.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, January 28, 2009

~Cuti-cuti Malaysia

Sabtu, 24 Jan '09, tepat jam 4.30 pagi, Unser yang memuatkan 9 penumpang meluncur laju menuju ke arah pantai timur. Dimulakan dengan doa menaiki kenderaan, moga perjalanan selamat & dirahmati-Nya. Mencari kelainan dari biasa, kami ke Terengganu melalui lebuhraya Jabor, bukan seperti kebiasaannya, melalui jalan pantai Kemaman-Paka-Dungun-Marang-KT. Perjalanan kami bagai diiring restu, Cuaca agak redup, tidak terlalu panas. Cuma sesekali kereta disimbah hujan rahmat. Sempat seketika singgah di Ajil, melihat baby (anak kepada adik lelaki my sis-in-law)yang baru menjenguk 38 hari ke dunia. Manis je mukanya. Sejernih hati yang putih bersih.

Tepat jam 12.45 tengahari, kaki selamat menjejak kaki ke baiti jannati tersayang. Tak terungkap dengan kata-kata betapa indah saat itu. Masuk-masuk je ke dalam rumah, hidung dah menangkap bau yang menyelerakan. Bubur asyura! Hehe, tak sempat nak request, tapi auranya dah dihidu terlebih dahulu oleh bonda tersayang. Itulah naluri hati bonda *keajaiban* yang jarang dimiliki hati seorang ayah.

Jam 3.30 petang, bergerak pula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Melawat bapa saudara tunggal sebelah my dear dad yang hampir 3 minggu terlantar di katil. Sakit warga tua diselang seli dengan penyakit orang kita, kencing manis. Sayu rasa hati. Makan pun hanya melalui wayar. Tak mampu makan seperti normal. Tapi suasana di wad kelas 1 itu tetap terasa meriahnya dengan kehadiran anak-anak & cucu-cucu yang sedikit pun tak terlepas pandang pada insan tua yang banyak berjasa itu. Dan sebenarnya, itulah penawar paling mujarab. Kebahagiaan & kasih sayang.
AHAD, 25 JANUARI '09

Bangun pagi, masing-masing keletihan. Hehe, keletihan sebab berjaga malam. Terutama saya & my dear sis. Rancak bercerita. Itu ini, begitu begini. Kejap-kejap mengekek ketawa. Sampai tiga empat kali ditegur my dear mom. Pagi ni cuma breakfast nasi goreng cina plus keropok lekor semalam. Berselera bagai. Pukul 10, selesai breakfast, dah mula nak masak untuk lunch pula. Menu, laksa terengganu. Cuma sempat snap gambar ikan dengan santan je. Yang lain-lain, selesai je masak, terus ngap masuk mulut. Dah lupa kamera duduk kat mana.

Petang, pukul 3 je, semua dah bersemangat nak keluar jalan-jalan. Destinasi utama, TELUK KETAPANG. Dah lama dah mengidam nak pergi ke situ. Teringat kenangan-kenangan lama di situ. Tapi budak-budak dah gian nak main kat tepi pantai dulu. Siap bawak beach set. Tapi yang tahannya, ada pulak buat binaan macam kubur. Kami yang jadi pemerhati ni cuma bantai gelak je. Sempat dirakam beberapa keping gambar.

Sempat la sejam diaorg ni berkampung main pasir, kemudian gerak ke gerai makan terdekat. Masing-masing dah lapar perut. Saya bawa keluarga saya ke gerai yang saya & adik-adik Princesses 39 selalu menjamu selera. Gerai pakcik tu memang selalu jadi perhatian. Mungkin kerana servis dia yang agak mesra pelanggan. Saya minta 3 meja dengan 13 biji kerusi. Berkerut muka pakcik tu. Kecoh jadinya kejap. Tapi selepas itu, muncul lagi 2 keluarga besar ke gerai pakcik tersebut. Lagi meriah rupanya. Yang satu tu 18 orang semuanya dan lagi satu family, 15 orang. Masing-masing ambil peluang bercuti sempena cuti panjang ni. Menu di sini, keropok lekor, udang celup tepung, sotong celup tepung, ikan celup tepung & ABC special. Yum, yum.. masing-masing kecur air liur menunggu makanan sampai.
















to be continue..hari ini saya bercuti. nak jalan-jalan cari barang.. :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..