.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Tuesday, December 9, 2008

~1 hari..dua rasa

Sebetulnya, tajuk asal entri ini adalah ~Catatan Aidiladha. tapi memandangkan semalam, ada dua cerita yang berlaku, maka ini lah tajuknya.

Tahun ini, buat pertama kalinya aku sambut Hari Raya Aidiladha di Kota Damansara, PJ. Satunya kerana my dear parent ada di sini menjaga cucu-cucu memandangkan my dear bro & wife menunaikan haji. Keduanya, aku yang tak dapat cuti. Memang sengaja tak apply cuti sebab cuti memang dah tinggal sikit. Aku memang berniat untuk kes-kes kecemasan je cuti yang tinggal. Jadinya, berhari raya la kami di sini. Tapi aku harap ini kali pertama dan terakhir aku sambut hari raya haji di sini. Sebabnya, langsung tak rasa kemeriahannya. Macam tak raya pun ada.

Tapi, aku terima, ada hikmah yang indah di sebalik semua ini. Sebenarnya ramai sepupu-sepupu aku yang menetap dan bekerja di area Kuala Lumpur ini. Tapi kebanyakkannya balik ke Terengganu. Cuma satu keluarga je yang sama nasib dengan keluarga aku. Jadinya, ada la jugak saudara mara datang beraya.

Pagi-pagi lagi, my dear mom dah sediakan nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah & acar timun campur nanas. Special request by my dear nephew (si Along ni memang ‘beraya’ sakan time my dear mom duk KL..macam2 makanan dia request. Dalam tempoh sebulan lebih, dah naik berat 4kg).
Dalam pukul 11 pagi, masuk dapur lagi. Sediakan second dish, nasi dagang. Fuh, memang sakan la budak-budak kat rumah ni. Dengan gulai ikan tongkol (kat Terengganu panggil ikan aya) plus belimbing buluh, dan campur pulak dengan telur rebus, memang terangkat. Aku & my dear sis duk sibuk masak dadih. Serbuk dadih dah ada kat dalam almari, aku tolong habiskan, hehe. Semalam, my dear mom dah buat samosa daging, guna kulit popiah. Bibik duk busy goreng samosa. Kat dalam freezer, ada 3 bekas kuih ‘akok’. Aku keluarkan & masukkan dalam microwave. Ketupat pulut & rendang saki baki dari hari raya aidilfitri dulu pun still ada lagi. Semua simpan dalam freezer, memang boleh tahan lama. Keluarkan ketupat pulut, kukus dan goreng.. makan dengan rendang ayam. Memang tak ingat dunia. Erkk, rasanya ada jugak la suasana raya.. Cuma takde daging korban aje. Daging beli kat pasar malam, ada la.


Hmm.. banyak makanan ni. Tapi sebenarnya dimasak untuk sambut tetamu istimewa. Ada rombongan dari Sungai Besar nak datang jalan-jalan ke Kota Damansara. Datang ziarah hari raya sambil berkenal-kenalan. That’s why la..hehe..
Ye la, sebelum ni tak pernah berjumpa. Jadi persiapan agak kelam kabut nak sambut tetamu. Kalau boleh, biar la secara beradat. Tunggu punya tunggu, akhirnya tamu istimewa sampai dalam pukul 4. Lapan orang semuanya. Hujan renyai-renyai. Sedari pagi, hujan langsung tak berhenti. Hujan rahmat sepanjang 10 Zulhijjah. Pertemuan berlangsung secara santai. Alhamdulillah. Even sebenarnya ada sedikit kejutan dalam perbualan. Tapi masing-masing menerima seadanya. Seronok lihat tamu istimewa menjamu selera, sambil borak-borak. Setelah ‘hadiah’ bertukar tangan, tamu pulang. Dalam hati ini, mudah mudahan mereka pulang dengan hati yang gembira. Panjang umur, murah rezeki dan ada jodoh, insyaAllah bertemu lagi di lembaran lain.

2 comments:

  1. emmmm..pe makne nyer nih??tak lama lagi makan nasi minyak ke???
    hehehe

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..