.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Friday, November 7, 2008

~Anak itu

semalam, hari ketiga aku balik dari kerja dgn menaiki bas.. zoom, bas bergerak dari Kota Raya tepat jarum jam menunjuk ke angka 6.. keadaan agak sesak.. ramai penumpang turun naik.. namun tak terasa rimasnya kerana aku ralit dengan novel Ayat2 Cinta ku.. :)

sampai di satu tempat (tak dapat dipastikan dekat mana), sorang ibu bersama anaknya dia menaiki bas.. aku agak, si kecil tu dalam linkungan 5-6 tahun.. mak dia nampak muda, dlm 26-28 tahun.. saat tu memang tak ada kerusi kosong.. so dia berdiri je la.. aku pulak duduk berselang 4 seat dr budak tu,agak jauh.. 10 minit kemudian, muka si kecil dah kegelisahan.. penat berdiri mungkin.. tak lama selepas tu, sorang pompuan ni berdiri, bg peluang si kecil untuk duduk.. wah, muka punya la berseri.. spontan, si kecil berkata riang "thank you auntie".. petahnya.. aku cuma tersenyum.. "ish ish, speaking pulak budak ni"

bas terus meluncur..
sampai di mid valley, ada 2-3 orang penumpang naik termasuk seorang perempuan india yang agak berumur.. mungkin dalam lingkungan 60-65 tahun.. nampak agak kepenatan.. dia berdiri betul2 menghadap si kecil.. tapi aku tengok takde sape pun yang agak bersimpati nak bagi makcik tu tempat duduk.. ~kebanyakan penumpang muda yang duduk adalah *mat bangla*.. tempat aku agak kebelakang.. if nak bagi makcik tu duduk, dia terpaksa berjalan & merempuh ramai orang.. tiba2, si kecil tadi bangun sambil berkata "grandma..please sit down" si kecil tersenyum sambil bercakap agak pelat.. tangannya memaut erat pinggang si ibu, takut terjatuh.. Allahu Akbar, si kecil itu memang berhati mulia.. dia seolah faham 'si nenek' tadi perlu duduk dan dia sebagai yang lebih muda harus memberi ruang..

hmm... tengok la si kecil.. tahu erti sivik.. dia memahami cara untuk menghormati orang yang lebih tua darinya.. walau badannya kecil, tapi hatinya berjiwa besar.. aku merenung sejenak.. ahh, hari ini aku peroleh satu lagi pengajaran di dalam bas yang penuh sesak ini..

P/S : pandai betul aku jadi mak nujum hari ni.. meneka umur 3 insan tanpa ragu...hehe.. :p

5 comments:

  1. Best-best! Insap sekijap lepas baca ni. Huhu~

    ReplyDelete
  2. hai pie..
    thanx for visiting..
    really appreciate it..
    :)

    ReplyDelete
  3. hihi... sal rase kn budak ni tgk iklan kat tv ni.. bgs2 (iklan dlm lrt.. ade dlu pnah tgk kat tv.. to iza.. dah keje best.. ble nak jupe kite kat krim)

    ReplyDelete
  4. heheh..ye kot sal..tu la, rasa terpukul pulak..bdk kecik pandai nak hormat org..
    insyaAllah..kalu iza ada cuti, iza balik trganu, iza nak gi gok kat krim..rinduu.. :)

    ReplyDelete
  5. rindu sape kat krim.. hik..hik.. tahniah dah dapat keje, keje lelok, jage diri kat negeri org.. sal always cute.. ; )
    p/s:m.nasir pesan masuk tempat org bawak akal jgn bawak pisau.. hik hik.. pisau simpan dapur ek..

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..