.:: Kumpul Kawan ::.

Masa berlalu..

MHI
kebahagiaan kami

Thursday, November 20, 2008

~Ada apa dalam hati

Bagai satu cerita
Tafsirlah sebaliknya
Cuba mencari makna
Apakah hakikatnya
Hari ini aku sudah ada sedikit fokus. Dah 5-6 hari aku agak ‘ding-dong’. Padahal bendanya takde la seteruk mana (err..pada aku agak teruk sebenarnya). Tapi mungkin kerana aku biarkan jiwa & minda dikuasai aura negatif, maka inilah jadinya. Alhamdulillah, keceriaan kembali hadir. Mujurlah keadaan ini tak berpanjangan.
Tapi..
Eh, ada tapi lagi? Masih ada saki baki ‘ding-dong’ itu. Diumpamakan tiang yang di ketukkan paku, paku dah cabut.. kesannya masih ada. Berlubang. Jadi nak kena cari alternatif, macam mana la nak tutup lubang tersebut.

:) Sejujurnya, ada sedikit perasaan marah dalam diri. Walaupun perkara itu dah berlalu seminggu lepas, tapi ntah lah. Tak tahu siapa yang salah sebenarnya dalam hal ini. Aku ke yang salah? Hmm.. susah nak jawab. Apa-apa pun, perkataan maaf (memberi & memohon) dah lama terluncur laju dari hati aku. Cuma, kesan ‘sakit’ tetap ada. Adoi, masalah jugak sebenarnya ni. Agaknya betul la orang Februari ni suka pendam rasa. Dah bagi maaf, tapi masih pendam rasa. Agak-agak, ‘maaf’ tu valid ke tak? Hehe..
Satu demi satu rahsia
Hadir menyentuh rahsia
Dalam duka dalam gembira
Melangkah terusan jua
Kadang-kadang kita tak mampu meneka apa yang difikirkan oleh orang lain. Sedangkan dia mengharap kita memahaminya tanpa perlu apa-apa tanda darinya. Diibaratkan macam Nujum Pak Belalang yang diberi soalan tambahan oleh Raja Inderapura ~Cuba ahli nujum Negara teka, apa yang ada dalam tangan beta?~ Mana la kita nak tahu dalam tangan dia ada apa? Mungkin jugak tangan dia kosong! Tak punya apa. Mengharap ‘common senses’? Tak semua boleh dipercayai. Naluri hati pun kadang-kadang banyak pengaruhnya. Dan pengaruh itu bakal memporak perandakan keadaan. Kalau kearah positif, ok la jugak. Tapi kalau menjurus kearah negatif, memang hancur la jadinya.
Keseluruhannya, aku cuba menerima segalanya dengan hati terbuka.. ~ayat lapuk :p
Mekar bersemi ikrar dihati
Tiada kilauan mengunci diri
Selagi bersinar mentari
Tiada gentar diuji
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi

3 comments:

  1. sedara la wahai sahabat,
    diri mu tidak bersalah sama sekali,
    kamu hanya mempertahankan hak dan harta yg Allah berikan kepada kamu..
    kamu berhak keatasnya...
    kamu tidak bersalam sahabat..
    maaf..mudah untuk dilafaz jika ego manusia diletak tepi.tp adakah lafaz maaf dizahirkan pada kamu??
    renung-renung dan fikirkan..salam sahabat mu disebelah...

    ReplyDelete
  2. :p terima kasih..
    hehe..
    amboi2..boleh timbul kontroversi ayat tu..

    ReplyDelete
  3. Salam akak..
    hurmmm..akak baru lepas drp permasalahan ke?..hurmm..

    wink..wink..sahabat d sebelah?hehe..jauhnyer dia..:P

    ReplyDelete

terima kasih yer..sudi bagi komen.. :) i'm really appreciate it..