.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, December 30, 2008

~2008 in memory

2008 bakal melabuhkan tirai. Alhamdulillah.. rasanya 2008 berjaya dilalui walau memang penuh dengan pahit maung. Andai ingin dicoret satu persatu rentetan sepanjang 2008, terlalu banyak. Tapi antaranya :

Januari -
  • Di UMT, setelah 3 semester tinggal di rumah sewa bersama Princesses Permata 39, maka dengan rasminya aku keluar dari rumah itu dan berpindah ke hostel. Rasanya banyak sangat perkara berlaku before aku ambil keputusan tersebut. Dan dengan kekuatan yang ada, ditambah dengan gesaan my dear mom, aku akhirnya akur. Hai, amik masa jugak la aku nak berkemas, hehe. Sampaikan adik-adik tu naik pening sebab banyak sangat barang. Itupun ada sebahagian yang ditinggalkan.
  • Si H selamat bertunang dengan pilihan hati. Walaupun aku agak ralat kerana berita diketahui dari sumber lain, bukan terus dari tuan badan, namun aku doakan dia bahagia. InsyaAllah April 2009 bakal menyatukan hati mereka berdua :)

Februari -

  • My 25th birthday. Walaupun masa tu masing-masing sibuk dengan PITA (Projek Ilmiah Akhir Tahun), tapi alhamdulillah ramai yang tak lupa wish for me. I got a lovely present, a watch from my best buddy. Thanx yaa. Pandai dia pilih. Kena dengan selera aku.

Mac -

  • Musim sibuk-sibuk. Menyiapkan PITA, assignment yang bertimbun-timbun dan persediaan menghadapi peperiksaan akhir.

April -

  • 9 April, perbentangan PITA
  • 18 April, hari bahagia my Chenta Hati (Salmi Suhana). Selamat bertunang dengan insan tersayang, Zul @ Eddy. Thank God, aku diberi peluang meraikan hari bahagianya dari awal hingga akhir.
  • April menyaksikan aku bertarung dengan kertas peperiksaan buat kali terakhir di bumi UMT.

Mei -

  • Bertungkus lumus menyiapkan tesis PITA. Saat yang sangat menekan perasaan. Dan bertungkus lumus juga menyiapkan Technical Report. Dah siap pun, masih juga ada halangan masa nak print. Semalaman duduk di kedai print (berlima dan setiap orang print 3 salinan), bermula 8.30 malam, dah sampai subuh baru selesai. Sebab banyak masalah dengan margin. Silap format, banyak lagimarkah bakal dipotong. Dengan mengantuknya, dengan laparnya. Dengan tensionnya. Nasib baik tuan punya kedai sporting. Dia masuk tidur, dibiarkan je kami selesaikan urusan. Selesai print tesis, kami berkejar ke kedai makan. Masing-masing dah tak mampu nak 'pujuk' perut yang sepanjang malam asyik berbunyi. Nak pegi makan sebelum pegi print tesis tadi, takut ramai pulak yang terjah kedai tu, sebab kedai tu agak murah berbanding kedai lain. Jenuh pulak nak cari kedai makan yang bukak waktu subuh. Akhirnya jumpa jugak kedai makan yang dicari, walaupun cuma ada nasi minyak aje. Baru je nak makan, azan subuh berkumandang. Balik ke hostel, solat subuh then masing-masing terbungkang atas katil. Penatnya..!
  • 11 Mei, akhirnya, i'm free...!! Selamat 'mengundurkan' diri dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bergelar 'bekas pelajar'. Alhamdulillah, syukur yang amat. Dan saat itu, bemulalah pengembaraan seorang penganggur terhormat.
  • 15 Mei, detik manis sebuah pertemuan di Pasar Kedai Payang. Got a beautiful brooch as a birthday present (better late than never).

Jun -

  • Mei & Jun menyaksikan ramai sahabat handai menamatkan zaman bujang. Untuk pertama kalinya, aku menerima 12 kad jemputan dari kawan-kawan. Tidak termasuk perkahwinan sepupu sepapa. Hadiah, sekali borong..bagai nak rak. Antara yang menjadi raja sehari adalah Mariani-Hafizi, Juhaida-Azizul, Liyana, Fadzli @ Cek-Khalisa, Zafiri, Noharyani-Hafiz, Maimunah, Adam-Fatin Nadiah, Tg. Zuniza-Zaqizul, Rafidah-Alif, Aznarina, Ziera, Suhaila (JB).


Julai -

  • 15 Julai, hari konvokesyen. Alhamdulillah, senyuman terukir di mana-mana. Lebih istimewa lagi dengan kehadiran seseorang. Got a beautiful flowers. Hehe, masih tersimpan lagi bunga tu walaupun dah layu. Yang penting, hilang sebentar kerinduan dengan adik-adik tersayang. Masing-masing kecoh bercerita tentang life baru.
  • 17 Julai, bermula sebagai trainee ACCP di Cosmopoint, Jalan Sultan Ismail. Bersama-sama aku, ada Gee & Shidah, coursemate UMT. Di sini juga bermula perkenalan bersama Wan. Di sini, aku mulakan kembali kembara bersama Java. Masih kuingat trainer yang baik itu, Mr. Rehman. Berasal dari India. Sangat ramah orangnya. Cuma kadang-kadang, loghat English-India Mr. Rehman sukar ditangkap. Tambahan, aku ni bukanlah terror bahasa inggeris sangat. Tapi, sangat la tertekan. Diulang, tertekan sepanjang training kat situ. Tambahan pula, aku dengan berani mati belum hantar kontrak. Bermakna, aku belajar tanpa buku seperti trainee lain. Dan ketika ini la, terbongkar cerita mengenai ACCP. Tidak keterlaluan andai dikatakan indah khabar dari rupa. Satu persatu perkara dibongkarkan hingga memaksa satu persatu trainee menarik diri.
  • Lupa tarikh, aku menghadiri temuduga sebagai System Analyst di Pos Malaysia Berhad. Sambil ponteng kelas ACCP, hehe. Ini temuduga ke-5 aku sepanjang bergelar penganggur terhormat. Aku menyimpan harapan yang tinggi untuk diterima bekerja disitu.

Ogos -

  • 11 Ogos, bertolak balik ke Terengganu. Aku dengan nekad menarik diri dari program ACCP dari Cosmopoint. Saat tu, dalam hati cuma pasrah. Andai ada rezeki di Pos Malaysia, alhamdulillah. Jika tidak, pasti ada rezeki di mana-mana. Namun, dalam pada itu, aku ralat kerana terpaksa menolak jemputan ke majlis perkahwinan di Sungai Besar. Kecewa rasanya, tapi mungkin dapat berjumpa di lain masa.
  • 22 Ogos, mendapat panggilan dari Sumber Manusia Pos Malaysia Berhad. Diminta melaporkan diri 2 September 2008 @ 2 Syawal 1429H. Tak terkira ucapan syukur, aku hamba yang lemah. Walau berkali-kali aku alpa dengan rahmat-Nya, tapi Dia tak pernah melupakan aku. Alhamdulillah. Mula buat persiapan memasuki alam pekerjaan. Medical chek-up, cari kasut, isi borang dengan lengkap dsb. Agak gugup bila memikirkan tentang suasana baru yang bakal dilalui.
  • 23 Ogos, menjalani Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam (PTD). Persiapan dibuat ala kadar. Mulanya, hati agak berat mengenangkan tiada persiapan khusus yang dibuat, namun semangat dari my dear mom & dad buat aku menggagahkan diri.

September -

  • 2 September, bermula fasa baru kehidupan di Unit PITTIS (Pos Integrated Track & Trace Information System), Pos Malaysia Berhad. Mujur juga ditemani seorang teman yang juga baru diterima bekerja, jadi takde la rasa kekok sangat. Mula belajar apa itu SAP & bergelar ABAPer.
  • 20 September, terima gaji pertama. Ya Allah, nikmat tak terhingga.

Oktober -

  • Sambutan Syawal yang meriah
  • 3 Oktober 2008 @ 3 Syawal 1429H, tetamu istimewa datang berhari raya :) beserta dengan perkahwinan pasangan semasa di SMKA Durian Guling, Asrul Hadi & Fatimah Laili. Hehe, bila masa la diaorang ni bercinta. Tup tup je dengar dah nak kawen.

November -

  • Bulan penuh duka. Pulang ke Kuala Terengganu untuk menghadiri temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi jawatan DH41. Malangnya, aku tidak dibenarkan masuk ke bilik temuduga hanya kerana aku tidak membawa bersama skrol ijazah berbahasa malaysia..!! Skrol berbahasa inggeris tidak diterima sama sekali. Salinan fotostat skrol ijazah berbahasa malaysia juga gagal 'memujuk' panel temuduga. Hampir 4 jam aku cuba merayu, tapi hanya kehampaan yang diterima. Bermacam-macam usaha dilakukan termasuklah menelefon pihak Pejabat Akademik UMT, pihak SPP Putrajaya. Berkali-kali. Tapi nyata, bukan rezeki aku untuk ditemuduga. Sedih sangat.
  • “Is it possible to forgive without forgetting?” Itu ayat yang menghantui aku sepanjang bulan ini. Melalui perkara yang menyakitkan kadang-kadang takkan mampu ditutup dengan hanya perkataan MAAF. Iya, memaafkan..aku sudah lakukannya. Tapi bukan bermakna melupakannya biarpun mencuba berkali-kali.

Disember -

  • 8 Disember a.ka. 10 Dzulhijjah. Kali pertama bertemu 'keluarga' dari Sungai Besar. Selama ini cuma mendengar cerita. Kegembiraan yang tak terluah.
  • 13 Disember, menghadiri PTD Assessment Centre (PAC) di Geliga, Kemaman selepas lulus ujian pada 23 Ogos. Satu hari sahaja. Overall, ok la untuk sesi indoor ~debat & public speaking. Tapi untuk sesi outdoor, semput..! Tak sempat nak habiskan kelima-lima aktiviti yang diwajibkan. Masa tu kepala macam dah ringan semacam. Mata dah berpinar-pinar. Lutut macam dah takde kepala lutut. Aktiviti 1 (lompat lalat 30x), ok.. bersemangat. Aktiviti 2 (lompat bintang 30x) pun masih lagi bersemangat. Aktiviti 3 (bangkit tubi 30x), dah longlai jugak la sikit. Aktiviti 4 (lupa apa nama, tapi lompat dari dalam keadaan mencangkung 20x)..masa ni lompat pun macam 'separuh jalan' je. Tapi nasib baik panel tu macam baik hati, dia buat nampak tak nampak je. Kalau tak, memang dah kena tendang kot. Aktiviti 5 (tekan tubi 20x), huhu..aku dah mengah tak ingat dunia. cukup 5 kali tekan tubi, i'm surrender. Masa tu, dah hampir separuh peserta tarik diri. Kesimpulannya, tamatlah impian aku kali ni untuk jadi PTD. InsyaAllah, panjang umur, ada rezeki, aku akan usaha lagi apply PTD. Well, keep trying..!!


Cukup di sini catatan akhir 2008. Moga gerbang Awal Muharam 1430H & tahun 2009 terbuka padaku dengan 1001 kerahmatan dari-NYA. Amiin.

7 comments:

  1. salam
    wah dpt jgk spp???hurm..mmg diaorg strict sikit pasal degree tu...byk kekdah nyer...nway...xpe...rezeki ada di mana2

    ReplyDelete
  2. salam..
    huhu..kecewa sangat masa tu..walhal rasanya takde beza pun english & malay punya..
    tapi ye la..takde rezeki..
    sabar je..

    ReplyDelete
  3. haii..i am back..back from past..kahkahakah..akak ni melalut jek..anyway semoga taun baru ni memberikan sinar baru ya adik2..

    ReplyDelete
  4. hai akak..
    iza tunggu next entry akak ni..
    :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih iza kerana berkongsi satu perjalanan hidup dengan kami. Walaupun melalui beberpa kegagalan namun hidup juga ada kemanisannya. Itu yang KakChik boleh baca dari cerita ini. Apa-apapun moga tahun ini KakChik mendapat berita gembira dari iza. Maklumlah, bunga dah dapat masa konvo, brooch pun dah dapat dan keluarga dr sg. besar pun dah jumpa (eheh, betul ke jangkaan KakChik ni... main serkap jarang je ni)... selamat untuk iza.

    ReplyDelete
  6. kakchik..
    hehe, pandainya kakchik sayang ni..
    betul la tu semua tekaan kakchik..
    insyaAllah..mudah mudahan, iza pun harap boleh smpaikan berita gembira pada kakchik & kawan2 lain..

    itulah kakchik..tahun ni bagai ada warna warni dlm idup iza..ada kelabu & ada warna warni..alhamdulillah, mampu dijalani diselang seli senyuman & tangisan..

    ReplyDelete
  7. im new in blog..
    Kindly be my follower..
    nice to read your blog..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..