.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, March 20, 2009

~Nak marah..marah la..takpe, saya terima seadanya..

kenapa awak nak marah saya? sebab awak gaduh a.k.a tak sebulu dengan dia, makanya dengan saya ni sekali awak nak marah? maknanya bila awak marah dia, saya ni pun dah bukan kawan awak? awak cuma marah dia, takkan saya yang baik dengan dia pun terpaksa buat-buat tak baik jugak dengan dia?

saya kawan awak. dan saya juga kawan dia. saya nak kawan dengan dua-dua. takkan saya kena buat pilihan? samada nak kawan dengan awak atau dia? bila saya baik dengan dia, awak dah muncung-muncung. buat-buat muka tak suka. lepas tu bermasam muka. saya nak baik-baik dengan dia pun, macam nak kena cover. penat la macam ni. sampaikan masa tu, nak jumpa dia pun, saya kena sorok-sorok. sebab nak jaga hati awak.

saya dah taktau macam mana nak baikkan awak berdua. dia kata dia ok je nak berbaik dengan awak. tapi awak buat keras hati. awak kata, awak nak dendam sampai bila-bila. dia dah minta maaf, awak kata dia tipu. macam mana ni?

atau saya ke yang pilih kasih? melebihkan dia lebih dari awak? kalau awak nak tahu, dia tak penah kata yang bukan-bukan kat awak. sungguh. saya tak tipu. malahan, dia banyak kali pesan kat saya, tolong ambil berat pasal awak. tolong jaga awak. saya tahu, dia pernah buat awak sakit hati. memang silap dia masa tu. saya pun tak setuju dengan cara dia masa tu. cuma pada saya, kalau masa tu dia tak buat macam tu, awak akan rasa lebih sakit hati sekarang ni. saya rasa, bukan dia seorang je pernah buat macam tu kat awak. ada lagi kan orang lagi yang buat sama macam dia. tapi saya tengok awak dengan orang tu, awak takde la marah sangat-sangat macam awak marah dia. kenapa, awak?

sekarang ni, saya pun awak dah taknak tegur. takpelah, awak nak marah saya pun, marah la. marah la sepuas hati awak. lepaskanlah semua rasa dalam hati awak tu.

awak,
andai awak dan dia boleh duduk semeja dan tersenyum ceria macam dulu, saya la manusia yang paling BAHAGIA. tapi saya tak pasti, impian saya ni boleh jadi kenyataan atau tak. awak di sana, saya & dia di sini. cuma saya nak awak tahu sangat-sangat, saya sayang awak dan dia.

4 comments:

  1. x.. bukan salah Iza. Adakala kita akan rase tersepit dalam masalah orang lain. Kita juga x bley nak puaskan hati semua pihak. Yang penting kene bg dorang masa. Harap Die akan tolong menjernihkan keadaan.

    Jangan fening-fening ye Iza. :D Be happy!

    ReplyDelete
  2. tersepit bila jd org tengah ni kan??
    xpe..hope die akan fhm nanti
    :)

    ReplyDelete
  3. Salam iza.

    KakChik sangat faham perasaan iza sekarang. Pernah melalui situasi yang serupa sedikit masa yg lalu. Kadang-kadang kawan kita ni pun ada yg pentingkan diri sendiri. Kerana rasa stres dgn perangai kedua-duanya, KakChik ambil sikap tunjukkan keceriaan bila bersama mereka dan buat donno je kalau dia masam muka. Last, last, mereka mengalah juga. Kini... dah baik dah keduanya.

    ReplyDelete
  4. P,
    hehe..berusaha untuk meng'hepi'kan diri ni..

    Na,
    hope so..harap one day diaorg tak masam2 muka lagi..

    KakChik,
    tu la..iza pun dah start nak wat dunno je skrg..sambil2 doakan yang terbaik..moga hati mereka terbuka lupakan cerita lama.. :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..