.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, February 18, 2009

~Kiranya itu takdir yang tertulis

termenung mencari hikmah. disebalik segala keputusan yang telah ditetapkan. mencari sinar-sinar di celahan susur kehidupan. masih adakah cahaya yang tersembunyi?

bukan menidakkan ketentuan, sekadar melepas rasa yang menghimpit. saya yakin, ada 'warna' disebalik semua ini. cuma belum kelihatan. bukan bermakna saya bersedih, cuma saya perlu menghirup udara secukupnya untuk menerima. bukan juga kecewa, tapi cuma terkilan. mungkin kerana saya punya pilihan sendiri yang mungkin sukar difahami orang lain. sesuatu yang agak remeh di mata orang lain.

iye, mungkin ada silapnya saya di sini. mengharap suatu rancangan akan berjalan lancar, tanpa memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal tiba. tiada plan B. maka, inilah rasanya. perit. tapi peritnya cuma pada saya. orang lain menerima dengan lapang hati. hmm, tapi ok la kan. mereka bahagia, saya juga bahagia.

* saya akhirnya akur, keputusan itu adalah yang terbaik. kalau ada apa-apa yang berlaku hasil dari keputusan itu, maka saya akan terkecuali dari dipersalahkan. sekadar memujuk hati. akhir kata, senyumlah selalu. senyum itu penawar duka & penghibur hati.

4 comments:

  1. ai nape ni iza..sedih dan kecewa jer ni...

    ReplyDelete
  2. heheh..
    cam mane mekna rasa bila tarikh ditunda, camtu la iza rasa.. :P
    aduii..

    ReplyDelete
  3. sabar ye..ingat memang pada logiknya nampak ia keputusan manusia yang buat..tapi PERCAYA..gerakkan itu semua adalah seru dari Yang Esa..Dia yang menggerakkan hati itu..percaya dan redha..kalau tindakan itu salah dan ada kesakitan di kemudian hari..terima itu adalah ujian utk kekuatan..dan jika ia adalah yang TERBAIK utk kita..maka ia adalah HADIAH dari kesabaran sekarang..itu kunci kebahagiaan...nak kongsi ngan akak??jom...

    ReplyDelete
  4. ooo itu alkisahnya..ok tnpa banyk kate..sy paham..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..