.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, January 29, 2009

~Bahagia itu cahaya hati

Kekuatan emosi ada pada hati kita. Kuat & teguh hati kita, maka positif la diri. Mata hati yang sentiasa bersinar terang adalah milik orang yang beriman. Apabila ia berada di kegelapan malam pekat sekalipun sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan. Begitulah keadaannya ketika seseorang itu mengalami kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rahsia hikmah di sebalik ujian itu, bertambahlah keyakinannya pada Allah dan akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa.

Untuk hari-hari mendatang, saya cuba melewati mendung kelabu. Saya ingin tinggalkan segala kekabutan yang mengganggu. Mencuba dan terus mencuba mempositifkan minda. Agar saya menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan. Dan berharap agar insan-insan disamping juga menerima seadanya segala yang telah & akan berlaku.

Saya bimbang, saya bakal mengecewakan hati-hati yang saya sayangi. Cukuplah dengan kekecewaan yang telah lepas. Saya ingin mereka gembira. Bahagia dengan segala takdir yang bakal terbentang di layar hidup kami. Sering terfikir, berapa banyak perkara gembira telah saya hadiahkan pada mereka? Wujud atau tidak? Segigih mana usaha kita, tapi jika kita belum mampu menzahirkan cahaya di mata mereka, tetap takkan memberi apa-apa erti. Tiada kepuasan.

Sabar..
Sabar..
Sabar..

Andai cerita ini disampaikan kepada saya oleh orang lain, hanya perkataan ini yang bakal saya sebutkan. Justeru, inilah yang harus saya lakukan sekarang. Sabar. Dan terus berusaha. Laksanakan sedaya mungkin. Yang terbaik untuk semua orang. Kebahagiaan mereka, adalah kebahagiaan saya. Tapi kebahagiaan saya, belum tentu lagi jadi kebahagiaan mereka. Kerana masing-masing punya pilihan sendiri. Yang penting, kita jangan tamakkan kebahagiaan. Itu pesan seseorang pada saya. Saya masih ingat itu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..