.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, March 30, 2009

~Macam-macam hal..

**pemikiran masih down dengan keputusan ptd. blog tempat melepas rasa. layan.. :)

alkisah nak cerita pasal cikgu memandu saya. umur dalam linkungan awal 30-an.


selalu je menguji kesabaran. bukan apa, dia buat jadual sesuka hati dia. janji nak buat amali minggu ni, tapi bila saya menunggu pada waktu yang ditetapkan tu, tetiba dia sms.

"amali minggu ni batal. buat minggu depan."

takpun

"amali wat esok ye. hari ni cikgu off"

nasib baik belum betul-betul tunggu lagi.

.
.
.

tapi semalam, memang buat saya 'naik angin' sikit. pukul 7 pagi, dia sms saya, "pukul 7.30 pagi cikgu datang amik."

tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la ke pukul 9.15 pagi. jangan kata nak nampak batang hidung, bunyi enjin kereta pun tak kedengaran. saya sms dia, "amali hari ni ada ke tak ek? konpius..~"

dia balas dalam pukul 9.45 pagi, "petang ni kul 2.30."

haa..tu dia. 2 jam 30 minit duk menunggu, boleh dia hantar sms dengan takde perasaan pape?

petang tu, masa dia datang ambil saya kat rumah, belum sempat duduk lagi kat kusyen kereta, saya dah mengomel kat dia, "penat tau orang tunggu pagi tadi. 2 jam setengah tau. nape tak cakap awal-awal..bla..bla..bla.."

tiba-tiba saya dengar dua orang akak kat tempat duduk belakang ketawa. cikgu memandu saya pun mencelah sambil melihat kat penumpang belakang, "haa..akak. saya dah kata kan tadi. dia mesti bising punya."

hehe, alahai. tak jadi saya nak marah. dia memang dah jangka pun saya hangin. sib baik dia mintak maaf.

"sori la..cikgu lupa nak ambik awak pagi tadi."

3 comments:

  1. kikikik. Cute!
    Pape pun.. janji mesti tepati. Kalo kadang-kadang terbabas.. ade hal nak wat caner. Tp kalo sokmo.. nak kene bebel free memang sesuai :D

    ReplyDelete
  2. ramai sgt ke yg dia nk handle sehari smpaikan bley terlupe??
    eee, na pun pantang la bab nunggu2 org nehh..
    grrrr..

    ReplyDelete
  3. P,
    memang dah byk kali dah dia wat gini..tapi dah nama pun dia 'cikgu'..iza just nak jadi murid yg taat..heheheh...


    na,
    ujung minggu mmg ramai..tu yang rasa meletup je..mmg hangin pun..tapi dah dia wat muka selamba, mintak maaf..hehe, cool sikit rasanya..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..