.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, January 30, 2009

~Jalan-jalan survey barang

Semalam saya bercuti. Book off. Kena habiskan book off tu dalam minggu ini juga. Jadi saya ambil hari Khamis. Ambil kesempatan nak jalan-jalan survey barang. Nak ambil hari ini, jumaat, saya fikirkan kekangan masa bila masuk waktu solat jumaat.

Pagi-pagi keluar rumah macam biasa, macam pergi kerja lagaknya. Hehe. Sempat masuk ofis sekejap, selesaikan apa-apa yang patut. Pukul 11, memulakan langkah menuju ke Jalan TAR. My favourite place. Sebab mudah nak dituju. Dan tahu dimana nak dicari barang-barang yang nak disurvey. Harga pun boleh dirunding di sebahagian kedai.

Awal-awal berjalan, perut dah lapar. Tapi kaki menonong je berjalan ke kedai kain Jakel. Biasanya kadar kaki saya berjalan dalam 20km/j tapi hari ni jadi 10km/j sebab jalan berteman. Bukan berseorangan seperti biasa. Kesian kat si peneman saya tu nanti, hehe. Masuk ke kedai kain Jakel, kami terus ke tingkat atas. Mula-mula agak terpinga-pinga juga sebab tak nampak pun kain yang nak dicari. Tapi pekerja kat situ macam dah faham je, jadi automatik mereka bagitahu, “kain tu ada kat tingkat 3”. Tersenyum je la kami sambil berterima kasih. Wah, memang banyak pilihan. Baru je nak jenguk-jenguk, dah ada seorang pekerja yang duk ikut-ikut kami. Aduh. Bukan tak suka, tapi rasa macam tak ada privacy nak memilih. Dia pun tunjukkan kain lace, then tunjuk kain chiffon (betul tak eja ni ek?). Lace agak keras berbanding chiffon tu. Tapi lace nampak lagi cantik. Disebabkan kami cuma nak survey je dulu, jadi kami tak ada la beria-ia sangat. Harga yang ditawarkan agak mahal la, tapi standard la kot.

Bila dah berura-ura nak keluar dari Jakel tu, datang sorang akak ni tarik tangan saya.
“Eh, adik. Meh sini akak nak tunjuk. Adik nak yang macam mana? Berapa meter? Akak boleh bagi diskaun,” sambil tangan dia mencapai kalkulator.
“Ok, kalau adik nak kain ni plus kain tu, akak bagi harga macam ni,” sambil tangan dia menunjuk arah kalkulator. Ish, banyak juga la less dia bagi. Buat saya berkira-kira semula. Tapi peneman saya tu ajak keluar pergi tempat lain juga. Tapi akak tu tarik lagi tangan saya. Siap buat demo. Letak kain atas badan saya. Bagitahu design itu dan ini yang boleh dibuat. Ish,segan bagai nak rak. Memang psiko betul la orang berniaga ni. Kalah saya dibuatnya. Tapi lama kelamaan, kami berjaya juga keluar dari situ. Dekat 45 minit juga la kat situ. Ntah berapa kali telefon my dear mom, tanya pendapat. Ish, lepas ni kena fikir 2-3 kali kalau nak masuk situ, hehe.

Kami pusing-pusing lagi. Masuk ke satu kedai ke kedai yang lain. Survey itu dan ini. Tapi tetap takde yang berkenan. Akhirnya kami masuk ke satu kedai yang pernah kami kunjungi dulu. Lama dulu. Ada baju yang dah siap, ada juga dijual kain sahaja. Lagi sekali kami rambang mata. Akhirnya jumpa juga pilihan hati. Memang cantik di mata kami. Kat mata orang lain, tak pasti la macam mana. Beli ke tak beli ye baju tu? Hehe, entah lah. Tanyalah dia..

Sebenarnya banyak barang yang kami dah jumpa. Janji, poket berisi, semua jadi. Hmm..

3 comments:

  1. hehehe..kelakaar la..tulah lain kali jalan tu dah kena ckup semuanya..tapi kan iza..kelakar kan..nnt bila dah bersatu..nnt bila kenag balik..pasti kita akan ketawa sorng2..hehe..

    ReplyDelete
  2. oo bride to be jgk rupanya..hurm selamat masuk ke alam pening kepala nk prepare semua bende..

    ReplyDelete
  3. kak izra,
    tau takpe kak..
    hehe..poket kering ni, jadi tengok2 je la barang tu.. :p


    yana,
    lambat lagi majlisnya..tapi dah terasa jugak la sikit2 fening2 lalat tu..huhu

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..