.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, January 5, 2009

~Mummy-to-be

Intan, sahabat maya saya. Dah kenal hampir 4 tahun. Kenal melalui seorang sahabat yang lain. Ketika itu, kami berkongsi satu cerita. Alhamdulillah, ukhwah berkekalan hingga kini. Intan selamat bergelar isteri kepada Farid 7 bulan yang lepas. Bermula saat itu, Intan saban hari berdoa agar dikurniakan zuriat penyambung kasih antara mereka suami isteri.

Semalam, dia SMS saya dengan perasaan excited.
"Aku dah pregnant....! Dah 6 minggu. Thanx doakan aku selama ni."
Alhamdulillah, akhirnya penantian Intan & Farid membuahkan hasil. Seronok benar dia bila saya memanggilnya dengan panggilan Mummy-to-be.
Sampaikan sempat dia berpesan, "Nanti nama aku kat phonebook ko, tukar nama Mummy-to-be tau..hehe. Aku suka panggilan tu. "

Katanya, sebaik sahaja mengetahui dia mengandung, Farid mula diserang morning sickness, walhal Intan seperti biasa sahaja. Tiba-tiba aje. Semoga Intan sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan. Kepada Intan (walaupun saya tahu, dia jarang buka blog ni), jaga diri baik-baik. Makan kena jaga. Pertingkatkan amalan-amalan wajib & perbanyakkan amalan-amalan sunat. Mudah-mudahan baby membesar dalam keadaan 'rahmat'.

4 comments:

  1. salam,
    patut ler aku rase gatal telinga ari nie.ada org ngumpat aku rupenyer.aku rase la kan, ada ker org pregnant tak suker dipanggil mummy-to-be tu?ngeh..ngeh..ngeh..

    tapi timer kacih la doakan aku.aku cayang ko.haa, lagi satu, pandai2 jer tuduh aku tak bukak blog ko..aku bukak tau.bace perkembangan idup ko.tapi aku diamkan jer.silent reader gitu.

    ReplyDelete
  2. heheh, maaf la intan..terasa ke? mummy-to-be takleh majuk2 kan?
    huhu, bukan semua org pregnant suka dipanggil mummy-to-be..aku dah penah kena :) tapi tak kisah la kan..that's why aku cam takut2 je dlm sms hari tu..karang ko marah aku panggil camtu, aku lak yang kecik ati..hehe, ngade2 kan..

    apapun, tq sbb luang masa masuk blog aku..cayang kat mummy-to-be..!

    ReplyDelete
  3. aku tak pandai main2 blog,jd aku dtg bace jer la.tp rasa teruja skit biler ada nama kiut aku dlm blog ko ni.pastu ko kongsi kegembiraan aku pulak tu.hepi gitu.

    Ooooo.. (tgok,aku dh terikut ko punyer Ooooo.. panjang2),ader yang tak suker dipanggil mcm tu ker?takper la.hak masing2.

    tp aku musykil ni, sejak biler ko guna 'saya' dlm blog?ngeh..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  4. heheh..
    tahun baru, azam baru, smgt baru..
    starting today, aku nak tulis blog pakai 'saya'..
    erkk..nampak cam sopan sikit..ye tak? tambah pulak, aku segan la dgn bloggers lain..

    p/s:perasan gak ko yek?hehe..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..