.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, December 2, 2008

~Bulan tersenyum

Malam semalam, my dear best friend, Ucu SMS aku..
“Kak mar, tengok ke langit sekarang. Cari bulan & bintang”

Masa tu tak silap dah pukul 9 lebih. Aku tengah berlenggang kangkung mengemas dapur sorang-sorang. Selepas dapat SMS, aku abaikan sekejap sambil selesaikan apa-apa yang patut kat dapur. Dan aku berkejar ke pintu bahagian belakang, nak jengah ke langit. Bukak je pintu, waaaa.. grail dah siap mangga. Pastu berkejar pulak ke pintu bahagian depan, laaaa..dah bermangga jugak grailnya. Adeih, bibik rumah ni sangat prihatin. Kalau dia dah pasang mangga ni, bermakna dia dah pasang alarm rumah jugak. Karang kalau aku gatal-gatal tangan jugak gi bukak grail ni, maunya *meraung* satu rumah ni. Selang 2-3 minit lepas meraung tu,kompem ada la pulak “pakcik” syarikat ADT call rumah, Tanya “Hello miss, anything wrong with your house? Our system detected that alarm..bla..bla…. Please verify me your house phone number” penat je nanti nak kena menjawab. Sudahnya, aku abaikan SMS Ucu.

Dan hari ni baru la dapat tau, ada fenomena menarik yang berlaku semalam. Alahai, memang rugi sangat tak tengok *siaran langsung* fenomena tu. Tapi untuk memuaskan hatiku, ada seorang sahabat yang bermurah hati nak tunjukkan gambar fenomena tersebut pada aku. Thanx a lot. Tapi dia takmau nama dia terpampang kat blog ni. Hmm, ok la kalau camtu..

Ada beberapa link yang turut berkongsi detik-detik Kekuasaan Allah ini.. Indah amat pemandangan ini.

5 comments:

  1. fenomena ni dinamakan "conjunction" dalam istilah astronomi, membawa maksud dekat (close)

    venus, jupiter dan crestcent moon (spt yg kita dpt lihat pd mlm 1 dec) hanya akan dpt dilihat lagi pada 18 November 2052, iaitu 44 tahun lagi.

    walaupun fenomena conjunction ini kerap berlaku, tp kebanyakannya tidak dapat dilihat dgn mata kasar kerana faktor kecerahan cahaya matahari dan beberapa faktor astronomi yg lain...

    pada bulan disember ni akan berlaku 4 lagi conjunction antara planet2 dlm sistem cakerawala (rujuk my page utk jadual lebih lanjut - www.atehfaisal.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. thanx for ur info ye ateh..
    :)
    really appreciate it..

    ReplyDelete
  3. salam iza..alhamdulillah..akak nmpak bulan ngan "bintang" ni..tapi malam kelmarin..semasa kami balik dari ambil baju kat dobi..mmg sangat2 cantik..2 "bintang" yang saling berdekatan terang sangat seolah2 langit takde awan..akak terperanjat dan ckp ngn en zul..mcm tak sangka benda ni fenomena luar biasa..tak sangka kan..seluruh dunia dapat lihat walaupun akak di bumi jepun..bulan sabit terang cahayanya seolah2 tersenyum..namun tak dapat tenung lama sebab masa tu akak dah lambat nak solat mahgrib..huhuhuh..tapi syukur berkesempatan tgk walaupun sekejap..

    ReplyDelete
  4. erm..bln ni seperti menandakan bahawa sesungguhnya..kadang2 sesuatu kejadian yg aneh blh berlaku..diluar jangkaan ktkan:)..i'm happy nmpk kejadian itu..Syukur alhamdulillah:)

    ReplyDelete
  5. kak izra..
    bestnya akak sempat tengok bulan & bintang tu..
    saya tengok gambar je la nampaknya
    hehe..
    hope lenkali saya berpeluang tengok live.. :)



    ucu...!
    wah wah..
    aku tak sangka ko jenguk blog aku..
    hehe..
    thanx ek..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..