.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, February 5, 2009

~Kak Chik..ni roti iza buat

Hehe.. Entry ni untuk Kakchik, orang yang membuka hati saya untuk cuba buat roti. Dah banyak kali tengok Kakchik buat roti, pizza, memang terliur habis. Jadi masa balik Terengganu raya cina hari tu, saya ambil peluang mencuba buat roti ni. Makan ramai-ramai kat rumah, memang seronok habis. Bahan dia simple je. Saya buat roti mengikut dua resipi. Satunya, roti nasi (sandwich loaf). Cuma ada tambahan letak nasi yang dah dimesin hancur ke dalam adunan. Lagi satu roti bun.

Disebabkan ini percubaan pertama saya (tambah pulak saya ni memang bukan pakar memasak *malu*), jadi ada la yang terkurang di sana sini. Saya buat 3 adunan, 2 adunan roti nasi, 1 adunan roti biasa. Adunan pertama agak lembik, mungkin terlebih air masa nak aktifkan yis. Jadi kena la tambah gandum sikit, lebih timbangan dari resipi asal. Gambar-gambar di bawah ni cuma untuk adunan pertama sahaja. Lagi 2 adunan, tak sempat nak snap. Sebab berkejar nak ke majlis walimah kawan semasa sekolah rendah.

3 gambar pertama, tangan saya yang melekit dek adunan yang terlebih air. Hehe, tapi untuk pengetahuan Kakchik, saya dah 'langgar undang-undang'. Roti nasi tu saya bentukkan macam bun. Sebab takde acuan roti yang sepatutnya. Adunan pertama saya biarkan kosong, adunan kedua, masukkan inti. Alhamdulillah, kiranya menjadi la juga ujian saya ni. Roti ni sedap dimakan panas-panas. Lembut. Tapi abang saya komen, tak gebu. Mungkin sebab terlebih gandum tadi. Seronok proses buat roti ni. Dari mula-mula mengadun, pastikan doh betul-betul ok, proses menunggu roti tu menaik, proses membakar sampai la ke proses makan roti. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Terasa satu kepuasan dalam hati. Tambah-tambah pula dikelilingi anak-anak buah yang tak sabar-sabar nak makan. Macam-macam komen keluar dari mulut si kecil.

Soon, i'll try to make another bread. Kakchik, teruskan entry roti & pastry Kakchik ye. Heheh..

7 comments:

  1. wah, wah, wah...

    tu dia... ini yang kakchik suka ni. penyakit yg baik macam ni kalau berjangkit kat orang lain, kakchik happy sesangat.

    TAHNIAH! Tahniah untuk iza yang dah berjaya mendapat satu pengalaman baru. Tak kisah buat bentuk bun atau loaf, asalkan jadi roti sudah, hehehe.

    best kan makan roti buat sendiri. Dah menjadi tu... cuma roti nasi tu boleh dicuba lagi. selalunya dia lembut dan gebu sampai 2 hari.

    lepas ni boleh la buat lagi kan?

    ReplyDelete
  2. nak blaja la buat roti ngan iza boleh tak?

    ReplyDelete
  3. kakchik..
    insyaAllah..pasni iza cuba lagi..biar sampai betul2 puas ati..
    abg iza dah kata, kalau roti ni betul2 jadi, dia suh buat selalu..tak payah beli dah..sbb anak2 dia suka mkn roti..
    ni yg iza jadi makin bersemangat ni.. :)


    adah,
    hai adah..dah betul2 sihat ke?
    hehe..iza pun baru belaja..kalau adah nak belaja, kena belaja ngan sifu, kakchik..

    ReplyDelete
  4. biase2 je... kat tmpt luka tu kdg2 rasa sakit sikit~ pastuh tak leh lmbat mkn n salah mkan kalau tak mmg merana lah~ huhuhu~ ade award untuk Iza.. hehehehehe~

    ReplyDelete
  5. abang iza dah bagi semangat tu... nanti minta dia belanjakan bahan-bahan membuat rotinya hehehe

    ReplyDelete
  6. salam iza,
    kalau ni first time buat roti rasanya dah menjadi lah tu..:)
    dah lama xbuat roti nii...

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..