.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, October 16, 2009

~Saya belajar untuk kurangkan bercakap.

kebelakangan ini, saya menjadi seorang insan yang agak sensitif dengan persekitaran. fikiran agak mudah ke arah negatif, walhal sebenarnya bukan begitu.

bila seseorang yang rapat katakan saya sebagai "cakap banyak", seikhlasnya, saya terasa hati. saya tanya dia,
"banyak cakap? bukan selalu memang dah camni ke?"

jawapan dia,
"sebab dah biasa la tu."

saya tersentap!

terus mati mood saya. saya banyak cakap rupanya selama ini, walaupun ramai yang kata saya ni tak ada mulut. mungkin istilah "banyak cakap" yang dia katakan punya maksud tertentu, tapi pada saya, saya perlu juga untuk belajar kurangkan bercakap. less talk. just action. mungkin hanya dengan dia.

saya --> tak ingin berlama-lama untuk berada dalam rasa ini.

Thursday, September 10, 2009

~Pukul anak, sindir menantu

hai la nasib, hai la badan.
nasib engkau la labu.

nak sindir menantu, anak yang jadi mangsa.
hmm, sabar je la.


saya --> ampun maaf pada reader yang datang, saya cuma nak lepas perasaan.

Wednesday, September 9, 2009

~Tag..tag..tag

dah lama rasanya saya tak bermain-main dengan tag. kali ni saya dapat tag dari adik-adik saya yang comel ni, ninie dan dayah.

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.

hari ni teringin nak lari dari rules, saya nak masukkan dua gambar. satu untuk jawapan tag dayah dan satu lagi untuk tag ninie. lagipun saya memang ada dua folder gambar. dan dalam folder tu, ada lagi folder-folder lain. isk, baru sedar, saya banyak simpan gambar dalam laptop opis ni.


ni gambar ke-6 dari folder ke-6 untuk folder gambar saya yang pertama. (ayat, sikit punya belit)
dengan hobi yang suka mencari ayat-ayat motivasi, dan juga hobi suka meyimpan gambar-gambar menarik, inilah dia. pakej 2 in 1; gambar yang menarik dan kata-kata yang memberi semangat.


ni pula gambar ke-6 dari folder ke-6 untuk folder gambar saya yang kedua.
tadaa..
presenting, my two old friends. my dear chenta hati yang bertudung coklat & bertudung kelabu, my dear zalnalisa. dua-dua kawan sejak sekolah rendah. chenta hati, kawan sejak darjah 4 sebab sebelum tu dia bersekolah di kuantan. zalnalisa pula, sekelas dari darjah satu lagi. panggilan 'za' yang lekat sampai kini, idea saya la tu. sebab nama dia susah nak ingat dan panjang sangat. ditakdirkan Allah, kami bersekolah menengah di sekolah yang sama.

sekarang ni, punya la susah nak bertemu mata. setahun sekali je kot. jumpa masa raya je walaupun namanya duduk sekampung. gambar ni diambil masa kami bertiga tengah jalan-jalan cari tempat nak berbuka dekat the curve. kali pertama saya dapat keluar berbuka kat luar dengan kawan-kawan. kira 16 ramadhan, hari ini dalam sejarah la. sebabnya, my dear chenta hati saya ni, my dear bro dah kenal sangat-sangat. sahabat sehati sejiwa, sebaik sejahat saya. kalau tak, memang tak dapat nak keluar pun. tak dapek la den nak nolong.

*saya takde nak tag sesiapa pun. tapi terbuka pada semua bloggers yang berkunjung kat sini. if ada yang buat tag ni, let me know ya?
**apsal rasa macam entri hari ni cam berserabut je?



saya --> cantik tarikh hari ni. 09/09/09 bersamaan 19 ramadhan dan ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam bulan hijriah.

Tuesday, September 8, 2009

~Senyumlah..andai itu penawarnya..

entah, tak tahu bagaimana ingin diluahkan rasa sebal dalam hati. bukan rasa kurang senang pada sesiapa pun, tapi cuma pada diri sendiri.

diri sendiri yang empunya silap. diri sendiri yang meranumkan kesalahan. dijentik sikit oleh orang lain, mula la nak terlompat. belum lagi di ketuk-ketuk atau di dihunus dengan sejata tajam manusia, lidah.

sejujurnya, saya agak kurang ghairah mengimarahkan ramadhan kali ini. terlalu banyak kekurangan. tiada keseimbangan dalam diri. adunan ibadat saya terlalu banyak kelalaiannya. berlubang di sana sini.

tersentak rasa hati bila menyedari kita telah menjejak 18 ramadhan. hanya berbaki 11 hari sahaja lagi. mari..sama-sama kita lipat gandakan lagi ibadah kita! menadah setitis ilmu di entri faiz yang INI, buat saya terbuka mata.
"Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam...."

saya --> semoga anak saudara saya, along, diterangkan hati dan ditenang jiwanya dalam menghadapi peperiksaan UPSR. amin.

Monday, September 7, 2009

~Tak terucap kata buatmu

entri pekasam.
date 4th sept.
publish on 7th sept.

'sanah hilwa ya jamil'
(04 september)

*~ istimewa buat ma tersayang. selamat hari lahir ke-64 ~*

selawat dan salam atas penghulu dunia dan akhirat, Nabi Muhammad S.A.W. semoga Baginda memandu dan menyuluh jalan hidup ini dengan sebaik-baiknya.

tak terucap kata-kata buat insan kental bergelar ma. terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan. 26 tahun saya menongkah arus, ma orang yang tetap setia di sisi.
sumbang langkah saya, ma yang betulkan.
patah semangat saya, ma yang perkuatkan.
kegembiraan saya, senyuman di bibir ma.
kesedihan saya, kata-kata semangat ma titipkan.
segala-galanya ma.
tiada dua dan tiada tiga.

Tuhan,
saya mohon kekuatan untuk jadi anak yang berbudi, anak yang solehah, anak yang membahagiakan hati perempuan yang berpenat pelah mengandungkan saya.

ma,
selamat hari lahir.
semoga ma diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah serta menjalani kehidupan..dipanjangkan usia dalam redha dan kasih sayang Allah..dimurahkan rezeki iman & keberkatan..semoga ma bahagia selalu, insyaAllah.


saya --> cuma hantar sms je tadi. ingat nak telefon, tapi tak boleh. baru nak tekan butang call, dah rasa sebak. haisyh..

saya2 --> pada teman-teman yang hari lahirnya dalam masa yang terdekat ini, hepi besday..! special untuk zara. hadiah zara yang akak janjikan tu, dah selamat masuk dalam perut. akak. sedaap! excited nak makan, sampai lupa ambil gambar. nnti zara hantar alamat rumah kat emel akak ye hariza[dot]akmar[at]gmail[dot]com. akak nak pos sata, hehe.

Friday, September 4, 2009

~Dia bikin cuak

pagi-pagi tadi, my dear hamba Allah sms. minta saya jangan lupa bawa resit kursus pra-perkahwinan kami. betapa 'bagusnya' kami berdua, kursus 20 jun lepas, tapi hari ni baru nak diambil sijilnya. walhal, bukanlah jauh sangat masjid negara tu dari dayabumi.

tapi, memang saya betul-betul tak sempat. nak jalan kaki pergi balik dari pejabat ke masjid negara akan mengambil masa dekat 1 jam. nak naik bas, lagi la menjauhkan perjalanan. ada je alasannya kan?
kebetulan, saya memang jarang keluar waktu lunch sebab kerja agak banyak masa tu. my dear hamba Allah pula, dah lama tak solat jumaat kat masjid negara. nak ambil hujung minggu, tiap-tiap minggu dia balik sungai besar.

15 minit selepas
my dear hamba Allah ambil resit dari saya dan menuju ke masjid negara, dia sms :

"abis la kita.."

saya dah menggelabah. kenapa pulak ni? sijil tak ada ke? tapi bukanlah lama sangat pun. belum lagi sampai 3 bulan. semasa kursus dulu, penceramah cakap, ada peserta yang kursus dah setahun, baru datang ambil sijil. tu pun dia ambil sijil tu 1 bulan sebelum nak kahwin. saya balas sms tu,

"kenapa?ada masalah pape?"

lama my dear hamba Allah diam. tak balas. dalam hati, saya dah fikir macam-macam. setengah jam kemudian, sms saya dibalas.

"genap 3 bulan lagi, pada tarikh yang sama, hari yang sama & waktu yang sama..kita dah nikah :)"

.
.
.

errk..!
dia ni.. saje bikin saya cuak.


saya --> speechless. tak terkata. bimbang, takut, semua ada. 3 bulan je lagi?

Friday, August 28, 2009

~Berakhir sudah..

seminggu berkampung di kompleks antarabangsa, jalan sultan ismail. dan seminggu yang agak meletihkan. tapi menyenangkan! hari ni, hari akhir training.

dah setahun lebih saya tinggalkan bilik kuliah. bila dah masuk training, kembali menjadi pendengar, sambil tengok nota, sambil menyalin maklumat dan sambil tekan-tekan kekunci komputer..saya cukup excited. hehe, tak payah fikir pasal kerja yang berserabut kat pejabat tu, dan saya kembali merasai suasana seorang pelajar. itu yang seronok sebenarnya.

tapi bila mata asyik nak buat silap mata sebab selalu je tertutup tanpa sedar, aduih, sabar je la banyak-banyak. mengantuk, jangan cakap. pagi-pagi mata dah buat onar.

rutin harian turut bertukar minggu ni. pagi-pagi masih lagi ke pejabat dengan my dear bro. sampai di pejabat, terus berkejar ke lrt pasar seni. menuju ke kl sentral. dari kl sentral, jalan kaki ke kl monorail. ada pulak orang buat renovation kat tengah-tengah tu. so, nak ke kl monorail, kena jalan kaki agak jauh. bersebelahan dengan poslaju. kemudian, naik monorail ke stesen raja chulan. nasib baik la kompleks antarabangsa tak jauh sangat dari stesen raja chulan tu. 5 minit jalan kaki, dah sampai.
masa balik, naik monorail semula ke kl sentral. kemudian tunggu bas, balik ke kota damansara. fuh, memang agak penat. tambah-tambah sekarang ni bulan puasa. hujan pulak tu. berebut-rebut naik train dan bas. ada sekali tu, dalam monorail, tangan tak dapat nak berpaut kat mana-mana pemegang pun. alih-alih monorail tu bergerak, pasrah je la. tersepit tengah-tengah orang ramai. depan belakang, kiri kanan. jadi imej pegun kejap. tu pun nasib baik ada ruang nak bernafas lagi. tapi maklum je la, udara tersangat la 'segar' bila dah bersesak-sesak macam tu. dalam pukul 7.30-8.00 malam, baru sampai rumah. fuh, lembik. nak berbuka pun dah takde mood. makan pun, sekadar buat syarat.

malam je, awal-awal dah collapse. apa punya anak dara la ni. berkali-kali juga my dear bro dah sound. tapi sis-in-law selalu backup, hehe. ye la, my dear bro tak pernah rasa berebut naik train, berebut naik bas ting-tong dalam hujan lebat, tak pernah merasa berdiri lebih dari sejam dalam bas yang asyik berhenti & suka sangat brek mengejut, berhimpit-himpit dengan segala mat bangla & indon.

apapun, syukur sebab sedang dalam keadaan 'mc' sekarang ni. jadi, kuranglah sikit rasa rugi dalam bulan puasa ni. tertidur awal pun, boleh lagi rasa senang hati.

malam ni balik kampung...!
perkara paling best untuk dilakukan =)
insyaAllah, sempat sahur kat rumah subuh nanti. untuk berbuka, dah janji dengan dear mom & sis, nak masak nasi ayam sama-sama. tak sabarnya...

saya --> hilang segala penat bila belek-belek tiket bas balik terengganu. hehe.

Thursday, August 27, 2009

~Selamat hari lahir dik..

" Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan dayah cayang,
Allah selamatkan kamu. "

buat adik yang akak sayangi,
wan nor hidayah bt wan ibrahim..

selamat menjejak ke angka 23. semoga kematangan diri meningkat seiring dengan pertambahan umur. semoga doa-doa dan impian dayah dimakbulkan Allah & dipermudahkan segala-galanya. mati idea dah akak, sebab tadi dah wish kat facebook. hehe.

dayah,
tiada lagi surprise birthday party dari kami. tiada lagi adegan sorok menyorok kek, takut yang dirancang dapat dihidu suprisenya.
tiada lagi usikan nakal dari kami untuk dayah. tak bagi dayah keluar dari bilik. siap bermangga dari luar bilik. beserta ugut-ugutan. tiada lagi 'tanduk-tanduk' yang menyorok kesemua baju-baju dayah. siap dengan rakaman aksi-aksi yang boleh buat kita tersenyum bila menontonnya semula kalau boleh akak nak bagi kat CH tengok rakaman tu bila tiba masanya. akak simpan lagi rakaman tu tau =)

sekarang,
yang ada, hanya ucapan tulus & ingatan yang tak pernah padam.

SELAMAT HARI LAHIR.


saya --> menggamit rindu

Tuesday, August 25, 2009

~Training SAP

saya kini berada dalam mood ber'training'.
dari 24-28 hb ogos di kompleks antarabangsa.

akhirnya, berpeluang juga saya masuk training abap workbench bc400 ni. dah berbulan-bulan tunggu. dan hanya ada 5 orang pelajar sahaja yang terlibat.

ya Allah,
terangkanlah hatiku dalam menimba ilmu pengetahuan,
ameen.


saya --> disebabkan training di kompleks antarabangsa, merasa juga la saya naik monorel. isk, isk, sebelum ni tak pernah berpeluang.

Sunday, August 23, 2009

~ ...


Love what u have,

and...

Live for it..!




saya --> hidup bagai aiskrim. nikmati sebelum ia cair.

Friday, August 21, 2009

~Selamat menyambut bulan ramadhan

seingat saya, saya mula berpuasa pada tahun 1988. ketika berumur 5 tahun. maklumlah, ketika itu saya memasuki taski. berjubah hijau & bertudung hijau lembut. adik beradik yang lain semuanya masuk taska/tadika. tapi saya sedikit berbeza. entah apa mimpinya, saya pun tak tahu. bila ingat kembali kenangan berjubah hijau, saya tersenyum sendiri.

mungkin juga aura dari taski, buat saya bersemangat berpuasa kali pertama. cerita ma, saya berpuasa penuh tahun itu! kalah sejarah adik beradik yang lain. tapi sepanjang hari melepek. lembik. mulut asyik bertanya, lambat lagi ke nak azan?

tapi, ketika bersekolah darjah satu, saya sorok-sorok bawa bekal air dalam beg sekolah. terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak berpuasa. cemburu sebenarnya. hanya minum, tanpa makan. sangka saya, saya masih lagi 'berpuasa'. dangkalnya pemikiran kanak-kanak berumur 7 tahun ketika itu.

tengahari, balik dari sekolah, saya selalu singgah di kedai mak ngah. beli ais dengan harga 10 sen. dapat la seplastik ais yang kini berharga 30 sen. balik rumah, saya mandi bersama ais tersebut. wah, nikmat!

waktu petang, terasa dahaga, saya sorok-sorok minum air teh yang disejukkan di peti ais. cukup seteguk dan saya akan pastikan orang takkan perasan air tu sudah berkurangan. tapi sebenarnya, ma tahu =P waktu berbuka, saya la yang paling sibuk, walhal semua orang tahu saya ponteng puasa. alih-alih je dengar suara ma berkata,
"orang tak puasa, duduk diam-diam. jangan kacau."

tapi alhamdulillah, sejak umur 9 tahun, ma lebih tegas. saya wajib berpuasa kecuali demam. upahnya, duit raya & baju raya. kadang-kadang, boleh pula terlupa yang saya sedang berpuasa. terutama waktu disuruh menyuap bubur untuk ayu, adik saya. sambil suap dekat ayu, sambil suap dalam mulut sendiri. Opps, tak sengaja, tak apa kan?

itu kenangan zaman kanak-kanak. bila dah dewasa, walaupun 'bercuti', kami anak-anak perempuan diajar untuk tidak makan pada waktu siang. kalau nak minum, biar betul-betul tersorok dari pandangan sesiapa pun. makan, memang jauh sekali. kami diwajibkan bersahur seperti biasa dan berbuka seperti biasa. tapi kadang-kadang terlepas juga sahurnya. bangun pagi, tadah telinga je la jawabnya. hehe. waktu berbuka, mesti dengan air panas. kalau teringin nak minum ais sekalipun, hanya selepas itu.

betul, ramadhan benar-benar mendisiplinkan saya. disiplin berbuka dengan minuman panas masih menjadi amalan, cuma kalau bersahur, agak kantoi sedikit. jarang sangat makan, sekadar dengan seteguk dua air sahaja.


insyaAllah, ini adalah ramadhan terakhir saya dengan title single. tahun depan, jika dianugerahkan nikmat umur yang panjang, saya akan meniti ramadhan dengan gelaran isteri. bak kata my dear hamba Allah, ramadhan akan datang, mungkin kami akan sambut bertiga even masih dalam perut lagi masa tu. amiin. mudah-mudahan tercapai impian kami. segalanya mungkin. maaf la kalau nampak macam lebih-lebih pulak, huhu.



saya --> semoga ramadhan kali ini dapat dilalui dengan lebih baik. insyaAllah.

Thursday, August 20, 2009

~Demam sana sini

sabtu lepas saya demam. pukul 3 pagi, badan dah menggigil-gigil kesejukan. tengaharinya, demam kebah. ada orang kata, saya demam rindu =)

tengahari semalam, mula lagi rasa seram sejuk. ingatkan aircond kuat sangat. tapi saya tengok orang lain, rileks je. kemudian, bila lama-lama mengadap laptop, rasa macam badan ringan. melayang-layang je lagaknya macam mukhsin yang melayang keatas masa duduk sebelah orked tu. kepala main pusing-pusing, macam kipas.

balik dari kerja, saya dah tak ingat apa. dalam kepala, cuma nak solat dan berkelubung dalam selimut je. nak mandi pun dah takde hati. sejuk!
makan, jauh sekali. memang awal-awal dah tolak tepi.

tapi usai solat maghrib, tangan kecil athirah, lembut mengetuk pintu bilik saya. daun pintu dikuak, mata saya menangkap senyuman manis dari bibirnya. kepalanya sudah kemas bertudung.
"chik, nak mengaji."

"malam ni tak payah mengaji boleh tak?"
tapi kata-kata tu cuma tersekat di dalam hati. tak sampai hati nak dilafazkan.
sudahnya, bukan athirah je yang mengaji dengan saya, tapi angah & najihah sekali. peliknya, masa mengaji tu, tak ada pula sakit kepala *itulah kelebihan membaca al-Quran*.

9.00 malam, saya dah selamat beradu di bilik. tutup kipas dan berselimut tebal. selama ni, selimut tu cuma dianak tirikan. kesian dia. dah macam ni, baru terhegeh-hegeh nak guna ye?

as usual, bila dah demam agak panas, saya ni mula la mimpi yang bukan-bukan. ada batu nak hempap la. dikejar cahaya merah la. minum air masak terasa bercampur pasir. macam-macam.

cuma semalam, tambah lagi satu ujian..kekejangan kaki. orang terengganu panggil "setok 'kkarung". aduih. dekat 15 minit baru ok. automatik mata berair. bukan nangis. bukan. ada hati nak nafi lagi ni. tapi entah. agaknya dah bercampur baur demam dan sakit kekejangan, bagi kesan pada mata kot. itu yang berair, hehe.

tiba subuh, suhu dah menurun sikit. apa-apa hal pun, saya kena juga ke pejabat hari ni. kerja banyak lagi belum siap, huhu. check telefon, ada dua sms. 1 dari my dear hamba Allah dan 1 dari my dear mom. rupa-rupanya saya ada terhantar sms kosong pada dua-dua orang kesayangan saya ni. masing-masing macam pelik je kot. ampun ye, sms dihantar di bawah paras sedar =)

sekarang ni dah dekat pukul 1 tengahari. saya masih dalam mood demam. sejuk, macam duduk dalam peti ais je rasanya.

dayah pun demam ye? makan ubat tau dik..


saya --> risau, H1N1 makin mengganas. tapi saya ni tak insaf-insaf juga. mask cuma simpan dalam hbeg.

Wednesday, August 19, 2009

~Akak..kenapa?

sms diterima.

"akak..knp blog mcm ilang smgt? akak ada prob ei?"

tu dia. tersentap, tak tersentap sangat la. sebab saya sedar keadaan ni. tapi saya tak sangka sampai ada yang perasan.

pada bakal-bakal pengantin yang change link dengan saya, saya minta maaf banyak-banyak. saya memang kurang berkongsi tentang persiapan majlis saya. tambah akhir-akhir ini, saya memang hilang perasaan dengan semua itu :P
boleh gitu yek?

pada followers blog ini, terima kasih banyak-banyak. saya akan cuba usahakan untuk menjadi follower blog anda semua.

saya selalu je blog hopping. sambil baca perkembangan rakan bloggers, pengalaman, sambil mencari motivasi diri, serta sambil mencari makanan rohani saya.
tapi..
cuma sekadar membaca. jarang memberi komen.


saya sebenarnya ada, tapi dalam tiada =)


saya --> memang tak ramai yang sedar tentang kewujudan blog saya ini. tapi entri ini saya tulis khas kepada followers, kepada bloggers yang change link, silent readers dan pengunjung yang datang. sebagai tanda penghargaan dari saya. jazaa kallahu khairan kathiraa.

~Lack of ideas

one of blogger's problem is..lack of ideas!

sesekali terasa ingin menulis mengenai peristiwa. apa yang berlaku hari itu? dengan siapa saya bercakap? dimana saya ketika itu? bila berlaku?
hakikatnya, baru saya sedar. kegiatan harian saya hampir sama sahaja setiap hari. terutama pada hari bekerja.

  • sekitar 5.45 pagi - 6.15 pagi
    bangun dari tido.
    khidmat kendiri.
    solat subuh.

  • 7.00 pagi
    turun bawah.
    kalau sempat, sarapan.
    layan athirah siapkan diri dengan uniform sekolahnya. perlu disikat rambutnya, di sapu krim pada muka. dibedak. dipakaikan losyen di tangan dan kaki. dan dipakaikan tudung. manjanya mengalahkan si kecil amirul.

  • sekitar 7.10 pagi - 7.20 pagi
    bertolak ke pejabat.
    sempat la termenung dalam kereta sekejap.
    berfikir tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan hari itu.

  • sekitar 7.50 pagi - 8.10 pagi
    sampai di pejabat.
    kalau tak puasa, buat nescafe panas secawan.
    buka SAP program, emel, blog. ada mood, buka fs dan fb sekali.

  • 8.30 pagi
    mula waktu pejabat. main-main dengan koding. ubah, tambah itu ini. ada error. kalau tak ada error, terus run. tapi data pula tak keluar. rasa macam program dah ok, bagi kat tester. bila dah test, banyak lagi salah sana sini. ubah lagi, dan lagi.
    *sampai sekarang saya masih tak percaya yang saya ni bekerja dengan koding. benda yang paling saya tak suka masa belajar dulu. tapi sekarang, inilah mata pencarian saya.*

  • 1.00 tengahari - 2.00 petang
    lunch hour.
    kadang-kadang saya makan, kadang-kadang tak makan pun. kalau makan, selalunya tapau. kebanyakan rakan pejabat, semuanya tapau. jarang makan kat kedai. dapat la jimat duit dari beli air. lagi satu, malas nak berebut meja makan sebenarnya.
    makan di pejabat sambil baca cerpen di penulisan2u. masa ni la baru sempat nak blog-hopping blog rakan-rakan. wajib baca entri yang ada, cuma kadang-kadang jarang bagi komen. takpun, merayau di fb (tapi tak pandai sangat guna fb. apa punya budak IT laa..)

  • sekitar 6.00 petang - 6.30 petang
    bertolak balik ke rumah. dengan membawa balik segala keletihan. selalu je tertidur dalam perjalanan, buat my dear bro selalu je jeles, hehe. dah nama pun bawa kereta kan?

  • 7.00 malam
    sampai di rumah.
    khidmat kendiri.
    solat + mengaji.

  • sekitar 7.50 malam - 8.05 malam
    ajar athirah membaca al-Quran.
    setiap hari, saya paling suka part ni.
    athirah dah makin rajin mengaji. kadang-kadang saya minta dia baca 5 kali sahaja, tapi selalunya dia akan tambah lagi bacaannya hingga dia betul-betul puas hati. dia akan pastikan tiada sebarang kesalahan pada bacaannya. bacaan pula, berlagu-lagu. my dear bro selalu je tersenyum kalau dengar anak dia tu mengaji. cuma kadang-kadang, kalau dah datang sindrom M athirah, dalam seminit, ada la 10-12 kali dia menguap. tanda la tu!

  • 8.30 malam
    makan malam. selesai makan, bantu bibik kemas dapur.
    *bibik ni baru 2 bulan bekerja di rumah tu. dia agak segan kalau saya pun sibuk basuh pinggan,lap meja, menyapu bagai. tengah-tengah saya membasuh, boleh aje bibik tarik tangan saya, basuhkan dan lapkan. kemudian ditolaknya saya masuk ke dalam rumah. isk, isk, isk.*

  • 9.00 malam
    tolong anak-anak buah buat kerja rumah. atau buat revision. tambah-tambah along bakal menghadapi upsr nanti.
    kadang-kadang dah jadi 'guru tuisyen' lagaknya saya ni. sains, bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris, islamic studies, arabic, computer & application, semua dibantainya mereka tanya saya. terpaksa la makcik diaorang ni belek-belek kamus, belek-belek buku rujukan, perah otak. nak tanya dengan ibu abah diaorang? jangan harap. kadang-kadang budak-budak ni tak percaya & tak faham dengan jawapan yang diberikan sebab dijawab dalam bahasa yang 'tinggi'.

    bahasa melayu,matematik dan computer & application, insyaAllah jarang bermasalah pada saya.

    sains, saya guna talian hayat dari my dear sis di terengganu. lancar je jawapan dia. nama pun pemeriksa kertas sains upsr.

    arabic, guna talian hayat dari my dear sis di muar. diploma kesusasteraan arab yang dia ada, selalunya dapat membantu walaupun kini bergelar guru bimbingan kaunseling.

    adakalanya, saya gunakan khidmat streamyx. mengorek maklumat dari seluruh pelosok internet.

    sambil-sambil di meja belajar, sambil-sambil mata saya jeling tengok tv. hehe, itu harus.

    sudahnya kalau tiada jawapan mampu saya bagi, malu-malu saya jawab,
    "chik tak tau la jawapan dia. tanya cikgu la esok ye."


  • sekitar 10 malam - 10.30 malam
    biasanya budak-budak semuanya dah masuk tidur. saya pun sama la. tengok tv sorang-sorang, mengantuk jadinya. kadang-kadang masa ni la saya ambil kesempatan baca mana-mana buku yang saya beli. tapi, selalunya saya kalah dengan mata sendiri!


  • maka berakhirlah hidup saya sehari-hari. rutin yang sama hampir setiap hari.
    hari minggu, jadual berubah sikit je. lokasi, selalunya hanya di rumah.

    adakalanya saya rasa macam takde life. hanya berputar pada paksi yang sama. nak keluar hujung minggu? hmm..memang jarang. kecuali hal-hal penting sahaja. sebab tu selalu je ada 'orang' makan hati dengan sikap saya.


    saya --> akhirnya, dapat satu entri. hehe.

    Tuesday, August 18, 2009

    ~Andai ku pejamkan mata

    Andai ku tahu..
    Kapan tiba ajalku..
    Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu..
    Aku takut akan semua dosa dosaku..
    Aku takut dosa yg terus membayangiku..
    Ampuni aku dari segala dosa dosaku..
    Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu.

    "Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali"
    terkenang beberapa pemergian tidak kembali yang sampai ke pengetahuan saya akhir-akhir ini. betapa singkatnya pertemuan manusia di dunia. macam mana agaknya kalau diri saya sendiri yang pergi tak kembali? sedikit sebanyak, pemergian mereka memercikkan sedikit ketakutan pada diri saya.
    dosa entah bergunung ganang. pahala entah cuma serata lantai. amalan? setitik cuma. terlalu jauh dari benchmark untuk melayakkan diri menjejak syurga firdausi.

    dosa dengan ma, dah minta ampun?
    dosa dengan ma, dah minta ampun?
    dosa dengan ma, dah minta ampun? (3 kali dengan ibu, keempat baru ayah)
    dosa dengan ayah?

    dengan kakak abang?
    dengan tunang?
    dengan kawan-kawan?
    masih adakah hutang yang belum terbayar?
    atau masih adakah janji yang belum tertunai?
    ada yang terumpat, ada yang terkasar kata, ada yang tersinggung perasaan. terampunkah semuanya?

    yang paling penting, dosa saya dengan Yang Maha Pencipta =(
    apa yang bakal saya lalui jika sudah sampai masanya untuk mata ini terpejam selama-lamanya? mungkin esok, mungkin lusa..

    ramadhan kareem bakal menjelma. 3 hari sahaja lagi.
    semoga ramadhan kali ini dapat dilalui dengan lebih baik berbanding sebelum ini. insyaAllah.




    ********
    hari ini saya baru tahu, untuk membeli ID developer bagi seorang abaper dari SAP, harganya mencecah rm26 ribu bagi satu ID. dan setiap tahun, ID developer tersebut perlu dibayar untuk tujuan maintainance & licence yang nilainya hampir 60% berdasarkan harga asal.

    untuk ID user, harganya cuma rm10 ribu sahaja.

    mahalnya..! =(

    di pos malaysia, hanya 2 orang abaper sahaja yang mempunyai ID developer. saya & faryza.

    aduh..tiba-tiba rasa tertekan. tambah pula bos dah buat ayat,
    "haa, keje baik-baik. banyak tau pos malaysia keluarkan belanja untuk awak. bukan senang-senang."


    ********

    saya --> entri caca marba. hai, apa nak jadi ni cik hariza?
    saya2 --> tak stabil. bagai di awang-awangan.

    Monday, August 17, 2009

    ~Dunia Sebelah Zara

    * entri ini berkaitan dengan entri zara yang INI *

    .
    .
    .



    saya cintakan Dunia Sebelah Zara kerana..

    klik untuk imej lebih besar


    Dear zara,
    hanya ini yang termampu..
    bukan hadiah yang dikejar, tapi cukup sekadar sebagai hadiah istimewa sempena kejayaanmu di kampus selatan.

    SELAMAT BERGRADUASI SAYANG..!



    saya --> terkenang hari konvokesyen sendiri -15 julai 2008-

    Thursday, August 13, 2009

    ~Takziah buat keluarga Nano

    pagi ini, saya sampai di pejabat pukul 7.40 pagi. agak awal dari biasa. pejabat masih lagi kosong.

    saya ambil peluang untuk menjelajah ke blog-blog kegemaran saya. sampai di blog DAYU, tertawa dibuatnya saya dengan kisah dayu di dalam lrt. macam-macam kan?

    di akhir entri, mata tertancap pada ayat dayu,
    "
    ayah nano meninggal petang semalam, sama-sama lah kita sedekah al-fatihah ye"
    Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.
    berkali-kali saya baca ayat tu. sebak rasanya. Allah lebih menyayangi Allahyarham. dalam keadaan nano yang berbadan dua, tiba-tiba kehilangan ayah tersayang.

    takziah buat keluarga nano. diharap tabah menerima ketentuan. semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


    saya --> al-Fatihah.

    Tuesday, August 11, 2009

    ~Ya Allah, sudilah pandang kami

    * sumber : emel *

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Dengan nama-Mu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hamba-Mu,
    Ingin aku berbicara dengan-Mu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada,
    Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini,
    Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
    Tanpa aku bicarakannya kepada-Mu,
    Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri,
    Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini,
    Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri.

    Ya Rabbi, sudilah pandang aku,
    Ya Rabbi, izinkan aku menghadap-Mu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

    Aku tahu..
    Aku sering menghadap-Mu dengan wajah yang kelam, tidak berseri,
    Aku sering berhadapan dengan-Mu tika jiwaku berkeluh kesah,
    Aku mencari-Mu hanya di waktu susah dan derita,
    Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakan-Mu,
    Aku lupa bahawa hidup ini hanya untuk-Mu,
    Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya.

    Namun,
    Di saat ini aku hadir untuk menghadap-Mu,
    Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya,
    Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu,
    Dan tertipu dengan dunia dan syaitan,
    Allah, pandanglah aku dengan kasih sayang-Mu,
    Pandanglah aku dengan keampunan-Mu,
    Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redha-Mu,
    Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu,
    Tapi, layakkah aku Ya Allah?

    Ya Rabbi,
    Seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
    Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu?
    Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
    Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
    Hitamkah wajahku bila berhadapan dengan-Mu?
    Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
    Berlarikah aku menuju-Mu kerana rindu untuk menemui-Mu?
    Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu dengan-Mu?
    Allah, aku bimbang..
    Aku gusar dan takut Ya Allah..
    Apabila memikirkan saat itu,
    Kerana banyaknya dosa aku terhadap-Mu.

    Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini,
    Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan,
    Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadap-Mu,
    Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja.

    Aku takut pada-Mu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadap-Mu?
    Aku sering berjanji di depan-Mu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untuk-Mu,
    Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa,
    Aku pernah menangis kerana-Mu kerana takutkan azab-Mu,
    Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentang-Mu,
    Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu,
    Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali pada-Mu,
    Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

    Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali pada-Mu,
    Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda,
    Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapan-Mu kelak?
    Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?

    Allah, aku mohon dengan sangat..
    Sucikanlah hati aku dengan maghfirah-Mu,
    Agar tersenyum aku pulang mengadap-Mu,
    Allah, terimalah taubatku,
    Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu dengan-Mu,
    Allah, pimpinlah aku dengan hidayah-Mu,
    Agar mudah jalanku ke Jannah-Mu...

    Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat dengan-Mu,
    Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapan-Mu kelak,
    Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini,
    Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang oleh-Mu,
    Amiin Ya Rabb..


    Aku mohon dengan sangat..
    Perkenankanlah, perkenankanlah, perkenankanlah.


    :: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::


    saya --> berkabus mata saat membaca bait-bait indah ini.

    Thursday, August 6, 2009

    ~Berehat sebentar


    daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.. Nabi S.A.W bersabda :
    " Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan keduckacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"

    - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    saya --> berehat sebentar & muhasabah diri.

    Tuesday, August 4, 2009

    ~Mari kawan-kawan..


    Rasulullah s.a.w. ketika mengutuskan Muaz dan Abu Musa ke Yemen, turut bersabda:
    Sesungguhnya agama Islam mudah….permudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan, sampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari.
    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    bulan syaaban bergerak sehari demi sehari. ramadhan pula bakal menjelma, menemui kita dalam masa 17 hari akan datang. sekajap je bukan?

    mari kawan-kawan..
    kita baca Quran..

    sambil-sambil mengadap tugasan di pejabat, apa salahnya kita berjalan-jalan ke SINI. luangkan sedikit masa untuk membaca al-Quranul Karim.

    siri al-Quran maya ini saya kira sangat membantu.
  • dilengkapi dengan 30 juzuk.
  • boleh diselak-selak.
  • punya kanta pembesar bagi sesiapa yang punya sedikit masalah penglihatan.
  • latar belakang web yang boleh diubah-ubah mengikut mood pembaca.
  • cepat untuk dimuat turun.
  • boleh bookmark di mukasurat sebagai penanda bacaan kita.






  • saya --> jika terlalu sibuk, sehelai sehari juga sudah memadai.

    Monday, August 3, 2009

    ~..... Slowly scroll downwards slowly and enjoy it!





























    HUMAN BEINGS ARE SUCH SMALL CREATURES, AREN'T THEY?

    SO DON'T BE TOO WORRIED ABOUT EVERYTHING, TREASURE EVERY MOMENT, DO WHAT YOU WISH TO DO.....

    BROADEN YOUR VIEW, BROADEN YOUR MIND, DON'T WORRY TOO MUCH ABOUT THINGS THAT ARE BOTHERING YOU, DO TREASURE YOUR LOVED ONES, LIVE SAFELY AND PEACEFULLY, ALWAYS BE HAPPY TO WELCOME THE COMING OF THE NEW DAY.......

    ENJOY THE SUNSHINE ...

    ALWAYS LOOK AT THE BRIGHTER SIDE OF THINGS.....



    saya --> berfikir jauh ke hadapan.

    Friday, July 31, 2009

    ~Kenapa chik?

    watak 1 : athirah (si cilik 6 tahun)
    watak 2 : chik (si makcik)
    lokasi : depan televisyen
    waktu : 8.30 - 10.30 malam

    melayan keletah athirah memang memerlukan sedikit kesabaran. bila otak dia ligat berfikir, mulutnya akan memuntahkan segala jenis soalan. kenapa, kenapa, dan kenapa? dia cuma akan berhenti bertanya bila dia benar-benar merasa puas.

    semalam, kedua-dua abangnya demam dan dibawa ke klinik. dek kerana kebosanan menunggu, bermacam-macam soalan perlu saya jawab.

    "chik, kenapa lama sangat abah ibu bawak along angah pegi klinik?"

    "sebab patient ramai kot."

    "kenapa ramai patient?"

    "sebab sekarang musim demam." (ini kalau sebut pasal h1n1, mesti lagi banyak soalan)

    "kenapa sekarang musim demam?"

    "sebab ada virus bahaya sedang tersebar sekarang."

    "kenapa ada virus bahaya?"

    "virus bahaya tu datang dari khinzir. sebab tu ibu suruh kak thirah pakai mask bila pegi sekolah."

    "kenapa kena pakai mask?"

    "sebab kalau pakai topeng, susah la nak dapat jangkitan virus tu."

    "tapi kak thirah tak suka la pakai topeng tu."

    "kenapa tak suka?"

    "sebab tutup mulut. susah nak bercakap."

    "kenapa susah nak cakap?" (saya dah merampas hak bertanya dari dia)

    "sebab dia tutup mulut la. ala, kenapa chik banyak tanya sangat ni?"

    "Oooo, kak thirah tanya macam-macam, chik jawab tak?"

    - tersengih -
    "jawab. tapi chik, nape lama sangat diaorang pegi klinik ni?"

    "tadikan chik dah jawab, patient ramai."

    "chik nampak ke?"

    "tak. tapi chik agak je la. biasanya kan kejap je ibu abah pegi klinik. "

    - saya ngantuk -
    "chik penah pegi klinik?"

    "jarang"

    "kenapa jarang?"

    "sebab chik jarang sakit." (padahal tak suka makan ubat)

    "bila kali terakhir chik pegi klinik?"

    "lupa la kak thirah."

    -mata saya makin ngantuk-
    "kenapa chik lupa?"

    "sebab chik tak ingat."

    "kenapa chik tak ingat?"

    "sebab chik lupa."

    "kenapa chik lupa?"

    - dah mamai -
    "sebab chik tak ingat."

    "kenapa chik tak ingat dan lupa?"

    - hah??! -
    "kak thirah..!"

    "hehe. ok..ok..chik ngantuk ek?"

    - saya dah tertidur. soalan seterusnya, bibik yang jadi mangsa. aduhai. -


    saya --> kalau boleh, saya nak jawab setiap soalan dengan jawapan yang berilmiah. supaya secara tak langsung dapat bagi info pada athirah. tapi, adui..saya gagal la semalam.

    ~Musim luruh & si tiang seri

    * musim luruh & si tiang seri tiada apa-apa perhubungan. hanya sebagai metafora kehidupan *

    musim luruh di hati kembali lagi.

    sehelai demi sehelai daun mula berguguran. daun terus kekuningan. tiada lagi hijau menaung. kesegaran yang selalunya bermain pada pandangan mata juga menghilang. yang tinggal hanya dahan-dahan kekeringan.

    tapi alhamdulillah, masih mampu bertahan. sekurang-kurangnya belum lagi mencapai tahap kemarau, kan?

    zara ~
    memang padang bola tampak kosong jika dibandingkan dengan taman bunga. tapi padang bola masih lagi menghijau jika dibandingkan si dahan kesunyian tanpa daunnya =)


    ~ *********************** ~
    tiang seri yang gagah berdiri hampir rebah. rebah dengan kehendak dunia. apatah lagi si tiang kecil yang hanya memegang watak tiang sampingan. hanya sekerdil-kerdil tiang. boleh jadi terus patah menghempap bumi. rumah yang dalam pembikinan, mungkin hanya akan tersadai. terbengkalai. si tiang kecil ingin sekali menolong, memberi sokongan & kekuatan kepada si tiang seri. tapi ntah, mampu atau tidak. segalanya tidak pasti.

    tiang seri hampir kehilangan semangat. buntu.

    si tiang kecil? terdiam. ligat mencari jalan. jangan biar roboh.


    ~ *********************** ~
    ke kiri rasa perit,
    ke kanan rasa sakit,
    ke belakang mungkin terjatuh,
    ke depan mungkin tersungkur.

    satu demi satu persoalan di asak. dan satu demi satu kenyataan pahit terbentang di depan mata. sehinggakan tiada ruang untuk diri berdiri. lemah selemah lemahnya. lutut terasa longgar untuk terus melangkah. jasad bagai terlayang-layang di bawa arus angin.

    titik.


    ..si tiang kecil perlukan ketenangan..
    ..moga ketemu penyelesaian..
    ..dan bahagia menjejak nur yang dicari..


    saya --> kepada "silent follower" yang tak jemu-jemu mengirimkan sms kepada saya, terima kasih tak terhingga atas keprihatinan adik. maaf kerana sering membiarkan sesetengah sms adik tergantung tanpa balasan. harap memahami situasi.

    Thursday, July 30, 2009

    ~Ke atas..ke bawah..

    selalu sangat kita dengar, hidup ibarat roda. kekadang di atas. kekadang di bawah. tapi kadang-kadang di kanan atau kiri. bergantung pada keadaan.

    adakala kita disukai. adakalanya kita dibenci.
    adakalanya kita neutral. duduk di pertengahan.

    bila kita melaksanakan sesuatu, pasti ada positif negatifnya. bagi individu yang melihat dari sudut positif, maka dia akan menerima dengan baik pelaksanaan itu. jika berlaku kesalahan, kritikan akan diberi dengan cara yang membina.
    berlainan pula pendapat dari individu yang memandang dari sudut negatif. pasti akan terdengar suara-suara pahit berbau sumbang. dan dengan segala hormatnya akan menyakitkan telinga yang mendengar.

    hakikat yang kita tak mampu memuaskan hati semua orang, harus ditelan lembut. bersuara, bermaksud kita sebenarnya mengundang padah. hasrat hati cuma ingin memberi penjelasan, tapi pihak lain memandang ia sebagai 'membalas'. dan itu mencari gaduh namanya.
    jika kita hanya berdiam, lain pula penerimaannya. kita makin dihentam. dan terus-terusan dianggap sebagai pihak yang bersalah. tapi biarlah. kata orang, diam itu bukti keamanan. moga diam mampu ubati segala kekusutan.


    ok.


    saya diam la kalau camtu.
    tapi kalau asyik diam, dengar je orang cakap..lama-lama saya jadi macam ni.

    pancit!


    saya --> sayakah yang terlalu skeptikal?

    Wednesday, July 29, 2009

    ~2010 public holidays

    sila klik gambar untuk imej lebih besar

    berikut merupakan kalendar bagi cuti umum persekutuan dan negeri bagi tahun 2010.
    tahun 2009, banyak cuti umum jatuh pada hari jumaat dan ahad. buat ramai orang tersenyum dapat memanjangkan cuti hujung minggu. tapi berbeza dengan tahun ini, banyak cuti jatuh pada hari sabtu.

    apapun, semoga dengan terpaparnya kalendar ini, boleh membantu ramai orang untuk menyusun perancangan pada tahun hadapan. khasnya kepada bakal pengantin yang masih mencari tarikh untuk hari bahagia.


    saya --> hari lahir saya yang akan datang jatuh pada hari jumaat bersamaan maulidur rasul =)
    saya 2 --> to my dear hamba Allah..jom pegi honeymoon nak masa tu? hehehe..

    Friday, July 24, 2009

    ~Kisah hari jumaat lagi..

    semalam, awal-awal lagi along dah pesan minta belikan binding set di pasaraya mydin sinar kota. dia tahu, waktu rehat pada hari jumaat saya panjang. siap pesan, beli yang ada banyak warna kertasnya. nak buat buku skrap katanya. berbezanya budak-budak sekarang ni. darjah enam pun dah kena buat buku skrap bagai. saya dulu, buat atas kertas lukisan aje. kenal binding set pun, bila dah masuk tingkatan 1.

    sampai di pintu pasaraya mydin, tangan saya ditarik kakak penjual krim denpo snow. krim tu di buat berasaskan sengkuang. akak tu dah promosi itu ini, saya beli je la. dua keping not merah bertukar tangan. selagi tak dibeli, selagi tu tangan saya dipegangnya. lagipun saya memang dah lama pakai krim tu. selain lembabkan kulit muka, krim tu tak berminyak. alhamdulillah, serasi dengan kulit saya selain boleh kurangkan jeragat dan pengelupasan. *eh, dah jadi iklan pulak ni*

    saya teruskan pencarian ke dalam perut pasaraya mydin. selepas sesi belek-belek binding set, saya naik ke tingkat atas. teringat bedak kompak dah habis dekat seminggu. lip balm pun dah lama tak pakai. selalunya bila nak masuk ke ruang kosmetik, tak ada barang lain dari luar dibenarkan masuk. mesti ditinggalkan di atas rak yang disediakan. saya tunjukkan makcik pengawal di pintu masuk ruang kosmetik itu dengan plastik berisi krim saya tadi. dia angguk tanda faham. tak dibenarkan bawa masuk. ok takpelah, dengan harapan dia 'jaga' la krim saya tu.

    selesai bayar bedak dan lipbalm, saya ke rak untuk ambil binding set yang belum dibayar dengan krim saya tadi. mata saya melilau dan tersentap!! plastik krim tu dah hilang! binding set masih di situ. saya terkocoh-kocoh menuju ke makcik pengawal.
    jawapan dia, "eh, tadi ada lagi."
    tiada apa yang saya boleh buat selain cakap, "dah hilang dah makcik."
    muka dia cuma terkulat-kulat. muka saya pula agaknya dah tiada apa riak.

    10 minit saya berteleku berhampiran eskalator. tanpa perasaan. memerhatikan tangan setiap orang yang menuruni eskalator. dengan harapan, saya ternampak plastik krim saya dipegang salah seorang dari mereka. waktu tu terasa semacam dalam televisyen. ada dua lembaga, satu merah bertanduk dan satu putih ada cahaya bulat di atas kepalanya. saling bertingkah satu sama lain.

    si merah : ko jangan halalkan apa yang orang tu dah ambil.
    si putih : mungkin dia tersilap ambil.
    si merah : tak mungkin pencuri tu silap ambil! ko doakan biar muka pencuri yang pakai krim tu, makin rosak muka dia.
    si putih : apa salahnya awak halalkan sahaja. cuma rm20 je. anggap sedekah.
    si merah : ko kan tengah berjimat sekarang ni. rm20 tu cukup bernilai untuk ko.
    si putih : halalkan aje la. tak rugi pun kalau ikhlaskan hati.
    si merah : sepatutnya ko fight dengan makcik pengawal tu tadi. ko patut bawa masuk plastik krim tu. kalau tak, takkan jadi macam ni tadi.
    si putih : dia hanya jalankan tugas. jangan salahkan dia. silap awak sebab tak tutup betul-betul plastik tu dengan binding set tadi. mungkin juga orang tu teringin nak pakai krim tu, tapi dia tak mampu nak beli. sekurang-kurangnya awak masih mampu.
    si merah : huh..!

    jam menunjukkan 2 petang. saya akhirnya melangkah pulang ke pejabat. di penghujung fikiran, saya rasa baik saya halalkan sahaja krim itu. selebihnya saya serahkan kesalahan orang tu pada Al-'Afuw (Yang Maha Pengampun).

    jika saya ikutkan kata-kata si merah, mungkin sampai bila pun saya masih teringatkan krim tersebut. hanya sekadar krim, takkan saya hendak bawa bertarung hingga akhirat nanti?

    saya tersenyum. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. ini hanyalah sekecil-kecil dugaan untuk saya yang sedang berjimat-habis-habisan. dan ini mungkin juga salah satu cara Allah membersihkan hutang-hutang saya dengan orang lain yang tidak berbayar pada masa-masa lepas. siapa tahu perancangan Allah kan?

    ***
    owh, malam ni saya bakal pulang ke terengganu. mujur bukan tiket bas yang hilang.
    masih cuba bersikap positif biarpun masih bersarang sedikit ralat.
    ***


    saya --> saya insan serba lemah. kadang-kadang emosi melampaui ihsan. maafkanlah khilaf saya.

    Thursday, July 23, 2009

    ~Untuk dia yang disayangi

    Awan Berarak Ceria
    Tiada Titisan Hujan
    Pohon Melambai
    Tanda Sokongan

    Kususuri Perjalanan
    Bertemankan Senyuman
    Di Hari Lahirmu
    S*****ku

    Dedaun Berguguran
    Membuktikan Kedewasaan
    Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
    Namun Cukup Bagiku
    Sekadar Ucapan

    Selamat Hari Lahir
    Iringi Doa Kuhulur
    Bersyukur KepadaNya
    Atas Nikmat Usia

    S*****ku
    Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
    Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
    Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
    Selamat Hari Lahir

    Usiamu Ibarat Mutiara
    Tiada Berganti Lagi
    Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
    Agar Sempat Mengucup
    Haruman Syurgawi


    selamat hari ulang tahun ke-27 buat insan istimewa yang saya sayangi.

    semoga diberi nikmat umur yang panjang, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dengan redha-NYA.

    didoakan agar Allah bukakan pintu keberkatan, pintu kerahmatan, pintu hidayah, pintu kebaikan buatmu.

    semoga kematangan mengiringi pertambahan usiamu serta disinari cahaya kebahagiaan di dunia & di akhirat.

    semoga dirimu bakal menjadi 'imam' yang mampu mendidik bakal bahtera yang akan dibina nanti, tabah mengharungi dugaan dan ujian dari Yang Maha Agung, tenang merempuh badai, dan semoga senyumanmu terus mekar di bibir.

    saya akan selalu ada di sisimu, insyaAllah.



    saya --> banyaknya 'semoga', tapi itulah harapan saya.

    Wednesday, July 22, 2009

    ~Saya diam bila...


    saya diam bila saya..
    SEDANG MARAH.

    saya diam bila saya..
    TENGAH SEDIH.

    saya diam bila saya..
    DALAM KETAKUTAN.

    saya diam bila saya..
    TERASA HATI.

    saya diam bila saya..
    MERAJUK.

    saya diam bila saya..
    SEDANG MEMBACA.

    saya diam bila saya..
    SEDANG FOKUS.

    saya diam bila saya..
    RASA GEMURUH.

    saya diam bila saya..
    SEGAN.


    bila masanya saya 'BISING' ye? hmm..


    anda bagaimana?


    saya --> hakikatnya, saya memang seorang pendiam tapi dikatakan kuat membebel. macam mana tu?