.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, January 15, 2009

~Dia

Semalam saya YM dia. Eh, bukan. Dia YM saya. Dia.. kawan lama. Kenal ketika musim menuntut ilmu di bumi KUiTTHO. Kini UTHM. Musim masih lagi dalam tahap kanak-kanak Ribena. Penuh keriangan. Yang sesekali dibadai ribut.

Kami berbual perkara biasa. Pasal kesihatan, makan-makan, kerja & cerita terkini. Tengah-tengah rancak berbual, tiba-tiba keadaan jadi kabut. Dia pinta sesuatu tapi saya menolaknya. Dengan selembut yang mungkin, saya kira. Hmm, saya tak pasti dengan penerimaannya. Dia cuma menjawab sepatah, “Ok”.

Saya tak sengaja. Itu hakikat. Bukan alasan. Macam tindakan refleks. Dia minta dan saya tolak. Banyak faktor yang diambil kira di atas penolakan saya itu. Salah satunya, faktor umur. Kami sama-sama dah masuk umur suku abad (hehe, macam dah tua bunyinya). 2009, bertambah lagi setahun. Bukan lagi umur untuk bertindak ‘nakal’. Tiada lagi istilah untuk ‘main pondok-pondok’. Saya cuma ingin bertindak sewaras yang mungkin. Seharusnya, kematangan semakin meningkat seiring pertambahan umur. Tahu menilai antara hak & yang batil. Saya harap dia mengerti maksud saya.

Sebenarnya banyak lagi faktor lain. Tapi saya tahu, dia sendiri sedar perkara ini. Tak perlu ditulis panjang-panjang. Andai ‘dia’ membaca entri saya ini, saya cuma nak beritahu satu perkara, ukhwah filLah kita takkan pernah terputus. Saya janji itu. Tapi qada’ dan qadar Allah pasti mengatasi segalanya. Last but not least, jangan kecil hati ye.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..