.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, January 30, 2009

~Jalan-jalan survey barang

Semalam saya bercuti. Book off. Kena habiskan book off tu dalam minggu ini juga. Jadi saya ambil hari Khamis. Ambil kesempatan nak jalan-jalan survey barang. Nak ambil hari ini, jumaat, saya fikirkan kekangan masa bila masuk waktu solat jumaat.

Pagi-pagi keluar rumah macam biasa, macam pergi kerja lagaknya. Hehe. Sempat masuk ofis sekejap, selesaikan apa-apa yang patut. Pukul 11, memulakan langkah menuju ke Jalan TAR. My favourite place. Sebab mudah nak dituju. Dan tahu dimana nak dicari barang-barang yang nak disurvey. Harga pun boleh dirunding di sebahagian kedai.

Awal-awal berjalan, perut dah lapar. Tapi kaki menonong je berjalan ke kedai kain Jakel. Biasanya kadar kaki saya berjalan dalam 20km/j tapi hari ni jadi 10km/j sebab jalan berteman. Bukan berseorangan seperti biasa. Kesian kat si peneman saya tu nanti, hehe. Masuk ke kedai kain Jakel, kami terus ke tingkat atas. Mula-mula agak terpinga-pinga juga sebab tak nampak pun kain yang nak dicari. Tapi pekerja kat situ macam dah faham je, jadi automatik mereka bagitahu, “kain tu ada kat tingkat 3”. Tersenyum je la kami sambil berterima kasih. Wah, memang banyak pilihan. Baru je nak jenguk-jenguk, dah ada seorang pekerja yang duk ikut-ikut kami. Aduh. Bukan tak suka, tapi rasa macam tak ada privacy nak memilih. Dia pun tunjukkan kain lace, then tunjuk kain chiffon (betul tak eja ni ek?). Lace agak keras berbanding chiffon tu. Tapi lace nampak lagi cantik. Disebabkan kami cuma nak survey je dulu, jadi kami tak ada la beria-ia sangat. Harga yang ditawarkan agak mahal la, tapi standard la kot.

Bila dah berura-ura nak keluar dari Jakel tu, datang sorang akak ni tarik tangan saya.
“Eh, adik. Meh sini akak nak tunjuk. Adik nak yang macam mana? Berapa meter? Akak boleh bagi diskaun,” sambil tangan dia mencapai kalkulator.
“Ok, kalau adik nak kain ni plus kain tu, akak bagi harga macam ni,” sambil tangan dia menunjuk arah kalkulator. Ish, banyak juga la less dia bagi. Buat saya berkira-kira semula. Tapi peneman saya tu ajak keluar pergi tempat lain juga. Tapi akak tu tarik lagi tangan saya. Siap buat demo. Letak kain atas badan saya. Bagitahu design itu dan ini yang boleh dibuat. Ish,segan bagai nak rak. Memang psiko betul la orang berniaga ni. Kalah saya dibuatnya. Tapi lama kelamaan, kami berjaya juga keluar dari situ. Dekat 45 minit juga la kat situ. Ntah berapa kali telefon my dear mom, tanya pendapat. Ish, lepas ni kena fikir 2-3 kali kalau nak masuk situ, hehe.

Kami pusing-pusing lagi. Masuk ke satu kedai ke kedai yang lain. Survey itu dan ini. Tapi tetap takde yang berkenan. Akhirnya kami masuk ke satu kedai yang pernah kami kunjungi dulu. Lama dulu. Ada baju yang dah siap, ada juga dijual kain sahaja. Lagi sekali kami rambang mata. Akhirnya jumpa juga pilihan hati. Memang cantik di mata kami. Kat mata orang lain, tak pasti la macam mana. Beli ke tak beli ye baju tu? Hehe, entah lah. Tanyalah dia..

Sebenarnya banyak barang yang kami dah jumpa. Janji, poket berisi, semua jadi. Hmm..

Thursday, January 29, 2009

~Bahagia itu cahaya hati

Kekuatan emosi ada pada hati kita. Kuat & teguh hati kita, maka positif la diri. Mata hati yang sentiasa bersinar terang adalah milik orang yang beriman. Apabila ia berada di kegelapan malam pekat sekalipun sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan. Begitulah keadaannya ketika seseorang itu mengalami kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rahsia hikmah di sebalik ujian itu, bertambahlah keyakinannya pada Allah dan akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa.

Untuk hari-hari mendatang, saya cuba melewati mendung kelabu. Saya ingin tinggalkan segala kekabutan yang mengganggu. Mencuba dan terus mencuba mempositifkan minda. Agar saya menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan. Dan berharap agar insan-insan disamping juga menerima seadanya segala yang telah & akan berlaku.

Saya bimbang, saya bakal mengecewakan hati-hati yang saya sayangi. Cukuplah dengan kekecewaan yang telah lepas. Saya ingin mereka gembira. Bahagia dengan segala takdir yang bakal terbentang di layar hidup kami. Sering terfikir, berapa banyak perkara gembira telah saya hadiahkan pada mereka? Wujud atau tidak? Segigih mana usaha kita, tapi jika kita belum mampu menzahirkan cahaya di mata mereka, tetap takkan memberi apa-apa erti. Tiada kepuasan.

Sabar..
Sabar..
Sabar..

Andai cerita ini disampaikan kepada saya oleh orang lain, hanya perkataan ini yang bakal saya sebutkan. Justeru, inilah yang harus saya lakukan sekarang. Sabar. Dan terus berusaha. Laksanakan sedaya mungkin. Yang terbaik untuk semua orang. Kebahagiaan mereka, adalah kebahagiaan saya. Tapi kebahagiaan saya, belum tentu lagi jadi kebahagiaan mereka. Kerana masing-masing punya pilihan sendiri. Yang penting, kita jangan tamakkan kebahagiaan. Itu pesan seseorang pada saya. Saya masih ingat itu.

Wednesday, January 28, 2009

~Cuti-cuti Malaysia

Sabtu, 24 Jan '09, tepat jam 4.30 pagi, Unser yang memuatkan 9 penumpang meluncur laju menuju ke arah pantai timur. Dimulakan dengan doa menaiki kenderaan, moga perjalanan selamat & dirahmati-Nya. Mencari kelainan dari biasa, kami ke Terengganu melalui lebuhraya Jabor, bukan seperti kebiasaannya, melalui jalan pantai Kemaman-Paka-Dungun-Marang-KT. Perjalanan kami bagai diiring restu, Cuaca agak redup, tidak terlalu panas. Cuma sesekali kereta disimbah hujan rahmat. Sempat seketika singgah di Ajil, melihat baby (anak kepada adik lelaki my sis-in-law)yang baru menjenguk 38 hari ke dunia. Manis je mukanya. Sejernih hati yang putih bersih.

Tepat jam 12.45 tengahari, kaki selamat menjejak kaki ke baiti jannati tersayang. Tak terungkap dengan kata-kata betapa indah saat itu. Masuk-masuk je ke dalam rumah, hidung dah menangkap bau yang menyelerakan. Bubur asyura! Hehe, tak sempat nak request, tapi auranya dah dihidu terlebih dahulu oleh bonda tersayang. Itulah naluri hati bonda *keajaiban* yang jarang dimiliki hati seorang ayah.

Jam 3.30 petang, bergerak pula ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Melawat bapa saudara tunggal sebelah my dear dad yang hampir 3 minggu terlantar di katil. Sakit warga tua diselang seli dengan penyakit orang kita, kencing manis. Sayu rasa hati. Makan pun hanya melalui wayar. Tak mampu makan seperti normal. Tapi suasana di wad kelas 1 itu tetap terasa meriahnya dengan kehadiran anak-anak & cucu-cucu yang sedikit pun tak terlepas pandang pada insan tua yang banyak berjasa itu. Dan sebenarnya, itulah penawar paling mujarab. Kebahagiaan & kasih sayang.
AHAD, 25 JANUARI '09

Bangun pagi, masing-masing keletihan. Hehe, keletihan sebab berjaga malam. Terutama saya & my dear sis. Rancak bercerita. Itu ini, begitu begini. Kejap-kejap mengekek ketawa. Sampai tiga empat kali ditegur my dear mom. Pagi ni cuma breakfast nasi goreng cina plus keropok lekor semalam. Berselera bagai. Pukul 10, selesai breakfast, dah mula nak masak untuk lunch pula. Menu, laksa terengganu. Cuma sempat snap gambar ikan dengan santan je. Yang lain-lain, selesai je masak, terus ngap masuk mulut. Dah lupa kamera duduk kat mana.

Petang, pukul 3 je, semua dah bersemangat nak keluar jalan-jalan. Destinasi utama, TELUK KETAPANG. Dah lama dah mengidam nak pergi ke situ. Teringat kenangan-kenangan lama di situ. Tapi budak-budak dah gian nak main kat tepi pantai dulu. Siap bawak beach set. Tapi yang tahannya, ada pulak buat binaan macam kubur. Kami yang jadi pemerhati ni cuma bantai gelak je. Sempat dirakam beberapa keping gambar.

Sempat la sejam diaorg ni berkampung main pasir, kemudian gerak ke gerai makan terdekat. Masing-masing dah lapar perut. Saya bawa keluarga saya ke gerai yang saya & adik-adik Princesses 39 selalu menjamu selera. Gerai pakcik tu memang selalu jadi perhatian. Mungkin kerana servis dia yang agak mesra pelanggan. Saya minta 3 meja dengan 13 biji kerusi. Berkerut muka pakcik tu. Kecoh jadinya kejap. Tapi selepas itu, muncul lagi 2 keluarga besar ke gerai pakcik tersebut. Lagi meriah rupanya. Yang satu tu 18 orang semuanya dan lagi satu family, 15 orang. Masing-masing ambil peluang bercuti sempena cuti panjang ni. Menu di sini, keropok lekor, udang celup tepung, sotong celup tepung, ikan celup tepung & ABC special. Yum, yum.. masing-masing kecur air liur menunggu makanan sampai.
















to be continue..hari ini saya bercuti. nak jalan-jalan cari barang.. :)

Friday, January 23, 2009

~Gembira rasanya hati

Hari ini terasa nak menyanyi. Masa kecil-kecil dulu, suka nyanyi lagu iklan ni,

“Gembira rasanya hati,
Coklat cair dinikmati,
Coki coki enak sekali,
Coki coki adik gemari. “

Cuma hari ini menyanyi bukan kerana coklat cair yang sekarang ni dijual 20 sen satu, tapi sebab kurang 10 jam dari sekarang, saya bakal pulang ke Terengganu. Saya menjadi orang kurang sabar hari ini. Asyik kali melihat jam dengan harapan masa cepat berlalu. Gelodak rindu pada my dear mom & dad tak mampu dibendung lagi. Akhir-akhir ini, hati sering diasak rindu yang amat sangat. Berkali-kali. Bukan rindu seperti biasa yang mampu dirawat dengan panggilan telefon. Tapi rindu hingga bermain mimpi & tangisan *malu* macam budak kecil lagaknya.

4 hari cuti akan digunakan sepenuhnya. Terbayang-bayang di mata, sebaik sahaja menjejak kaki ke rumah, saya nak peluk cium my dear mom. Taknak lepas-lepas *buang tebiat* hehe, anak ma yang seorang ni memang kadang-kadang diluar jangkaan. Terasa juga nak memeluk my dear dad, tapi ayah segan sikit bila anak-anak nak peluk cium dia. Namun kasih sayangnya tak pernah berkurang walau seinci. Hening sepanjang masa.

Time to stop. Blog akan menyepi seketika selepas ini.

Thursday, January 22, 2009

~Tag by Cik P

Saya telah mendapat amanah tag dari Cik P. Sahabat dari KRIM Network.

Rules:
  1. Link to the person that tagged you.
  2. Post the rules in your blog.
  3. Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
  4. Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
  5. Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
  6. Reply to me when you’re finish.
6 things about me
  1. Suka edit-edit gambar. Dulu suka pakai Adobe Photoshop CS (still at beginner stage) tapi sekarang edit kat internet je.
  2. Sedang berusaha realisasikan impian “1 bulan, 1 buku”. Beli, baca & ambil pedoman.
  3. Suka berada dalam perjalanan yang jauh. Contoh dari KL-Terengganu atau kemana-mana. Selalunya perjalanan yang lebih dari 5 jam. Jarang tidur dalam perjalanan itu tapi lebih kepada banyak berfikir @ berkhayal @ berimaginasi.
  4. Badan saiz M tapi suka pakai pakaian saiz L atau XL.
  5. Ramai orang kata muka saya ‘tak mesra alam’. Huhu. Sebab susah sangat nak senyum kot.
  6. Banyak makan tapi berat tak pernah cecah 48kg. Latest weight, 44.5kg.

6 persons i tag

  1. Faryza
  2. Kak Izra @ Japan
  3. Tempe
  4. Dotblogspotdotkom
  5. Yani
  6. Ika

Wednesday, January 21, 2009

~I wish

I wish, I can go out from here. I wanna go home. Serious. Bagai ditahan-tahan empangan mata dari pecah.

Pok!

Pok!

Pok!

3 kali ketukan buat saya tersedar. Bagai baru diformat. Haisyh, tak pandai-pandai lagi ke nak kawal stress wahai diri?

~Sepi itu indah

Berlegar-legar di ruang fikiran, benarkah sepi itu indah? Melihat ruang-ruang di dalam hati, serasa seperti separuh diisi dan separuhnya kosong. Apakah isi dalam hati boleh disamakan dengan teori “gelas separuh kosong atau separuh penuh”? Insan yang positif melihat gelas sebagai separuh penuh. Berbeza dengan pemikiran negatif yang asyik punya pemikiran yang gelas masih lagi separuh kosong. Tiada kemajuan.

Sepi.
Tika merenung sepi,sempat hati berteleku di jendela kehidupan. Mengulang tayang segala memori hidup. Pahit manis. Jerih perih. Terasa mesra menyapa ingatan. Saat-saat begini, saya lebih mudah untuk refresh kembali semua perkara. Baru terserlah, rupanya banyak juga dugaan demi dugaan yang telah ditempuhi. Jatuh, kembali bangun. Rebah, merangkak perlahan-lahan. Syukur, banyak tangan yang dihulur tika saya lemah. Disambut penuh rasa tanggungjawab oleh insan-insan tersayang. Tegap bahu mereka memapah saya dengan kasih sayang setulusnya. Kiranya, saya memang manusia beruntung!


Alhamdulillah, sebetulnya hati saya sebenarnya telah ‘terisi’. Jangan ada yang tersalah faham. Cuma sepi yang saya maksudkan hanyalah ruang untuk bersendiri. Ruang untuk saya menilai kembali segala kesilapan diri. Fitrah manusia, selalu fikir diri sendiri adalah terbaik. Segala tindak tanduk, segala keputusan, sukar sekali mengambil kira perasaan insan lain walaupun dicuba berkali-kali. Sungguh!

Mulut saya terkadang berbicara pantas merentasi akal. Maka jadilah, bercakap dulu dan berfikir kemudian. Natijahnya? Hatinya terguris luka. Maka menyepilah hati itu. Terkatup rapat dari sebarang bicara. Ah, gembirakah dia dengan ‘sepi’ itu? Cuma bagi saya, sepi cukup memberi ruang untuk berfikir. Ruang untuk mengusir kesakitan itu pergi. Bagai dirawat di hospital hati. Masa yang berlalu bagai formula mujarab bagi mencipta rindu. Pernah merasainya? Tepuklah dada, tanya selera anda.

Friday, January 16, 2009

~We Will Not Go Down

WE WILL NOT GO DOWN
(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Thursday, January 15, 2009

~Dia

Semalam saya YM dia. Eh, bukan. Dia YM saya. Dia.. kawan lama. Kenal ketika musim menuntut ilmu di bumi KUiTTHO. Kini UTHM. Musim masih lagi dalam tahap kanak-kanak Ribena. Penuh keriangan. Yang sesekali dibadai ribut.

Kami berbual perkara biasa. Pasal kesihatan, makan-makan, kerja & cerita terkini. Tengah-tengah rancak berbual, tiba-tiba keadaan jadi kabut. Dia pinta sesuatu tapi saya menolaknya. Dengan selembut yang mungkin, saya kira. Hmm, saya tak pasti dengan penerimaannya. Dia cuma menjawab sepatah, “Ok”.

Saya tak sengaja. Itu hakikat. Bukan alasan. Macam tindakan refleks. Dia minta dan saya tolak. Banyak faktor yang diambil kira di atas penolakan saya itu. Salah satunya, faktor umur. Kami sama-sama dah masuk umur suku abad (hehe, macam dah tua bunyinya). 2009, bertambah lagi setahun. Bukan lagi umur untuk bertindak ‘nakal’. Tiada lagi istilah untuk ‘main pondok-pondok’. Saya cuma ingin bertindak sewaras yang mungkin. Seharusnya, kematangan semakin meningkat seiring pertambahan umur. Tahu menilai antara hak & yang batil. Saya harap dia mengerti maksud saya.

Sebenarnya banyak lagi faktor lain. Tapi saya tahu, dia sendiri sedar perkara ini. Tak perlu ditulis panjang-panjang. Andai ‘dia’ membaca entri saya ini, saya cuma nak beritahu satu perkara, ukhwah filLah kita takkan pernah terputus. Saya janji itu. Tapi qada’ dan qadar Allah pasti mengatasi segalanya. Last but not least, jangan kecil hati ye.

Monday, January 12, 2009

Wednesday, January 7, 2009

~Ada rindu yang mencicip hati

Rindu..
Hadir memenuhi ruang hati..
Bukti.. Sisa-sia semalam masih lagi berbekas..
Sekali sekala di jejak silam..
Manis sekali..
Tersenyum sejenak di ulas bibir.

Cuma kini, rindu itu hanya milik semalam..
Boleh dikenang, tapi bukan diulang..
Kerna hakikatnya, rindu hari ini lebih indah nikmatnya..
Manis bak sang madu..
Mesra mencicip hati.

Terima kasih Rindu..!

Tuesday, January 6, 2009

~Selamatkan Palestin

Israel terus-terusan menyerang Gaza. Itulah berita sedih yang sedang menyerang dunia Islam tika ini. Tidak kira tempat. Bangunan, rumah, kedai, masjid walhal di hospital pun menjadi sasaran serangan.

Pesakit bergelimpangan di hospital yang serba kekurangan bekalan. Bekalan elektrik telah terputus. Pihak hospital hanya bergantung harap pada mesin janakuasa disamping bekalan alat perubatan & ubat-ubatan yang kian berkurangan. Sangat kejam apabila serangan melibatkan semua penduduk. Orang dewasa, kanak-kanak malahan warga emas dan bayi juga menjadi mangsa. Mengalir air mata melihat kesakitan mereka. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Mayat dimana-mana. Bekalan makanan & barang-barang dari luar telah disekat dari sampai ke penduduk Gaza. Gencatan senjata cukup mustahil untuk dipersetujui pihak Israel yang maha zalim. Allahu Akbar. Kezaliman di mana-mana. Tangisan, ketakutan, kesedihan, bukanlah satu kepentingan pada Israel. Rayuan kanak-kanak kecil hanya ditulikan telinga. Darah yang memercik hanya dibutakan mata.
Entah apa silapnya, PBB seolah menutup kedua belah mata. Negara-negara arab juga seolah tidak punya kuasa untuk membantu.

Marilah kita sama-sama mengutuk kezaliman Zionis La'natullah ini dengan membacakan Qunut Nazilah dan mengharapkan supaya Allah melindungi saudara kita di Palestin dan menghapuskan segenap kekuatan musuh-musuh Islam.


klik gambar untuk paparan yang lebih besar

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu:

Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut (tapi saya cuma letakkan dua cara sahaja disini. Ada sesiapa yang boleh bantu bagitahu cara ketiga tak?). Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah seperti di atas,
bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah
ini boleh dibaca selepas solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa
qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Monday, January 5, 2009

~Mummy-to-be

Intan, sahabat maya saya. Dah kenal hampir 4 tahun. Kenal melalui seorang sahabat yang lain. Ketika itu, kami berkongsi satu cerita. Alhamdulillah, ukhwah berkekalan hingga kini. Intan selamat bergelar isteri kepada Farid 7 bulan yang lepas. Bermula saat itu, Intan saban hari berdoa agar dikurniakan zuriat penyambung kasih antara mereka suami isteri.

Semalam, dia SMS saya dengan perasaan excited.
"Aku dah pregnant....! Dah 6 minggu. Thanx doakan aku selama ni."
Alhamdulillah, akhirnya penantian Intan & Farid membuahkan hasil. Seronok benar dia bila saya memanggilnya dengan panggilan Mummy-to-be.
Sampaikan sempat dia berpesan, "Nanti nama aku kat phonebook ko, tukar nama Mummy-to-be tau..hehe. Aku suka panggilan tu. "

Katanya, sebaik sahaja mengetahui dia mengandung, Farid mula diserang morning sickness, walhal Intan seperti biasa sahaja. Tiba-tiba aje. Semoga Intan sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan. Kepada Intan (walaupun saya tahu, dia jarang buka blog ni), jaga diri baik-baik. Makan kena jaga. Pertingkatkan amalan-amalan wajib & perbanyakkan amalan-amalan sunat. Mudah-mudahan baby membesar dalam keadaan 'rahmat'.