berkelubung dalam selimut. sebab memang kesejukan sangat-sangat. bila kena libasan angin kipas, meremang bulu roma. kalau digosok-gosok lengan dengan tapak tangan, rasa macam perit. pedih.

sempat ber'sms' dengan my dear Hamba Allah, tapi still tak cerita apa-apa kat dia. kemudian tertidur.

kemudian, tak tahu la samada mimpi atau sedar atau mungkin separa sedar, saya macam di awang-awangan. terasa macam haus sangat-sangat. bila minum air, tekak rasa tak sedap. terasa macam air tu ada debu hampas daun pandan [kenapa mesti daun pandan ek? kenapa bukan daun lain. ish..ish..]. pahit. kemudian terasa macam almari dalam bilik tu bergoyang-goyang. sikit je lagi nak terbalik ke atas saya. saya istighfar banyak-banyak. mata terpejam, saya terasa macam katil pula yang bergoyang. badan macam terhayun ke kiri kanan.

tak cukup dengan itu, ternampak-nampak di siling bilik, ada batu besar bergolek-golek dari penjuru ke penjuru bilik. dan nak hempap saya yang masa tu macam kecil sangat-sangat saiznya jika nak dibandingkan dengan batu tersebut. dan ada bunga-bunga yang berwarna kelabu (macam gamabr di atas). memang imaginasi yang tak mampu nak diungkapkan.

kemuncaknya, saya bermimpi yang bukan-bukan. tapi macam nyata. macam bukan mimpi. ish, macam mana ye nak cerita. urmm... mimpi saya kena susun blok mainan (macam permainan UNO tu). tapi sampai ke sudah, susunan saya tu tak menepati kehendak (err..tapi tak tahu la kehendak siapa). ada je yang salah. pusing sana, pusing sini, memang tetap tak betul susunannya. mimpi menyusun blok mainan ni bersambung-sambung. sebab saya banyak kali terjaga dari tidur. bila sambung tidur, mimpi tu pun bersambung sama. mimpi ni berlanjutan ke waktu subuh. akhirnya blok tu dapat disusun dengan betul. tapi itupun, dalam kepala saya, susunan tu sebenarnya belum sempurna. dia nampak sempurna sebab saya gunakan tipu muslihat.

paginya, panas badan hilang. tapi badan saya tersangat-sangat la penat. dan masih lagi rasa kesejukan. mulut masih terasa pahit. ikutkan hati memang taknak pergi kerja.

huwaaa..tak tahu nak cerita macam mana. entah berapa kali saya bacakan ayatul kursi di dalam hati. istighfar berulang-ulang kali. dalam keadaan yang 'darurat' ini , hanya itu sahaja mampu saya lakukan. kenapa saya alami semua ni. wallahu a'lam, saya tiada jawapan.

pernah tak sesiapa yang rasa macam ni? benarlah syaitan laknatulLah memang tersangat suka mengganggu anak-anak adam. na'uzubillahi min zaalik.

saya --> bukan nak membuka pekung di dada, cuma nak tau kalau-kalau ada orang lain yang pernah rasa apa yang saya dah alami ni. kenapa ek?

Monday, April 27, 2009

~Kalau rasa...

Kalau rasa sedih,
pandanglah langit..
ingatlah Allah masih ada.

kalau rasa resah,
renunglah ke dasar hati..
yakinlah Allah mencipta hati.

kalau rasa putus asa,
lihatlah sungai yang mengalir deras..
walau dihalang bebatu keras.

kalau rasa kecewa,
lihatlah hakikat alam semesta..
percayalah Allah Maha Berkuasa.

kalau rasa tersisih,
lihatlah purnama di malam sepi..
yakinlah Allah takkan biarkan kita sendirian.

dan...
kalau segalanya tidak pasti,
serahkan pada Yang Mengetahui yang tersirat & tersurat..
sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui.

saya --> mencari semangat untuk update blog. masih mencari ;)

Thursday, April 23, 2009

~Orang berbudi, kita berbahasa..

orang berbudi kita berbahasa
orang
memberi kita merasa
adat berblog, sambil menulis sebenarnya kita juga mendapat kawan secara tidak langsung. walaupun cuma perkenalan maya, namun kesannya, mungkin melebihi perkenalan di depan mata. dan adakalanya lebih terasa keikhlasannya. kesibukan dengan urusan harian bukannya penghalang untuk saling bertukar cerita, ziarah menziarahi blog, saling menegur & kadangkala menjadi medan kaunseling ~tanpa sedar.

terima kasih daun keladi buat award-award yang diberikan pada saya ini. dengan bangganya saya tampal semua award ini. maaf la ye kalau terlambat tampal. ada je tersimpan. baru nak publish. terima kasih pada ADAH, AZIYANA, KAK CHIK atas pemberian ni.


award dari ADAH

award dari AZIYANA

award dari KAK CHIK


dan
giliran saya pula memberi award pada kawan-kawan.
cuma award yang simple,
tapi penuh makna tersirat.
.
.
.

klik untuk paparan lebih besar

sudilah pada kawan-kawan yang ada untuk menerima award yang tak seberapa ini.
special to..
Kak Chik, Adah, Aziyana, kak izra syg, ninie, faiz faiza, bell, pakcik dot, zahirah,
pie, ilyana, nissak, lydia.

pada bakal-bakal pengantin..
nano, fahsya, dayu, wan sajidah, zila, dhila, hani alfaizi, dan pada sesiapa yang blog dia tersenarai di sebelah kiri blog saya ni.
even saya cuma jadi silent readers, tapi saya selalu lawat blog bakal-bakal pengantin ni. seronok baca persiapan masing-masing. cuma kat blog ni je, ada unsur-unsur m.o.g.o.k sikit nak bercerita, hehe.

tak lupa buat..
zara, lemonade.
terima kasih banyak-banyak.

saya --> terfikir, ada ke silent readers bertandang di sini? kalau ada, selamat datang. terima kasih sudi jenguk ke sini :)

Wednesday, April 22, 2009

~Kita ibarat pinggan




Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..



Begitulah jua halnya dgn Allah Taala. Jika Kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita. Iaitu syurga.
Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah tiada nilai lagi...

saya --> semoga dapat tergolong dalam individu yang pertama

~Kak Chik..agaknya iza ni pengunjung ke 9999 tak?

seminggu lepas, mata saya tertancap pada bahagian atas blog KakChik. saya cuma tersenyum. bukan apa, saya memang suka melihat susunan nombor 9999 yang tertulis di situ. cantik je.
ADAKAH ANDA PENGUNJUNG KE 9999?
SILA HUBUNGI KAKCHIK SEGERA DENGAN BUKTINYA.

hanniaziz@yahoo.com

biasanya pagi-pagi lagi saya memang suka masuk rumah Kak Chik ni. bukan apa, selalunya ada je Kak Chik postkan entri makan-makan :)
gambar-gambar dia pula memang la boleh buat sape-sape pun rasa terliur dan lapar tiba-tiba. tambah-tambah rumah Kak Chik ni memang ramai je tetamu. meriah!

tapi hari ni memang berdebar-debar sebab masa masuk tadi, saya pengunjung ke 9990. tak lama lepas tu, saya masuk lagi sekali. yes!! 9999. memula ingatkan silap tengok. sekali betul :) punya la happy.

.
.
.

kita close up sikit

saya --> laju je tangan emel kat Kak Chik. heheh.

Tuesday, April 21, 2009

~Blog macam tongkang pecah





saya dalam proses nak menghias rumah dengan warna baru. sekadar ingin mencari sedikit kelainan. jadi keadaan di sini agak seperti tongkang pecah.





saya --> masih mencari tema yang sedap mata memandang

~if i...




if i could say yes to your request.
if i could grant your wish.

i will.

because i don't want to hurt u.




saya --> mencuba

Monday, April 20, 2009

~Start the day

menulis itu membebaskan.
gembira, suka, duka, tangis & tawa. semua itu dihujung jari saat kita menulis.
terserah pada hati & jiwa kita untuk mencorakkan rasa.


when u smile, everyone smile with you..
sometimes,even big difficulties look small,
always keep your face smiling...


saya --> try to smile :)

Sunday, April 19, 2009

~Rindu Home sweet Home

*entry perasaan*

termasuk minggu ini, dah 3 minggu saya impian saya nak balik ke terengganu tertangguh. minggu depan pun sama. pun, ada halangan untuk jejak kaki ke bumi darul iman.
menjadikannya 4 bulan. rasanya dah tak tertahan rasa rindu kat my dear mom & dad.

semalam, ujian MEdSI bagi permohonan mengikuti DPLI. cuma bertahan 35 minit di dalam dewan, saya bergegas keluar. soalan-soalan yang dikategorikan sebagai soalan sahsiah itu buat saya teringat pada my dear mom & dad.
- saya tidak pernah sesekali menipu ibu dan ayah saya (ya atau tidak)
- saya tidak pernah membangkang kata ibu dan ayah (ya atau tidak)
saya rindu! keluar dari dewan smk wangsa melawati, terus tangan mendail nombor telefon my dear mom. berkali-kali saya katakan ralat sebab asyik bertangguh nak balik terengganu. asyik sahaja ada musyaqqoh yang tak dapat dielakkan. dan suara seorang ibu, sebaik yang mungkin cuba memujuk. lembut tertebar ke dasar hati. bagai memujuk si cilik lagaknya.
"dah tiap-tiap hari dengar suara ma. dah ok la tu kalau tak balik pun. selesaikan dulu apa yang perlu."

astaghfirullah..saya tak tahu kenapa asyik sensitif akhir-akhir ini. saya seolah dengan rela hati menumpahkan air mata. cukup murah. akhirnya saya membulatkan hati untuk balik pada 1 mei nanti. walaupun pada 15 mei, saya akan balik meraikan hari bahagia my dear chenta hati. biarlah, walau cuma berselang dua minggu tarikhnya, saya tetap bertekad ingin balik. saya tahu, bukan saya sahaja yang merindu, tapi begitu juga dengan my dear mom. terkadang, saat berbual, suaranya pasti bergetar menahan tangis. tapi digagahkan jua si mata tua itu.

~ dan hari ini, satu undangan pada 2 mei buat saya tergugat hati. jika balik ke terengganu, bermakna saya seolah menolak pelawaan istimewa itu. dan pastinya bakal mencetus sebuah "drama luka". jika menerima undangan tersebut, maka saya terpaksa memanjangkan lagi episod rindu saya. buntu.


saya --> sukarnya membuat pilihan & membuat keputusan

~Tag by Ninie

saya dapat tag lagi dari ninie. bertuah punya budak. alih-alih, nama saya juga yang dia pilih. hehe. tapi sayang punya sayang, saya dah penah jawab tag yang sama sebelum ni. dan saya persembahkan di SINI.

ada 2 soalan yang berlainan jawapan. demi ninie, akak sanggup jawab tau..! :p

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
- jumaat, majalah mingguan wanita

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli
- "Zikir Rindu" karya azizi abdullah. belum habis baca lagi.


saya --> ninie, sekian terima kasih :)

Friday, April 17, 2009

~Mood naik turun

seminggu dua ini, agak kurang bersemangat nak menulis. mungkin kekurangan idea ~pastinya sebab kurang membaca. atau mungkin juga kerana mim alif lam sin. atau juga mungkin kesihatan akhir-akhir ni turun taraf sikit. asyik je nak lemah-lemah badan. umur baru setahun melebihi suku abad, dah nak sakit-sakit. ish, apa nak jadi ni?

selesai urusan di satu tempat, saya menuju ke klinik. untuk kesekian kalinya, saya memecahkan rekod pegi klinik. ish, ish, ish, memang cukup bertuah demam saya kali ni.

dr : tekanan darah awak rendah ni. nanti saya bagi ubat tambah darah kat awak
me : eh, saya demam je doktor.
dr : iye, tapi awak kurang darah ni.
me : tapak tangan saya merah je. orang kata kalau merah, darah ok kan? (bertanya dengan muka poyo)
dr : cuba tengok tapak tangan saya. (sambil menyuakan tangan dia pada saya)
me : [terdiam] (dalam hati --> a'ah, pink kemerahan. jauh beza dengan tapak tangan saya)

banyak lagi doktor membebel bercakap & memberi nasihat, tapi saya dah tak larat nak dengar. kepala dah pusing-pusing planet masa tu. cuma angguk. konon-kononnya faham. saya memang dah sedia maklum, tekanan darah saya memang rendah. hampir kesemua keluarga saya punya sejarah ini. jadi dah tak hairan sangat bila doktor beritahu macam tu.


saya --> selamba hari ini datang kerja berlenggang kangkung. tak bawa ubat pun.

Wednesday, April 15, 2009

~Athirah..si cilik sayang

tiada apa yang istimewa sepanjang minggu ini. segalanya berlaku seperti luar biasa. pergi kerja, balik kerja. keluar pukul 7 pagi, balik pukul 6.30 petang. almost 12 hours at office. mengadap laptop. meneliti tiap baris koding. edit sana, edit sini. kemudian larikan run program tu. ada error. edit lagi, tambah itu ini. copy & paste. buang mana-mana yang tidak diperlukan.

balik rumah, malam adalah masa untuk melayan budak-budak. along, angah & najihah dengan kerja sekolahnya. menunduk di meja. khusyuk menyiapkan kerja masing-masing. tapi athirah ~si cilik berumur 6 tahun tu, selalu inginkan perhatian lebih. harus melayan dia mengaji Al-Quran, ajar dia membaca buku Bacalah Anakku dan uji kecekapan dia mengeja beberapa perkataan mudah. peringatan! harus dengan kelembutan & kasih sayang. kalau saya ternaik suara sedikit aje, mulalah dia nak tumpahkan air mata. masa tu, saya pula yang rasa bersalah. dan bertambah lagi satu kerja ~kena pujuk dia.

Opss, sebelum ajar si cilik ini membaca, saya yang harus buat ulangkaji dulu. sebab dia membaca, bukan dengan menyebut 'nama huruf' tetapi dengan 'bunyi huruf'. huruf vokal akan disebut seperti biasa. tapi huruf konsonan juga diberi bunyi. B disebut "beh". C disebut "ceh". D disebut "deh". begitulah juga dengan huruf-huruf seterusnya. aisey, taktau macam mana nak eja sebutannya.

satu ketika, athirah ada ujian ejaan perkataan bahasa melayu & bahasa inggeris di kelas. 4 hari sebelum ujian, gurunya telah memberi 10 perkataan bagi setiap bahasa untuk di ulangkaji. berulang-ulang kali saya sebut perkataan, dia menulis. saya sebut, dia tulis. syukur, dia punya sifat tak kenal erti jemu.
ujian ejaannya selesai, malamnya athirah beritahu saya,
"tadi cikgu bagitau nak bagi hadiah dekat kak thirah. sebab semua ejaan kak thirah betul."

"cikgu dah periksa semua ke ejaan kak thirah tu? memang semua betul?" soal saya.

"tak. cikgu belum check lagi. tapi kak thirah rasa semua betul," dia jawab dengan penuh konfiden tapi malu-malu. hehe, tergelak saya dibuatnya. tingginya harapan dia nak dapat hadiah.
sayang si athirahsatu permintaan athirah yang buat saya serba salah.
dia minta saya berumah tangga bila umur dia 9 tahun.
"nanti chik kawen masa umur kak thirah 9 tahun ek"
sebab katanya, kalau saya kahwin, takde orang nak melayan dia macam sekarang. hampir setiap malam dia akan sebut perkara yang sama. permintaan jujur dari seorang kanak-kanak. sedih pula rasanya. masa saya bertunang dulu pun, dia semacam menjauhkan diri dari saya. muka sugul. sebab dia tahu, bila saya kahwin, bermakna saya akan keluar dari rumah itu. saya cuma mampu senyum & diam. dalam hati, saya menangis. sungguh.



saya --> alahai athirah. berat hati saya nak 'mengingkari' pemintaannya.

Tuesday, April 14, 2009

~KakChik

saya dapat award dari Kak Chik. terima kasih :)

klik gambar untuk paparan lebih besar

semalam, 13 April 2009, ulang tahun kelahiran Kak Chik. ke berapa? umur bukanlah satu kepentingan. meningkatnya umur, maka bertambah lagi tanggungjawab kita sebagai hamba. Kak Chik ni kenalan maya saya. sama-sama berblog. tapi, apa yang ingin ditekankan disini, ukhwah dalam blog ni sama indahnya dengan ukhwah secara nyata. tersangat banyak perkara saya peroleh selama aktif dalam dunia blogging ni. ternyata, kita harus bersyukur dengan sikap persahabatan yang ada.

seperti sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
" Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain"
'ala kulli hal, terima kasih buat Kak Chik atas award ini. moga besday woman ini berbahagia selalu.


saya --> masih mencari

~Kelip-kelip kusangka api

~* ________________________________________________*~
Kelip-kelip ku sangka api..

Kalau api mana obornya..
Hilang ghaib di sangka mati..
Kalau mati mana kuburnya.

________________________________________________
~* *~


saya --> sedang dalam mood mencari

Monday, April 13, 2009

~Tag dari Pakcik Dot

pakcikdot ni macam tahu-tahu saya terkena 'monday sickness' hari ni. terus saya diberinya tag. sebelum tu, kena minta maaf dengan bos. banyak curi tulang hari ni.

arahan tag berbunyi begini :
(Upload picture yang anda gemari dan jawab soalan dibawah)

Kenapa anda suke gambar ini?
kenapa saya suka rumah saya? kenapa saya suka kucing saya? err..ok. menjawab soalan ~saya suka gambar ni sebab ini gambar paling unik yang ada dlm simpanan saya. abstrak. ada maksud terselindung. a picture can desribe 1000 things.
sebenarnya tangan nak membentuk bentuk hati. tapi mungkin tangan saya ni kurang kretif. maka itulah bentuk yang terjadi. bila sesekali tengok, macam labah-labah pula jadinya.

Bila kali terakhir mkn pizza?
dah lama deria rasa saya tak menjamah pizza. terakhir, tahun lepas. iye, tahun lepas di mid valley. 11 ogos 2008. siap ingat tarikh, sebab saya cuma makan, orang lain yang bayar. hmm, kalau dapat makan pizza sekarang ni, sedap juga ye..

Lagu terakhir yg anda dengar?
permaisuriku - jay jay ~so sweet lagu ni.

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
mengadap / tenung / tengok koding ABAP.

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
baby. hehehehehehe. ok berhenti la berangan. saya suka semua panggilan yang diberikan selagi tak menyinggung perasaan saya.

Tag lagi 5 org -->soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1) ninie
2) norhasfarine
3) lalink
4) niniefarine
5) ninie

no 1 pada anda?
dia adik saya di UMT dulu ~ninie, am i ur sister? :p

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
kami pernah sama-sama berkongsi suka duka di UMT dulu. dengan seorang lagi budak kenit ~rajihah a.k.a gee.

Kata sesuatu berkenaan no 5:
kami sama-sama boleh habiskan makanan yang orang lain tak habis makan. tanpa segan silu. dengan rasa senang hati. tanpa paksaan. membazir tu kan amalan syaitan.

Bagaimana dgn org no 4?
dia "peti simpanan" saya. segala rahsia saya dalam tangan dia. dan rahsia dia dalam tangan saya. ~ninie,kita simpan rahsia sampai bila-bila ye.

Siapa org no 2?

dia orang paling bertuah sebab dapat tag ni dari saya. NINIE, akak nak ragging ninie hari ini. sila jawab tag ini. cayang sama kamu.

~Monday sickness

ish, ada ke 'monday sickness'?? hehe. tapi hari ni memang la tersangat-sangat sangatlah mim alif lam sin. masih tercari-cari rentak nak merajinkan diri dengan kerja yang tak pernah habis kat opis ni.
pagi-pagi ni dah lapar perut walau dah alas dengan sandwich sebelum pergi keje. mula la terbayang-bayang nak makan itu ini. lama tak merasa kek di secret recipe. indulgence. yum..yum!

kalau tak dapat secret recipe, dapat pekena sekeping dua donut dari dunkin' donuts pun ok jugak kan.

aiskrim cornetto pun still tak dapat lagi. hmm, nampaknya ada lagi la rajuk yang belum terpujuk.

** dah..dah. dia mula la tu nak melalut-lalut. full stop **

~DPLI MEdSI

*iklan*

Pemohon yang telah memohon Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2009 boleh menyemak status permohonan dan tempat Ujian MEdSI di Laman Web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

sila klik --> SINI (http://www.mpm.edu.my/medsireg/index.php)

* Sila cetak Tiket Panggilan Ujian dan bawa bersama pada hari Ujian MEdSI 18 April 2009 (Sabtu) Jam 9.00 Pagi.

Thursday, April 9, 2009

~Kabinet baru

senarai penuh kabinet baru bawah kepimpinan perdana menteri baru dah keluar. boleh klik SINI. hmm, macam caca marba pun ada. hope slogan 1 Malaysia tu bukan sekadar pada nama.


* lebih suka bertindak tak memihak pada mana-mana pihak. dunia politik memang memeningkan kepala.

Wednesday, April 8, 2009

~Penat aih merajuk

blog dah berhabuk semacam je. nak update cerita masa pegi pendang,kedah hujung minggu lepas. tapi gambar pulak takde. berkarung-karung ambil gambar masa menginap di 'pendang lake resort' & majlis bertandang nadia+fikri. sangat cantik tempat tu walaupun cuma dikelilingi tali air & tasik yang sangat luas. malangnya, my dear sis dah buat kamera chubby cabuk saya tu jadi harta karun dia. nak mintak, tak sampai hati. tak sempat nak kidnap dulu gambar dalam memory card sebelum dibawa lari ke muar. cari kamera baru je la pasni *berangan*. hehe.

semalam. mood hilang. entah terbang ke mana. biar tercari-cari, tapi tetap tak jumpa. lost. blur. kosong.

mulut pun dah muncung semacam je ni. owh, waktu menstruasi, memang keadaan agak gawat. harap maklum. dalam kepala, cuma terbayang aiskrim cornetto yang dah berzaman tak makan. ye, pada sesiapa yang berkenaan, sila tunaikan denda sebab dah buat saya nampak muka 10 tahun lebih tua dari umur sebenar. saya tunggu. saya nak yang sebijik macam gambar kat sebelah ni. jangan buat-buat tak tahu ye.

p/s : tengah survey tempat nak ambil kursus kahwin di sekitar KL & kota damansara. kalau boleh, tempat yang penceramah dia best sikit. huhu, demandnya. ada apa-apa cadangan?

Friday, April 3, 2009

~Kotak kosong tapi 'BERISI'

**di copy paste dari emel **

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas pembalut hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ye.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti la sayang.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa kacau ayah…awal lagi ni ayah nak bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sangat ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu simpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi ye!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup demikianlah kehidupan kita Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”
(Al-Ankabut : 6)