.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, January 6, 2009

~Selamatkan Palestin

Israel terus-terusan menyerang Gaza. Itulah berita sedih yang sedang menyerang dunia Islam tika ini. Tidak kira tempat. Bangunan, rumah, kedai, masjid walhal di hospital pun menjadi sasaran serangan.

Pesakit bergelimpangan di hospital yang serba kekurangan bekalan. Bekalan elektrik telah terputus. Pihak hospital hanya bergantung harap pada mesin janakuasa disamping bekalan alat perubatan & ubat-ubatan yang kian berkurangan. Sangat kejam apabila serangan melibatkan semua penduduk. Orang dewasa, kanak-kanak malahan warga emas dan bayi juga menjadi mangsa. Mengalir air mata melihat kesakitan mereka. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Mayat dimana-mana. Bekalan makanan & barang-barang dari luar telah disekat dari sampai ke penduduk Gaza. Gencatan senjata cukup mustahil untuk dipersetujui pihak Israel yang maha zalim. Allahu Akbar. Kezaliman di mana-mana. Tangisan, ketakutan, kesedihan, bukanlah satu kepentingan pada Israel. Rayuan kanak-kanak kecil hanya ditulikan telinga. Darah yang memercik hanya dibutakan mata.
Entah apa silapnya, PBB seolah menutup kedua belah mata. Negara-negara arab juga seolah tidak punya kuasa untuk membantu.

Marilah kita sama-sama mengutuk kezaliman Zionis La'natullah ini dengan membacakan Qunut Nazilah dan mengharapkan supaya Allah melindungi saudara kita di Palestin dan menghapuskan segenap kekuatan musuh-musuh Islam.


klik gambar untuk paparan yang lebih besar

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu:

Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut (tapi saya cuma letakkan dua cara sahaja disini. Ada sesiapa yang boleh bantu bagitahu cara ketiga tak?). Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah seperti di atas,
bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah
ini boleh dibaca selepas solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa
qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

4 comments:

  1. salam iza, kakchik nak copy doa qunut nazilah ni. boleh la ya.

    ReplyDelete
  2. erkk..
    hehe..
    so surprise tengok nama kak tasik kat sini..

    ziarah la lagi ek..
    :)

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..