.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, February 26, 2009

~Happy birthday to me.. (",)

hari ni 26 feb, saya mula bernafas di bumi Allah dalam usia 26 tahun. saya melangkah lagi setapak, meredah lautan kehidupan. syukur alhamdulilLah. segala pujian hanya pada-Nya.


*akan di update kemudian. alahai, tak sempat nak menulis.

~Cerita temuduga PTD

as request oleh 2-3 orang sahabat, saya nak berceloteh sedikit mengenai pengalaman menjalani temuduga untuk jawatan PTD semalam (25 feb '09) di wisma negeri, kuala terengganu. pada surat panggilan temuduga, saya dikehendaki datang pada pukul 8 pagi. saya sampai di wisma negeri lebih kurang pukul 7.30 pagi. mendahului saya, seorang calon perempuan, graduat dari USM. Bunyani namanya. sempat berceloteh sesama kami bagi menghilangkan rasa gugup. lebih kurang pukul 7.40 pagi, kami berjalan beriringan ke tingkat 7 yang merupakan pusat temuduga SPA.

di tingkat 7, terdapat lagi 4 orang calon. tapi 3 darinya bukan untuk temuduga PTD, sebaliknya temuduga sebagai pengajar latihan vokasional (PLV). kami menuju ke pegawai pendaftaran. bunyani mendapat giliran pertama untuk memasuki bilik temuduga, seorang lagi calon giliran no 2. dalam hati, saya memang dah setkan, saya akan jadi calon ketiga. tiba-tiba, saya diberitahu,
"awak calon pertama, bilik no 2 ye.."
"haa..?"
rupa-rupanya terdapat dua bilik temuduga. dua-dua calon tadi semuanya di bilik 1, saya pula bilik 2. alamak. saya cari kerusi untuk menenangkan hati. sambil mengenakan blazer, saya belek kembali susunan sijil-sijil di dalam fail. harap tiada yang tertinggal lagi.

panel penemuduga dari bilik 2 ada dua orang. kedua-duanya perempuan. dan kedua-duanya bergelar dato'. seorang melayu dan seorang berketurunan cina. jawatan apa, saya kurang pasti.

panjang la pula intro. isi penting yang saya nak kongsi di sini adalah soalan-soalan yang ditanya. memandangkan saya calon pertama yang ditemuduga dari bilik 1, maka kawan-kawan selepas saya tak sabar menunggu soalan-soalan bocor dari saya, hehe.
  1. introduce myself - panel bagi soalan dalam bahasa melayu. sekali panel dah abis bagi soalan, dia terus cakap "introduce in english ye". ish..ish..ish..
  2. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD? - penggunaan teknologi terkini
  3. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka. - saya nyatakan kerja sekarang tidak melibatkan saya dengan ramai orang. hanya berdepan komputer semata-mata. sedangkan saya seorang yang sukakan outdoor & interaksi.
  4. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan? -
  5. apa itu MSC? - semasa menjawab soalan keempat, saya menyebut tentang MSC. apa lagi, panel pun mula la 'serang' saya dengan soalan MSC. saya agak panel tu ada latarbelakang IT, tapi hanya secara umum.
  6. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasi-aplikasi tersebut? - salah satunya, panel menekankan mengenai aplikasi e-perniagaan. maaf dato', saya memang goreng jawapan tapi goreng ala kadar. huhu.
  7. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? sebutkan beberapa nama - saya ada menyebut tentang nama infosys, satyam. tapi tiba-tiba saya pula tanya panel, "wilayah iskandar pun sama la kan, dato'?" hehehe, tak pasal-pasal lepas tu saya kena tanya pasal wilayah iskandar. nasib baik saya sempat baca serba sedikit pasal wilayah iskandar.
  8. apakah dia bidang-bidang tugas PTD? - menggubal dot dot dot..
  9. nasional integriti - i'm totally blur about this topic. saya memang langsung tak sentuh tentang hal ni. terasa malu pula dengan panel-panel tu. bila saya tak dapat jawab, panel tu cuba pula tanyakan program-program yang dijalankan bawah nasional integriti. saya cuba jawab, tapi dengan tak sepenuhnya yakin.
  10. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada - sempat panel tanya, "Pos Malaysia Berhad tempat awak kerja sekarang, ada kaitan dengan kementerian mana?" fuh, nasib baik pernah terbaca sebelum ni di bawah KTAK.
  11. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia - bermula dari yg dipertuan agong bla..bla..bla..
  12. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam parlimen? - soalan ni akhirnya melalut-lalut hingga ke dewan rakyat, dewan negara dan lain-lain. berpeluh jugak la dibuatnya.
  13. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda? - panel sebenarnya nak tengok, sejauh mana kita berusaha meyakinkan mereka dengan cara yang penuh diplomatik dan elakkan sekali-kali dari menyalahkan pihak ketiga walaupun kesilapan tu bukan disebabkan kita.
  14. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi? kedua tertinggi? ketiga? - alamak, yang ketiga berkuasa siapa ek? saya jawab ketua setiausaha (KSU), tapi panel tu agak psiko. angguk aje semua jawapan saya. haisyhh..
  15. saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim. jadi apa sumbangan anda dalam program tersebut? adakah anda masih berhubung dengan pengurusan pusat tersebut @ dengan penghuni di sana? apakah tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka? dengan kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim tersebut? - saya paling suka soalan ni. sebab ni antara perkara yang saya suka lakukan. dalam banyak-banyak soalan, di sinilah terkumpul semua keyakinan saya.
  16. *tertinggal info, baru edit entry* penah dengar pasal "makcik komputer"? siapa sasaran pengguna "makcik komputer" ni? - aisey, saya penah dengar pasal "makcik komputer" ni. atau ada juga yang panggil "makcik PC". tapi tak penah tengok depan mata. dan cuma tau, "makcik komputer" ni disasarkan penggunaannya di kalangan warga emas yang baru nak berjinak dengan komputer. selain harganya yang agak murah dan mampu dibeli golongan berpendapatan rendah. huhu, kantoi la saya dengan isu ni. lagipun isu "makcik komputer" ni rasanya dah 2-3 tahun lepas, kan?

akhirnya saya dibenarkan keluar. saya mengerling ke arah jam, 9.10 pagi. saya masuk tadi 8.30 pagi. 40 minit saya berada dalam 'bilik panas' itu, tapi hakikatnya saya tak terasa pun 40 minit tersebut. rakan-rakan diluar yang saya lihat agak lega melihat saya keluar. hehe.

saya langsung tidak merasa suasana provokasi seperti sesi temuduga yang saya dengar dari pengalaman orang lain sebelum ini. saya disoal dengan nada yang cukup santai. semua jawapan saya diangguk dan dibalas senyuman. samada jawapan betul atau salah, semuanya diberi respon yang sama. harapan 50-50. berharap dan tidak berharap sangat.

Monday, February 23, 2009

~Unstable situation

lusa, rabu (25 feb '09), saya ada temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. persediaan? ntah. saya cuma melayari ptdportal dan mengambil sebanyak mana maklumat dan selebihnya dari hasil carian di internet serta bacaan akhbar.

selain pastikan checklist saya semuanya sudah dibereskan. antaranya :
  • resume - done!
  • sijil yang telah disahkan - done!
  • susunan sijil dalam fail - done!
  • gambar pasport - dalam proses nak cuci
  • kasut - pinjam akak ipar punya
  • blazer - hmm, beli kot nanti, huhu. akak ipar punya saiz besar
  • baju - dah pilih
  • persiapan mental - in progress

harap, kekalutan semasa menghadiri temuduga SPP 3 bulan lepas tidak lagi berulang. peritnya tak dapat memasuki bilik temuduga memang sukar untuk dilupakan. hanya kerana sekeping sijil. iye, pengajaran berharga buat saya.

melihat kepada statistik kekosongan jawatan PTD yang dikeluarkan pihak SPA bagi tahun 2009 kali ini, buat jantung saya makin berdetup detap. hanya 19% dari calon yang ditemuduga akan mengisi bilangan kekosongan jawatan. dan 7% dari calon yang tinggal akan dipilih menjadi calon simpanan. ok, kita abaikan je la ek statistik ni. just do our best in the interview session. aduh, cuak sebenarnya ni.. :(

Friday, February 20, 2009

~Ermm..alahai

ahad, hujung minggu semasa merajinkan diri dengan bakul kertas & bunga telur, tetiba diserang batuk. hmmm, berjangkit dari budak-budak la ni. masa tu, semuanya dah batul-batuk. tapi dijangkitkan pula pada makcik diaorang ni. alahai. dah kalau mula batuk, memang tak reti sehari dua. ni mesti berpanjangan punya batuk.

malamnya, dah tak boleh nak tidur lena. batuk hampir sepanjang malam. nasib la.
dalam kereta nak ke tempat kerja keesokannya, tekak jadi tambah gatal disebabkan aircond. kesannya, berbalas-balas batuk dengan my dear bro. dia pun dah terjangkit sama. isyh, isyh, isyh. bersambung-sambung batuknya. kalau buka tingkap kereta, duk hidu bau asap pulak.

isnin-rabu, dah rasa tak sihat badan. demam. huhu, demam disebabkan batuk. sebab tiap kali batuk, mesti terasa kejang je urat dalam perut. tu yang boleh bawak ke demam. tambahan pula, makin demam saya jadinya bila dapat berita baru. sabar je la. duk kat ofis pun, fikiran melayang-layang je teringat bantal. seram sejuk je duk dalam aircond. semalam dengan hari ni, demam dah ok, selsema pula bagi salam kat hidung ni. macam dah berjanji je selsema dengan batuk tu. ye la, adik beradik la katakan.

tapi sebabnya cuma satu. saya ni tak suka makan ubat. cuba jugak makan ubat batuk malam tu, tapi lepas tu abis semua makanan yang kat dalam perut keluar semula. hehehe. nak buat macam mana ye. rasa macam budak-budak pun ada :p kalau ubat pil, insyaAllah, laju je telan. jadi, saya biarkan batuk tu baik dengan semulajadi. sebab susah nak jumpa ubat batuk dalam bentuk pil. klinik pun, biasanya saya jejakkan kaki masa nak buat buat medical check up je. jarang la pergi sebab sakit (ni yang ramai kata saya degil). sebagai ganti ubat batuk, saya makan gula-gula berangin. ada jugak la rasa berkurangan batuk tu. takpe, mungkin sakit-sakit ni datang sebagai kifarah dosa-dosa kecil saya :) sambil dalam hati, tak henti-henti lafazkan selawat syifa'.

jadi pada siapa-siapa yang sakit kat luar sana, jangan lupa pegi klinik ye. jangan degil macam saya, hehe.

Thursday, February 19, 2009

~Suci dalam debu

hujung minggu lepas, banyak habiskan masa bermain surat khabar lama. surat khabar bersaiz 'comel' itu, dipotong 8. kiranya satu muka biasa dipotong 4, sama besar. digulung-gulung dengan menggunakan hujung lidi yang halus, di gam dan disambung-sambung. kemudian di belit-belit membentuk sebuah bakul yang cantik. tapi malangnya bakul yang saya buat, 'malu' nak diambil gambarnya. sebab senget benget. nak tengok bakul kertas yang comel-comel, boleh tengok di blog Cik Nano kita. ada tertulis langkah demi langkah nak buat bakul tu. cik nano ni asalnya nak bantu buat persiapan kahwin abang dia, tiba-tiba je bertukar kepada buat persiapan majlis kahwin sendiri. bertunang express, memang marvellous. hehe, gempak pula rasanya bila baca blog cik nano ni. ish, ter'promote' pulak. (psst : nano, jgn lupa bunga telur untuk akak satu nanti ye..hehe). sudahnya, habis semua anak-anak buah saya pun terikut-ikut main surat khabar juga. alih-alih, kertas yang mereka gulung, disambung-sambung menjadi pedang. alahai.

pening-pening buat bakul kertas, saya merajinkan diri cuba buat bunga stokin - bunga telur. gulung-gulungkan dawai besi, bentukkan ikut kreativiti sendiri, sangkutkan stokin pada dawai besi, then ikat. taraa, jadilah kuntuman bunga. hehe, cakap memang senang, tapi masa bentuk-bentukkan dawai besi pakai playar, macam-macam gaya saya buat. sakit tangan-tangan duk main dengan dawai-dawai tu. tapi alhamdulillah, menjadi dan puas hati. cuma bunga-bunga tu perlu disusun baik-baik sebab dawainya lembut dan mudah sangat nak jadi senget kalau terhempap dengan benda lain. tengok la, kalau bunga-bunga ni menjadi elok je, boleh buatkan untuk majlis kahwin saya punya "Chenta Hati" , Mei nanti yang tertangguh 2 bulan dari tarikh asal. hehe, kalau ada masa la kan. kalau dapat buat dalam 30 kuntum, kira ok juga rasanya tu. bakul kertas pun sebenarnya saya belajar buat untuk majlis dia juga. nak buat untuk majlis sendiri, sempat la bunga & bakul tu jadi buruk dulu kot, huhu. kalau ada siapa-siapa nak belaja & penuhkan masa terluang buat bunga stokin ni, boleh jenguk kat sini.

tapi sambil-sambil buat bakul & buat bunga stokin, sempat saya luangkan masa baca buku yang saya baru je beli seminggu yang lepas. tulisan dr. hm tuah iskandar al-haj. bertajuk "tau tak apa". saya suka tulisan dr. tuah. tulisannya santai. mudah difahami dan tak berbelit-belit. selain cukup bermotivasi. boleh dikatakan semua buku tulisannya telah menjadi koleksi saya & my dear sis. salah satu topik menarik dalam buku dr. tuah kali ini adalah mengenai khasiat taugeh.


*hmm, ntah apa kena mengena tajuk kat atas tu dengan isi kandungan entry ni.

Wednesday, February 18, 2009

~Kiranya itu takdir yang tertulis

termenung mencari hikmah. disebalik segala keputusan yang telah ditetapkan. mencari sinar-sinar di celahan susur kehidupan. masih adakah cahaya yang tersembunyi?

bukan menidakkan ketentuan, sekadar melepas rasa yang menghimpit. saya yakin, ada 'warna' disebalik semua ini. cuma belum kelihatan. bukan bermakna saya bersedih, cuma saya perlu menghirup udara secukupnya untuk menerima. bukan juga kecewa, tapi cuma terkilan. mungkin kerana saya punya pilihan sendiri yang mungkin sukar difahami orang lain. sesuatu yang agak remeh di mata orang lain.

iye, mungkin ada silapnya saya di sini. mengharap suatu rancangan akan berjalan lancar, tanpa memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal tiba. tiada plan B. maka, inilah rasanya. perit. tapi peritnya cuma pada saya. orang lain menerima dengan lapang hati. hmm, tapi ok la kan. mereka bahagia, saya juga bahagia.

* saya akhirnya akur, keputusan itu adalah yang terbaik. kalau ada apa-apa yang berlaku hasil dari keputusan itu, maka saya akan terkecuali dari dipersalahkan. sekadar memujuk hati. akhir kata, senyumlah selalu. senyum itu penawar duka & penghibur hati.

~It's hurt

bila 3 lawan 1, maknanya yang 3 akan menang. yang 1 akan kalah, kan? saya yang 1, maknanya saya yang kalah. mengalah tanpa diberi peluang berbicara @ peluang menyuarakan pendapat. ok, fine. saya terima keputusan tu dengan hati terbuka. and, starting from today, i'll forget all my plans. i think, nothing to do now. it's time to rest. hehe,merajuk la konon.
.
.
.
*ucu..sentiasa berusaha "hadapi dengan senyuman"

Monday, February 16, 2009

~Muhasabah

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
bukan ALLAH taktau betapa deritanya hatimu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA...

Tuesday, February 10, 2009

~Cuti-cuti

Tahun ni agak banyak cuti berlanjutan. Maksud saya, cuti hujung minggu bersambung-sambung dengan hari kelepasan am. Bermula dengan Tahun Baru Cina, Hari Wilayah serta Hari Thaipusam. Bila dah mula bercuti 3 hari, punya la liat nak ke tempat kerja bila dah masuk minggu baru.

Sabtu, 7 Feb 2009
, saya teruskan “Misi Lesen Kereta” saya dengan mengikuti ceramah bengkel. Haisyhh, bayar RM200, masuk bengkel tak sampai 2 jam setengah. Tapi takpelah, nak dapat sekeping lesen, ini la harganya. Sebenarnya “Misi Lesen Kereta” ni dah lama sangat tertangguh. Bukan sebulan dua, tapi dah bertahun-tahun. Ada je halangannya. Hehe, sampaikan adik-adik kat UMT dulu pun dah naik jemu tunggu saya ambil lesen. Sampai sudah, mulut je penat mencipta harapan. Tapi kali ni, AlhamdulilLah, saya mulakan langkah dengan sepenuhnya menggunakan duit sendiri. Orang lain agaknya dah memandu kemana-mana, tapi saya baru nak bermula. Apapun, sekurang-kurangnya saya dah mulakan langkah kan?

Ahad, 8 Feb 2009
, memulakan latihan amali. Mula-mula giliran orang lain. Sorang akak yang dah 5 jam menjalani amali. Cikgu tu minta saya ikut, duduk di bahagian belakang. Katanya, perhatikan macam mana akak tu memandu. Mak aih, cikgu tu agak garang. Akak tu pula kadang-kadang menggelabah. Saya yang duduk kat belakang ni, tak habis-habis kaki ni asyik nak ‘break’ aje. Akak tu pusing-pusing dalam 5 kali, cikgu tu minta saya pula yang bawa. Mula-mula cikgu tu suruh saya main-main dengan gear. Agaknya naik pening gear tu saya mainkan. Then, main pulak dengan clutch. Ke depan, kebelakang. Ke depan, ke belakang. Lebih dari 10 kali saya kira. Cikgu tu nampak saya agak konfiden, dia ajak pusing litar. Tapi awal-awal lagi cikgu tu dah tegur, “Aik, saya baru ajar sikit, awak dah berani tekan minyak ye?”
Aduh, termalu sekejap saya dibuatnya. Memang dia belum suruh pun lagi main dengan minyak tu. Saya yang ‘lawan tokei’. Sempat mencuba jalan bukit 3 kali. Dan 3 penjuru 2 kali. Perasaan? Memang sangat best. Tak sabar nak tunggu next class.

Isnin, 9 Feb 2009
, jalan-jalan lagi dekat Jalan TAR. Biar apa orang kata, saya tetap suka shoping kat situ. Pergi berempat dengan my dear sis, my dear bro and my dear sis-in-law. Alamak, memang agak leceh bila pegi shoping dengan orang lelaki ni. Rasa agak kurang bebas nak memilih. Tapi takpe, nasib baik la my dear bro kadang-kadang agak memahami la juga. Tak banyak kedai yang saya masuk, antaranya cuma Kedai Bunga Reben, Bunga Juta, Su Hua, pastu sempat ke Semua House dan 2 buah kedai di sekitar Masjid Jamek. Sempat la buat perbandingan harga. Tapi pusing punya pusing, saya kembali ke Kedai Bunga Reben sebab harga agak murah berbanding kedai lain & ada potongan harga. Pekerja kat situ pun agak membantu dalam banyak perkara. Contohnya berapa meter reben yang digunakan untuk satu-satu kotak hiasan. Kami bertiga mulakan operasi ‘mengutip’ barang. Time to pay, dekat Rm1++ juga la saya berhabis. Untuk hiasan sahaja. Itupun dah berjimat habis-habisan dah rasanya. Nampak macam sikit je barangnya. Hehe, sekarang baru terasa tempiasnya. Sebelum balik, sempat ke Sogo. Hari terakhir ada jualan murah. Saya cuma pusing-pusing walaupun ada berkenan dekat satu handbag. Erkk, sekarang waktu berjimat. Jadi terpaksa simpan impian dalam hati sahaja.

Friday, February 6, 2009

~PTD

12 Januari lepas, saya gatal-gatal tangan buka website SPA. Dengan perasaan santai, saya klik pada link keputusan pra-PAC (PTD Assesment Centre) yang saya sertai pada 12 Disember tahun lepas di Geliga, Kemaman. Dengan tak ada perasaannya, saya masukkan no IC saya pada ruangan kosong yang ada. Then, klik butang ‘Hantar’. Haa..! Mata saya cuma nampak pada satu perkataan yang berhuruf besar, diboldkan dan dibirukan “LULUS”. Tiada kata yang terlafaz, hanya AlhamdulilLah yang tak terhingga pada Maha Pencipta. Saya tak menyangka sebenarnya. Samada nasib atau memang sudah rezeki saya untuk lulus, saya bersyukur seadanya. Jadi selepas ni saya hanya perlu menunggu surat untuk sesi temuduga pula.
Teringat kembali saat-saat melalui pra-PAC di Geliga dulu, rasa lemah lutut. 5 aktiviti asas yang kami mesti lakukan, sangat-sangat memerlukan tenaga fizikal dan mental.

Setelah itu, saban hari saya melayari website
SPA untuk mengetahui tarikh temuduga. Semalam, sahabat se’pra-PAC’ saya bagitahu, dah boleh check tarikh temuduga. Terketar-ketar tangan saya. Dup, terpapar cantik di skrin laptop, tarikh & masa temuduga saya.

Alamak..hari Rabu? Tengah-tengah minggu. Serba salah dibuatnya saya nak ambil cuti. Kalau nak ambil cuti awal, terpaksa ambil Isnin, Selasa, Rabu. Tapi kalau nak ambil cuti akhir, kena ambil Rabu, Khamis, Jumaat. Hmm, pusing mana-mana pun, kena ambil cuti 3 hari. Tapi mustahil nak ambil cuti lama-lama. Tiada alasan munasabah (ye la, takkan nak bagitau bos yang saya ambil cuti untuk pergi temuduga kan?). Sudahnya, terpaksa ambil cuti 2 hari je la kot. Agak tak menyeronokkan sebenarnya. Terpaksa bercuti tengah-tengah minggu macam ni.

Paling penting, temuduga itu jatuh sehari sebelum hari lahir saya. Tak tahu apa perasaannya. Tapi sebenarnya lebih kepada nervous. Saya perlu bersedia dengan pelbagai jawapan kepada isu-isu masa kini. Moga Maha Penyayang bantu saya agar saya mampu kuatkan semangat dalam menempuh temuduga tersebut. Paling utama, saya ingin tunaikan hasrat ayah saya yang terlalu inginkan salah seorang anaknya bergelar PTD. Temuduga ini juga sebenarnya sudah menjadi satu hadiah untuk dia. Berjaya atau tidak, saya hanya mampu berserah.

Usaha + Doa + Tawakkal.

Thursday, February 5, 2009

~Kak Chik..ni roti iza buat

Hehe.. Entry ni untuk Kakchik, orang yang membuka hati saya untuk cuba buat roti. Dah banyak kali tengok Kakchik buat roti, pizza, memang terliur habis. Jadi masa balik Terengganu raya cina hari tu, saya ambil peluang mencuba buat roti ni. Makan ramai-ramai kat rumah, memang seronok habis. Bahan dia simple je. Saya buat roti mengikut dua resipi. Satunya, roti nasi (sandwich loaf). Cuma ada tambahan letak nasi yang dah dimesin hancur ke dalam adunan. Lagi satu roti bun.

Disebabkan ini percubaan pertama saya (tambah pulak saya ni memang bukan pakar memasak *malu*), jadi ada la yang terkurang di sana sini. Saya buat 3 adunan, 2 adunan roti nasi, 1 adunan roti biasa. Adunan pertama agak lembik, mungkin terlebih air masa nak aktifkan yis. Jadi kena la tambah gandum sikit, lebih timbangan dari resipi asal. Gambar-gambar di bawah ni cuma untuk adunan pertama sahaja. Lagi 2 adunan, tak sempat nak snap. Sebab berkejar nak ke majlis walimah kawan semasa sekolah rendah.

3 gambar pertama, tangan saya yang melekit dek adunan yang terlebih air. Hehe, tapi untuk pengetahuan Kakchik, saya dah 'langgar undang-undang'. Roti nasi tu saya bentukkan macam bun. Sebab takde acuan roti yang sepatutnya. Adunan pertama saya biarkan kosong, adunan kedua, masukkan inti. Alhamdulillah, kiranya menjadi la juga ujian saya ni. Roti ni sedap dimakan panas-panas. Lembut. Tapi abang saya komen, tak gebu. Mungkin sebab terlebih gandum tadi. Seronok proses buat roti ni. Dari mula-mula mengadun, pastikan doh betul-betul ok, proses menunggu roti tu menaik, proses membakar sampai la ke proses makan roti. Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Terasa satu kepuasan dalam hati. Tambah-tambah pula dikelilingi anak-anak buah yang tak sabar-sabar nak makan. Macam-macam komen keluar dari mulut si kecil.

Soon, i'll try to make another bread. Kakchik, teruskan entry roti & pastry Kakchik ye. Heheh..

~Bisikan Pengharapan

*~ Hanya yang mengerti akan memahami ~*

Saat bayu bertiup lembut,
Saat mentari menjatuhkan tirai,
Saat bulan mula menerangi alam,
Aku terpana sendirian,
Melayang diri di bawa alunan kenangan & impian.

Sesaat terpejam mata,
Secangkir rasa menuntas di hati,
Ralatkah hati melewati takdir?

Lalu hati menari mencipta tari,
Lemah gemalai geraknya,
Lantas bersuara lembut,
“Sayang, ini takdir terindah buatmu..mengapa harus kau berlari mencari lelah?”
Bibir memekar senyum,
Manis, namun tetap diiring kelat.

Tidak mudah meraih rasa itu,
Namun hati tidak berhenti berharap,
Mencuba dan mencuba,
Berbisik tentang bahagia,
Galak mencari erti kegembiraan,
Moga pengharapan ini berakhir,
Dengan 1001 rahmat dari-Nya.
Amin.