.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, March 31, 2009

~He make me smile

*amaran. entri sedikit berunsur kasih sayang. hehe. *


semalam, even mulut kata "aku ok. benda kecik je. takleh down," tapi sebenarnya dalam hati, tuhan je la tahu.
my dear mom pun terdiam je la masa saya telefon bagitahu keputusan tak gembira tu.

"tak apa la. Allah dah kata 'kun fayakun', jadi kena la terima. ada la sebab musababnya. takde bahagian kita la tu. jaga pejabat pos tu baik-baik, sudah la," sambil tertawa lembut.
terbayang-bayang je senyuman manis my dear mom. owh, i'm really miss that smile. lambatnya lagi nak balik terengganu. can't wait for it.

dan berjela-jela juga la ucu nak kena dengar luahan hati saya melalui ym. sempat lagi tu even dia tersangat-sangat la sibuk ~thanx ye ucu.

tangan pula laju je duk sms my dear Hamba Allah. sejak menduduki exam, hingga la ke PAC dan hingga peringkat temuduga, my dear Hamba Allah banyak bagi dorongan. urmm, walaupun dia sebenarnya tak berapa berkenan sangat bila saya bersungguh-sungguh untuk jawatan tu. hehe, tapi sokongan demi sokongan saya dapat dari dia. tu la agaknya yang dikatakan, ~tak suka tapi dah sayang. sokong je la kan.

"nak jumpa, boleh?" tanya saya. dia apa lagi, agaknya bagai orang mengantuk disorong bantal :p
"boleh. tapi nanti kena belanja." laju je dia jawab. tapi sempat nak pow saya.ish..ish..ish..

even dah bertunang, kami bukan senang-senang boleh jumpa. bak kata seorang kawan, "korang ni klasik la."
apa tidaknya, nak jumpa punya la susah. berjumpa, harus dengan izin (of course from my dear mom & my dear bro) dan bersebab. takleh nak ngada-ngada nak jumpa untuk saje-saje. secure. iye, bertunang bukan lesen untuk membolehkan kami kerap bertemu. dia faham itu dan menyukai keadaan itu. batas-batas harus dijaga.

sempat 35 minit minum-minum di kedai mamak. macam biasa, saya la yang banyak bercakap. itu ini, begitu begini. pot pet pot pet. tak lupa bercerita pasal cikgu memandu saya yang bertuah tu. pasal perancangan masa depan kami. dia khusyuk mendengar. err, agaknya la.

suasana sunyi sekejap. dia asyik senyum. heran jugak rasanya. saya tanya, "apsal asyik senyum je?"
"kuat membebel gak ek," dusyum..! rasa macam kena sebijik.


* rasanya dah ada sikit perbezaan sebelum & selepas bergelar tunangan my dear Hamba Allah ni. hati lebih lembut dengan nasihat dia. dulu selalu je nak bangkang. selalu je rasa nak menang. err, betul tak pada sape-sape yang sekarang ni dah bertunang??

Monday, March 30, 2009

~Macam-macam hal..

**pemikiran masih down dengan keputusan ptd. blog tempat melepas rasa. layan.. :)

alkisah nak cerita pasal cikgu memandu saya. umur dalam linkungan awal 30-an.


selalu je menguji kesabaran. bukan apa, dia buat jadual sesuka hati dia. janji nak buat amali minggu ni, tapi bila saya menunggu pada waktu yang ditetapkan tu, tetiba dia sms.

"amali minggu ni batal. buat minggu depan."

takpun

"amali wat esok ye. hari ni cikgu off"

nasib baik belum betul-betul tunggu lagi.

.
.
.

tapi semalam, memang buat saya 'naik angin' sikit. pukul 7 pagi, dia sms saya, "pukul 7.30 pagi cikgu datang amik."

tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la ke pukul 9.15 pagi. jangan kata nak nampak batang hidung, bunyi enjin kereta pun tak kedengaran. saya sms dia, "amali hari ni ada ke tak ek? konpius..~"

dia balas dalam pukul 9.45 pagi, "petang ni kul 2.30."

haa..tu dia. 2 jam 30 minit duk menunggu, boleh dia hantar sms dengan takde perasaan pape?

petang tu, masa dia datang ambil saya kat rumah, belum sempat duduk lagi kat kusyen kereta, saya dah mengomel kat dia, "penat tau orang tunggu pagi tadi. 2 jam setengah tau. nape tak cakap awal-awal..bla..bla..bla.."

tiba-tiba saya dengar dua orang akak kat tempat duduk belakang ketawa. cikgu memandu saya pun mencelah sambil melihat kat penumpang belakang, "haa..akak. saya dah kata kan tadi. dia mesti bising punya."

hehe, alahai. tak jadi saya nak marah. dia memang dah jangka pun saya hangin. sib baik dia mintak maaf.

"sori la..cikgu lupa nak ambik awak pagi tadi."

~Dukacita

yang ditunggu-tunggu telah tiba. dan akhirnya.. *dukacita*. alhamdulillah. biarpun dukacita, tapi sekurang-kurangnya saya dah berusaha. mencuba buat yang terbaik. tapi, DIA lebih tahu apa yang lebih baik untuk saya. pengalaman yang dah dilalui, cukup berharga untuk dikenang. iye, saya pasti akan mencuba lagi :) ~never say no...!

to my dear dad & mom,
i'd tried my best. i'm so sorry..

Friday, March 27, 2009

~Menghitung hari..

***********************************************************
Salmi & Zul

***********************************************************

my dear "chenta hati" sedang berdebar menghitung hari. dari hari ini, cuma tinggal lagi 1 bulan, 2 minggu & 5 hari sahaja lagi sebelum sah bergelar seorang isteri, insyaAllah.

tadi baru je dia sms saya,
"akhirnya, aku dah ada warna tema. gold. hehe. pasni hang boleh la start cari baju nak pakai nanti. malam nikah, warna putih. masa kat rumah zul pun, warna putih jugak sebab zul nak pakai baju seragam dia"

"Ooo..gold eh? ok la tu. aku pakai je la baju masa pegi majlis nora dulu. gold jugak. kira orait la kan. dah kena sangat-sangat dah tu"

"boleh ek?" (dia macam tak puas ati je dengan jawapan saya)

"hehe, mana boleh. aku kena cari baju la. aku kan nak jadi pengapit hang. mana boleh pakai baju lama. jatuh la saham. tapi masa malam nikah hang, aku pakai je la jubah tunang aku :p abis la hancur nanti, heheh."

"haa, tau pun. takkan nak pakai baju lama. takpe, nanti aku belikan kain kat hang. pastu hang jahit la ek"

"bagus sangat. aku lagi suka"

tak puas hati berborak dalam sms, saya telefon dia. alahai, ceria sangat bunyi suara dia. ye la, hati tengah berbunga. barang-barang hantaran semuanya dah dibeli. tunggu nak gubah je. iye, kadang-kadang saya rasa yang terlebih excited bila tahu dia nak kahwin. saat paling bermakna dalam hidup. walaupun saya tak pernah berjumpa tunang dia yang pemalu hensem tu, tapi saya tahu lelaki tu yang terbaik untuk salmi. seperti majlis tunang dia, saya harap saya tak terlepas peluang untuk berada lebih awal di sisi dia semasa malam akad nikah dia nanti. menyibuk tak? hehe, saya peduli apa? :p

"hang kompem ek lepas kawen nak pegi sabah?huhu.."

"a'ah, memang kompem. sian zul duk sorang2. nanti kawen pun macam tak kawen je kalau aku tak ikut."

"eh, majlis aku tahun depan, hang kena balik tau. kalau hang tak balik, aku takmau nikah"

"iye, aku dah cakap awal-awal kat zul. time hang kawen, aku nak balik. dia kata, haa..balik la. macam halau lak aku rasa. hehe. time raya pun aku balik. apa hal nak raya berdua je kat sana?"

"ok, bereh..bereh.ni aku sayang kat hang"

teringat sms yang dia hantar 10 disember tahun lepas. buat saya menitiskan air mata. terharu. walaupun saya ni memang bukan jenis mudah nak keluar air mata.
"salam..hey chenta hati aku.hang dh tido ke?hehe..aku nk bgtau hang ni.sjak aku dgr hang bakal btunang ni kan..aku rasa hepi sgt2.xtau la nape.rasa mcm hepi len mcm je..mybe aku rasa senang nk 'tinggal' hang nnti kot.hehe,aku sntiasa doakn yg tbaik utk hang..i luv u..nite"

memang semasa mula-mula salmi bercerita tentang hal pertunangan dia, saya dah rasakan sedikit kehilangan. banyak kalai saya tanya kat dia, "hang betul nak bertunang ni?" tapi salmi tetap salmi. dia bukan mudah nak lupakan sesiapa. sebab tu ramai yang menyenangi perwatakannya. kini, persahabatan kami dah pun mencecah 16 tahun. bukan 6 tahun, bukan 10 tahun. kalau dulu bayi baru lahir, sekarang dah masuk tingkatan 4. mudah-mudahan persahabatan ni kekal sampai bila-bila.

***********************************************************
"esok hang exam mtest kpli kat mana?" dia tanya saya.

"hehe, aku ada citer sadis nih. aku beli no pin kpli, tapi aku tak isi. huhu, sedih. aku terlepas tarikh nak isi borang. ni la bagusnya aku. aku isi dpli je." cerita saya dengan sedih. dengan harapan nak dapat simpati dia disebabkan kelalaian saya sendiri.

"kah kah kah. aku pulak beli no pin dpli, tapi sampai sudah tak isi. cuma isi kpli je. sebab otak duk kalut fikir pasal persiapan kawen je."

hihihihihihi. kami sama-sama gelak. kalau dah satu perangai tu, pusing sana pusing sini, ada je benda tak senonoh yang kami sama-sama buat. tanpa sedar. macam-macam.

Wednesday, March 25, 2009

~Bunga telur

sebulan lepas, saya dan keluarga ke kuala pilah. meraikan anak sepupu saya yang melangsungkan perkahwinan. anak sepupu saya muda 3 tahun dari saya. jenuh juga la nak menjawab pertanyaan saudara mara masa kat majlis tu. ye la, anak sepupu dah kahwin tapi mak sepupunya bertunang pun belum (majlis kahwin ni seminggu sebelum saya bertunang. tapi sengaja di diamkan sebab cuma majlis ringkas. cuma dua tiga orang je yang tahu).

dalam perjalanan balik, sempat singgah di nilai 3. my dear mom nak cari kain tirai (langsir nipis) untuk majlis pertunangan saya. disebabkan nak kejar masa, itu je yang sempat dibeli. tapi sempat mata saya 'menangkap' bunga telur di sebuah kedai. macam fesyen zaman sekarang, yang letak 'epal' sebiji tu. aik, macam murah je. 50 bunga telur dengan harga RM39.90. lebih kurang 80 sen satu. hehe, macam murah. tapi sebab saya memang dah lama berniat nak buat bunga telur sendiri, jadi saya cuma pandang tak pandang aje.

tapi my dear sis pula yang macam berminat. siap ambil gambar dan bercadang nak bandingkan harga di pasar chow kit. kot-kot dapat harga yang lagi murah di chow kit. saya biarkan je. tak berminat.
"ala, tak payah la amik gambar. saya nak wat sendiri je buang telur."
tapi my sis-in-law menjawab "tak payah la buat. beli je. banyak pilihan kat kedai. murah pun murah. lagipun kalau nak wat sendiri, sempat ke nak buat?"
saya jawab,"sempat la kot. lambat lagi masanya"
tapi my sis-in-law jawab lagi, "kita beli je la. nanti masa yang ada, boleh uruskan pasal hal lain. takpe, bunga telur biar kaktun yang sponsor. cakap je nak berapa."
nak sponsor? alhamdulillah, kecik tapak tangan, nyiru saya tadah. murah rezeki my sis-in-law ni. saya dah rasa macam lega sikit kepala.

p/s: tapi sebenarnya, saya masih ada impian nak buat bunga telur sendiri. handmade. hmm, mungkin saya buat juga untuk kawan-kawan terdekat. dalam 70-80 kuntum pun dah kira ok la tu..

Tuesday, March 24, 2009

~Teringat lagi..kisah-kisah lama

hari ni takde kerja nak buat kat opis ni. eh,ada cuma masih perlu dicari jalan untuk diselesaikan, huhu. mengadap koding sampai mata naik berpinar. campur lagi dengan sejuk penghawa dingin berserta dengan hujan lebat di luar. buat diri jadi malas kesejukan. merayau-rayau blog hopping dan pusing-pusing di laman maya friendsterdotcom. tiba-tiba rasa rindu dengan hidup sebagai student. sungguh rindu.

di waktu inilah kita akan kenal, siapa kawan dan siapa lawan. malah, ada yang tersilap langkah dengan mencipta lawan di kalangan kawan-kawannya. memang sadis bunyinya. tapi itulah hakikat. kita malah akan jumpa, siapa yang jujur bersahabat atau sebenarnya siapa yang mengambil kesempatan. malah, kita akan mula mengerti, siapa kita pada diri mereka tatkala kita dilanda musibah dan juga semasa kita sedang bergembira.

tampak ayat bagai menyindir sinis. tapi saya bercakap dari pengalaman. 3 tahun di bumi UMT, terlalu banyak ragam yang ditemui. kalau pun bukan pengalaman sendiri, tapi pengalaman melihat orang sekeliling. kadang ada hati sahabat yang terluka, namun dibiar bagai tiada erti apa-apa.

namun alhamdulillah, hanya 0.01% yang menyakitkan. selebihnya memang cukup menyenangkan. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula hati manusia. tambahan, masing-masing berasal bukan dari satu negeri. masing-masing punya cara hidup tersendiri. bertikam lidah, terasa hati bagai madu dalam diam. pahit dan perit tapi akhirnya, rasa itulah yang merapatkan ukhwah. pahit itulah yang akhirnya menjadi penawar. perit itulah yang mengundang gelak tawa di penghujungnya.

tapi tumpuan saya hanya 7 nama di atas, termasuk saya. kami pernah duduk serumah. 5 semester (semester akhir saya di asrama, mereka kekal di rumah sewa) kami berlaga punggung dalam satu ruang. perang mulut? tipu la kalau tak ada. sindir menyindir? anggap la semua itu rencah istimewa dalam suatu ikatan. air mata? iye, mata kami menjadi saksi. tapi rasanya mereka bersetuju jika saya katakan, "kami tetap bahagia". aura persahabatan itu tetap kami rasakan. ungkapan maaf selalunya mengakhiri semua rasa pedih itu. dan kami kembali tersenyum & tertawa sesama sendiri. indah bukan? kalau pun masih punya sisa-sisa "sakit di hati itu", saya pohon, kita lupakan ye.. :) 3 tahun mencipta memori, rasanya sudah cukup mematikan semua kepahitan.

sungguh. saya rindu! bila nak bertemu mata ni?

Monday, March 23, 2009

~Batuk

dah 5 hari minggu saya batuk. dari tak makan ubat, dah paksa-paksa makan ubat. dah habis sebotol lebih dah ubatnya, pun tak sembuh-sembuh jugak. madu pun dah makan. kadang-kadang batuk selang seli dengan selsema. tu pun sempat demam 3 round dalam tempoh 5 minggu tu.

tidur malam-malam pun memang bertemankan batuk. sabar je la. dekat opis ni, asyik bising je dengan batuk saya *malu*. risau jugak. 3 hari lepas rasa macam ada bengkak kat leher. tambah pulak rasa perit kat anak tekak. dalam kepala memang dah terfikir kena tonsil, tapi esoknya bengkak dah surut. alhamdulillah. tetiba terbatal niat nak gi klinik. hehe.

anak-anak buah kat rumah dah bising. "napa chik ni, batuk tak baik-baik." hehe. diaorang ambil peluang nak membebel kat makcik diaorang ni. nak telefon my dear mom pun kena fikir 2-3 kali. takmau bagi dia risau. walhal batuk ni cuma batuk biasa je, cuma berpanjangan.

sekarang ni dah nekad, minggu depan kalau tak sembuh jugak, memang nak kena pergi klinik panel. tapi sebelum 31 mac, sebab kad PMcare saya luput 31 mac tu. hehe, bila lagi nak merasa gi klinik percuma, ofis yang bayar :p dah 5 bulan kad PMcare asyik terselit je dalam purse.

Friday, March 20, 2009

~Nak marah..marah la..takpe, saya terima seadanya..

kenapa awak nak marah saya? sebab awak gaduh a.k.a tak sebulu dengan dia, makanya dengan saya ni sekali awak nak marah? maknanya bila awak marah dia, saya ni pun dah bukan kawan awak? awak cuma marah dia, takkan saya yang baik dengan dia pun terpaksa buat-buat tak baik jugak dengan dia?

saya kawan awak. dan saya juga kawan dia. saya nak kawan dengan dua-dua. takkan saya kena buat pilihan? samada nak kawan dengan awak atau dia? bila saya baik dengan dia, awak dah muncung-muncung. buat-buat muka tak suka. lepas tu bermasam muka. saya nak baik-baik dengan dia pun, macam nak kena cover. penat la macam ni. sampaikan masa tu, nak jumpa dia pun, saya kena sorok-sorok. sebab nak jaga hati awak.

saya dah taktau macam mana nak baikkan awak berdua. dia kata dia ok je nak berbaik dengan awak. tapi awak buat keras hati. awak kata, awak nak dendam sampai bila-bila. dia dah minta maaf, awak kata dia tipu. macam mana ni?

atau saya ke yang pilih kasih? melebihkan dia lebih dari awak? kalau awak nak tahu, dia tak penah kata yang bukan-bukan kat awak. sungguh. saya tak tipu. malahan, dia banyak kali pesan kat saya, tolong ambil berat pasal awak. tolong jaga awak. saya tahu, dia pernah buat awak sakit hati. memang silap dia masa tu. saya pun tak setuju dengan cara dia masa tu. cuma pada saya, kalau masa tu dia tak buat macam tu, awak akan rasa lebih sakit hati sekarang ni. saya rasa, bukan dia seorang je pernah buat macam tu kat awak. ada lagi kan orang lagi yang buat sama macam dia. tapi saya tengok awak dengan orang tu, awak takde la marah sangat-sangat macam awak marah dia. kenapa, awak?

sekarang ni, saya pun awak dah taknak tegur. takpelah, awak nak marah saya pun, marah la. marah la sepuas hati awak. lepaskanlah semua rasa dalam hati awak tu.

awak,
andai awak dan dia boleh duduk semeja dan tersenyum ceria macam dulu, saya la manusia yang paling BAHAGIA. tapi saya tak pasti, impian saya ni boleh jadi kenyataan atau tak. awak di sana, saya & dia di sini. cuma saya nak awak tahu sangat-sangat, saya sayang awak dan dia.

Tuesday, March 17, 2009

~Handmade



alhamdulillah. saya baru sahaja 4 hari bergelar tunangan orang. tapi hari ni rasa nak berkongsi hantaran yang pihak perempuan sediakan. my dear mom dah pesan awal-awal, "hantaran buat yang simple je. yang mudah dibuat. save budget dan jimatkan masa." sebagai anak yang baik (hehe, baik la sangat :p), jadi saya cuba buat ikut kehendak my dear mom tu. jadi, inilah hasilnya. pihak lelaki bawa 7 hantaran berbalas 9. asalnya cuma 5 hantaran berbalas 7, perubahan berlaku di saat akhir. saya memilih tema pink. memang sengaja pilih yang tak sama dengan pakaian yang dipakai. sebab taknak nampak dominan sangat warna tu. tambah-tambah pulak tirai & alas dulang warna kuning ala gold.

hantaran saya memang tanpa bunga dulang yang meriah bagai. cuma letak sekuntum bunga je, made from Kedai Bunga Reben. beli kotak lutsinar, tampal renda di sisi kotak dan di bahagian atas,kemudian buat bunga reben di tambah dengan bunga hiasan. cukup. ringkas, tapi memang puas hati sangat-sangat sebab dapat buat sendiri. tangan ni memang penuh dengan tampalan gam. lupa, tambahan aksesori rama-rama stokin. beli dekat pasaraya mydin, rm1 je satu. mungkin ada sesetengah orang kata, "ish, nape nak letak binatang?" erk, memang dah ada pun yang kata macam tu dekat saya. tapi rama-rama yang saya letak ni tak sempurna pun bentuknya. cuma ada kepak, tiada badan. jadi saya consider, cuma sebagai hiasan. tanpa niat lain.

dari 9 hantaran, saya suka gubahan buah & coklat. tak tahu la kenapa. mungkin sebab bakul buah tu, bunga dia lain sikit. gunakan bunga orkid tiruan, tapi tampak 'kena' dengan pemegang bakul tu. dan gubahan coklat, haisyhh..perlukan ketekunan yang tinggi untuk susun kat tepi tu. hehe, tapi berpadu tenaga dengan my dear sis untuk siapkan gubahan coklat tu.

sirih, satu-satunya gubahan yang makcik saya buatkan. saya cuma belikan polisterin je. idea gubahan, dari my dear grandma (saya panggil mak). "buat la macam batang pokok kelapa sawit tu. letak bunga-bunga sikit." haa, tu dia. sekali mak dah berbunyi mulut, semua orang sibuk kelam kabut cari daun sirih kat tepi rumah. nasib la pokok bunga raya berbunga lebat dan paling penting, habis bunga orkid kesayangan my dear mom dicantas.

kesimpulannya, saya senang hati dengan persembahan saya. walaupun saya ni bukan orang yang kreatif, tapi sekurang-kurangnya saya ada buah tangan sendiri.



~ orang kuat majlis saya ~
De (makcik), Mi (makcik), Ma (my dear mom), Mak (my dear grandma) & Long (makcik)

Monday, March 16, 2009

~14 Mac 2009


angin berhembus
memberi nafas pada hidup
menghapus kabut meredup
membentang indah warna pelangi

kasih sayang kadang kala sukar untuk diluahkan. malah, berat untuk dilaungkan. dalam diam, terkadang ia hadir. memberi segenap kekuatan di dalam diri. segala puji pujian buat yang Maha Kuasa atas segala kurnia-Nya yang tidak terhingga.

~ saya kini bergelar tunangan orang ~


p/s: maaf, gambar tak dapat di upload di blog dalam masa terdekat. masih belum punya keizinan dari 'dia'

Wednesday, March 11, 2009

~Pra-peralihan

"Misi Mac" saya sudah semakin dekat. tinggal lagi 2 hari menjelang 14hb. saya kini dalam tempoh pra-peralihan fasa dalam hidup. moga redha Allah bersama kami. doakan saya ye kawan-kawan :)

~Lebah


Jadilah seperti lebah. Lebah sentiasa memakan sesuatu yang baik, mengeluarkan yang baik pula. Jika ia hinggap di mana-mana tangkai bunga ia tidak merosakkannya, menyentuh nektar tetapi tidak melukainya. Ia mengeluarkan madu tetapi ia tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan rasa kasih....

SubhanalLah..

Saturday, March 7, 2009

~Bingkisan buat UCU

~ ucu..sowi 'curik' gamba ko dari frenster ~

*~ ----------------------------------------------------------- ~*
bingkisan istimewa buat ucu @ nor hasikin abu hassan
*~ ------------------------------------------------------------------------------------- ~*
ucu,
selamat ulang tahun kelahiran ke 26.
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu.
aku doakan ko bahagia selalu dalam meniti arus kehidupan. aku tahu, bukan mudah nak lalui semua ni, tapi ko seorang insan yang tabah. aku tahu itu. dan semoga terbuka pintu untuk ko naik pelamin dengan 'insan bertuah' cepat-cepat. amiin. (aminkan doa aku ni tau..)

ucu,
kita dah kawan lama kan? aku simpan rahsia ko, ko simpan rahsia aku. terpecah mana-mana rahsia, hehe, tahu la nak cari sape. tapi dah berapa lama kita tak jumpa? iye, aku rasa kali terakhir kita jumpa kat KL, julai 2007. dah nak masuk 2 tahun. bertuah betul kita ni. masa tu ko temankan aku & ma ayah aku kat jalan TAR. bila kita nak jumpa nih? hehe, susahnya nak cari jawapan.

ucu,
aku tak sangka ko ingat lagi kat 'janji' kita tu. kelakarkan? macam 'janji 'budak-budak je. tapi masa buat 'janji' tu, aku serius beb! cuma takdir tak menyebelahi kita. kita merancang, tapi Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. takpe, kita ubahsuai sikit 'janji' tu nanti ek. kalau masa dulu 'janji' tu cuma melibatkan tiga orang, next time aku nak up sikit jadi 4 orang. boleh kan? dan aku harap sangat, 'janji' tu akhirnya jadi kenyataan. aku berharap sangat.

ucu,
terima kasih atas segala-galanya. terima kasih sebab sudi jadi pokok tempat aku berteduh. sudi payungkan aku semasa aku kehujanan. sudi hulurkan tangan saat aku rebah. ko tak penah biar aku terus terduduk. ko tiupkan semangat bila aku lemah. terima kasih atas segala-galanya. hanya DIA yang tahu betapa aku hargai kehadiran ko dalam hidup aku.

ucu,
aku harap, ko temui kebahagiaan yang jadi impian ko selama ini. memang bukan mudah nak capai semua tu. sebab sentiasa ada duri di sepanjang jalan. duri yang menguji kita sebagai hamba-Nya. everything happens, it happens for a reason, right? moga ko sentiasa hadapi semua perkara, sedih @ gembira dengan senyuman yang tak terhenti.
Kita tak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk menjadi teman sejati, cukuplah sekadar mempunyai seorang teman sejati, yang menjadikan kita seorang manusia yang sempurna apabila bersamanya..

ikhlas,
-kak mar-

Friday, March 6, 2009

~Masa


kita rasa macam lambat lagi je. jadi kita cuma pejamkan mata. lalui kehidupan seperti biasa. buat persiapan dengan santai. tapi tengok-tengok, esok lusa dah tiba masanya. alamak, tiba-tiba rasa gerun. semua persiapan dah selesai ke? eh, itu belum siap. ini pun belum siap. aisey, yang sana pun ada sikit lagi belum selesai. sini? pun ada nak kena baiki & tambah. aduh, sempat ke?

dah rasa semput sana sini. selagi tak selesai, selagi tu tidur tak lena. kalau tak sempurna macam yang dirancang, tentu bila tiba masanya, macam-macam masalah timbul. tapi insyaAllah, mudah mudahan semuanya dapat diatasi. tapi bila melibatkan mulut orang ni la yang jadi 'sakitnya'. hmm, ok..bertenanglah hati. jangan gabra yang bukan-bukan. nanti yang dah selesai pun boleh jadi tak selesai. hehe. kan?

~Tag by Lydia

    saya telah ditag oleh kawan lama dari kuittho a.k.a uthm, lydia, yang seangkatan dalam kelab kebanggaan kami, kelab kaunseling & kerjaya (kkdk).

  1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
      - my lovely family
      - iman

  2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
    1. makanan tengahari semalam, nasi + ikan keli + sayur = rm4.00

  3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
    1. dekat rumahku syurgaku. kat terengganu. tapi akad nikah, hope dapat buat kat masjid-rumah Allah.

  4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
    1. insyaAllah, sampai akhir hayat.. dunia akhirat mudah-mudahan.

  5. Adakah anda dilamun cinta?
    1. err..

  6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
    1. restoran? hmm, lupa la. dah lama tak makan kat restoran (lagi suka tapau). restoran teratai (kedai mamak) rasanya.

  7. Namakan buku terakhir yang kamu beli
    1. "tau tak apa" karya dr. hm tuah iskandar al-haj. bagus buku ni. banyak teladan.

  8. Apakah nama penuh kamu?
    1. hariza akmar binti hassan :)

  9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
    1. selalunya dengan ma la. anak pompuan kan? tapi dengan ayah pun ok je nak kongsi cerita, tambah-tambah bila dah besar-besar ni.

  10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
    1. urmm..sape ye? cannot think la. sultan mizan boleh tak?

  11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
    1. - my chenta hati @ salmi suhana binti kamarudin
      - ucu @ ikin @ nor hasikin binti abu hassan
      - my dear hamba Allah (ish, sahabat ke ni?)
      - abg dat
      - mr. far-hunt
      - princesses 39 (miss u all my dear)
      - ada lagi la 2-3 orang adik-adik masa kat UMT
      - cukup la tu. dah lebih dah dari 8 orang. hehe, ngelat kan?

  12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
    1. kalau rasa pakaian yang tahan lasak, biasanya bibik yang masukkan dalam washing machine. tapi kalau baju jenis sensitif, sendiri basuh la.

  13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
    1. - tepi pantai (alahai, tenang je rasa)
      - hope berpeluang menjejak ke Baitullah

  14. Pelukan atau ciuman?
    1. pelukan is better. tapi kalau ada dua-dua, laaaagi baguskan?

  15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
    1. - berasal dari pahang
      - sedang buat PJJ dengan UUM
      - sensitive person
      - dulu sama-sama aktif dalam kelab kesayangan kami, KKDK
      - rendah comel je orangnya

  16. 8 perkara yang amat saya gilai
    1. - kucing
      - anak-anak sedara saya yang nakal-nakal tu (teringin nak ada anak sendiri :p)
      - internet (blog + friendster + cerpen online + ym + apa-apa info)
      - gambar (suka belek-belek gambar. kalau rajin, edit-edit gambar)
      - gadget (laptop + handphone + kamera)
      - buku & majalah (novel, motivasi & apa-apa yang seronok dibaca)
      - bakul kertas & bunga stokin (lately)
      - tidur (hehehehe)

  17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
    1. - aisey
      - Ooooo
      - hehe
      - insyaAllah
      - sabar ek
      - tau takpe
      - hmmm...
      - alhamdulilLah

  18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
    1. - tau tak apa (dr. hm tuah iskandar al-haj)
      - la tahzan
      - ayat-ayat cinta
      - janjiku bersamamu
      - membina jiwa serasi (dr. hm tuah iskandar al-haj)
      - malaysia kita (aduh, patriotik sungguh. padahal pasal ptd)
      - terjemahan surah al-waqi'ah (terbitan jakim)
      - 356 days stories (buku cerita budak-budak. tiap-tiap malam nak kena bacakan untuk diaorg)

  19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
    1. - sutera kasih (inteam)
      - 1234 (aris ariwatan)
      - semangat yang hilang (xpdc)
      - ayat-ayat cinta (rossa)
      - selamat berjuang (brothers)
      - langit biru
      - bila diri disayangi (ukays)
      - aku tanpa cintaMU (mirwana feat faizal tahir)

  20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
    1. - segala apa yang kita impikan tak semestinya akan kita dapat. kerana walau berusaha mana pun kita, keputusannya tetap ada pada Allah swt. DIA mengetahui apa yang lebih baik untuk kita.
      - mula kenal apa itu SAP & ABAP (masih dalam proses nak kenal dengan lebih rapat, hehe)
      - mula belajar untuk mengenali hidup berdikari dengan terjun ke dunia pekerjaan , mula memegang duit hasil kerja sendiri & learn how to manage everything, me myself (its not easy as people say sebab masa ni la kita mula memahami siapa kawan dan siapa lawan)
      - oracle (dah masuk semester akhir, baru nak belajar oracle. huhu. tapi at least, belajar jugak. alhamdulillah)
      - don't jugde a book by its cover (sebelum ni saya tak pernah terkena dengan peribahasa ini, tapi akhirnya.. saya terkena jua. its hurt when someone that we trusted did something bad to us)
      - takde
      - idea
      - laa..

  21. Mari men'tag' 8 orang lain.
    1. - sape-sape
      - yang
      - tengah
      - terbaca
      - entry
      - ini
      - sila
      - jawab ye..except lydia
p/s: adududu..penat cari ilham nak jawab tag ni..hehe, terutama soalan no 20

Wednesday, March 4, 2009

~Miss them so much

rindu sangat kat permata hati saya ni.
last jumpa seminggu yang lepas.
dan saya terasa masih lagi seperti anak kecil mereka yang perlukan perhatian.
tak malu kan?
bila dapat melihat mereka di depan mata bagaikan hilang segala rawan di hati.
jumaat ni jumpa lagi di kuala lumpur.
tak sabar.
tak sabar.
tak sabar.
walau cuma untuk dua hari je.
bagai ilang rindu setahun.

Tuesday, March 3, 2009

~Ayah..moga diberi kesihatan yang baik

masih ada cerita tersisa yang belum tertulis. peristiwa minggu lepas. berkisar tentang temuduga PTD (again..?? tak habis-habis lagi ke??). hehe, tapi ni cerita di sekitar hari tersebut. cerita PTD, kita tutup buku la ye. takut nanti, lebih sudu dari kuahnya. pucuk belum keluar, tapi berita pasal buahnya dah lebih-lebih. full stop.

memandangkan saya minta cuti sehari sahaja (25hb, rabu), jadi saya ambil keputusan balik ke terengganu dengan kapal terbang. my dear bro la ni, beria-ia. jadi saya ikutkan je la. opss, tempah tiket online pakai kad kredit my dear bro, tapi pinjam je la. bayar pakai duit sendiri. ini pengalaman kedua menaiki kapal terbang. kali pertama, 2004, menghadiri konvokesyen my dear sis di unimas. kami seramai 12 belas orang, menaiki pesawat mas. dan ini pengalaman kedua, tapi berseorangan..! dengan penerbangan air asia.

24hb, selasa - saya pohon time off 1 jam dari waktu pejabat. nasib baik bos jenis prihatin. lancar je tangan dia tandatangan borang time off saya. maknanya saya minta untuk keluar dari pejabat pada pukul 4.30 petang. dari pagi lagi my dear bro dah janji,
"nanti abg di hantar pegi kl sentral"
dan saya menyambutnya dengan senang hati. tapi tepat jam 3.30 petang, my dear bro sms
"sori, ada meeting dengan ceo. taktau habis pukul berapa. just get ready ke kl sentral by ur own"
owh, ok. saya dah biasa naik lrt atau bas ke kl sentral. saya betul-betul naik lrt tepat jam 5.00 petang, ke kl sentral untuk menaiki skybus ke lcct. melilau mata mencari tempat landing skybus. huhu. dah biasa tengok (dari luar kl sentral), tapi tahu kemana nak dituju bila dah ada kat daam kl sentral. tangan sempat lagi sms my dear hamba Allah,
"help me..help me", how childish i am.
ringankan mulut bertanya, saya akhirnya menuju ke tempat sepatutnya. Ooo, kena turun tangga rupanya. sorang abang tu bagitahu, bas bertolak jam 5.30 petang. my god. jam saya menunjukkan 5.15 petang. cari punya cari, akhirnya jumpa. terus je lompat naik bas sebab tiket dah tempah online, dan tak perlu tebus apa-apa tiket lagi.

sebenarnya saya gementar. i need to be independent. survive. bukan takut nak naik kapal terbang, tapi bimbang tersilap melalui prosedur yang sepatutnya. dari kl sentral ke lcct sampai la selamat tiba ke kuala terengganu. berseorangan, biasanya saya hanya mengikut langkah orang. kebimbangan nyata, takut tertinggal kapal terbang. aduh. tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan saya. sebaik tiba di lcct (setelah sejam perjalanan dari kl sentral), saya segera check in dan masuk ke balai berlepas. lepak-lepak sebelum naik pesawat mengikut jadual. pukul 2005 @ 8.05 malam. tepat pukul 6.30 petang, my dear dad telefon. sikap tanggungjawabnya tak pernah berubah sejak saya kecil hinggalah saya dah besar gedabak macam ni. seolah saya kini masih lagi berumur 10 tahun :)
"nanti anggaran sampai pukul berapa? dah nak naik flight, telefon dulu. senang ayah nak get ready.dah sampai, bagitau. "
tapi dalam pukul 7.15 malam, my dear sis telefon.
"nanti abg din (my bro-in-law) datang amik kat airport. dah sampai telefon ye..kak nor ada tuisyen malam ni"
aik, kenapa pulak my dear bro-in-law nak datang ambil? tapi saya fikir, mungkin my dear sis taknak my dear dad memandu jauh malam-malam ni.

saya sampai di rumahku syurgaku tepat jam 9.40 malam. pelik, sebab biasanya my dear bro-in-law jarang nak masuk dalam rumah kalau takde apa-apa urusan. tambah-tambah isteri dia takde. hehe, pemalu sikit dia ni. tapi sebaik sampai, dia terus masuk dalam rumah. saya tengok kereta my dear dad ada, tapi bila intai my dear dad, takde pun dalam rumah.
"ayah mana?" abg din tanya.
"dah pergi hospital. dengan ayah teh" my dear mom jawab.
ya Allah, apa semua ni? saya masih tertanya-tanya. hospital? kenapa? saya termangu sorang-sorang.
dan selepas tu, baru la my mom bagitau, ayah dah sakit perut dari pagi tadi lagi. tapi bertahan. ingatkan tak serius, so cuma makan ubat penahan sakit je. tapi hingga ke maghrib tadi, sakitnya makin kuat. akhirnya minta kawan baik dia hantar ke hospital.
tahu apa perasaan saya masa tu? ye, risau sangat-sangat. my dear dad jarang sangat-sangat dapat sakit. kalau demam sekali sekala tu, ada la. tekanan darah, degupan jantung, kandungan gula dalam darah dia selalunya normal. walaupun my dear dad dah berumur 65 tahun. hingga ke pukul 10 malam, masih tiada berita. telefonnya tertinggal, tak sempat dicapai sebelum ke hospital. telefon ayah teh, juga tak berjawab. dalam pukul 10.40 malam, telefon berdering. berdebar-debar rasanya.
"dia kena tahan wad. tadi dah masukkan air & ubat, tapi sakit tak berkurangan." sayup-sayup terdengar suara ayah teh di corong telefon. dalam hati, saya doakan agar ayah ok. cuba berfikiran positif, mungkin ayah ditahan bagi memudahkan pemeriksaan lanjut.
cuma saya tiba-tiba jadi sayu bila melihat ada takungan air di mata my dear mom. tanpa esakan, saya tahu my dear mom risau. hati seorang isteri, manakan sama dengan orang lain. dah 43 tahun hidup bersama, tidur sebantal, makan sepinggan, tentu ada rasa yang sukar ditafsirkan orang lain. walaupun anaknya sendiri.

sebaik mendapat panggilan telefon dari ayah teh, saya siapkan ala kadar barang-barang ayah. kain pelekat, tshirt, termos, cawan, air masak, toiletris dan handphone yang tertinggal. my dear mom nak ke hospital dengan my dear sis. saya nak ikut tapi ditegah sebaliknya disuruh buat persiapan untuk temuduga esok pagi. sempat my dear mom pesan supaya jangan lupa makan nasi dan jangan terlalu fikirkan tentang ayah. saya pun dah jadi lupa dengan perut yang berkeroncong dari dalam kapal terbang tadi lagi. sambil makan nasi, tanpa sedar mata saya berair *malu nak ngaku nangis*. ikan keli goreng di atas meja mengingatkan saya pada ayah. tiap kali anak-anak & cucu-cucu dia balik, mesti ikan keli ada atas meja. kami sama-sama 'gila' ikan keli. tak ada lauk lain pun takpe.

malam itu, saya langsung lupakan nota-nota yang saya sediakan untuk temuduga PTD saya. saya cuma mampu bersujud di sudut bilik. pengabdian saya hanya untuk-NYA. mengharapkan kesihatan ayah pulih seperti biasa & kekuatan saya kembali hadir.

****************************************************************************************************************
25hb, rabu - saya terjaga pukul 5 pagi. masih bertelekung. kalau tengok dek my dear mom, maunya terkejut. hehe. saya re-check fail sijil saya, baju yang nak dipakai, kasut & blazer untuk ke temuduga. lepas tu terkedek-kedek buka komputer usang, untuk edit & print resume saya. haisyhh, semalam taknak buat! kan dah susah pagi-pagi ni. dalam keadaan yang tak berapa terurus, memang tak dapat nak buat apa-apa pun semalam. pukul 6.00 pagi, ayah telefon. eh, kenapa pula ni?
"hello, bangun tiddo dok lagi ni?" (hello, dah bangun tidur ke belum ni?) adoi, wat malu je kalau jawab belum bangun kan?
"hello,bangun doh, pukul 5 takdi. ayah ok ke? sakit lagi dok?" (hello, dah bangun, pukul 5 tadi. ayah ok? sakit lagi tak?) ceria je saya saya dengar suara dia.
"ok je. ade rase sakit sikit-sikit je lagi ni. ni karang nok gi interview, pakai kasut, jangang pakai sandal. kasut hok ade tumit sikit. jangang pakai tapok rate. karang jadi macang jadi anok cikgu mat ari tu, gi interview dok pakai kasut. selawat banyok-banyok," (ok je. ada rasa sakit sikit-sikit je. nanti nak pegi inteview, pakai kasut. jangan pakai sandal. kasut yang bertumit sikit. jangan pakai yang tapak rata. nanti jadi macam anak cikgu mat, pegi interview pakai sandal. selawat banyak-banyak) hehehe, adui la ayah. takkan la anak dia nak pakai sandal pegi temuduga. siap import kasut & blazer gitu kat mydin :p tapi saya tahu, dia risau. PTD ini impian dia. lagipun saya memang dah faham perangai ayah. semasa bergelar guru besar dulu, ayah selalu pastikan guru-guru perempuan pakai kasut bertumit. sedikit pun dah ok, jangan yang bertapak rata sangat.

tapi alhamdulillah, petang tu ayah dibenarkan keluar dari hospital. imbasan x-ray memuaskan hati doktor. tapi masih di bawah pemerhatian. dan dikehendaki membuat pemeriksaan setiap minggu. eh, setiap minggu? macam kerap sangat pula rasanya. tapi takpe, yang penting ayah sihat. begitu juga dengan ma. memikirkan kesihatan mereka, sering buat hati jadi tak menentu. saya sering doakan agar mereka berdua diberi kesihatan yang baik dengan harapan mereka mampu laksanakan ibadat dengan sebaik-baiknya. saya cuma ingin jadi anak yang baik & menenangkan hati mereka berdua. Ya Allah, lindungilah ma & ayah. lindungilah mereka Ya Rahman. kasihilah mereka Ya Rahman. amiin.

P/S: nak update blog punya la susah, tapi sekali update, panjang berjela la pulak jadinya..

Monday, March 2, 2009

~My besday

tak sempat nak menulis. sibuk? tidak juga. cuma kekangan masa. dalam tempoh seminggu, pelbagai perkara telah berlaku. tapi kali ini, saya hanya ingin berkongsi tentang hari lahir saya yang ke 26, khamis lepas pada tanggal 26 Februari. agak istimewa, 26 hb dengan 26 tahun. saya menyukai gabungan nombor ini.

seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, hari lahir saya jatuh sehari selepas saya berjuang dengan temuduga PTD saya. hinggakan, segala tumpuan saya tertumpu pada PTD. tiada langsung ingatan mengenai hari lahir walaupun saya memang jenis yang pentingkan hari-hari begini. seminggu sebelum hari lahir saya, dah ada 2 orang yang dah wish kat saya. terima kasih pada cik siti suhaila & abg romadan.

25 februari - sebaik selesai temuduga di wisma persekutuan, kuala terengganu, saya terus berkejar ke hospital (bab hospital ni akan diceritakan dlm next entry, huhu). dalam pukul 12 tengahari, my "chenta hati" sms beritahu nak jumpa & belanja saya makan sebelum saya balik ke kuala lumpur malam nanti. itupun terpaksa tunggu dia balik dari sekolah dalam pukul 3.30 petang. hmm, macam pelik pun ada sebab biasanya kami akan berjumpa kalau betul-betul ada masa panjang. tak suka nak rushing untuk bertemu. tapi disebabkan saya tak jadi berkampung di hospital, jadi sempat la setkan masa nak berjumpa. sekejap pun jadi la sebab selepas asar, saya nak ke hospital semula. kat mana kami 'dating'? hehe, tempat kegemaran kami kat mydin mall. makan hot plate 'yee mee cendawan ayam'. boleh tahan sedap la. saya makan sampai habis (even hati tengah fikir pasal hospital je). cuma sejam kami disitu, tapi sempat berceloteh macam-macam cerita. itulah hariza akmar & salmi suhana. kalau tak gelak bagai nak rak, memang ada something wrong somewhere la jawabnya tu, hehe. thanx my dear, u make my life cheerful. thanx a lot.
kul 4.30, "chenta hati" menghantar saya balik ke rumah. semasa kami bersalam & berpelukan, dia ucapkan selamat hari lahir pada saya. Ya Allah, saya baru teringat esoknya hari lahir saya.

saya menaiki bas ke kuala lumpur jam 9.30 malam. bermakna tepat pukul 12 malam, 26 hb februari, saya berada dalam bas. kali pertama dalam seumur hidup menyambut detik 12 malam hari lahir di dalam bas. baru je menaiki bas, sahabat UMT saya dah mula sms. tiada ucapan khusus untuk hari lahir, tapi cukup menandakan dia mengingati hari lahir saya. rasa nak nangis pun ada, terharu. bermula jam 11.45 malam lagi, telefon saya dah 'diserang' sms hari lahir. hehe, macam ganas je bunyinya. taklah banyak sangat, tapi saya catat satu persatu nama insan-insan yang mengingati hari lahir saya. termasuklah yang wish via ym sepanjang 26hb. dan tak lupa juga komen-komen di friendster.
  1. my lovely mom - tiada ucapan khusus tapi dititipkan sepasang baju kurung baru buat saya sebelum saya balik ke KL. ayah? macam biasa. saya tahu, tanpa ucapan, dia sentiasa doakan saya.
  2. salmi suhana - tq for the hot plate yee mee cendawan ayam
  3. my dear sis - memang tak penah lupa tiap tahun
  4. my luv nephews -
  5. my dear Hamba Allah - tq
  6. ucu @ ikin - ini kes yang sangat best. dia memang lupa sangat-sangat besday saya. walhal dari pagi lagi kami dah ber'ym' bagai nak rak, bercerita itu ini. menceritakan betapa sibuknya dia dengan kerja-kerja di pejabat. saya memang tunggu sangat-sangat wish dari dia (hehe, memang sangat tak malu) sebab ucu memang tak penah miss setiap tahun. akhirnya dalam pukul 12 tghari, baru dia perasan. tergelak besar saya dibuatnya. "ucu..ucu..aku tau ko banyak keje. tak sempat nak fikir benda remeh temeh macam tu..it's ok..nothing to applogise"
  7. rahim - rakan maya yang byk berkongsi tips PTD seawal PAC hinggalah temuduga
  8. lotfi -
  9. amni -
  10. ema - my cousin
  11. che suhana -
  12. hamizah -
  13. ciknoor cayang - special sms dari australia
  14. saidah -
  15. azila smkadg -
  16. siti noraini - thanx for the cute MMS's bear
  17. syarafina -
  18. qusiah -
  19. maajidah -
  20. tasha -
  21. fariza -
  22. faiz faiza - sahabat smkadg
  23. kak izra - akak, terima kasih akak. hehe, tergelak saya sorang-sorang tengok kartun upin & ipin nyanyi-nyanyi tu. sayang akak tau..semoga akak selamat melahirkan baby.
  24. kak norita -
  25. mimi smkadg -
  26. ninie - amir's fiance (amir ni my bro yang sama belaja kat kuittho dulu)
  27. asha fadla - i'm really appreciate ur wishes. even berada di jepun, masih tak lupa hari lahir saya. moga cepat-cepat balik malaysia ye.
  28. zarifah -
  29. abg dat - hehe, thanx for the calling. iza tau, abg memang takkan lupa. sibuk macam mana pun. terima kasih sebab jadi 'sifu' iza selama ni.
  30. abg man -
  31. nissaq -
  32. liyana oza -
  33. syu -
  34. p krim network -
  35. zuriatina -
  36. asyraf - sahabat blogging
  37. aziyana - sahabat blogging (bakal pengantin)
  38. nano - sahabat blogging (bakal pengantin)
  39. lydia - geng masa kat kuittho a.k.a uthm (kkdk mania)
  40. mahfuzoh - geng masa kat kuittho a.k.a uthm
  41. seeha - geng sekolah rendah
  42. khairee - da only one junior UMT yang masih berhubung
  43. akmalia - geng masa kat kuittho a.k.a uthm
  44. nazihah - geng sekolah rendah
rasanya dah tiada nama yang tertinggal. kalau ada, bagitahu la ye. terima kasih atas semua ucapan. paling banyak, moga panjang umur, murah rezeki & cepat-cepat naik pelamin. amiin. moga Allah dengar semua doa kalian. tiada kata mampu saya ucapkan, may Allah bless all of u..sampai bila-bila.

hehe, ada juga yang terkena 'force wish' dari saya. saya paksa ucapan hari lahir dari mereka buat saya. maaf ye pada mangsa-mangsa saya tu. sekadar gurauan. lagipun saya tak buat kat sebarangan orang. pada mangsa-mangsa saya, gee, kamil & epi, terima kasih. walau macam 'dipaksa', tapi sekurang-kurangnya ada ucapan :)

sebenarnya bagi sesetengah orang, ucapan hari lahir tidak bermakna apa-apa. betul kan? tapi pada saya, 3 perkataan " selamat hari lahir " adalah KASIH SAYANG. saya rasakan getaran disebalik kata-kata itu. dan apa-apa perkara sedih yang berlaku pada hari lahir saya, biasanya sukar untuk saya lupakan. err, kalau ada je la. tapi rasanya semua yang hepi-hepi je.

blog ni sebenarnya tidak ramai yang tahu kewujudannya. jadi mungkin tak semua sedar namanya ada tercatat di sini. memang sengaja saya diamkan. tapi segala apa yang tertulis adalah isi hati saya. terima kasih. sayang semua.