.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, February 6, 2009

~PTD

12 Januari lepas, saya gatal-gatal tangan buka website SPA. Dengan perasaan santai, saya klik pada link keputusan pra-PAC (PTD Assesment Centre) yang saya sertai pada 12 Disember tahun lepas di Geliga, Kemaman. Dengan tak ada perasaannya, saya masukkan no IC saya pada ruangan kosong yang ada. Then, klik butang ‘Hantar’. Haa..! Mata saya cuma nampak pada satu perkataan yang berhuruf besar, diboldkan dan dibirukan “LULUS”. Tiada kata yang terlafaz, hanya AlhamdulilLah yang tak terhingga pada Maha Pencipta. Saya tak menyangka sebenarnya. Samada nasib atau memang sudah rezeki saya untuk lulus, saya bersyukur seadanya. Jadi selepas ni saya hanya perlu menunggu surat untuk sesi temuduga pula.
Teringat kembali saat-saat melalui pra-PAC di Geliga dulu, rasa lemah lutut. 5 aktiviti asas yang kami mesti lakukan, sangat-sangat memerlukan tenaga fizikal dan mental.

Setelah itu, saban hari saya melayari website
SPA untuk mengetahui tarikh temuduga. Semalam, sahabat se’pra-PAC’ saya bagitahu, dah boleh check tarikh temuduga. Terketar-ketar tangan saya. Dup, terpapar cantik di skrin laptop, tarikh & masa temuduga saya.

Alamak..hari Rabu? Tengah-tengah minggu. Serba salah dibuatnya saya nak ambil cuti. Kalau nak ambil cuti awal, terpaksa ambil Isnin, Selasa, Rabu. Tapi kalau nak ambil cuti akhir, kena ambil Rabu, Khamis, Jumaat. Hmm, pusing mana-mana pun, kena ambil cuti 3 hari. Tapi mustahil nak ambil cuti lama-lama. Tiada alasan munasabah (ye la, takkan nak bagitau bos yang saya ambil cuti untuk pergi temuduga kan?). Sudahnya, terpaksa ambil cuti 2 hari je la kot. Agak tak menyeronokkan sebenarnya. Terpaksa bercuti tengah-tengah minggu macam ni.

Paling penting, temuduga itu jatuh sehari sebelum hari lahir saya. Tak tahu apa perasaannya. Tapi sebenarnya lebih kepada nervous. Saya perlu bersedia dengan pelbagai jawapan kepada isu-isu masa kini. Moga Maha Penyayang bantu saya agar saya mampu kuatkan semangat dalam menempuh temuduga tersebut. Paling utama, saya ingin tunaikan hasrat ayah saya yang terlalu inginkan salah seorang anaknya bergelar PTD. Temuduga ini juga sebenarnya sudah menjadi satu hadiah untuk dia. Berjaya atau tidak, saya hanya mampu berserah.

Usaha + Doa + Tawakkal.

8 comments:

  1. Salam...
    TAHNIAH kak...
    all d best for you..
    i'm hepy for you..
    you are very3 lucky...(^^,)v

    ReplyDelete
  2. Tahniah Iza. Dah selamat separuh jalan tu. Insya-Allah akan terus dipermudahkan oleh Allah SWT. Selamat berjaya!

    ReplyDelete
  3. iza..tahniah..buat betul2..bagusnya..akak dulu nak try2 utk ptd tapi tak kesampaian sebb ada halangan..all the best 4 you yang..

    ReplyDelete
  4. congrate iza. biasa orang nak bina masjid ni murah rezeki. Amin..

    ReplyDelete
  5. congrates iza,
    sekurang2nya dah ada harapan tu,
    InsyaAllah dipermudahkan segalanya nanti..:)

    ReplyDelete
  6. dayah,
    thanx dayah..
    teringat dulu kan, masa belaja, kita selalu duk berangan nak keje macam2 kan..hehe


    kakchik,
    terima kasih byk2 atas doa kakchik..
    amin..
    mudah2an makbul doa kakchik.

    ReplyDelete
  7. kak izra,
    insyaAllah kak..
    i'll try my best..
    neves nih..preparation pun baru wat sikit je..


    P,
    hehe..
    'masjid'nya masih dlm proses..
    tapi iza harap jugak, ini satu permulaan perjalanan..


    lydia,
    thanx a lot my friend.. :)

    ReplyDelete
  8. huhu..tq ye kak iza..n tahniah kak iza dh dpt intrview tuh..all da best n gud luck:)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..