.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Monday, November 24, 2008

~Yakinkan aku..

Apabila umur makin menginjak dewasa, soalan yang takkan terlepas dari list,
"bila nak tunang?"
"bila nak kawen?"
"bila nak makan nasi minyak?"
"bila lagi nak berdua?"
Dan soalan ni bukan sahaja keluar dari mulut kawan-kawan, adik-adik sekampus, malahan lagi merunsingkan bila diajukan oleh saudara mara. Aduh. Tiada jawapan yang mampu diberikan. Andai di kepala ada jawapannya, bakal aku print dan tampal di dinding. Tak perlu pening-pening menjawab. Hmm, kalau la semudah itu kan? Tatkala telinga menangkap pertanyaan itu, aku jadi kelu. Atau lebih mudah, soalan itu boleh diistilahkan sebagai soalan maut.
Aku cuma bercakap dari pemahaman sendiri & juga perasaan sendiri. Hidup berdua bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira dan difikirkan. Hidup berdua melibatkan masa depan, kerjaya, kehidupan, keluarga kedua-dua belah pihak, bakal anak-anak, sharing & caring, kewangan, perkongsian mental & fizikal. Banyak sangat. Paling utama, mampukah rumah tangga disirami irama sakinah, mawaddah wa rahmah..?? Bukan semudah yang disangka dan diimpikan. Kadang-kadang minda berputar memikirkan, mampukah aku untuk melangkah ke alam itu? Bersediakah aku? Penakut..! 'Pelayaran' itu pasti penuh dugaannya.
Dalam keadaan keliru tentang erti perkongsian hidup ini, aku basahkan hati dengan istighfar dan kuamati sedalam-dalamnya firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nur; ayat 26 yang bermaksud:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.."
Ada garis-garis kabur dalam hati. Rasa tidak percaya dengan kemampuan diri untuk melayari hidup baru. Iya, pertanyaan orang-orang terdekat terkadang buat aku ingin 'lari' tapi tanpa hala tuju. Izinkan aku bernafas seadanya. Aku masih mencari ruang untuk mengenal diri sebelum mengenali 'bakal teman hidupku'.

Yakinkan aku..

9 comments:

  1. salam..bagus bingkisan ni..ermm insyaAllah..setelah kita mengenali diri sendiri Dia akan wujudkan@jelmakan seorg insan yang terbaik utk kita..Yakin rahmat ada disebalik setiap kejadian sesuatu itu..Berdua bukan satu tekanan malahan ia satu keperluan pabila 'berdua' merupakan cerminan atau kelengkapan yang kita perlukan dalam menjalani kehidupan yang sementara ini..insyaAllah..dari sudut hati saya ia akan datang cuma kita perlu terus berdoa dan yakin..yang terbaik pasti ada dihadapan..hehehe..insyaAllah dik..
    salam perkenalan dari kakak..jom kita bersahabat..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak..sudi jengah blog saya. urm, tu la..kdg2 timbul rasa tak yakin dgn kehidupan baru tu.. apapun, kata2 akak tu dah bukak mata saya sikit.. :)

    ReplyDelete
  3. ermm..kita sama2 mengingatkan antara kita..tak salah berkongsi pengalaman utk masa depan yg bahagia..nak panggil ape ek..akak izra..adik?..dulu ex student kuittho?..ermm hubby akak pensayarah kat sana..skg ni duk di jepun dia sambung study..dulu ngajar kat jsm..

    ReplyDelete
  4. a'ah..betul..
    syok baca blog kak izra..
    saya ex-kuittho..tapi dah lama..grade tahun 2004..bdk IT..jarang kenal pensyarah jbtn lain.. :p

    urm..
    kak izra boleh panggil iza @ akmar..
    ikut kesukaan akak..
    nama penuh hariza akmar..hehe.. :)

    ReplyDelete
  5. laa..hubby akak pensyarah it la..huhu..dia masuk 2002 and then 2003 dia sambung master..tu yg mgkin iza tak sempat kenal kot..hehehe..takpe2..

    ReplyDelete
  6. ish..masuk 2002??means saya kenal la kot..masa tahun 2002 tu, saya dlm semester 2 @ 3..lagipun masa tu pensyarah IT tak ramai..sbb saya first batch diploma IT kat kuittho tu..heheh..jap, nak gi teropong blog akak.. :p

    ReplyDelete
  7. huhhuhu..yela..dia la tu..hehehe..tu la syurga akak..insyaAllah itula cinta hingga ke akhir hayat...akak kawen 2004 da ada sorg anak dan bakal keluar sorg lagi..bulan 4 tahun depan..selamat berbahgia dik..

    ReplyDelete
  8. ari tu jengah blog akak..tak perasan sgt..sbb en azizul nampak makin 'sihat' berbanding dulu..hehe,ye la, dah 6 tahun tak tengok muka dia..
    bahagia saya tengok family akak..heheh..mcm dah 'yakin' sikit ni saya rasa..

    ReplyDelete
  9. hehe..mcm ni la iza..akak bg iza fikir dulu..anggapla berdua tu mcm kita nak makan..lets say nak makan ayam..mmg kewajipan kita kena tahu halal ke tak..tapi dr sudut biasa..kalo kita terlalu fikir2kan sangat tentang ayam ni sihat ke tak..sedap ke tak..bagus ke tak..terjamin ke tak..apa akan jadi bila makan..apa yang ayam ni makan masa hayat dia..dan bla bla bla..benda ni bleh jadi complicated dan menjadi satu tekanan pada kita sehingga kan kita bleh jadi kufur nikmat..yelah..Allah telah jadi kan segalanya yang baik tuk kita..yg halal la..jadi tak perlu terlalu fikir sehingga kita bleh 'mereng' sampai kemana2 nant..haa bila dah jauh sangat jika kita tak sekuat mana..syaitan tu berperanan la rosakkan fikiran kita..last2 sampai mati sorg2..kan dah tak ikut sunnah nabi..kesian kan..that y org skg ramai tak berdua sebb fikir mcm2 sehingga menyorot kepada benda2 yg negatif..masakan kita tahu benda itu baik atau tidak jika kita tak melalui nya..yg penting Istikharah..minta dari Dia yg Esa..insyaAllah dik benda ni bleh jadi mudah umpama air yang mengalir tenang...badai tetap ada..cuma persediaan kita hati kuat dan minda yang mengawal berdasarkan iman..takpe dik..releks..small matter..huhuhuhu

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..