.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, February 23, 2009

~Unstable situation

lusa, rabu (25 feb '09), saya ada temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. persediaan? ntah. saya cuma melayari ptdportal dan mengambil sebanyak mana maklumat dan selebihnya dari hasil carian di internet serta bacaan akhbar.

selain pastikan checklist saya semuanya sudah dibereskan. antaranya :
  • resume - done!
  • sijil yang telah disahkan - done!
  • susunan sijil dalam fail - done!
  • gambar pasport - dalam proses nak cuci
  • kasut - pinjam akak ipar punya
  • blazer - hmm, beli kot nanti, huhu. akak ipar punya saiz besar
  • baju - dah pilih
  • persiapan mental - in progress

harap, kekalutan semasa menghadiri temuduga SPP 3 bulan lepas tidak lagi berulang. peritnya tak dapat memasuki bilik temuduga memang sukar untuk dilupakan. hanya kerana sekeping sijil. iye, pengajaran berharga buat saya.

melihat kepada statistik kekosongan jawatan PTD yang dikeluarkan pihak SPA bagi tahun 2009 kali ini, buat jantung saya makin berdetup detap. hanya 19% dari calon yang ditemuduga akan mengisi bilangan kekosongan jawatan. dan 7% dari calon yang tinggal akan dipilih menjadi calon simpanan. ok, kita abaikan je la ek statistik ni. just do our best in the interview session. aduh, cuak sebenarnya ni.. :(

6 comments:

  1. gud luck..insyaAllah ader rezeki..bnykkan berdoa

    ReplyDelete
  2. ha'ah laaa..sipi2 sama lak nama blog kita eh..hehehe...apa2 pun good luck tuk awknyer interview..baca selawat banyak2 semoga penginterview tu lembut hati terima awk...

    ReplyDelete
  3. salam iza.

    kalau mmg iza berhajatkan jawatan ni, berusahalah dgn lebih tekun dan banyakkan berdoa agar Allah permudahkan semasa temuduga.

    all the best.

    ReplyDelete
  4. good luck akak...
    insyaALLAH..semoga dipermudahkan segala proses temuduga esok...dyh xsihat skrg..huhu..kureng darah..all d best kak..i know u can do it!!! chayok!!!

    ReplyDelete
  5. salam semua..
    alhamdulillah, dah selesai..
    peluang, insyaAllah 50-50..
    terima kasih sgt2 atas sokongan semua..
    :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..