.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, January 21, 2009

~Sepi itu indah

Berlegar-legar di ruang fikiran, benarkah sepi itu indah? Melihat ruang-ruang di dalam hati, serasa seperti separuh diisi dan separuhnya kosong. Apakah isi dalam hati boleh disamakan dengan teori “gelas separuh kosong atau separuh penuh”? Insan yang positif melihat gelas sebagai separuh penuh. Berbeza dengan pemikiran negatif yang asyik punya pemikiran yang gelas masih lagi separuh kosong. Tiada kemajuan.

Sepi.
Tika merenung sepi,sempat hati berteleku di jendela kehidupan. Mengulang tayang segala memori hidup. Pahit manis. Jerih perih. Terasa mesra menyapa ingatan. Saat-saat begini, saya lebih mudah untuk refresh kembali semua perkara. Baru terserlah, rupanya banyak juga dugaan demi dugaan yang telah ditempuhi. Jatuh, kembali bangun. Rebah, merangkak perlahan-lahan. Syukur, banyak tangan yang dihulur tika saya lemah. Disambut penuh rasa tanggungjawab oleh insan-insan tersayang. Tegap bahu mereka memapah saya dengan kasih sayang setulusnya. Kiranya, saya memang manusia beruntung!


Alhamdulillah, sebetulnya hati saya sebenarnya telah ‘terisi’. Jangan ada yang tersalah faham. Cuma sepi yang saya maksudkan hanyalah ruang untuk bersendiri. Ruang untuk saya menilai kembali segala kesilapan diri. Fitrah manusia, selalu fikir diri sendiri adalah terbaik. Segala tindak tanduk, segala keputusan, sukar sekali mengambil kira perasaan insan lain walaupun dicuba berkali-kali. Sungguh!

Mulut saya terkadang berbicara pantas merentasi akal. Maka jadilah, bercakap dulu dan berfikir kemudian. Natijahnya? Hatinya terguris luka. Maka menyepilah hati itu. Terkatup rapat dari sebarang bicara. Ah, gembirakah dia dengan ‘sepi’ itu? Cuma bagi saya, sepi cukup memberi ruang untuk berfikir. Ruang untuk mengusir kesakitan itu pergi. Bagai dirawat di hospital hati. Masa yang berlalu bagai formula mujarab bagi mencipta rindu. Pernah merasainya? Tepuklah dada, tanya selera anda.

5 comments:

  1. uwaaa..jgn la ckp camtu..akak lagi sepi ni..sepi ini bisa membunuh ku...

    ReplyDelete
  2. sepi??
    sometimes it will come in ur life...
    ;D
    tp kan sperti yg akak kata, ade byak tgn yg menghulur ketika lemah...
    hidup bukan sendirian kan...

    ReplyDelete
  3. betul tu maa..
    hidup bkn sendirian..
    :)
    so sweet kan..

    ReplyDelete
  4. Dah respons...
    Hahah, first tag ni..
    tatau nak wat canee...

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..