.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Wednesday, December 24, 2008

~Selamat kembali

Alhamdulillah. My dear bro & wife dah selamat kembali ke tanah air. Selamat mengerjakan Rukun Islam kelima. Mudah mudahan mendapat haji mabrur. Pesawat yang mereka naiki selamat tiba jam 8.40 malam, hari Isnin. Sampai di rumah tepat jam 11 malam. Aku cuma menunggu di rumah sebab tak ambil cuti pun ~cuti dah abis. Balik kerja, dah dekat pukul 7.35 malam. Rombongan menyambut ketibaan my dear bro ke KLIA dah bertolak dari pukul 7.25 dari rumah. Huhu, lewat 10 minit je.

Kedua-duanya sihat. Cuma mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan masa. Ye la, perbezaan 5 jam antara waktu Mekah-Malaysia memberi impak yang agak besar. Terutama masa untuk tidur. Time orang tidur, dia tak tidur. Hehe, kesian. Budak-budak tak habis-habis bercerita itu dan ini. Sampai patahkan plug pun nak bercerita jugak. Adat la, orang buat salah, macam tu la gayanya. Better bagitau before parent diaorang tanya. Macam-macam hal :)

Si kecil Amirul langsung taknak berenggang dengan ibu dia. Mana ibu dia ada, situ la dia mengekor. Sampai nak masuk bilik air pun, nak ikut juga. Masa ibu dia kat Mekah, nasib baik dia takde merengek-rengek sangat.

Maka dalam seminggu akan datang, I’ll say good bye to driver bus. Hehe. Sebab keadaan akan kembali pada asal ~ke tempat kerja dengan my dear bro. wah, legaaaa..~ Lepas ni tak payah terkejar-kejar bas lagi.

1 comment:

  1. Alhamdulillah...gembiranya mereka dah dapat kerjakan rukun ke-5. KakChik pulak sedang tunggu kepulangan abang ipar yang akan berangkat pulang pd 8hb Jan nanti. Tak sabar tunggu dan tak sabar juga nak ke sana.

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..