.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, March 31, 2009

~He make me smile

*amaran. entri sedikit berunsur kasih sayang. hehe. *


semalam, even mulut kata "aku ok. benda kecik je. takleh down," tapi sebenarnya dalam hati, tuhan je la tahu.
my dear mom pun terdiam je la masa saya telefon bagitahu keputusan tak gembira tu.

"tak apa la. Allah dah kata 'kun fayakun', jadi kena la terima. ada la sebab musababnya. takde bahagian kita la tu. jaga pejabat pos tu baik-baik, sudah la," sambil tertawa lembut.
terbayang-bayang je senyuman manis my dear mom. owh, i'm really miss that smile. lambatnya lagi nak balik terengganu. can't wait for it.

dan berjela-jela juga la ucu nak kena dengar luahan hati saya melalui ym. sempat lagi tu even dia tersangat-sangat la sibuk ~thanx ye ucu.

tangan pula laju je duk sms my dear Hamba Allah. sejak menduduki exam, hingga la ke PAC dan hingga peringkat temuduga, my dear Hamba Allah banyak bagi dorongan. urmm, walaupun dia sebenarnya tak berapa berkenan sangat bila saya bersungguh-sungguh untuk jawatan tu. hehe, tapi sokongan demi sokongan saya dapat dari dia. tu la agaknya yang dikatakan, ~tak suka tapi dah sayang. sokong je la kan.

"nak jumpa, boleh?" tanya saya. dia apa lagi, agaknya bagai orang mengantuk disorong bantal :p
"boleh. tapi nanti kena belanja." laju je dia jawab. tapi sempat nak pow saya.ish..ish..ish..

even dah bertunang, kami bukan senang-senang boleh jumpa. bak kata seorang kawan, "korang ni klasik la."
apa tidaknya, nak jumpa punya la susah. berjumpa, harus dengan izin (of course from my dear mom & my dear bro) dan bersebab. takleh nak ngada-ngada nak jumpa untuk saje-saje. secure. iye, bertunang bukan lesen untuk membolehkan kami kerap bertemu. dia faham itu dan menyukai keadaan itu. batas-batas harus dijaga.

sempat 35 minit minum-minum di kedai mamak. macam biasa, saya la yang banyak bercakap. itu ini, begitu begini. pot pet pot pet. tak lupa bercerita pasal cikgu memandu saya yang bertuah tu. pasal perancangan masa depan kami. dia khusyuk mendengar. err, agaknya la.

suasana sunyi sekejap. dia asyik senyum. heran jugak rasanya. saya tanya, "apsal asyik senyum je?"
"kuat membebel gak ek," dusyum..! rasa macam kena sebijik.


* rasanya dah ada sikit perbezaan sebelum & selepas bergelar tunangan my dear Hamba Allah ni. hati lebih lembut dengan nasihat dia. dulu selalu je nak bangkang. selalu je rasa nak menang. err, betul tak pada sape-sape yang sekarang ni dah bertunang??

10 comments:

  1. na..
    yup..orang terengganu..kat pengadang baru..err,kenal tak..?
    hehe..dkt2 dgn padang midin..selalunya kalau sebut pengadang baru, msti org kerut muka, sbb jarang dengar..

    ReplyDelete
  2. belajar bertolak ansur la tu..slow2

    ReplyDelete
  3. aku pon xtaula feel camne iza..aku x bertunang pon lg.. ahaha..maybe la kot camtu..

    ReplyDelete
  4. kadang kt rasa mampu hadapinyer...tpi sbnrnyer...aduhai...xtermampu....tpi apapun kt perlu lalui apa yg tersedia di hadapan kt...;)..luv u bebeh;)

    ReplyDelete
  5. setuju! rase ego otomatik ilang. mengaku kalo salah n saling bertolak ansur. Apepun.. tujuan kita satu, untuk realisasikan hasrat 2 insan kerana Allah dan dengan sokongan keluarga serta sahabat handai.

    Chaiyook!

    ReplyDelete
  6. aziyana,
    yup..tgh slow2 la ni.. :)


    nissak,
    hehe..takpe, takpe..nanti ko dah rasa keadaan tu, kita story2 la ek..

    ReplyDelete
  7. ucu,
    tengkiu ucu..hehe..selalu jadi "tong pendengar" aku.. :p
    insyaAllah..apapun, kita kena gak lalui semua tu..luv u too beb..


    P,
    haa..tu dia..rakan sekelab dah bg komen..jauh lagi perjalanan ni.. ;)

    ReplyDelete
  8. u.. jangan give up ok.. itu yang penting.. :) i akan doakan u dapat juga oneday, amin... :)

    ReplyDelete
  9. anak kaji cuaca..
    thanx u..
    i'll try again..
    amin.. :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..